Nuffnang Ads

Sunday, October 7, 2012

Lupa Nak Cantik Depan Allah.


Assalamualaikum.

Apa khabar?
Alhamdulillah, akhirnya dapat juga Syaza update blog ni.
Adehhhh~
Alhamdulillah, Semester 5 dah abis.
Peperiksaan terakhir yang kududuki untuk Diploma. ;)

Lupa Nak Cantik Depan Allah.

Situasi 1:

Kring!
Kring!

“ Wah, Hawa! Cantiknya… Nak pergi mana? ”
“ Nak jumpa kawan kejap kat luar… Dia telefon tadi. ”

Hawa berjalan keluar rumah dengan pakaian yang cantik, wangi dan senyuman yang ceria.
Hawa berjumpa dengan rakan-rakannya dengan hati yang sangat gembira.
Rakan-rakannya juga selesa bersamanya kerana dia selalu bersih, wangi, cantik dan kemas.

Situasi 2:

Allahuakbar!
Allahuakbar!

5.50 pagi

“ Hawa, bangun Subuh… Dah azan tu…”
“ 5 minit…”

6.30 pagi

Hawa bangun dari tidurnya dan terus ke bilik air.
Hawa mengambil wuduk dan terus menunaikan solat Subuh.
Seusai menunaikan solat, Hawa merebahkan diri semula ke ranjangnya.

10.00 pagi

Hawa bangun untuk melakukan aktiviti sehariannya; belajar, makan dan sebagainya.
Hawa mengambil tuala dan pergi membersihkan dirinya.
Seusai mandi, kawannya menyapa:
“ Hawa, dalam sehari berapa kali kamu mandi?”
“ Kalau tak ada pergi mana-mana, sekali dah cukup. Sebab tu saya mandi lambat sikit. Sebab, bukannya kotor sangat pun. Paling banyak pun, dua kali dah cukup. Tu pun, kalau panas, badan tak selesa.”

***



Pernah berlaku kepada diri anda?
Selalu terjadi kepada diri anda?

Terdetik di hati saya untuk bertanyakan sesuatu kepada anda…

Kenapa kalau kita nak jumpa seseorang, tak kira kawan, saudara-mara mahupun pergi ke kelas, kita kena wangi, cantik, kemas dan bersih?

Tetapi, kalau kita nak jumpa Allah, kadang-kadang kita tak kisah pun kalau kita ni tak bersih, selekeh, tak wangi… Kenapa?

Pernah tak terdetik di fikiran anda tentang perkara ini?

Remehkan?

Kerana itulah kita sering terlepas pandang bukan?
Kerana kita dan terbiasa atau kita tidak sedar.

Kebersihan adalah antara perkara utama dalam Syariat Islam. Firman Allah SWT dalam Al Quran:
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat,  dan mengasihi orang yang sentiasa mensucikan diri”. (Surah Al-Baqarah, ayat 222)

Sesungguhnya, Allah suka akan kebersihan.
Namun, kita sering lupa untuk cantik ketika berjumpa dengan Allah.
Kita sering lupa untuk tampak kemas ketika hendak berhadapan dengan Allah.
Kita sering alpa untuk wangi pabila berjumpa dengan Allah.

Tapi, kita tak pernah lupa untuk cantik jika ingin berjumpa dengan rakan-rakan.
Kita tak pernah lupa untuk pakai minyak wangi ketika hendak keluar dari rumah.
Kita tak pernah lupa untuk tampak kemas jika ingin keluar bersama rakan.
Kita tak pernah lupa itu semua kan?

Tapi, kenapa kita sering lupa untuk nampak, bersih dan cantik pabila nak berjumpa dengan Allah?

Bukankah kebersihan juga ada kaitannya dengan keimanan?
Sabda Rasulullah SAW, maksudnya: “Kebersihan itu sebahagian daripada iman”. (HR Muslim)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: 'Mandi itu adalah wajib ke atas setiap orang Islam yang mana pada setiap tujuh hari, satu hari daripadanya wajib membasuh kepala dan jasmaninya” dan sabdanya lagi dengan maksud: 'Lima perkara yang menjadi fitrah manusia iaitu berkhatan, mencukur bulu ari-ari, menggunting misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak  (Riwayat at- Tabarani). 
Para ulama’ juga telah memberikan perhatian yang penting tentang kebersihan apabila memulakan perbincangan dalam kitab fiqh dengan bab taharah iaitu kebersihan.
Ini membuktikan bahawa Islam, para nabi dan para alim ulama’ telah mengambil berbagai inisiatif untuk memberikan kefahaman bahawa menjaga dan mengamalkan kebersihan adalah penting dan sangat dituntut oleh agama kita yang Maha Suci.
Bukan tidak boleh nampak cantik di hadapan orang, tapi biarlah kita juga cantik ketika berjumpa dengan Allah. ;)

Umat yang beriman, peribadi yang beriman dan keluarga yang beriman pasti tidak sekali-kali akan mengabaikan kebersihan diri, rohani, jasmani, masjid, rumah, kedai, makanan minuman dan halaman persekitarannya. Mudah-mudahan hidup kita, anak isteri, ahli keluarga, jemaah dan masyarakat kita akan lebih sihat, segar, ceria dan bahagia dengan menjaga serta membudayakan kebersihan bermula dari rumah, insyaAllah.

Perbaiki diri, tingkatkan amalan, perbanyakkan ibadah. ;)

Maaf jika ada yang terasa.
Yang baik segalanya datang daripada Allah.
Yang buruk datang daripada kelemahan diri saya sendiri.

Wassalam~

Monday, September 17, 2012

Projek Penyelidikan Oh Projek Penyelidikan...

Assalamualaikum semua...

Apa khabar?
Fuh... Lama dah tak jenguk blog ni.
Jenguk pun tak sempat dah, lagikan update.
Minta maaf sangat-sangat.

Seriously, Syaza sibuk dengan menyiapkan projek penyelidikan.
Selama 5 hari berturut-turut ngadap laptop yang tak sudah-sudah dan akhirnya, Alhamdulillah berjaya disiapkan. Tunggu feedback daripada Pensyarah je.
5 hari tu juga Syaza diuji dengan kesihatan badan yang tidak mengizinkan.
Tapi, dengan kekuatan yang Allah berikan, Syaza gagahkan juga badan dan minda untuk siapkan dalam minggu ni. Terima kasih ya Allah.

Terlalu banyak kajian kes, tesis, jurnal, buku dan sebagainya untuk dibaca.
Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Bahasa Indonesia - semua kena baca.
Pening kepala.

Tapi, inilah perencah hidup sebagai seorang Mahasiswi.
Ni baru Diploma, belum Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan PhD. InsyaAllah.Akan sampai ke tahap itu. ;)

Final Exam dah nak dekat.
Rasa macam nak tercabut jantung.
Semester depan dah nak praktikum, and then habis. InsyaAllah.
Tak sabarnya... Hehe.
Doakan Syaza ek.

Syaza tak tahu nak tulis apa dah sebab kat dalam kepala otak saya ni cuma Projek Penyelidikan, kuiz dan peperiksaan.
Maaf ye.
InsyaAllah, jika diizinkan oleh Allah kita bersua lagi di entri seterusnya. ;)

Doakan Syaza berjaya di dunia dan di akhirat ya.
Doakan Syaza dapat Dekan ya. Amin.

Terima kasih. ;)

Wassalam~


Tuesday, September 4, 2012

Seribu Kemaafan Kuhulurkan...

Assalamualaikum.

Apa khabar kalian?
Ini merupakan entri pendek buat anda.

1. Minta maaf

Syaza nak mohon ampun dan maaf kepada semua pembaca blog Syaza ni.
Mesti tertanya-tanya, kenapa lama dah tak update kan. Huhu.
Pejam celik-pejam celik, dah sebulan Syaza berdiam diri.

  • Tugasan yang berlambak. Alhamdulillah semakin berkurangan. Tesis masih boleh dikira barisan ayat. -_-"
  • Majlis perkahwinan KakLong. Alhamdulillah dah selesai.
  • Mood yang kejap ada kejap tak ada.
  • Kadang-kadang ada idea, dan kadang-kadang hilang begitu sahaja. -_-"
Syaza mohon maaf sangat-sangat dari lubuk hati Syaza.


2. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin

Syaza harap masih tak terlewat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada anda semua!
Puasa 6 jangan lupa ye. ;)


Banyak cerita yang ingin dikongsikan, tetapi bukan pada kesempatan ini. Maaf ye.
Semoga segala urusan kita semua dipermudahkan oleh Allah. Amin~ ;)

Wassalam~