Nuffnang Ads

Tuesday, February 8, 2011

Kaki Oh Kaki, Lain Kali Lari Cara yang Betul Ya.

Assalamualaikum.

Apa khabar kalian?
Alhamdulillah, Syaza sihat hendaknya cuma kaki yang tertinggal dari kesihatan itu. ;)

Sejujurnya, kaki Syaza memang sudah lama sakit akibat terseliuh ringan beberapa kali.
Tapi, Syaza terus sahaja bermain tanpa mengenal erti kasihan pada si kaki.
Berlari, melompat, semua Syaza paksa untuk lakukan walaupun kesakitan itu telah terasa.
Ya, Syaza seorang yang agak degil dengan nasihat yang dipandang ringan oleh Syaza sendiri.
Diri yakin boleh, walaupun kesakitan sudah lama dirasai.
Diri tetap 'belasah' walaupun kaki rasa seperti mahu tercabut atau sudah tidak mampu untuk berlari.
Ya, itu Syaza.

Balasannya, Syaza terima semalam - semasa latihan dijalankan.
Semuanya salah Syaza.
Cara lari yang tidak betul ketika menangkap bola telah me'lemah'kan kaki Syaza sendiri.
Tetapi, semangat masih kuat. ;)
Semalam, semuanya tidak betul.
Syaza sendiri tidak tahu kenapa dan mengapa. -_-"

Pabila sudah jatuh terlentang di gelanggang, kaki terasa amat sakit.
Ada bunyi selingan ketika kaki mendarat.
Katanya, terseliuh.
Syaza pun tidak pasti.

Badan perlahan-lahan untuk duduk.
Senyuman diukir.
Melihat semua yang prihatin.
Mahu tahu apa yang Syaza perkatakan?

" Dah ok. "
" Kaki ni memang sakit. "


Perlahan-lahan berdiri dan jalan sendiri ke tepi gelanggang tanpa dipapah.
Semua muka kehairanan.
Syaza hanya mampu mengukir senyuman.

Sejujurnya, pada masa itu memang tidak rasa sakitnya.
Sakitnya hanya sementara.
Semasa pulang dari latihan terus beli ais.

Selesaikan apa yang perlu di rumah dan rebah di kamar untuk sesi perubatan yang biasa.
Letak ais di tempat yang sakit.
Nyilu.
Ah.
Oh.
Eh.
Semua bunyi.

Mata memandang kaki yang semakin sakit.
Bengkak.
Ya Allah, dah bulat pula.
Sakit ditahan.
Mata cuba dilelapkan.

Pagi ini, kaki tersa kesakitan yang 'biasa' sahaja.
Cuma fizikal buku lali sudah tidak kelihatan. -_-"

" Syaza, kenapa? "
Soalan ini yang bertubi-tubi kuterima.
Jawapan kuberikan dengan diukir senyuman.

Syaza terpaksa ke Pusat Kesihatan setelah merasai kesakitan yang semakin bertambah.
Langkah yang tidak sempurna sememangnya mendapat perhatian orang.
Ah, saya tak suka.
Muka dikebalkan.
Senyuman paksa diukir.

" Kaki kamu dibalut ek. "
Ini perkataan Doktor yang kuterima.
Syaza hanya mengangguk.



Ya, kakiku sudah jadi seperti ini.
Perlu jadi sebegini untuk masa seminggu.
Mungkin tidak perlu juga bukan? He~

Selepas ini, kain balutan perlu dibalut sendiri.
Setiap langkah, semua pandang ke kaki.

Turun naik tangga yang paling tidak kugemari.
Payah.
Tapi, apa yang boleh dilakukan?
Perlu harungi jua dengan senyuman dan ketabahan.

Doakan supaya cepat sembuh ya. ;)

Wassalam~

Saturday, February 5, 2011

Gagah Menyelusuri Hidup yang Berliku - Muhassabah Diri Tidak Kira Masa

Assalamualaikum.

Ogenki desu ka?
Alhamdulillah, Allah masih meminjamkan roh dan jasad kepada kita.
Masih mampu untuk menghirup udara yang bersih.
Masih mampu untuk melayari kehidupan seharian yang penuh dengan suka dan duka untuk mencipta ceritera hidup.

Nafas berat kulepaskan.
Langkah demi langkah kuatur untuk terus maju ke hadapan.
Kadang-kala toleh ke belakang untuk perbaiki kesilapan supaya tidak mengulanginya lagi.
Namun, kadang-kala juga semakin cuba melarikan diri daripada kesilapan, semakin hampir ia datang. Pernah juga terjadi walau dalam keadaan berhati-hati.
Semuanya kehendak Allah.
Kita hanya merancang, Allah yang menentukan.

Susah, senang, semua orang pernah lalui.
Gembira, sedih, semua pernah alami.
Sihat, sakit, semua pernah rasai.
Jatuh dan bangun kembali, tidak semua yang berani untuk hadapi.

Ya, kekuatan itu terletak pada hati.
Hati itu terletak pada diri.
Semuanya terletak kepada anda untuk teruskan perjalanan ini ataupun mahu berhenti di sini.
Tepuk dada, tanya iman.

Kenapa anda masih di sini?
Kerana anda tidak kenal erti kalah dalam menempuhi liku-liku kehidupan.
Anda masih kata YA, walaupun jalan yang anda pilih penuh dengan ranjau dan dugaan.

Jangan pernah berputus asa.
Jangan pernah kalah dalam menghadapi ceritera kehidupan.
Sesungguhnya hidup ini indah.
Bagaimana?
Hayati dan renungilah dalam setiap langkah yang kita jejaki.



Pengalaman.
Pengalaman membuatkan kita lebih matang.
Pengalaman membolehkan kita mengenal erti kehidupan.
Pengalaman boleh membuatkan kita ketawa, menangis dan pelbagai perasaan lagi.
Setiap manusia mempunyai pengalaman masing-masing.
Dan tidak semestinya pengalaman yang kita alami, akan dialami oleh orang lain.
Itu mahalnya pengalaman.

Allah beri kita peluang untuk menikmati dunia.
Tetapi jangan sampai alpa akanNya. ;)

***


Maafkan aku, jika kamu pernah melihat wajahku yang suram.
Maafkan aku, jika aku menolak pelawaanmu.
Maafkan aku, jika aku menyinggung perasaanmu walau aku tidak berkata apa-apa.
Maafkan aku, jika aku diam dan tidak mampu untuk membalas kata-katamu.
Maafkan aku, jika kamu lihat air mataku bergenang.
Maafkan aku, aku tidak mampu melepaskan depan kamu.
Maafkan aku.

Aku mahu kau tahu, aku insan yang lemah.
Selemah-lemahnya di hadapan Pencipta.
Aku rasa diri terlalu hina pabila lupa akan ayatNya.
Aku rasa diri terlalu jauh dariNya.
Aku rasa Dia tinggalkan aku untuk sementara.
Aku tidak pinta semua itu.
Aku tidak mahu ia terjadi.

Aku sujud dihadapanNya untuk memohon kembali cintaNya.
Aku tadah telapak tanganku, supaya Dia tidak lagi meninggalkan.
Aku tidak sanggup hidup tanpa Dia.
Aku tidak kuat lagi, jika Dia tiada di sisiku.

Ya Allah, jangan Kau tinggalkan aku lagi.
Ampunilah aku, jika aku pernah alpa akanMu.
Ampunkanlah dosaku, ya Allah.

Maafkan aku, jika aku terpaksa lari darimu untuk menyembunyikan perasaan aku pada Dia.
Maafkan aku, jika aku ini insan yang cuba perbaiki diri setiap masa.
Maafkan aku, jika itu menyusahkanmu kerana terpaksa melihat aku yang berpura-pura.
Maafkan aku.



Wassalam~

Wednesday, February 2, 2011

Pengalaman Bersama Jumperz Adalah yang Terbaik - Sayang Kamu!

Assalamualaikum.

Apa khabar kalian?
Alhamdulillah, Syaza sihat walau rasa sengal-sengal pada badan.

Jumperz

Apa tu Jumperz?
Jumperz ni adalah nama Persatuan Bola Jaring UPSI.

Pada pendapat Syaza, kami sudah seperti satu keluarga. Cuma lain ayah dan ibu. ;)
Pabila berpisah, rasa sayu.
Pabila bertemu, tersenyum ceria - gembira.

Nak bertolak dari UPSI. Tunggu bas. -_-"


Pada 29.01.11, Sabtu - Kami telah bertolak ke UM untuk Pertandingan Bola Jaring Jemputan Pusat Sukan.
Kami menetap di Kolej Kedua Belas.

Pada 01.02.11, Selasa - Pertandingan tamat.

Alhamdulillah, sepanjang 4 hari kami bersama, ukhuwaah kami semakin erat.
Susah senang dihadapi bersama.
Tangis ketawa dikongsi bersama.
Pengalaman yang amat menyeronokkan.

Macam dah jadi adik-beradik dah.
Memang best bersama dengan mereka.

Alhamdulillah, dah dua semester Syaza bersama dengan mereka.
Pelbagai ragam yang dapat Syaza lihat.
Cuba menyesuaikan diri dengan mereka.

Maaf, jika Syaza pernah sakiti kamu.
Maaf, jika pernah terkasar bahasa.

Terima kasih kerana mempercayai Syaza dan juga menghormati personaliti Syaza.

Syaza sayang semua!

Alhamdulillah UPSI A telah berjaya berada di tempat yang ke-10 dari 34 kumpulan.


Tak apa, lain kali kita cuba lagi. InsyaAllah.

Para senior.Respect all of them. Ada lagi, tapi tak ada dalam gambar.


Mereka adalah yang TERBAIK!
Dari kiri belakang: Syaza, Kak Wawa, Kak Nin, Kak Haz, Kak Ili, Kak Aini, Cha-Cha, Kak Kecik, Kak Od, Jitah, Kak Ayu dan Kak Farhah.
Dari kiri depan: Kak Ima, Kak Shida, Kak Zura, Kak Mira, Kak Pat dan Kak Jue.
Tidak ada dalam gambar: Kak Jaja, Kak Dayah, Kak Dheeya, Kak Mia, Kak Uda, Kak Raja, Kak Khai.

Credit untuk Kak Jue atas gambar-gambar di atas. Arigatou gozaimasu.
Sampai di sini sahaja.
Ingin selesaikan tugasan pula. InsyaAllah. ;)

Wassalam~