Wednesday, January 8, 2014

Mati.

Assalamualaikum.



Mati itu pasti.
Kehadirannya tiada siapa yang tahu kecuali Rabbul 'Izzati.
Kau tidak bersedia, kau tetap perlu menghadapi.
Kau tidak berani?
Kau mahu lari?
Kau tetap akan hadapi walau sejauh mana kau pergi.
Ke sana atau ke sini.
'Dia' tetap akan mengejarmu sampai kau lelah untuk menyembunyikan diri.

Buatlah persediaan secukupnya wahai sohabati.
Supaya kita mati dalam Iman dan Islam seperti yang diimpi.
Teruskan bermuhassabah diri.
Izrail akan datang tepat pada masanya nanti.
Tingkatkan amalan seperti gunung yang tinggi dan gagah berdiri.
Kerana kita tidak tahu bila akan tiba waktu ini.
MATI.

SyazaSyafeeqah
080113
2131

"Apabila sampai ajal maut seseorang itu ia tidak dapat ditunda atau dipercepat, walau sesaat pun."
(Surah al-A'raf ayat 34)(Surah an-Nahl ayat 61)

No comments:

Post a Comment