Nuffnang Ads

Thursday, June 28, 2012

Cepat Jumpa Kawan, Lambat Jumpa Allah.

Assalamualaikum semua.

Apa khabar semua?
MasyaAllah, lama dah tak mengupdate blog ni.
Semester baru dah bermula, kelas pun dah ada, tugasan pula semakin lama semakin bertambah. ;)
Itulah tugas sebagai seorang pelajar universiti.
Semoga Allah permudahkan urusanku dan urusanmu. InsyaAllah. Amin~

Cepat Jumpa Kawan, Lambat Jumpa Allah.


Apa sebenarnya yang Syaza maksudkan?
Maksud Syaza ialah...

Kalau nak gosip cepat-cepat jumpa kawan, tapi kalau nak solat lambat-lambat jumpa Allah.

Na'uzubillah.
Syaza tengok di sekeliling Syaza, ada sahaja yang begini.
Sememangnya kita tidak sempurna.
Tetapi, kita digalakkan untuk solat di awal waktu.
Dan kita tidak digalakkan untuk mengawalkan perbualan.

Kadang-kadang, Syaza pelik...
Mereka tak rasa bersalahkah terhadap Allah sebab melewat-lewatkan solat?
Ada yang solat subuh pukul 7 pagi, solat asar pukul 6.30 petang, solat maghrib pukul 8.30 malam.
Bukankah kita akan tergopoh-gapah apabila solat di akhir waktu.
Itu akan menyebabkan solat kita tidak khusyuk.
Bukankah Rasulullah pernah bersabda:

Dari Abu Dzar r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bertanya kepadaku, sambil menepuk pahaku: Apa yang engkau lakukan jika engkau berada dalam lingkungan kaum yang suka melalaikan solat dari waktunya? Jawabku:”Apa perintah tuan untuk saya?“ Sabda baginda, solatlah pada waktunya (sekalipun sendirian). Sesudah itu selesaikanlah segala urusanmu. Jika kebetulan orang solat berjamaah dan engkau masih berada dalam masjid, maka solatlah pula (bersama mereka).” (Muslim)


Kawan-kawan sekalian....
Bukankah lebih bagus kita selesaikan yang wajib dahulu?
Takut-takut, masa kita duk gosip Allah cabut nyawa kita sebelum kita sempat solat.
Na'uzubillah. 


Jadi, dahulukan yang wajib dulu ye kawan-kawan. ;)
Tinggalkan dahulu perkara yang sia-sia.

Kalau kita nak Allah jaga kita, jadi kita kena jaga hubungan kita dengan Allah.

Itu sahaja. ;)
Wassalam~

Friday, June 22, 2012

Jika Ada Rezeki Lebih...

Assalamualaikum semua.

Apa khabar kalian? Hehe.
Syaza harap semuanya sentiasa sihat dan sentiasa berada di bawah lindungan Allah. InsyaAllah. ;)

Hari ni, Syaza bawa dua orang kawan rapat Syaza di UPSI; Fa dan Annei pergi makan Pizza.
17hb Jun hari tu, tarikh hari lahir Fa. Syaza cuma dapat bagi buku je masa tu.
Jadi hari ni Syaza bawalah dia pi makan sama-sama.
Annei pula, dia tak pernah makan Pizza Hut, jadi sebab tu Syaza bawa dia juga.

Terima kasih kepada mereka kerana sudi menerima pelawaan saya yang tidak seberapa itu.
Lagipun, makan untuk sambut hari jadi sendiri, bayar sendiri. HAHA.
Tak lah, acah je...
Ada rezeki lebih sekarang sebab masih awal semester lagi. Hehe.
Nanti kalau pertengahan atau akhir, duit semakin berkurang sebab semua nanti nak guna untuk tugasan. Betul tak? HEHE.

Kami nak rasa pizza yang baru tu... Steak ape benda tah...
Oklah juga rasanya... Hehe.


Syaza, Fa dan Annei. ;)


Sedang menunggu kehadiran pizza.


Makan sup dulu lah... Hehe.


Dah datang pun... Sorry malas nak edit...


Sedap jugalah... Haha.


Mereka dah pun kekenyangan. Hehe.

Kalau ada rezeki lebih, kita kena kongsi-kongsi. Hehe.
Kalau ada rezeki lebih lagi, nanti kita belanja lagi... Hehe.
InsyaAllah, mudah-mudahan Allah murahkan rezeki Syaza. Amin~

Itu sahaja.
Wassalam~

Thursday, June 21, 2012

Hari Ini Hariku, Terima Kasih kepada Semua. ;)

Assalamualaikum semua.

Apa khabar kalian?
Alhamdulillah, Syaza sihat dan saya gembira hari ini. Hehe.

Hari Ini Hariku, Terima Kasih kepada Semua. ;)

Alhamdulillah, Allah masih izinkan Syaza berpijak di bumiNya yang indah ini.
Terima kasih kepada keluargaku; Ayah, Ibu, Kaklong, Kak Farah dan Abby atas doa kalian semua.
Terima kasih kepada Ayah dan Ibu kerana mendoakan saya.
Terima kasih kepada Kak Long dan Kak Farah atas nyanyian yang merdu itu. HAHA.
Terima kasih kepada Abby, sebab bagi hadiah kat saya! Yeay!
Postman  macam tahu-tahu je hari ni hari saya. Alhamdulillah. Hehe.
Postman pun macam Safee Sali. HAHA.

Terima kasih juga buat kawan-kawan yang wish.
Sayang anda kerana Allah.
Terima kasih kepada Citi Manisa, belajar rerajin di Perlis ya.
Terima kasih juga buat roomate saya, Fa. Terima kasih atas hadiah bingkai gambar yang comel tu. Hehe.


Kotak pos yang baru sampai tadi... ;)


Topi tu, Abby bagi Saya suka sangat...
Bingkai gambar tu, Fa bagi. Comel sangat...


Topi yang Abby bagi yo! Dah lama nak topi ni. Akhirnya... Yeay!

Thank you, Abby. ;)


Terima kasih semua.
Doakan saya berjaya di dunia dan di akhirat ye.

Itu sahaja.
Wassalam~

p/s: Oh, ye... Saya sengaja tak bagi orang tahu bufday saya sebab saya cuma nak tahu siapa yang benar-benar tahu. Hehe. ;)