Tuesday, November 12, 2013

Perniagaan Kecil-kecilan.

 Assalamualaikum.

Sekarang ni memang Syaza tak ada nak buat apa-apa.
Tunggu JPJ Test untuk lesen kereta je sekarang ni.
Oleh yang demikian, Syaza bercadang untuk berniaga secara kecil-kecilan.
Sambil-sambil tunggu sambung belajar.

Syaza sekarang berniaga barangan-barangan muslimah.
Handsock, stoking, tudung, shawl.
Secara online.
InsyaAllah dengan harga yang berpatutan.

So, boleh datang jenguk,
FB: MR RISK
Instagram: MRRISKHOUSE

 

Untuk maklumat lebih lanjut, bolehlah datang ke Facebook kami ya. ;)
Terima kasih.

Wassalam~

Saturday, September 14, 2013

Hari Konvokesyen, 10 September 2013.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Syukur ke hadrat Ilahi, kerana Allah memberi Syaza keizinan untuk bergraduasi setelah 3 tahun berhempas pulas menuntut ilmu.
Alhamdulillah, ibu ayah dapat datang.
Tengok gambar je lah ek. ;)

080913
Bersama atok dan nenek. Ye lah, jarang cucu atok nenek bergambar konvo kan. Sanggup bawa jubah nak tangkap gamabr dengan atok nenek. Hehe.

From someone special. Bila cakap srecial, mulalah orang ingat boyfriend lah, ada orang nak minang lah. Ni, Kak Farah dan Abby yang bagi okayyyy...

Tangkap gambar bersama. ;)

Siap sedia tuan!

Kak Long dan Rifqi tak dapat ikut. Rifqi masih kecil lagi.

9 September 2013

Kami bertolak ke Klang jam 8.30 malam dengan menaiki bas dari Batu Pahat.
Sampai kat Klang lebih kurang pukul 12.30 pagi.
Mandi solat dan sebagainya, pukul 1.30 pagi baru nak tidur. Haha.

10 September 2013

Bertolak ke UPSI pukul 10.00 pagi.
Mata dah membulat.
Mula konvo pukul 2.00 petang.
Tapi bla bla bla, pukul 3.00 petang.
Huh...

Sweet memory.

I love them. <3 p="">
Bersama mak dan kakak Mastura.

Peace bersama Mastura.

Bersama Mastura. ;)


Kami bergraduasi bersama. Alhamdulillah.


Ini buat Ibu Ayah.

Terima kasih Ibu Ayah. ;)

Bunga tu Annei bagi. Thank you dear. ;)

Tuanku ni lah yang bagi.

My Parents.

Alhamdulillah.

Bersama Kak Dheeya. ;)

UPSI

Saya alumni UPSI. ;)

Geng tempat duduk. ;)

They are my friends. ;)

Majoritinya geng rumah. ;)

11 September 2013

Bangun seawal pukul 4.00 pagi. Hari sebelumnya tidur jam 1.30 pagi.
Ibu ayah pulang ke Sabah pukul 7.30 pagi.
Bergerak ke KLIA pukul 5.00 pagi.
Ibu ayah masuk pukul 6.30 pagi.
Aku bergerak terus ke KL Sentral dan menunggu kereta api ETS ke Tg. Malim pukul 10.00 pagi.
Selesaikan segalanya di UPSI sehingga pukul 2.00 petang.
Bertolak ke TBS untuk ke Yong Peng.
Bas bergerak pukul 5.50 petang.
Bas tiba di Yong Peng pukul 8.30 malam.
Pengsan...


Aku seorang pelajar musafir.
Ini tempatku setiap kali aku ingin pulang ke Sabah.
Aku tidak pernah pulang beraya sepanjang pengajianku.
Aku hanya pulang cuti semester.
Banyak perasaan yang perlu aku simpan dan korbankan.
Dan...
Alhamdulillah, berkat kesabaran dan berkat doa Ibu Ayah, Allah telah menunaikan salah satu impianku.
Namun, perjalananku masih belum tamat di sini.
Aku perlu teruskan perjalanan ini. InsyaAllah! 


Terima kasih kepada semua yang mendoakan Syaza selama Syaza belajar.
Ibu Ayah, keluarga, Pensyarah, Guru, rakan-rakan, saudara mara, rakan-rakan FB, rakan-rakan blog dan semuanya.
Terima kasih.
Ini untuk anda. ;)

Wassalam~

Tuesday, August 27, 2013

Pemakaian Purdah, Adakah Satu Trend, Ikutan atau Keikhlasan?

Bismillah.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah kerana kini semakin ramai yang ingin mendalami ilmu agama.
Alhamdulillah, sekarang semakin ramai yang menutup aurat.
Alhamdulillah, sekarang semakin ramai yang bertudung labuh.
Alhamdulillah, sekarang semakin ramai yang berpurdah.
Alhamdulillah.

Ya, Syaza bukan seorang yang memakai purdah.
Tetapi, saya salute orang yang berpurdah.
Ya, mungkin saya bukan orang yang layak untuk memberi pendapat tentang purdah.
Mungkin kerana aku bukan salah satu daripada mereka.
Jika aku tidak memakai purdah bukan bermaksud aku tidak kaji dan memahami tentang pemakaian purdah.

Sudah ramai ulama, ustazah dan ustaz menjawab persoalan tentang pemakaian purdah.
Untuk lebih lanjut, anda boleh cari di Google, blog, facebook, dan macam-macam lagi.

Lain orang lain pendapatnya.
Begitu juga dengan aku.
Setiap pendapat tiada yang betul dan salah.
Kalau kita anggap tidak betul, maka tidak perlu ikut.
Kalau kita anggap betul, boleh diikuti dan dipercayai.
Semuanya terpulang dengan hati dan diri kita.

***

Pabila aku lihat sekeliling aku atau lebih khusus kawan-kawanku, ramai yang telah berubah.
Dan aku lihat perubahan mereka.
Sedikit demi sedikit.
Aku tersenyum.

Ketika aku mula-mula memakai tudung labuh, aku terasa asing.
Masih tidak ramai yang bertudung labuh.
Ya, jika dibandingkan dengan sekarang, sudah ramai.
Dan makin ramai juga yang berpurdah.
Kalau dikira kenalanku, sudah ada 3 orang yang berpurdah. Alhamdulillah.
2 orang kenalan dari universitiku dan seorang dari sekolah menengahku - dia sedang melanjutkan pelajarannya di bumi Arab.
Aku gembira buat mereka.
Mungkin sudah ketemu diri mereka.

Secara jujurnya, pernah juga terdetik di hatiku untuk memakai purdah.
Ya, pernah.
Dan pernah juga aku memakainya satu kali keluar dari rumah.
Aku rasa apa yang mereka rasa.
Ramai yang melihat.
Ramai yang memandang kita sehingga hujung mata.
Dipandang 'pelik' dari sisi orang bukan Islam.
Walaupun aku senyum di sebalik purdah, namun tiada siapa yang membalas.
Aku rasa semua itu.
Lalu, aku diketepikan.

Pernah juga aku ditanyakan tentang pemakaian purdah oleh kawanku yang bukan Islam.
Aku jawab semampuku dan seringkasku.
Mereka hanya mengangguk tanda faham, tetapi ada lirikan mata yang kuyakin mereka rasa 'janggal'.
Ada juga yang bertanya kepadaku, "Bila Syaza nak pakai purdah?"
Aku hanya mampu tersenyum, tiada jawapan.
Setelah puas aku melihat telatah manusia, maka aku lahir dengan penulisan ini.

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (An Nur:31)

Ya, aku berpegang pada ayat Allah.
Menutup aurat.
Muka dan telapak tangan bukan aurat wanita.
Selain daripada itu, itu aurat wanita.

Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur). Surah Al-A’raaf : Ayat 26
Aku tidak menyekat pemakaian purdah.
Siapa yang mahu pakai, dipersilakan.

Pabila aku lihat sekeliling, sudah ramai yang berpurdah.
Dan aku juga mahu bersama dalan kalangan mereka.
Aku lihat ke dalam diriku kembali...
Adakah jika aku memakai purdah untuk mengikut mereka atau aku ikhlas memakainya kerana Allah?
Ya, kita lihat kembali dalam diri kita.
Ikhlas atau ikutan?

Kerana kini, aku lihat ramai yang mahu berpurdah dan terus berpurdah kerana melihat senior atau ada kawannya berpurdah.
Dan aku takut, sukar untuk mereka istiqamah kerana mengikut ikutan.
Ada yang masih bersekolah. Tahniah, anda berubah pada peringkat awal.
Aku juga takut pabila, adik-adik tidak dapat istiqamah apabila melanjutkan pelajaran.

Pabila berpurdah, kita perlu jaga akhlak, tutur kata, gerak geri dan semuanya.
Pernah aku terlihat seorang wanita berpurdah di dalam kereta api yang kunaiki, aku senyum, namun aku tidak tahu dia membalas atau tidak.
Bila kumelihat ke matanya, ada celak yang menghiasi matanya supaya kelihatan galak.
Aku hanya berdiam.

Kepada yang berpurdah, jika anda benar-benar ingin berpurdah, tidak perlu memakai celak di mata.
Mesti anda memakai purdah untuk mengelak fitnah.
Tetapi, bila anda memakai celak bermakna anda menggalakkan fitnah.
Berhati-hati.

Pabila kumelihat kawanku yang bukan Islam sukar untuk mendekati kawanku yang berpurdah, maka aku dapat konklusi.
Aku cuba buat mereka faham tentang Islam, walaupun aku tidak berpurdah.
Mereka yang bukan Islam lebih mudah untuk berkomunikasi denganku.
Maka, aku terus jadi diriku yang sekarang.

Aku juga belajar satu perkara.
Tahap keimanan bukan terletak pada kelabuhan tudung dan pemakaian purdah. ;)

Apa yang penting adalah MENUTUP AURAT. ;)


***

Ustazah, apa hukum berpurdah?

النقاب والعصر

وفي مسألة أخرى قال الشيخ القرضاوي ردا على سؤال حول وجوب ارتداء النقاب من عدمه: "النقاب أمر أوجبه بعض العلماء وأجازه بعض العلماء.. وأنا لا أرى أنه واجب.. وإنما من أرادت أن تنتقب فلها حريتها في هذا.. وإن كنت أنا في عصرنا هذا أرى أن الأولى بالمسلمة ألا تنتقب حتى تستطيع أن تختلط بالمتكشفات وأن تقترب منهن".

وأرجع الشيخ ذلك إلى أن "المحجبة قريبة قليلا (من المتكشفة)"، متسائلا: "أما المنتقبة فكيف تستطيع أن تدعو المتكشفة وبينها وبينها مراحل ومراحل؟"

وأضاف: "لي رسالة اسمها النقاب بين القول بفرضيته والقول ببدعيته.. هناك أناس يقولون إن النقاب بدعة، وأناس يقولون إن النقاب فرض، وأنا لا أوافق هؤلاء ولا هؤلاء".

وأوضح: "النقاب ليس بدعة.. (هناك) قول في مذهب الحنابلة وقول في بعض المذاهب، وإن كان جمهور الفقهاء يرون أن وجه المرأة ليس بعورة، حتى الإمام ابن قدامة شيخ الحنابلة يقول في (كتاب) المغني: والمذهب أن الوجه ليس بعورة

Sumber: Qaradhawi.net

Terjemahannya
Purdah dan zaman kontemporari

Dan pada masalah yang lain, as-Syeikh al-Qaradhawi telah berkata, menjawab soalan tentang (samada) wajib berpurdah atau tidak: "Purdah adalah satu perkara yang wajib mengikut setengah pandangan ulamak. Dan sebahagian ulamak yang lain mengharuskannya. Namun, saya tidak berpandangan bahawa ianya adalah wajib.Sesiapa yang hendak berpurdah, dia bebas berbuat demikian

.Namun, pada zaman kita sekarang, saya melihat (berpandangan) bahawa muslimah lebih awla tidak berpurdah, ini kerana untuk membolehkannya bergaul dengan wanita yang tidak bertudung"(membuka aurat) dan mendekati mereka

As-Syeikh merujuk kepada perkara tersebut bahawa: "Wanita yang bertudung (tidak berpurdah) (lebih) boleh merapati (wanita yang tidak bertudung) [(berbanding wanita yang berpurdah)]. Beliau berkata: "Bagi wanita yang berpurdah, bagaimana dia ingin mengajak mereka yang tidak bertudung (tidak menutup aurat) secara berperingkat-peringkat?"

Beliau menambah dengan katanya: "Saya mempunyai satu risalah tentang purdah; satu qaul yang mengatakan kewajipan berpurdah dan satu qaul lagi mengatakan bahawa ia adalah satu bid'ah. Di sana juga ada orang yang mengatakan bahawa purdah itu bid'ah dan (kumpulan) yang lain pula mengatakan ia adalah wajib. Namun, saya tidak bersetuju dengan kedua-dua pihak ini".

Beliau menjelaskan bahawa "Berpurdah bukanlah suatu bid'ah.. (Di sana) ada qaul dalam Mazhab Hanbali dan qaul dalam mazhab-mazhab yang lain. Dan jumhur fuqaha' berpendapat bahawa muka seorang wanita itu bukanlah aurat. Sehinggakan al-Imam Ibn Qudamah as-Syeikh dari Mazhab Hanbali (juga) berkata dalam Kitab al-Mughni bahawa muka bukanlah aurat."




HUKUM MEMAKAI NIQAB/PURDAH MENURUT MADZHAB SYAFI’I

Pendapat madzhab Syafi’i, aurat wanita di depan lelaki ajnabi (bukan mahram) adalah seluruh tubuh. Sehingga mereka mewajibkan wanita memakai cadar di hadapan lelaki ajnabi. Inilah pendapat mu’tamadmadzhab Syafi’i.

Asy Syarwani berkata:
إن لها ثلاث عورات : عورة في الصلاة ، وهو ما تقدم ـ أي كل بدنها ما سوى الوجه والكفين . وعورة بالنسبة لنظر الأجانب إليه ا : جميع بدنها حتى الوجه والكفين على المعتمد وعورة في الخلوة وعند المحارم : كعورة الرجل »اهـ ـ أي ما بين السرة والركبة
“Wanita memiliki tiga jenis aurat,
(1) Aurat dalam shalat – Sebagaimana telah dijelaskan- yaitu seluruh badan kecuali wajah dan telapak tangan,
(2) Aurat terhadap pandangan lelaki ajnabi, yaitu seluruh tubuh termasuk wajah dan telapak tangan, menurut pendapat yang mu’tamad,
(3) Aurat ketika berdua bersama yang mahram, sama seperti laki-laki, yaitu antara pusar dan paha” (Hasyiah Asy Syarwani ‘Ala Tuhfatul Muhtaaj, 2/112)

Syaikh Sulaiman Al Jamal berkata:
غير وجه وكفين : وهذه عورتها في الصلاة . وأما عورتها عند النساء المسلمات مطلقًا وعند الرجال المحارم ، فما بين السرة والركبة . وأما عند الرجال الأجانب فجميع البدن

“Maksud perkataan An Nawawi ‘aurat wanita adalah selain wajah dan telapak tangan’, ini adalah aurat di dalam shalat. Adapun aurat wanita muslimah secara mutlak di hadapan lelaki yang masih mahram adalah antara pusar hingga paha. Sedangkan di hadapan lelaki yang bukan mahram adalah seluruh badan” (Hasyiatul Jamal Ala’ Syarh Al Minhaj, 411)

Syaikh Muhammad bin Qaasim Al Ghazzi, penulis Fathul Qaarib, berkata:
وجميع بدن المرأة الحرة عورة إلا وجهها وكفيها ، وهذه عورتها في الصلاة ، أما خارج الصلاة فعورتها جميع بدنها

“Seluruh badan wanita selain wajah dan telapak tangan adalah aurat. Ini aurat di dalam shalat. Adapun di luar shalat, aurat wanita adalah seluruh badan” (Fathul Qaarib, 19)

Ibnu Qaasim Al Abadi berkata:
فيجب ما ستر من الأنثى ولو رقيقة ما عدا الوجه والكفين . ووجوب سترهما في الحياة ليس لكونهما عورة ، بل لخوف الفتنة غالبًا

“Wajib bagi wanita menutup seluruh tubuh selain wajah telapak tangan, walaupun penutupnya tipis. Dan wajib pula menutup wajah dan telapak tangan, bukan karena keduanya adalah aurat, namun karena secara umum keduanya cenderung menimbulkan fitnah” (Hasyiah Ibnu Qaasim ‘Ala Tuhfatul Muhtaaj, 3/115)

Taqiyuddin Al Hushni, penulis Kifaayatul Akhyaar, berkata:
ويُكره أن يصلي في ثوب فيه صورة وتمثيل ، والمرأة متنقّبة إلا أن تكون في مسجد وهناك أجانب لا يحترزون عن النظر ، فإن خيف من النظر إليها ما يجر إلى الفساد حرم عليها رفع النقاب

“Makruh hukumnya shalat dengan memakai pakaian yang bergambar atau lukisan. Makruh pula wanita memakai niqab (cadar) ketika shalat. Kecuali jika di masjid kondisinya sulit terjaga dari pandnagan lelaki ajnabi.
Jika wanita khawatir dipandang oleh lelaki ajnabi sehingga menimbulkan kerusakan, haram hukumnya melepaskan niqab (cadar)” (Kifaayatul Akhyaar, 181)


Semoga bermanfaat.
Ingin aku tekankan di sini, ini hanya pendapat.

Wassalam~

Thursday, August 15, 2013

Amanah Seorang Ayah. :')

Bismillah...

Assalamualaikum.

Sebelum mula melanjutkan pelajaran di UPSI, ayah sudah memberi satu amanah kepada Syaza.
Sewaktu ayah pergi service kereta, ayah membawaku sekali untuk menyelesaikan beberapa hal mengenai kemasukan ke universiti.
Sewaktu menunggu giliran, ayah mengeluarkan suara yang agak perlahan.

"Ajja, nanti kalau dah kat sana jangan lupa jenguk atok nenek."
Mahu mengalir air mataku.
Aku mengangguk.
"InsyaAllah, ayah."
Ayah menasihati aku banyak perkara tentang itu.
Selesai bercakap, ayah mengusap kepalaku.
Aku hanya tersenyum.
Aku tahu, banyak yang ayah simpan.
Aku faham.

Sewaktu di universiti, aku memikirkan peluang untuk pulang ke kampung.
Tahun ke dua di universiti, aku beraya di kampung.
Ramai yang tidak tahu mengapa.
Dan aku hanya berdiam diri membiarkan persepsi semua orang.
Yang tahu, cuma aku, ayah dan Allah.
Aku menangis depan Allah.
Hanya dariNya datangnya kekuatan untuk teruskan rancangan aku.

"Kenapa Ajja tak nak balik raya? Semua ada kat sini. Bila lagi nak kumpul sama-sama!"
Herdikan yang aku terima.
Dalam hatiku hanya Allah sahaja yang tahu.
Hatiku berkata, "Ajja nak tunaikan amanah ayah..."
Tapi, apa yang keluar dari mulutku hanya, "Ajja seminggu je cuti. Membazir kalau balik."
Disebalik telefon, tiada siapa yang tahu betapa lajunya airmata yang mengalir.

Oleh itu, aku tetap dengan keputusanku untuk beraya bersama atok dan nenek.
Aku pulang ke kampung hanya sementara, 5 hari sahaja.
Bantu atok nenek apa yang perlu; tolong masak sahur, tolong buat persiapan raya, beli bahan mentah bersama nenek di kedai.
Pengalaman yang bermakna buatku.
Aku berasa sangat lega kerana aku sudah menunaikan satu amanah ayah.
Bersyukur sangat. :')

Amanah itu tidak tertanam sampai di situ.
Ketika aku berpraktikum, aku juga pergi menjenguk atok yang sedang sakit di kampung.

Alhamdulillah. Allah tunaikan apa yang aku harapkan iaitu beraya bersama keluarga.
Tahun ketiga di universiti, semester 5, Allah satukan kami sekeluarga di kampung.
Kerana tahun itu kakak sulungku akan bernikah pada raya ke 5.
Allah makbulkan doaku.
Doa semua orang. :') Alhamdulillah.



***

Ketika peperiksaan semester 5 baru berlangsung, Ibu Ayah ku dijemput oleh Allah untuk menunaikan ibadah haji di Makkah. Alhamdulillah.
Ibu ayah pergi ke sana tanpa dihantar oleh seorang anaknya pun. Semua sedang berjuang dalam pelajaran.
Pakcik yang menghantar mereka ke lapangan terbang.

Ibu ayah memberi amanah kepadaku untuk menjaga adikku yang tinggal di Sabah keseorang selepas habis sahaja peperiksaan.
Ya, selepas tamat semua perkara yang perlu diselesaikan, aku terus terbang ke Sabah.
Menjaga adikku selama sebulan.
Lakukan semua kerja-kerja rumah.

Masak. Ada yang sedap, ada yang tak sedap.
Kasihan adikku, terpaksa telan.
Hari Raya Aidiladha disambut bersama. Pagi-pagi masak Nasi Goreng.
Lepas tu, pergi menziarahi rumah pakcik dan makcik. Mereka jemput ke rumah.

Selama sebulan, aku cuba lakukan yang terbaik untuk adikku.
Tayar bocor kena paku sebanyak 2 kali, mengajar aku berdikari.
Belajar pergi ke bengkel. Selesaikan pelbagai masalah.

Menunggu kepulangan ibu ayah dari mengerjakan haji.
Pabila ibu ayah pulang, rasa amat bersyukur kerana aku dapat menjalankan amanah ini dengan jayanya.
Sehari selepas itu, aku pula yang terbang ke Semenanjung untuk berpraktikum.



***

Selesai tamat pengajian, aku memang bercadang untuk menjaga kakak sulungku yang sarat mengandung dan bersalin.
Ketika ayah pulang ke tanah Semenanjung, ayah menasihati aku supaya menjaga kakakku sebaiknya.

"Ajja jaga Kak Long baik-baik ek."
Ayah mengusap kepalaku.
"Ya, ayah."
Aku hanya tersenyum.
Satu lagi amanah yang perlu kutunaikan.

Sehingga kini, aku masih bersama kakakku.
Menjaga mereka sekeluarga.
Buat apa yang perlu; basuh kain, lipat kain, masak, beli barang dapur, jaga si kecil, bersihkan rumah serba sedikit.

Raya tahun ni, aku beraya bersama mereka.
Dari awal Ramadhan lagi aku ingin pulang ke Sabah, kulihat kakakku sudah mampu untuk melakukan kerja-kerja rumah.
Pernah aku luahkan hasratku ini.
Aku menangis 5 hari berturut-turut.
Setiap kali solat, airmataku keluar dengan sendiri.
Sudah 4 tahun aku tidak beraya di Sabah.
Ya, 4 tahun.
Aku teramat rindu akan keluargaku. :')

Telefon bimbitku berdering.
.Ayahku. nama terpapar di skrin.
"Ajja nak balik ke? Kalau nak balik, ayah belikan tiket."
"Tak apalah, yah."
Air mataku mengalir.
Tahan perasaan.
Aku kenal ayahku.

Dan akhirnya aku buat keputusan untuk tidak pulang.
Pada suatu hari, ketika aku ingin keluar berjalan, aku menelefon rumahku untuk memberitahu ibu bahawa aku ingin keluar.
Tapi, ayah yang angkat.
Setelah memberitahu ayah yang aku mahu pergi berjalan-jalan, ayahku bertanya lagi, "Ajja betul tak nak balik?"
"Tak nak. Tak apalah yah."
"Ayah tahu, walaupun Kak Long suruh Ajja balik tapi dia berat hati. Macam tu juga dengan Ajja kan. Ajja duduklah sana dulu. Nanti kalau Ajja dah belajar kat UMS ke mana tahu, nanti dah tak dapat jumpa Rifqi. Ayah faham. Ajja jaga Rifqi baik-baik ye. Jangan gaduh-gaduh. Terima kasih ye Ajja sebab jaga Kak Long dan Rifqi."
Dari corong telefon terdengar sebak suara ayah.
Memang ada betulnya apa yang ayah cakap.
"Em..."
Itu yang mampu kuluahkan.
Aku memang dah agak apa yang ayah fikir.
Bergenang juga air mataku.
Namun kutahan. Takkan nak nangis di stesen kereta api. Hoho.

Dan aku teruskan amanah ini sehingga kini.



***

Sehari sebelum raya tahun ini.
10 September 2013, Selasa, tarikh aku konvo.
Aku beritahu kepada ayah.
Ayah kata, "Ajja pergi sendiri boleh tak?"
Aku hanya kata, "Em..."
Aku mengerti pekerjaan ayah sebagai seorang guru.
Kakak sulungku juga sebagai seorang guru.
Adakah aku akan konvo tanpa seorang pun ahli keluarga?

Petangnya, ayah telefon lagi.
"Betul ek, 10 September 2013 Ajja konvo."
"Em..."
"Ayah nak beli tiket ni."

Alhamdulillah.
Kau kabulkan doaku, ya Allah.
Diploma yang kuperolehi ini untuk Ibu Ayahku.

Aku selalu terfikir, ajal maut kita semua tak tahu.
Yang tahu cuma Allah.
Jadi, jika diberi kesempatan bolehlah Ibu Ayah ku melihat aku naik pentas terima Diploma ini.
Kerana aku tidak tahu, masih sempatkah aku untuk memberi Ijazah buat Ibu Ayah ku? :')

***




Harapanku, aku harap aku dapan penuhi setiap amanah yang diberikan.
Aku harap, Ibu Ayah puas hati dengan apa yang aku lakukan.
Mungkin ini saja caranya untuk aku membalas jasa mereka.
Aku tidak punya wang ringgit yang berjuta untuk diberikan kepada mereka.
Aku cuma punya kudrat untuk membantu apa yang perlu.

Terima kasih Ibu Ayah kerana sanggup untuk melihat anakmu ini peroleh Diploma.
Terima kasih adikku yang sangat memahamiku.
Terima kasih atas segalanya. :"))

Wassalam~

14.08.2013
7.31 am

Wednesday, August 14, 2013

Shopping Online VS Shopping Offline.

Bismillah...

Assalamualaikum.

Shopping Online VS Shopping Offline.

Kebanyakan orang sekarang terutamanya wanita amat suka akan Online Shopping ni.
Kenapa?
Itu kena tanya mereka.
Mungkin kerana...

1. Jimat masa.
2. Jimat tenaga.
3. Murah? (Mungkin bagi mereka...)

Tudung ni dibeli secara online. RM34 termasuk penghantaran. Selesa dan labuh. Satu-satunya tudung yang paling aku berpuas hati bila beli online. ;) Search ZoraScarf di FB.

Bila dibandingkan, Syaza yang lebih suka Shopping Offline.
Kenapa?

1. Lebih tahu material yang sebenar.
2. Lebih tahu ukuran badan yang sesuai dengan baju. Sebab beza jenama, beza saiz.
3. Murah.
4. Tak menyesal beli. ;)

Tudung ni, kawan belanja. Harganya hanya RM8.80 sahaja. Tak percaya? Cari kat Jalan TAR.

Mungkin ramai di antara anda ada yang menyesal beli secara online sebab kadang-kadang apa yang dijangkakan tidak sama dengan apa yang kita dapat.
Betul tak?

Lagi satu, kadang-kadang Syaza tak faham kenapa ada orang cakap beli online lagi murah berbanding offline.
Kalau online, kita kena tambah pos penghantaran lagi. Contohnya tudung RM30, jadi RM37. -_-"

Ini juga dari Jalan TAR. RM8.80. Jimat. Labuh pun labuh. ;)

Hidup ni, perlulah bijak!
Kadang-kadang orang semua fikir JENAMA.
Pedulikan apa orang kata.
Kalau tudung dia dari FAREEDA yang beharga RM150, katakan sahaja tudung kita dari CIK PIDAH yang hanya RM15. Buat apa nak malu.
Kalau tudung dia ada tag ARIANI, tunjukkan saja tag MADE IN CHINA kita. Hehe.
Apa ada dengan jenama?
Bawa sampai ke kubur ke?

Ada malaikat tanya, "Tudung yang kau pakai ketika di dunia jenama apa?"
Tak ada kan...
Nanti sampai kubur, 'tudung' kita tu MADE OF COTTON je...

Duit banyak-banyak, tak perlulah membazir.
Kalau tudung online RM30, cari kat Jalan TAR tu ha, RM10 boleh dapat.

"Membazirlah... Duit minyak lagi."
Siapa suruh bawa kereta menempuh jem bagai?
Naiklah KTM, berhenti kat Bank Negara. Dah jimat...

Kalau online, baju RM300 dikatakan murah, memang terbeliak mata.
Kalau nak tahu, First Lady tu, lagi jual murah.
Berkualiti dan sangat berpatutan. ;)

Syaza pernah beli secara online.
Tapi kebanyakannya mengecewakan.
Kat dalam gambar, labuh.
Bila dapat, tak boleh pakai.
Kan dah membazir namanya.

Tapi, semuanya terpulang pada anda.
Duit anda.

Online atau Offline itu pilihan anda.
Mana yang lebih memudahkan anda, teruskan.
Jangan sampai bila baju beratus-ratus, tapi nak bagi sedekah RM1 pun payah. ;)

Allah tak tanya berapa mahal harga baju atau tudung yang kita pakai.
Tapi Allah tanya, duit kita tu kita gunakan untuk apa? Sedekah? Zakat? Atau beli tudung yang mahal tapi pendek?

Tepuk dada tanya iman. ;)

Wassalam~

Tuesday, August 13, 2013

Reaksi dan Emosi.

Bismillah...

Assalamualaikum.
Reaksi dan emosi.
Apabila memainkan sesuatu emosi mesti ada reaksi.
2 perkara ini perlu jalan seiring, bukan?
Ada yang suka tapi dia tak senyum?
Jarang kita jumpa.

Reaksi menggambarkan emosi kita.
Betul tak?

Aku pula seorang yang suka menunjukkan reaksi melalui lensa kamera. Hoho.
Macam jakun jumpa kamera.
Tapi itu aku. ;)


Pakai tudung 45" je. Tak salah kan. Asalkan tutup aurat. ;)


Ajak geng. Kaklong jadi mangsa. Haha.


Nak sendiri pula. Hoho.


Ajak si kecil. ;)


Reaksi 5 saat. Haha. Ni namanya keturunan. ;)


"Buruklah muka kau buat macam tu."
Peduli apa orang kata.
Asalkan jadi diri sendiri sudah. ;)
Ada geng 'mata kartun'.

Wassalam~

Persiapan... | Selamat Hari Raya Aidilfitri

Bismillah...

Assalamualaikum.

6 Syawal 1434H.
Sekejap sahaja masa berlalu.

Persiapan...

Tahun ni, Syaza beraya di Meru, Klang.
Persiapan untuk raya boleh dikatakan tak ada.
Selain daripada membantu Kak Long untuk buat persiapan beraya.
Masak, cari kuih raya.
Itu yang lebih utama.

Untuk tahun ini, banyak pendam rasa.
Banyak yang tidak terluah dek kata-kata.
Rasa ada yang tidak kena.

21 tahun...
Aku hanya menyulam rasa.
Simpan sendiri katanya.
Sedih, duka, aku sahaja yang rasa.

Bukan rasa semakin matang.
Malah, rasa seperti ada sesuatu yang datang.
Buat hati rasa seperti binatang.
Tiada belas kasihan.
Masa untuk aku buat keputusan.

Aku seperti rasa luaran sahaja yang menggambarkan aku 'baik'.
Dalamnya, hampeh!
Penuh dengan dendam yang membara.

Tapi, aku rasa satu pengajaran.
Buat si dia memikir.
What you give you get back.
Kalau dahulu, aku hanya ikut sahaja.
Mungkin kini tidak lagi.
Kalau aku tidak suka, aku keluar, tinggalkan begitu sahaja.
Peduli apa orang kata.

Selama ini, aku sahaja fikir apa orang rasa.
Apa orang kata.
Kali ni, aku buat apa yang aku suka.

Mungkin aku lebih kepada persiapan diri untuk melawan apa sahaja yang aku rasa tidak selesa. :|

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin



Ya, saya beraya dengan mereka.
Baju ni, baju BARU dicuci. Haha.

Mereka tahun pertama beraya sebagai ibu ayah.
Anak kecil itu sudah 2 bulan lebih.
Alhamdulillah.

Disebalik senyuman tersimpan 1001 rasa.
Raya ke 2 sehingga kini, aku hanya di rumah semata.
Lagi seronok berbanding pergi beraya tetapi hati tidak selesa.

Bila beraya, banyak makan hati.
Lebih baik duduk di rumah sahaja. ;)

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahur dan Batin. ;)

Wassalam~

Wednesday, July 31, 2013

Persoalan Solat Sunat Tarawih.

Bismillah...

Assalamualaikum.
Terlalu banyak persoalan yang tertanya-tanya oleh hamba-hamba Allah tentang solat sunat Tarawih.
Oleh itu, Syaza akan menjawab beberapa soalan yang lazim tentang solat sunat Tarawih itu sendiri.
Segala kesalahan daan kesilapan harap ditegur.
Semoga bermanfaat. InsyaAllah. ;)

Soalan-soalan Lazim Tentang Solat Sunat Tarawih.

S: Apakah hukum sebenar solat sunat tarawih?

J: Sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut). Hal ini kerana, di dalam bulan Ramadhan kita digalakkan untuk meningkatkan ibadah kita kerana ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Lagipun, solat sunat Tarawih hanya ada dalam bulan Ramadhan sahaja. ;)

S: Bolehkah solat sunat Tarawih dilakukan secara berseorangan?

J: Boleh. Para sahabat menggalakkan solat sunat Tarawih secara berjemaah supaya ion-ion dalam badan dapat dicas semula setelah berpuasa dari Subuh hingga ke Maghrib. Rasulullah juga pernah melakukan solat sunat Tarawih secara berseorangan.


Hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah ra bermaksud : 
"Pada suatu malam Nabi Muhammad s.a.w. solat dimasjid, maka para sahabat mengikuti solatnya. Pada malam berikutnya, Baginda s.a.w. solat lagi dimasjid dan para sahabat yang mengikutinya bertambah ramai. Lalu mereka berhimpun pada malam ketiga atau keempat, tetapi Nabi Muhammad s.a.w. tidak keluar kemasjid untuk solat bersama mereka. Pada sebelah paginya Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya aku melihat apa yang kamu kerjakan dan tidak ada sesuatu apa pun yang mencegah aku untuk keluar mengerjakan solat bersama kamu semua kecuali aku khuatir kalau- kalau kamu menganggap solat itu diwajibkan atas kamu." (Riwayat Muslim)

S: Apakah kelebihan solat sunat Tarawih?

J: Sabda Rasulullah s.a.w. yang ertinya: “Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam hari di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan ikhlas, maka Allah mengampunkan segala dosanya yang telah lalu.”
(Hadis riwayat Bukhari) 

S: Berapakah bilangan sebenar solat sunat Tarawih?

J: Kita boleh melakukan solat sunat tarawih mengikut kemampuan kita. Tidak kira 8 rakaat atau sehingga 20 rakaat kerana Rasulullah tidak pernah menetapkan bilangan rakaat bagi menunaikan solat sunat tarawih. Sembahyang tarawikh boleh dibuat sebanyak lapan rakaat, sesuai dengan keterangan Aisyah r.a. : 
“Rasulullah S.A.W. tidak pernah mengerjakan sembahyang sunat, bulan Ramadan atau bulan lainnya, lebih dari empat rakaat, kemudian beliau kerjakan lagi empat rakaat (Jangan tanya tentang baik dan panjangnya), kemudian beliau tambah lagi tiga rakaat yakni witir.” Riwayat Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim; “Rasulullah mengerjakannya sebelas rakaat, temasuk di dalamnya sembahyang witir.”
Dalam isu bilangan rakaat yang harus dilakukan dalam solat tarawikh, Rasulullah SAW tidak pernah menetapkan berapa rakaat yang perlu dilakukan. Malahan Rasulullah menggalakkan umatnya untuk bersolat sunat berterus-terusan tanpa ada batasan. Imam Bukhari dan Muslim dalam Kitab Sahihnya merekodkan bahawa Ibnu Umar berkata, “Rasulullah bersabda: Bersolatlah kamu dua rakaat-dua rakaat (berulang-ulang) dan jika kamu bimbang akan terbitnya waktu subuh maka bersolatlah witir satu rakaat sebagai penutup”. 

S: Boleh tak solat sunat Tarawih dilakukan di rumah?

J: Boleh. Ramai orang sekarang tidak tahu bahawa solat sunat Tarawih boleh dilakukan di rumah kerana ramai yang telah menetapkan bahawa solat sunat tarawih hanya boleh dilakukan di masjid. Kita lihat kembali hukum solat sunat Tarawih iaitu sunat. Pernah tak kita melakukan solat Fardhu di rumah? Mesti pernah. Oleh yang demikian, kenapa pula solat sunat tidak boleh dilakukan di rumah? Rasulullah S.A.W. juga tidak memberatkan solat ini ditunaikan di masjid kerana tidak mahukan sahabat berfikiran solat ini solat yang wajib.


***

Oleh yang demikian, tiada alasan bagi kita untuk tidak menunaikan solat Tarawih. Kalau tidak boleh pergi ke masjid atau surau, lakukanlah ia di rumah.
Ramai orang memandang serong kepada orang yang solat sunat Tarawih di rumah.
Syaza mengaku bahawa, Syaza sendiri solat di rumah.
Terdapat beberapa perkara yang Syaza titikberatkan, iaitu;

1. Khusyuk

Sukar bagi Syaza untuk khusyuk apabila solat di surau atau masjid kerana kadang-kala ada suara kanak-kanak yang bermain di kawasan berdekatan.

2. Riak

Oleh kerana Syaza tidak mahu ada timbul sikap riak ataupun menunjuk-nunjuk walaupun sedikit, oleh itu Syaza memilih untuk solat di rumah.
"Kalau aku pergi masjid, mesti jumpa ramai lelaki, mak cik-mak cik. Nanti mesti diaorang cakap, bagusnya anak si fulan selalu pegi masjid solat tarawih."
Hati-hati dengan hati. Tak pun post kat Facebook: Alhamdulillah, done my tarawih - at Masjid Kg. Likas. 

Apa-apa pun, teruskan beribadah.
Siapa yang solat kat masjid, teruskan.
Siapa yang solat di rumah, teruskan.

Yang beri pahala bukan manusia, tapi Allah.
Yang tahu apa isi hati kita itu bukan manusia, tapi Allah.

Oleh itu, teruskan beribadah.
Yang tak pernah solat sunat Tarawih, cuba solat kerana anda akan rasa keseronokannya. Percayalah.
Jangan lupa solat sunat Taubat, perbanyakkan istighfar, mana tahu anda yang terpilih dalam Lailatul Qadar.

Syaza harap terjawab semua soalan yang bermain di minda semua orang.
Semua yang baik datang dari Allah, yang buruk dari Syaza sendiri.

Segala teguran atas kesilapan amat dialu-alukan.

Wallahu'alam.

Wassalam~

Sunday, July 28, 2013

Ramadhan Dah Nak Pergi? :'( | Bersederhanalah!

Bismillah...

Assalamualaikum semua.
Apa khabar?
Apa khabar iman?
Apa khabar ibadah?
Apa khabar amalan?
Meningkat atau semakin berkurangan?
Moga-moga, semakin bertambah dan semoga istiqamah dalam bulan-bulan yang lain juga ya. InsyaAllah.

Ramadhan Dah Nak Pergi? :'(

Pejam celik, pejam celik, dah nak dekat 10 Ramadhan terakhir dah.
Jadi perlu buat apa kawan-kawan?
Tahu ke tak tahu?
Tak tahu?
Meh cek bagi tahu na...

Jadi...
Kita perlulah pertingkatkan lagi amal ibadah kita.
Kalau sebelum ni bangun sahur terus makan.
Lepas ni, bangun awal sikit, buat solat tahajud dan sebagainya.

Untuk apa?
Supaya kita menjadi salah seorang hamba Allah yang terpilih dalam Lailatul Qadar.
Kita akan jadi orang yang sangat istimewa pada pandangan Allah.
Kan syok tu...
Nak jadi orang yang terpilih?
Maka, perbanyakkan amalan kita.
Perbanyakkan ibadah kita.
Perbanyak istighfar, semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita.

Apa yang istimewa sangat dengan Lailatul Qadar ni sampai semua orang nak pi kejar dia?
Hang cakap tak istimewa?
Cek nak habaq ni.
Bila kita menjadi orang yang terpilih di dalam Lailatul Qadar, kita macam buat ibadah selama 1000 bulan. 1000 bulan = 83 tahun.
Subhanallah.
Hangpa semua yakin ka, hangpa boleh hidup sampai 83 tahun?
Kita semua tak tahu bila ajal kita bukan?
Jadi, memang istimewa jadi orang yang terpilih dalam malam yang istimewa.

Apa lagi?
Hang ada dengar Lailatul Qadar ni dalam bulan-bulan lain?
Bulan Syawal, Sya'aban, Rejab? Ada?
Tak dak.
Lailatul Qadar ni ada dalam bulan Ramadhan ja.
Itu la istimewanya.

Jadi, hangpa nak jadi orang yang terpilih tak?
Mesti mahu kan.
Jadi, pertingkatkan ibadah kita; Solat, baca Quran, zikir dan sebagainya. ;)



Bersederhanalah!

Peringatan buat semua yang tak sabaq nak raya.
Cek nak pesan, bersederhanalah ketika buat persiapan nak raya ni.
Jangan nak duk membazir.
Beli baju beratus-ratus sedangkan ada yang berpuluh-puluh, sama jenis, sama design.
Kita kena berbelanja dengan bijak.

Memang betul raya setahun sekali.
Tapi, kalau dah duk habiskan duit yang dah dikumpulkan sejak awal tahun lagi, tak menangis nak kumpul lagi?
Bukan nak kata apa, Rasulullah sendiri pun suruh kita bersederhana.
Memang betul, nabi menggalakkan kita pakai baju baru ketika menyambut Syawal, tapi baju yang RM30 pun baru juga kan? ;)

Tak salah untuk beli baju cantik-cantik tu.
Asalkan jangan sekali ja pakai.
Belilah baju yang boleh pakai berkali-kali.
Kan jimat. ;)



Lagi satu, jangan nak duk lawan baju siapa yang cantik.
Allah tak tengok pada wajah atau pakaian yang cantik, tapi Allah tengok pada hati yang cantik. ;)
Kalau hati cantik, apa yang dia pakai semua cantik.

Apa-apa pun, belum terlambat lagi Syaza nak ucapkan Selamat Berpuasa di bulan Ramadhan ini.
Semoga amal ibadah kita diterima oleh Allah. ;)
Amin~

Wassalam~ ;)

notakaki: Awat tulis bahasa utara pula tiba-tiba? ;)