Nuffnang Ads

Friday, April 30, 2010

Hati Untuk Kamu! Ikhlas Dariku. :)

Assalamualaikum semua!

Banyak perkara yang menerjah mindaku.
Tetapi, kenapa ia hanya sementara?
Aku cuba mengingatinya semula.
Tetapi aku tidak mampu.
Jadi, aku buka idea baru untuk kamu. :)

Temu duga 18haribulan lima nanti membuat aku bergetar jiwa.
Buku NKRA pemberian ayahku belum kubaca,
Tetapi kuselak sahaja.
Aduh, banyaklah pula.
Ah, lupa pula aku mahu memberitahu kamu semua NKRA itu apa.

NKRA- Bidang Keberhasilan Utama Nasional untuk pendidikan

Aku perlu mengumpul tenaga untuk membaca semuanya.
Sememangnya aku kena berusaha.
Doakan aku ya, semoga aku berjaya! :)

Lupakan seketika tentang temu duga.
Sini, aku mahu cerita.

Pada hari Rabu yang lalu,
Aku pergi ke tempat kerjaku dahulu.
Saja-saja, nak belikan al-Quran buat adikku.
Aku juga ingin berjumpa rakan-rakanku.

Samapai sahaja aku di sana.
Mereka tersenyum gembira.
Terkejut pun ada.
Rupa-rupanya aku ada rakan yang setia.

Kakak yang di sana ada berkata.
" Kelmarin baru cerita-cerita dengan Kak Yanti tentang Syaza. Boring tak ada Syaza. Tak dapat cerita-cerita."
Allah! Tersentuh aku mendengarnya.
Rindu juga kamu dengan aku ya!

" Dah sebulan ya kita tidak bersua?"
Aku berkata,
" Mana ada. Baru seminggulah."
" Wah, macam dah lama."
Aku ketawa.

Kini, kehadiranku ke sana dengan langkah yang gembira.
Membuat jenaka untuk melihat mereka ketawa.
Senyuman abang alat tulis juga pengubat jiwa lara.
Terima kasih kerana seyum dan masih ingat saya.
Tapi, kami tetapi tidak berkata, cuma bertemu mata.
Maksudnya bersua.
Jangan salah sangka. ;)

Pemergianku membuatkan mereka ingin menghalangku.
Ada juga yang kata,
" Syaza, main-mainlah kat sini. Jalan-jalan. Janganlah pergi."
Aduhai, sampai begitu sekali?
" Kak, InsyaAllah Syaza datang sini lagi nanti."
Aku melangkah pergi dengan tabah hati.

Aku rindukan kawan-kawanku di sekolah dahulu.
Ingin aku mengembalikan kenangan lalu.
Aduh, rasa terharu.
Gelak tawa, suka duka, kami harungi bersama walaupun terpaksa menyeberangi ranjau berliku.
Ya Allah, aku rindu!
Salam rindu untuk kamu, ikhlas dariku. ♥ Hati untukmu.


miss Pictures, Images and Photos



Hei kamu! Ya, kamu. Cerita Menagih Cinta Dia 2 telah diterbitkan. Ada yang sudah baca? Terima kasih ya!
Kamu mahu hati juga?
♥ Nah, ambillah! ;)

Sampai di sini sahaja.

Wassalam~

Thursday, April 29, 2010

Kenapa Kita Hanya Menyalahkan Satu Pihak Sahaja?

Assalamualaikum.

Apa khabar kamu semua?
Syaza harap semua sihat wala'fiat hendaknya.

Wah, Syaza rasa macam rindukan kamu semua!
Padahal, baru dua hari tidak menerbitkan apa-apa di blog Syaza. He~

Ok, hari ni Syaza sebenarnya tak ada idea nak cerita pasal apa.
Tapi, tiba-tiba terlintas di fikiran untuk memberi satu pendapat dan perkongsian kepada kamu semua.

Semalam petang adik Syaza dah balik dari Kundasang! Yeay! Dah tak tinggal sorang-sorang.
Itu bukan point yang sebenarnya. He~ Cuma selingan je.

Sekarangkan sedang hangat tentang kes budak 15 tahun ditembak oleh polis peronda tu.
Di sini, Syaza terangkan dahulu awal-awal ya.
Ini hanya pendapat Syaza, bukan nak salahkan mana-mana pihak. Kalau ada yang terasa atau sakit hati, Syaza menyusun sepuluh jari, memohon ampun dan maaf.
Syaza takut kalau-kalau ada pula pihak yang nak menyaman Syaza nanti. Susahlah pula. Kalau saman-menyaman ni, dahlah guna juta-juta. Aduyai, memang Syaza tak mampulah.

So, please... Ini hanya PENDAPAT Syaza sahaja. Syaza tak tahu pula pendapat kamu macam mana. So, kalau nak kongsi pandangan kamu, boleh tulis kat kotak komen ya.

Kembali kepada subjek yang Syaza nak bincang.

Sesiapa yang ada baca surat khabar Berita Harian yang bertarikh 28 April 2010?
Di muka surat 5, seluruh muka surat itu bercerita tentang subjek ini.
Tetapi, terdapat sedikit percanggahan tentang subjek ini di muka surat yang sama.
Pihak peronda memberitahu bahawa, rakan mangsa melarikan diri sebelum mangsa ditembak.
Tetapi, rakan mangsa memberitahu bahawa mangsa ditembak dan mati di ribanya. Dia keluar untuk menyerah diri, tetapi dia dipukul dan dibelasah oleh polis peronda tersebut.

Nampak tak perbezaannya?

Jadi, di sini ada sedikit percanggahan dan kekeliruan. Siapa yang betul dan siapa yang sebenarnya salah?

Bagi pendapat Syaza, kita tidak boleh seratus peratus menyalahkan pihak polis, kerana kita masih belum dapat memastikan siapa yang bersalah.
Ini kerana, ramai pihak yang menuding jari ke pihak polis. Adakah mereka benar-benar bersalah?
Jadi, kita jangan hanya menuduh pihak polis.

Persoalan Syaza, kenapa mangsa keluar malam-malam begitu?

Syaza nak beritahu sedikit di sini, kepada para ibu bapa, jangan terlalu percayakan anak-anak seratus peratus.Kadang-kala, sememangnya anak itu nampak baik, sopan dan sebagainya, tetapi, benarkah perangai dia juga sebegitu ketika bersama rakan-rakannya?
Ini kerana, Syaza juga sebagai anak, jadi Syaza tahu perangai rakan-rakan Syaza di sekolah.
Kalau diberitahu kebenarannya, ibu bapa sendiri tidak percaya bahawa anaknya itu memang berperangai seperti 'itu'. Faham-faham je lah ek.
Memang ibu bapa yang melahirkan dan membesarkan anak-anak mereka, tetapi benarkah kita memahami anak itu seratus peratus?
Cuba kita muhassabah diri.

Ok, kepada pihak polis pula, kalian hendaklah berfikir secara waras.
Kalau boleh, perkara ini tidak akan terjadi lagi. Setahu Syaza, polis hanya boleh melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri .
Jadi, gunakan senjata itu dengan betul.
Syaza harap, perkara ini cepat-cepatlah selesai ya.

Mungkin kamu semua nampak yang kebanyakannya Syaza menyebelahkan pihak polis. Sebenarnya, TIDAK.
Selama ni, Syaza baca komen-komen tentang subjek ini, semua menuduh pihak polis. Tapi, mungkin kamu baru sedar bila Syaza tulis macam ni.
Syaza tidak menyebelahi mana-mana pihak.

Syaza sebenarnya baru pertama kali menerbitkan tentang kes yang keluar berita. Sebelum ni, memang tak pernah. Tapi, Syaza cuma nak berikan pandangan.

Kepada keluarga mangsa, salam takziah dari Syaza. Moga arwah bersama golongan orang-orang yang beriman. Amin~


Oleh itu, ayuh kita sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Aminulrasyid Amzah, 15.
AL-FATIHAH


Sampai di sini sahaja pandangan Syaza. Terima kasih kerana sudi membaca.

Wassalam~

Tuesday, April 27, 2010

Aku Ada Secret Admire? Junior Pula Tu. Takutnya...

Assalamualaikum semua.

Selamat malam!
Konbanwa!
Good night!

Kamu dah makan?
Syaza sedang makan ni. Makan karipap dan apam balik.
Tak senonoh betul Syaza nikan?
Tengah makan pun, boleh lagi menaip. He~
oK, kita straight to the point ek. Atau ada yang nak belok-belok? :P

Tadi petang, ada orang add Syaza sebagai kawan di Facebook atau dalam Bahasa Melayunya, Mukabuku. Yalah, takkan sebagai girlfriend pulakan.
Itu dah biasa. Syaza ni, kalau orang add, memang approve je. Tak kisahlah orang mana. Main approve je. He~

Tiba-tiba, bila Syaza approve orang tu, dia chatlah dengan Syaza. Ini permulaan perbualan kami.



Rupanya satu sekolah. Budak yang dikenali oleh Liey ini, boleh-boleh tulis, yang dia minat Syaza? Aduyai. Paling Syaza tak suka. He~
Memang peliklah tiba-tiba cakap, ' Hai Kak Syaza.'
Syaza tak kenal dengan budak ni. Yalah, kan ramai junior-junior Syaza.
Syaza terperanjat bila dia beritahu yang dia budak tingkatan 2.

Syaza tanyalah, tak pergi sekolah ke?
Dia senang-senang jawab, saya sakit.
Ok, take note here please. Kalau sakit sikit je, wahai budak-budak sekolah, pergilah sekolah. Tak payah nak ngada-ngada duk rumah. Kata sakit, tapi boleh pula online.
Syaza nak kongsi sedikit pengalaman Syaza kat sini. Bukan untuk bangga diri atau riak, tapi, untuk PERKONGSIAN. Terutamanya kepada budak-budak sekolah sekarang ni.

Syaza ni pernah sakit teruk masa Tingkatan 5. Syaza memang rasa tak sihat masa nak pergi sekolah, tapi semangat nak menuntut ilmu yang terlalu tinggi menggunung tu, Syaza tetap pergi sekolah. Kuatkan zahir dan batin.
Sampai sekolah, lepas baca Al-Mathurat pagi-pagi, nasib baik masa tu mata pelajaran PJK.
Apa tu PJK? Alah, yang senam-senam tu.
Tapi, hari tu kita orang tak senam. Rasanya masa tu cikgu tak ada. Lagipun, kelas Syaza ni adalah kelas yang paling malas kalau bab senam-senam ni.
Pabila dah balik kelas tu, Syaza rasa memang nak demam. Syaza baring kat kerusi belakang. Kat kelas Syaza ada kerusi panjang kat belakang.
Lepas tu, memang rasa lemah sangat.

Syaza jalan pergi tempat duduk Syaza. Kawan Syaza nampak Syaza lemah je kan, terus dia bawa pergi jumpa cikgu. Mula-mula memang Syaza menolak, tak nak susahkan sesiapa. Tapi, kawan-kawan paksa juga, so, ikut jelah.

Cikgu suruh bawa ke bilik kesihatan. Kawan-kawan tinggal Syaza seorang diri kat bilik tu selepas dia orang bagi panadol soluble. Syaza pun setuju.
Syaza baring kat katil. Syaza rasa badan Syaza cramp, kebas. Penyakit dahulu datang kembali! Gigil.
Cikgu datang jenguk Syaza. Panasnya badan kamu ni. Pergi hospitallah ek. Syaza mula-mulanya taknak. Tapi, bila dah macam ni, tak boleh tolak. Dahlah masa tu tengah panas tentang H1N1. Memang berserah je.
Bila dah bawa hospital, cek darah, dah tenang. Tak kebas lagi. Doktor cakap, Syaza kurang kalsium dan oksigen terlebih sebab tu boleh cramp.
Doktor bagi cuti 2 hari.

Tapi, hari esoknya Syaza tetap pergi sekolah. Cikgu pun pelik. Semua cikgu tanya. Syaza dah sihat ke? Syaza senyum je.
Dah banyak kali dapat cuti pasal sakit ni. Sebab lebih kurang 2 minggu Syaza demam. Mana taknya, lantak je.

Tapi tengok, dapat Sijil Kehadiran Emas. Kan best naik pentas. He~
Jadi, wahai adik-adikku, tolonglah, kalau sakit sikit je tu, pergi jelah sekolah.

Back to the title. Kalau bab minat-minat ni, sorrylah ek dik, akak tak layan sangat. Kalau nak jadi adik angkatlah, kakak angkatlah, atuk angkatlah, nenek angkatlah, atau apa-apa yang angkat-angkat ni, bukan pada akak. Akak memang tak terima. Bukan akak sombong, cuma akak tak suka.

Mungkin dia orang minat dengan Syaza sebab Syaza ni memang mudah sangat mengukir senyuman. :)

oKlah, sampai di sini sahaja.

Wassalam~