Nuffnang Ads

Friday, May 7, 2010

Mari Ikut Aku Jalan Ke Tanjung Aru.

Assalamualaikum semua.
Konnichiwa!

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga Syaza berpijak di pasir Pantai Tanjung Aru.
Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 20-30 minit dengan menaiki motor Suzuki kepunyaan ayah, memang berbaloi.
Sudah dua kali Syaza pergi ke sini seorang diri.
Syaza memang dah lama ingin mencari ketenangan seperti ini.
Mungkin mencari ketenangan yang hakiki.


Deruan ombak yang memukul pantai membuatkan hatiku rasa tenang.
Pelancong asing yang berlari-lari anak di persisir pantai menghidupkan suasana aman.
Bunyi serangga meriuhkan lagi suasana di sini.
Sungguh indah ciptaan Yang Maha Kuasa.
Subhanallah.

Aku membuka buku NKRA dan membacanya.
Tetapi, hanya beberapa muka surat sahaja aku sempat baca.
Katanya datang sini untuk tenangkan minda,
Kenapa perlu serabutkan fikiran? He~

Perutku berkeronconglah pula.
Laparnya.
Tapi aku tahankan saja.
Tunggu makan tengah hari di rumah ya.

Cerita Menagih Cinta Dia tidak dapat aku lakukan di sini.
Ini kerana aku mengejar masa.
Aku perlu ke tempat lain pula.
Ada pesanan barang daripada adik tercinta.


Subhanallah, sungguh tenang, aman dan damai jika hidup begini.
Aku memang suka akan ketenangan.
Sunyi. Sepi. Itu juga kadang-kala aku idamkan.
Kerana, tiada siapa yang dapat mengganggu jiwa.

Satu lagi tempat yang aku ingin pergi.
Kundasang.
Kenapa?
Sejuk di sana. He~
Tapi tidak tahu bilalah pula ya.
Amannya kalau begini.



Jiwa yang lara sudah dapat diubati.
Ini, ada beberapa gambar untuk tatapan anda. :)


Mana bas ni, tak datang-datang.

Berhenti!


Bila dah ambil adik dari sekolah, Syaza minumlah air C2 yang kat tv tu. He~ Rasanya, not bad arr. Sedap gak.

Siap buat iklan lagi.

Ok, sampai di sini sahaja.

Wassalam~

Thursday, May 6, 2010

Perhatian Semua!

Assalamualaikum semua.

Apa khabar kamu semua?
Ogenki desu ka?

Syaza harap kamu sihat sejahtera. :)
Alhamdulillah, hari ni hujan. Dah lama dah tak hujan. Sejuk. Best!
Sekarang hujan selalunya tengah hari sampai petang. Tidakpun, petang sampai malam.

Dulunya, Syaza kalau hujan fikir macam mana nak balik kerja. Sekarang hujan, Syaza fikir macam mana nak ambil adik pulang dari sekolah. He~
Tapi, tak apa. Best! Dapat mandi hujan. Eh, bukan-bukan! Baju hujankan ada. ;)

Ok, sebenarnya Syaza cuba nak beritahu pada kamu semua yang membaca blog Syaza ni, bahawasanya cerita Menagih Cinta Dia 4 sudah boleh dibaca!
Ceh, ayat skema deh. Ha~

Syaza amat memerlukan komen-komen anda untuk penulisan Syaza. He~

Rancangan Syaza untuk esok: InsyaAllah, Syaza nak pergi Pantai Tanjung Aru. Saja nak pergi sana, sebab nak tenangkan minda. Nak ambil idea baru. Nak baca buku NKRA. Konon je tu. He~

Kamu, kamu dan kamu! Tolong doakan Syaza untuk temu duga pada 18.5.2010 tu ek. Mudah-mudahan dipermudah segala urusan. Amin~

Maaf sebab lambat menerbitkan cerita Menagih Cinta Dia 4 itu. Sebenarnya, Syaza nak taip dulu kat komputer. Lepas tu, dah periksa semuanya, baru Syaza terbitkan. Harap fahamlah ek. Kalau ada cacat celanya, boleh tegur saja. ;)

Perhatian kepada K.K.K. , sila berikan alamat anda kepada Syaza ek. He~
Mungkin ada hadiah penghargaan untuk kamu.

Ha! Dahulu, Syaza ada beritahu kamu yang Syaza nak buat contestkan. Syaza masih fikirkan nak buat apa. Kasihan kamu menunggu. Tapi, insyaAllah satu hari nanti ada juga tu. Sabar ya.

Sekarang ni, Syaza sedang memikirkan tentang idea-idea baru untuk cerita Menagih Cinta Dia. Pening juga dibuatnya.

Tadi, Syaza ternampak di folder adik Syaza, lukisan yang Syaza warnakan. Dapat tempat kedua. Ha~ Tapi, hadiahnya milik adikku. Kerana atas nama dia. Aku saja membantu. :P
Kamu ingin lihat?



Rasanya boleh jadi profesional tak? Entah apa yang melanda diri Syaza ketika ini pun tidak tahulah. Ha~
Gambar ni tahun lepas punya.

Oklah, itu sahaja. Terima kasih kerana sudi membaca.

Wassalam~

Wednesday, May 5, 2010

Kamu Dalam Kalangan Yang Mana Satu?

Assalamualaikum semua!

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga Syaza menulis sesuatu di blog ni.
Wah, lamanya tak buat post. He~
Kenapa lama menyepi?
Syaza sebenarnya tak ada idea nak tulis apa.
Sekarang ni pun Syaza tak tahu nak kongsikan apa dengan kamu semua. He~
Syaza sekarang ni tengah fikir tentang temu duga Syaza tu je. Pening-pening. Doakan Syaza ek.
Lagipun, Syaza sedang bertungkus lumus untuk menerbitkan cerita Menagih Cinta Dia 4 untuk anda.

Ha! Kamu dah baca cerita Menagih Cinta Dia 3?
Kalau dah baca, terima kasih ek. Kalau nak komen, amat dialu-alukan.

Ok, sekarang Syaza dah ada idea. Alhamdulillah.
Hari ni, Syaza nak kongsikan kepada kamu tentang solat dan 5 jenis manusia.

..................................................................................

Sudah lama kita bersolat, tetapi nampaknya keajaiban dan jaminan solat yang disebut Allah masih samar-samar dalam kehidupan kita.

Allah memberi jaminan dalam firman-Nya, bermaksud: "Sudah pasti berjaya orang mukmin iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya." (Surah al-Mukminun: 1,2)

Pada pertemuan kali ini, penulis mengajak remaja dan siapa saja bermuhasabah mengenai peringkat solat.

Bukannya konsep kejayaan dan cara hendak mencapai khusyuk, tetapi ada beberapa jenis dan golongan serta gaya bersolat di kalangan orang Islam yang semuanya akan mempengaruhi perangai dan cara hidup.

* Jenis Pertama

Hari ini, ramai umat Islam yang tidak bersolat, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak bersolat. Ada yang menafikan kewajipan solat, mereka jatuh kafir sebab itu kadangkala perangainya dengan si kafir tidak ada beza.

* Jenis Kedua

Orang yang melakukan solat secara zahir saja, malah bacaan pun masih tidak betul, taklid buta dan main ikut-ikut orang lain.

Jadi, golongan ini sekejap bersolat, sekejap tidak. Jika ada masa dan emosi baik, dia bersolat. Kalau sibuk dan ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, dia tidak bersolat.

Orang ini jatuh fasik. Tidak belajar solat mahupun secara rasmi atau tidak rasmi. Ilmu mengenai solat ialah apa yang dipelajari ketika kecil dan tadika saja. Golongan ini tertolak, bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah.

* Jenis Ketiga

Golongan yang melakukan solat cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan solat, Fatihah, doa Iftitah dan tahiyatnya, tetapi tidak dihayati dalam solat itu.

Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia tanpa menghayati solat. Golongan ini dikategorikan sebagai solat ‘awamul Muslimin’ dan jika dididik serta ditambah mujahadah (kesungguhan), dia akan berjaya dalam solat.

* Jenis Keempat

Golongan ini baik sedikit daripada golongan sebelumnya, tetapi main tarik tali dalam solatnya.

Sesekali dia khusyuk, sesekali lalai pula. Apabila teringat sesuatu dalam solatnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya.

Apabila teringat Allah secara tiba-tiba, insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hati serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimah dan bacaan dalam solat. Begitulah sehingga selesai solatnya.

Peringkat ini orang terbabit akan mula memasuki zon ‘memelihara solat’, tetapi masih belum seronok dengan solat.

* Jenis Kelima

Golongan yang melakukan solat tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz dalam solatnya.

Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekeliling sehingga pekerjaan serta apa pun yang dilakukan atau difikirkan di luar solat itu tidak mempengaruhi so latnya.

Walaupun dia memiliki harta dunia, menjalankan kewajipan dan tugas keduniaan seperti perniagaan, semua itu tidak mempengaruhi solatnya. Hatinya masih dapat memuja Allah dalam solat. Golongan ini disebut orang soleh.

Sebenarnya banyak lagi peringkat solat, tetapi keterbatasan ruangan sekadar lima tahap ini rasanya sudah boleh muhasabah diri mengenai tahap solat yang kita lakukan.

Jika kita berada di peringkat satu, dua dan tiga, kita sebenarnya belum selamat dan mungkin solat tidak mampu mendapat jaminan Allah.

Ibadat solat boleh membangunkan jiwa dan iman, menjauhkan daripada yang buruk dan merungkai mazmumah (sifat keji), menanamkan mahmudah (sifat terpuji), melahirkan disiplin hidup dan akhlak yang agung. Semoga solat kita akan berlangsung sebagai mi'raj.



Itu sahaja. Jadi, kamu dalam kalangan yang mana satu?

Wassalam~