Thursday, February 26, 2015

Komputer Riba Masuk Bengkel.

Assalamualaikum.

Pertamanya, Syaza minta maaf sebab tak beritahu lebih awal.
Masuk-masuk semester baru dah ada meeting persatuan semua.
Orang masuk lepas raya Cina, Syaza masuk seblum raya Cina.
Tu yang terkontang-kanting seketika. Haha.

Laptop pula, keluar masuk bengkel.
InsyaAllah lepas ni semuanya okay.
Maaf sangat-sangat.

Lepas ni, akan kembali menulis lagi. InsyaAllah.
So, stay tuned. ;)

Wassalam.

Thursday, February 12, 2015

1st GiveAway WanitaBesiBerbicara

Assalamualaikum and olaaa everyone.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Pertama-tamanya, Selamat Hari Lahir Emma.
Semoga kamu menjadi wanita yang sentiasa dirahmati dan diredhai Allah.
Kata-kata semangat dari Syaza, tidaklah semangat mana kerana semangat itu datangnya dari kamu.
Syaza hanya mampu memberikan kata-kata sahaja. Hehe.

Sayangku Emma.
Sabar.
Sabarlah dengan segala dugaan dan cabaran yang menimpa dirimu.
Kerana dari dugaan itu, Allah ingin lihat kekuatan imanmu.
Sekiranya tidak kuat, maka mohon padaNya, kerana dariNya datang kekuatan.

Teruskan tersenyum walaupun hatimu menangis.
Kerana senyuman itu mampu membuatkan hati yang menangis itu tersenyum walaupun ianya hanya sedikit.

Teruskan lakukan apa yang kamu minati selagi ianya tidak melanggar perintahNya.
Semoga kamu sentiasa dilindungi Allah.
Semoga berjaya dalam hidupmu di dunia dan di akhirat.
Amin~

Selamat Hari Lahir Emma. ;)
Moga terus kuat!
Moga Allah redha. ;)

Wassalam~

Monday, February 9, 2015

Mengimbas Kembali Zaman Waktu Kecil.

Assalamualaikum and olaaa everyone.

Semalam, 8 Februari 2015, Syaza, adik Syaza, Ibu dan Ayah pergi ke Kota Belud.
Perjalanan ke Kota Belud mengambil masa lebih kurang 1 jam dari Kota Kinabalu.
Kenapa pergi Kota Belud?
Sebab nak pergi Tamu Kota Belud.
Apa tu Tamu?
Tamu ni macam Pasar.



Lama dah tak pergi Kota Belud.
Syaza sendiri dah tak ingat, bilalah Syaza pergi Tamu Kota Belud ni. Haha.
Dah lama dah.

Apa yang menariknya dengan Tamu Kota Belud?
Pertamanya, murah.
Murah macam mana?
Kuih, 4 biji = RM1.
Mana nak jumpa lagi kan?
Macam-macam kuih pula tu.
Sedap pula tu.

Ada jual pelbagai jenis parang.
Ada jual rokok yang gulung-gulung tu. Tahu tak? Haha.
Rokok tembakau ek namanya? Haha.
Memang rasa macam tinggal zaman dulu-dulu. Hehe.

Sayur-sayur yang jual kat sini pun lebih murah berbanding di Kota Kinabalu. Memang jimat duitlah. Haha.

Kuih 4 biji = RM 1. Maknanya kuih-kuih kat atas ni hanya RM 4 sahaja. Murahkan?

Dah penat pusing pasar. Haha. 

Nanti saya datang lagi ek. ;)
Ha... Jadi, kalau datang Sabah, mai datang Pasar Kota Belud pada hari Ahad.
Mai awal na, sebab sat lagi tak dak parking. Hehe.

Lepas pergi Kota Belud, kami pergi ke Zoo Lok Kawi!
Macam budak-budakkan? Haha.
Bila pergi zoo tanpa ada anak kecil di sisi macam pelikkan? Tak apa, biar aku yang jadi budak kecil itu. Haha.

Syaza pernah pergi zoo ni masa tahun 2008. Haha.
Lama kan?
Ada kat sini, nasib baik pernah tulis. Haha.

Apa yang menariknya zoo ni?
Semestinya ada binatang. Haha.

Zoo Lok Kawi ni mengambil masa lebih kurang 30 minit dari Kota Kinabalu.
Disebabkan Syaza dari Kota Belud ketika itu, so mengambil masa 1 jam 30 minit la ye. 

Apa yang menariknya, kat sini ada orang utan.
Bayau.
Tahu apa tu bayau?
Monyet yang hidungnya panjang tu. Hehe.


Peta perjalanan. Fuhhh... Panjangnyaaaa...
 
Nak jalan-jalan dengan kereta api tu pun boleh. ;)

Burung cenderawasih ada, burung apa tah lagi namanya tu. Haha. Banyak burung.

 
Lepas tu, kami tengok pertunjukan haiwan.
Best sangat!
Yang penting, aku yang bersemangat lebih.
Disebabkan aku lambat sampai, so kedatangan aku disambut oleh burung kakak tua yang sangat awesome ni! Haha.


Ada pertunjukan ular, burung enggang, burung kakak tua dan satu lagi binatang tak tahu nama dia apa, tapi dia diberi nama Kit Kat. Hehe.

Antara penonton yang hadir. Ada ramai lagi sebelah sana. 

The best actor, Michael. Hoho.
Masa persembahan ni, Syaza dan keluarga yang bersemangat.
Terjerit-jerit bagi sokongan pada burung kakak tua main game. Haha.
Sampai ada satu masa, Syaza dan adik Syaza je yang jerit. Hoho.
Nampak tak semangat nak bagi sokongan?
Yang lain semua macam krik krik krik. Haha.
Kita kenalah sporting bab-bab macam ni kan.
Bagi sokongan pada yang bekerja kat situ. Penat dia buat persembahan, tapi tak ada yang bagi sokongan. Haha.
Gituuuuuu....

Lepas habis persembahan yang ohsem tu, sambung jalan-jalan.
Besar juga zoo ni. Haha.
Penat jalan.
Oh ya, lupa. Kalau nak naik kereta api tu, seorang hanya RM2 sahaja, so tak penatlah jalan.


Si Bayau. ;)
Lebah ni bukan haiwan peliharaan zoo ek. Haha.


Dah habis. Penat jalan.
Itu sahaja.
Wassalam~

Wednesday, February 4, 2015

[Photography] Rumah Terbalik, Tamparuli, Sabah Bersama Besties!

Assalamualaikum and olaaa everyone.

Hari ni jalan-jalan dengan kengkawan ke Rumah Terbalik!
First time masuk.
Sebelum ni tengok dari luar je. Haha.
Kali ni, pergi bertiga: sahabat Syaza, Citi Manisa dan kawan-yang-lama-tak-jumpa, Zuhaili.
Bila masuk kat Rumah Terbalik, kalau lama-lama rasa pening juga lah. Sebab terbalikkan. Hehe.

Murah sahaja.

Dewasa: RM10
Kanak-kanak: RM5

Untuk pengetahuan, kat dalam rumah tu, tak boleh tangkap gambar.
Tak tahu sebab apa.



Lama tak jumpa dia. Masing-masing sibuk dengan diri masing-masing.

Tiketnya. Eksklusif kan. ;)

Graviti ke atas. ;)

See, terbalikkan. ;)
Alhamdulillah, bahagia jumpa mereka ni.
Tak kering gusi.
Gelak ketawa, cerita tak habis.

Macam mana aku tak sayangkan korang? Hehe.
Selalu buat aku bahagia.
Terima kasih.
Terima kasih Allah.
Pertemuan ini Kau yang menentukan.
Sayang korang! ;)
Semoga sentiasa dirahmati Allah. Amin~

Wassalam~

Monday, February 2, 2015

[Ulat Buku] Kosong Kosong oleh Mohd Fakhruddin.

Assalamualaikum and olaaaa everyone.


"Sembahyang cukup ringan tetapi berat untuk melaksanakannya, sedangkan puasa cukup berat tetapi ramai dapat menunaikannya. Ibu bapa dapat mengajar anak-anaknya berpuasa, tetapi mereka tidak mengajar anak-anak untuk bersolat."
(Bab 2, Ringan tetapi Berat)


Lupa nak review tentang buku yang Syaza dah habis baca ni.
Syaza habis baca masa sampai Sabah hari tu. Hehe.
Boleh dikatakan cepat jugalah baca buku ni walaupun belajarkan.
Kalau tak, memang tunggu berbulan-bulan nak habis.
Selesaikan apa yang patut dulukan.

Tapi, untuk buku ni tak sabar nak habis.
Baca satu tajuk, tak sabar nak baca tajuk yang seterusnya, seterusnya dan seterusnya sampailah habis.
Kenapa?
Meh, nak cerita.

Bahasa yang digunakan sangat mudah untuk difahami, memang sempoi.
Setiap bab akan ada pengalaman atau cerita penulis.
Jadi, rasa dekat dengan diri.

Pengisian pun memang terus pada hati.
Kadang-kadang terasa kena peluru bertubi-tubi menyedarkan diri.

Apa-apa pun, memang best buku ni.
Digalakkan untuk beli.
Rugi tak beli dan baca.

Antara isi kandungan bagi bab pertama: Demi Kesempatan.

"Berapa orangkah yang mengambil kesempatan untuk solat tahajud setelah dia terjaga untuk ke tandas? Hendak terkencing, terus bangun ke tandas. Selepas itu, terus tidur walaupun jam sudah pukul lima pagi."
Tersentap seketika.

Tunggu apa lagi?
Beli, baca dan amal. InsyaAllah.

Wassalam~

Sunday, February 1, 2015

[Photography] Kundasang Trip Bersama Rakan-rakan Baru. ;)

Assalamualaikum and olaaa everyone.

24 dan 25 Januari 2015, Syaza dan beberapa kawan-kawan yang lain pergi ke Kundasang.
Bermalam di sana.
Alhamdulillah, best sangat.
Macam setiap semester pula Syaza pergi Kundasang ni. Haha.
Lama dah tak bermalam di Kundasang, bila bermalam untuk kali ni, pergh menusuk ke tulang sejuknya. Haha.
Layan gambar je lah ek. ;)
Tapi sayangnya, kali ni, cuaca tak mengizinkan untuk nampak Gunung Kinabalu.
Cuaca hujan, mendung, awan tebal, so tak nampak Gunung.

Untuk trip kali ni, ramai kawan-kawan baru.
Ada yang siap jejak kasih. Haha.
Tup-tup, satu sekolah rendah dulu.

Antara tempat yang kami terjah:
Poring
Sabah Tea
Luanti (Tempat Ikan tu. Hehe.)
Kundasang War Memorial
Desa Farm
Mesilau Nature Park










Percaya atau tidak, mereka berdua yang kat belakang tu, suami isteri. Hehe.



Di Sabah Tea. ;)


Luanti. Nampak tak ikan tu. ;)
Itu je lah kot.
Pengalaman yang menyeronokkan.

Jom datang Sabah.
Macam-macam ada. ;)

Wassalam~ ;)