Monday, February 9, 2015

Mengimbas Kembali Zaman Waktu Kecil.

Assalamualaikum and olaaa everyone.

Semalam, 8 Februari 2015, Syaza, adik Syaza, Ibu dan Ayah pergi ke Kota Belud.
Perjalanan ke Kota Belud mengambil masa lebih kurang 1 jam dari Kota Kinabalu.
Kenapa pergi Kota Belud?
Sebab nak pergi Tamu Kota Belud.
Apa tu Tamu?
Tamu ni macam Pasar.



Lama dah tak pergi Kota Belud.
Syaza sendiri dah tak ingat, bilalah Syaza pergi Tamu Kota Belud ni. Haha.
Dah lama dah.

Apa yang menariknya dengan Tamu Kota Belud?
Pertamanya, murah.
Murah macam mana?
Kuih, 4 biji = RM1.
Mana nak jumpa lagi kan?
Macam-macam kuih pula tu.
Sedap pula tu.

Ada jual pelbagai jenis parang.
Ada jual rokok yang gulung-gulung tu. Tahu tak? Haha.
Rokok tembakau ek namanya? Haha.
Memang rasa macam tinggal zaman dulu-dulu. Hehe.

Sayur-sayur yang jual kat sini pun lebih murah berbanding di Kota Kinabalu. Memang jimat duitlah. Haha.

Kuih 4 biji = RM 1. Maknanya kuih-kuih kat atas ni hanya RM 4 sahaja. Murahkan?

Dah penat pusing pasar. Haha. 

Nanti saya datang lagi ek. ;)
Ha... Jadi, kalau datang Sabah, mai datang Pasar Kota Belud pada hari Ahad.
Mai awal na, sebab sat lagi tak dak parking. Hehe.

Lepas pergi Kota Belud, kami pergi ke Zoo Lok Kawi!
Macam budak-budakkan? Haha.
Bila pergi zoo tanpa ada anak kecil di sisi macam pelikkan? Tak apa, biar aku yang jadi budak kecil itu. Haha.

Syaza pernah pergi zoo ni masa tahun 2008. Haha.
Lama kan?
Ada kat sini, nasib baik pernah tulis. Haha.

Apa yang menariknya zoo ni?
Semestinya ada binatang. Haha.

Zoo Lok Kawi ni mengambil masa lebih kurang 30 minit dari Kota Kinabalu.
Disebabkan Syaza dari Kota Belud ketika itu, so mengambil masa 1 jam 30 minit la ye. 

Apa yang menariknya, kat sini ada orang utan.
Bayau.
Tahu apa tu bayau?
Monyet yang hidungnya panjang tu. Hehe.


Peta perjalanan. Fuhhh... Panjangnyaaaa...
 
Nak jalan-jalan dengan kereta api tu pun boleh. ;)

Burung cenderawasih ada, burung apa tah lagi namanya tu. Haha. Banyak burung.

 
Lepas tu, kami tengok pertunjukan haiwan.
Best sangat!
Yang penting, aku yang bersemangat lebih.
Disebabkan aku lambat sampai, so kedatangan aku disambut oleh burung kakak tua yang sangat awesome ni! Haha.


Ada pertunjukan ular, burung enggang, burung kakak tua dan satu lagi binatang tak tahu nama dia apa, tapi dia diberi nama Kit Kat. Hehe.

Antara penonton yang hadir. Ada ramai lagi sebelah sana. 

The best actor, Michael. Hoho.
Masa persembahan ni, Syaza dan keluarga yang bersemangat.
Terjerit-jerit bagi sokongan pada burung kakak tua main game. Haha.
Sampai ada satu masa, Syaza dan adik Syaza je yang jerit. Hoho.
Nampak tak semangat nak bagi sokongan?
Yang lain semua macam krik krik krik. Haha.
Kita kenalah sporting bab-bab macam ni kan.
Bagi sokongan pada yang bekerja kat situ. Penat dia buat persembahan, tapi tak ada yang bagi sokongan. Haha.
Gituuuuuu....

Lepas habis persembahan yang ohsem tu, sambung jalan-jalan.
Besar juga zoo ni. Haha.
Penat jalan.
Oh ya, lupa. Kalau nak naik kereta api tu, seorang hanya RM2 sahaja, so tak penatlah jalan.


Si Bayau. ;)
Lebah ni bukan haiwan peliharaan zoo ek. Haha.


Dah habis. Penat jalan.
Itu sahaja.
Wassalam~

4 comments:

  1. goodluck!

    awak ditag dinii http://memburucintamu.blogspot.com/2015/02/1st-giveaway-by-wanitabesiberbicara.html

    ReplyDelete
  2. Cantik juga zoo ini,entah bila baru dapat sampai.

    ReplyDelete