Sunday, December 14, 2014

Biar Betul Aku Jadi Pengerusi Majlis?

Assalamualaikum and olaaa everybody!

Alhamdulillah syukur atas segala nikmat dan kurniaanNya.
Alhamdulillah.

Biar Betul Aku Jadi Pengerusi Majlis?

"Siapa yang nak jadi pengerusi majlis untuk Sabtu dan Ahad ni? Syaza boleh?" kata Pengerusi Persatuan.
"Ha? Tak nak." sebab aku sebenarnya ada rancangan lain untuk Sabtu dan Ahad ni.

Keesokan harinya...

Aku temankan kawan aku hantar kad jemputan untuk Majlis Makan Malam yang akan berlangsung Ahad akan datang kepada pensyarah.
Nak bagi kad jemputan tu, kena datang meeting bersama pensyarah tersebut, sekali gus bagi kerja untuk program Sabtu dan Ahad ni.
Dalam program tu, ada pengerusi majlis umum dan pengerusi majlis slot untuk penceramah.
Pengerusi majlis umum dah settle!

"Siapa nak jadi pengerusi majlis untuk slot penceramah? Syaza boleh na..." kata pensyarah.
"Ha?" Aku tersenyum, kelu. Nak tolak, orang dah kenal kita.
"Boleh na..." sambungnya lagi. Pengerusi Persatuan dah senyum-senyum.
Aku angguk tanda setuju.
Tup-tup, aku kena pegang dua slot penceramah. Hari Sabtu satu, hari Ahad satu.
Rancangan nak ke sesuatu tempat pada Sabtu ni, langsung dibatalkan. Hampa.
Otak terus ligat berfikir, bila aku nak ke tempat itu. Haha.

Aku garu kepala.
Sebelum ni, orang lantik aku jadi Pengerusi Majlis, lepas tu dah belatih semua, mesti tukar orang.
Tak ada rezeki.

Sebab tu, sekarang kalau ada yang tanya, "Siapa nak jadi MC?"
Aku laju-laju sorok tangan di belakang.
Aku diam-diam.
Tengok kiri tengok kanan.
Kawan-kawan kata, "Syaza, angkatlah tangan."
Aku geleng laju. Takut tengok orang ramai-ramai.
Takut gagap depan-depan.
Takut menggigil pegang kertas.

Sebelum ni, aku pernah jadi DJ untuk Simposium Kebangsaan Kanak-kanak.
Bila jadi DJ, orang tak nampak kita.
Aku pun boleh belasah cakap sempoi-sempoi.
Bila depan-depan, orang nampak kita, semiformal atau formal, aku belasah jadi formal. Haha. Adalah sikit-sikit semi -nya tu. Haha.
Aku kalau pengerusi majlis, memang tak akan ambil tidak formal.
Aku tak reti.
Kalau DJ, pengerusi majlis formal, insyaAllah boleh.
Pokoknya, orang kena paksa aku.
Orang kena percaya.
Kalau tak, memang aku jalan undur ke belakang, lari pecut sekuat hati.

Untuk kali ni, aku jadi MC untuk Seminar Kebangsaan Pendidikan Awal Kanak-Kanak.
Program ni bawah fakulti aku.
Dari semua pelusuk negeri datang. Terima kasih sebab sudi hadir seminar kami. ;)

Antara gambar-gambar semasa seminar berlangsung.
Ni untuk hari pertama.
Hari kedua tak sempat nak tangkap.













Seminar ni bukan calang-calang ooooo.
Ilmu tu mahal...
Orang yang dari Kedah, Penang, Perak, Selangor, Sabah pun ada.

Malam semalam, aku telefon ibu.
Tup-tup ayah nak cakap, "Ayah bangga dengan Ajja, buat yang terbaik ek." Haha.
InsyaAllah ayah.
Alhamdulillah semuanya dah pun selesai.

Pengalaman tu penting.
Aku ni kalau majlis besar-besar memang kena paksa.
Kalau tak, memang nyorok dalam almari.
Terima kasih atas kepercayaan itu.

Bila orang dah percaya pada kita,
Jangan kepercayaan itu dikotori dengan perangai kita yang entah apa-apa.

Bila orang dah percaya pada kita,
Buat semampunya.

Bila orang dah percaya pada kita,
Maknanya Allah dah bagi peluang pada kita.

Alhamdulillah.

Wassalam~

No comments:

Post a Comment