Nuffnang Ads

Thursday, November 1, 2012

Masa untuk Aku Lepaskan Dia. ;)

Assalamualaikum.

Masa untuk Aku Lepaskan Dia. ;)

Masanya untuk aku melepaskan dia sudah tiba.
Bukankah kamu sudah lama lepaskan dia?
Ya.
Tidak.
Ah, mungkin!
Pabila dia kata dia sudah berpunya, aku hanya mampu tersenyum sahaja.
Gembira?
Kecewa?
Biasa-biasa sahaja?
Melepaskan dia dan perasaanku yang hanya angan-angan sahaja.
Tidak pernah kupinta untuk dijodohkan dengannya.
Kerana aku sudah biasa ketiadaannya.
Biarlah cerita kita, rahsia kita.
Allah penentu segalanya.
Semoga jodohmu dan dia panjang buat selamanya.
Aku dan dia, kawan selamanya.
Akhirnya, penantian yang kau impikan sudah tiba.
Akhirnya, apa yang kau cari sudah jumpa.
Mungkin.
Aku doakan yang terbaik buat kamu di sana.
Semoga berbahagia. ;)
Akhirnya, tiada kata tunggu buat aku pada dia.
Aku bebas terbang ke sini sana.
Pohon jodoh yang terbaik buatku juga.
InsyaAllah, Allah penentu jodoh yang terbaik buat semua.
Gembira.



Mungkin tiada kata yang perlu kutulis pada entri ini.
Ianya peribadi. Mungkin.
Tiada sebarang rasa yang kusimpan buatnya.
Hanya biasa-biasa sahaja.
Sudah kutinggal perasaan itu begitu lama.
Sudah kututup buku lama yang tiada punya apa-apa isi di dalamnya.
Hanya nama-nama kawan yang mengukir kenangan terindah yang pernah aku ada.
Terima kasih semua.

Ya Allah, sesungguhnya Engkah mengetahui isi hatiku. ;)

Wassalam~

Sunday, October 28, 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha. ;)

Assalamualaikum.

Dengan kesempatan ini, Syaza nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua, terutamanya kepada pembaca blog Syaza yang dah lama tak update-update ni. Hehe.
Terima kasih kerana masih setia membaca. Ngeee~ :D


Ok, untuk tahun ni Syaza beraya dengan adik Syaza sahaja.
Hanya berdua.
Sebelum ni pun memamng berdua, tetapi dengan Kak Long di Shah Alam.
Tapi, tahun ni walaupun Syaza berada di Sabah, Syaza beraya hanya berdua.
Semoga ayah ibu sihat di sana ya.

Pengorbanan

Ramai yang kalau tak dapat balik beraya frust menonggeng.
Syaza pun tak faham kenapa.
Syaza dan adik-beradik Syaza yang lain, kalau tak balik raya rasa macam biasa je. Haha.
Walaupun raya Aidilfitri.
Sedih tu memang lah sedih, tapi dah namanya perantau, jadi buatlah cara perantau.
Kalau nak balik setiap kali raya memang pokai la jawabnya.

Tahun ni kami raya berdua.
Lepas solat sunat raya, masak nasi goreng je untuk sarapan.
Pak cik mesej kat adik suruh datang rumah.
Habis sarapan, pergi lah rumah pak cik dan mak cik. Berziarah kan. Habis dah tak tahu nak buat apa.
Lepas tu, belasah makan lagi.
Pergh~ Memang meletop perut. Hehe.
Alhamdulillah.
Terima kasih semua. ;)

Kalau nak kira pengorbanan kami bab beraya memang tak yah kira.
Kalau raya memang tak balik.
Dah kira jadi kebiasaan pada kami.

Kalau ramai yang post kat FB, beraya bersama keluarga.
Bersyukurlah anda, kerana Allah masih beri anda kesempatan untuk bersama keluarga. ;)

Apa-apa pun, pengorbanan tu banyak jenis.
Berkorban tak beraya bersama keluarga.
Berkorban kena tahan nafsu makan sebab takut gemuk.
Berkorban tak beli baju baru, kasut baru.
Dan macam-macam lagi.

Anda berkorban apa pula tahun ni? ;)

notakaki: Jangan pula kejar nak solat sunat hari raya, tapi solat yang wajib tak buat. ;)

Itu sahaja.
Wassalam~

Wednesday, October 17, 2012

Bukan Mudah Untuk Jadi Ibu dan Ayah.

Assalamualaikum...

Pejam celik pejam celik dah seminggu lebih Syaza berada di Sabah ni.
Sekejap je rasanya.
Okay, straight to the point.

Bukan Mudah untuk Menjadi Ibu dan Ayah.

Selepas habis peperiksaan, Syaza terus pulang ke Sabah.
Sebab apa?
Adik Syaza tinggal seorang diri.
Kenapa pula?
Sebab ibu ayah pergi menunaikan Haji. Alhamdulillah.



Adik Syaza dah seminggu tinggal seorang.
Kadang-kadang dia ajak kawan dia bermalam kat rumah.
Sebab tu Syaza balik awal.

Pabila sampai di Sabah, tugas ibu dan ayah berada di bahu Syaza.
Dan, kini baru Syaza rasa betapa penat dan kuatnya ibu dan ayah kita.
Bangun pagi, fikir nak masak sarapan apa.
Lepas solat, buat sarapan.
Lepas buat sarapan, hantar adik ke sekolah.
Jemur kain adalah aktiviti seterusnya.
Lepas tu, masa Syaza agak lengang. Jadi, masa untuk rehat.
Dah rehat, masa untuk masak tengah hari.
Lepas masak tengah hari, tunggu masa untuk ambil adik dari sekolah.
Masa untuk luangkan masa dengan adik.
Begitulah putaran hidup Syaza sekarang.

Ibu dan ayah kita buat lebih daripada itu.
Sebelum ni, kita ingat nak fikir masak untuk hari ni itu benda remeh.
Tapi, sebenarnya boleh buat kita pening kepala.
Sebab tak tahu nak masak apa. -_-"

Apa-apa pun, ini amanah yang ibu dan ayah telah berikan pada Syaza.
Jaga adik Syaza.
Ya, itu amanahnya.
Jadi, Syaza perlu jadi ibu, ayah dan juga sebagai seorang kakak.
Cukup bagi Syaza untuk lihat adik Syaza tersenyum. ;)

Maaf kalau Syaza tak update blog  ni.
Itu sahaja. ;)

Wassalam~