Nuffnang Ads

Tuesday, March 29, 2011

Sahabat, Aku Merinduimu.

Assalamualaikum.

Apa khabar kalian?
Alhamdulillah, Syaza sihat. ;)
Syaza harap kamu juga begitu ya.

Sahabat, Aku Merinduimu.

Sahabat,
Aku rindukan kehadiranmu.
Aku rindukan gelak tawa kita bersama.
Aku rindukan perkongsian ilmu yang kita ada.
Aku rindukan itu semua.

Sahabat,
Tiap kali aku lihat sekeliling,
Rakan, teman,
Semua itu aku ada.
Aku bersyukur pada yang Esa.
Cumanya,
Aku tidak rasa sepertimana keindahan perkenalan kita.

Jika kau jatuh,
Aku hulur tangan untuk membantu.
Jika aku jatuh,
Kau nasihati aku untuk bangkit semula dari terus tersungkur.

Sahabat,
Aku rindu keberadaanmu di sisiku.
Bercerita suka duka bersama.
Sedih, gembira dirasai bersama.

Mengenal isi hati masing-masing,
Itu yang kita rasa perlu ada.
Salah faham, pertengkaran, ditepis perlahan.
Aku merinduimu, sahabat.

"Kan seronok kalau 'sahabat' ada."
Aku selalu bermonolog.
Kita bawa diri ke tempat masing-masing,
Untuk mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat.
Untuk menimba ilmu yang masih sedikit.
Untuk merasai pengalaman berjauhan dengan orang tersayang.
Untuk memupuk diri supaya berdikari dan lebih tabah serta berani.

Sahabat,
Bilakah waktunya akan kita berjumpa lagi?
Aku menanti saat itu tiba.

Sahabat,
Aku sayang kamu kerana Allah.
Aku rindu kamu kerana Allah.
Persahabatan yang terjalin ini hanya kerana Allah.
Pertemuan dan perpisahan kita juga kerana Allah.

Sahabat,
Aku merinduimu...




***


Ya Allah, satu per satu ujian yang Kau berikan.
Aku masih gagah berdiri walaupun kadang-kala sudah lemah longlai.
Aku mohon ya Rabbi, kau salurkanlah sedikit kekuatan dariMu untuk aku meneruskan perjuangan ini ya Allah.

Ya Allah, ingatkanlah aku dengan seksaan api nerakaMu jika aku alpa.
Jangan Kau biarkan aku hanyut dengan arus duniawi yang hanya sementara.

Wassalam~

Sunday, March 27, 2011

Jika Tak Tahu Hatiku, Jangan Kata Kau Kenal Aku.

Assalamualaikum.

Apa khabar kalian?
Alhamdulillah, Syaza sihat.
Syaza harap kamu juga beditu ya. InsyaAllah.

Alhamdulillah, tugasan semakin selesai.
Cuma ada dua lagi yang perlu disiapkan segera.
Maaf sebab dah lama tak mencoretkan sesuatu di sini.

Jika Tak Tahu Hatiku, Jangan Kata Kau Kenal Aku

Kamu kata,
Aku tiada keayuan.

Kamu kata,
Aku tiada kelembutan.

Kamu kata,
Aku tidak punya ciri keperempuanan.

Kerana,
Semua itu aku sorokkan.

Kerana,
Semua itu aku tutupkan.

Kerana,
Semua itu adalah kebiasaan.

Kerana,
Untuk kamu hanya layak dengan kekasaran. ;)

Kamu tidak kenal aku,
Tapi sudah kamu suarakan.

Kamu tidak kenal aku,
Tapi sudah kamu luahkan.

Kerana,
Kamu cuma lihat aku punya luaran.

Jika tak tahu hatiku,
Jangan kata kau kenal aku.


Syaza, Syaza...
Awat hang ni, tiba-tiba tulis lagu ni?

Cek pun tak tahu. -_-"


Mungkin, aku perlu masa untuk bersendirian.


Ramai yang secara kasarnya akan berkata Syaza ni agak kasar.
Syaza mengaku bahawa Syaza agak kasar.
Tapi, kasar Syaza tidaklah terlampau.
Bukankah Syaza sudah terangkan bahawa Syaza tak akan tunjukkan 'kelembutan' Syaza pada Si Adam.

Dah hang selalu nak bual dengan En. Adam, jadi cek tak boleh 'lembut-lembut' ni.
Cek tak gheti.
Hang tak tahu diri cek lagu mana.
Kalau hang perasan, cek selalu diam.
Cek bukan apa, cek cuma malas nak cakap.
Kalau cek cuba nasihat, hang selalu tak mau terima.
Solusinya, cek diam sahaja seribu bahasa.
Kan senang...
Tak payahlah hang nak bantah-bantah cakap cek.

Hang tak kenal cek lagu mana.
Walaupun sem ni kita selalu bersama, tapi lama-kelamaan cek rasa hang makin tunjuk perangai.
Cek dah tak tahu lagi mahu buat lagu mana. -_-"

Hang selalu cakap ayat yang cek tak suka.
Cek pernah cakap yang cek tak suka hang cakap lagu tu.
Tapi, hang masih cakap juga.
Sekarang, kalau hang cakap juga, cek selalu diam.
Cek malas nak layan.
Cek diam bukan tak ada makna, tapi ada.

Kawan, kau belum kenal aku.
Kau tak tahu hatiku.
Tapi, kau selalu menyakitinya.
Kawan, aku selalu diam sebab aku taknak kau sakit hati kalau aku cakap.
Tapi, kau tak pernah fikir setiap perkataan yang kau lepaskan itu.

Kau tak cukup 'kuat' untuk aku.
Aku bersyukur sebab dapat kenal kau.
Cumanya... Allah sahaja yang tahu.
Mungkin, aku tak cukup layak untuk kau.

Wassalam~

Saturday, March 12, 2011

Ibu, Engkaulah Penghuni Jiwaku.

Assalamualaikum.

Apa khabar kalian?
Alhamdulillah Syaza semakin pulih secara keseluruhannya.

Maaf, sebab dah lama menyepikan diri.
Diri sedang dalam timbunan-timbunan tugasan yang diberikan oleh para pensyarah.
Mana taknya, semester ni ada enam subjek.
Setiap subjek ada 2 tugasan yang perlu disiapkan.
Setiap tugasan, minimum muka surat yang perlu ada ialah 10 muka surat.
Pening-pening.
Ya Allah, bantulah hambaMu ini ya Allah.

Hari ini, 19.3.2011 merupakan tarikh Hari Lahir Ibuku yang tercinta, Rosmiati Binti Hj Sainoh.
Ibu, Selamat Hari Jadi yang ke-45.
Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
Semogi diberikan kebahagiaan dunia dan akhirat.
Semoga dipertingkatkan kekuatan iman.
Semoga diberikan ketabahan dan kesabaran yang tinggu buatmu.
Semoga hidupmu sentiasa berada di bawah naungan rahmatNya. InsyaAllah. Amin~



Engkaulah Penghuni Jiwa

Duhai Cinta,
Kau suntik kasihmu di dalam sanubariku,
Membuatkan aku terus bangkit dari lena,
Fantasiku turut terkubur dalam kenangan lama,
Kini,
Aku sedar aku di bumi yang nyata,
Di alam realiti, aku berpijak dengan lemah dan tidak bermaya,
Namun,
Pabila kau hadir, menghuni seluruh jiwa,
Aku berani melangkah dengan gagah,
Menyelusuri kehidupan yang sebenar-benarnya.

Engkau menjadi peneman hidup,
Tika hati berduka lara,
Engkau ubati luka ini,
Dengan usapan, belaian dan kucupan mesra yang tidak terkira,
Engkau buang segala virus yang menyerang jiwa,
Engkau cuci dengan zikrullah untuk Allah Yang Maha Kuasa,
Engkau titipkan doa kepada Yang Esa,
Buat aku yang sedang kecewa,
Engkau mengukir senyuman dan melontar ketawa,
Pabila aku diam membisu, tidak bersuara.

Aku tidak sangka,
Engkau sebahagian daripada hidupku, wahai penghuni jiwa,
Membikin setiap denyut nadiku lebih bermakna.

Tidak pernah engkau kesali kehadiranku yang membuat hari-harimu haru biru, tidak tentu hala,
Tidak pernah engkau mencaci, walaupun aku menimbulkan bencana,
Tidak pernah engkau memaki, kalau aku mencipta hidupmu merana,
Engkau hanya menguntum senyuman,
Walau ia hanya terpaksa.

Aku amat bersyukur kepada Allah azzawajalla,
Kerana aku dikurniakan kepada kamu,
Kuhadapkan tubuhku ke Kaabah,
Kiblat seluruh umat Islam,
Kusujud pada Yang Satu,
Tanda syukur atas pemberian kamu kepadaku.
Subhanallah.
Alhamdulillah.
Allahu akbar.

Engkaulah matahari dalam hidupku,
Kerana engkau sentiasa menerangi setiap saatku.

Aku adalah rembulan dan engkau adalah bintang,
Kerana pabila aku bersendirian tiada cahaya,
Engkau menemani dengan cahayamu yang berkerdipan.

Engkaulah penghuni kalbuku,
Duhai ibu!




Kami sayang Ibu. ;)

Wassalam~