Thursday, August 15, 2013

Amanah Seorang Ayah. :')

Bismillah...

Assalamualaikum.

Sebelum mula melanjutkan pelajaran di UPSI, ayah sudah memberi satu amanah kepada Syaza.
Sewaktu ayah pergi service kereta, ayah membawaku sekali untuk menyelesaikan beberapa hal mengenai kemasukan ke universiti.
Sewaktu menunggu giliran, ayah mengeluarkan suara yang agak perlahan.

"Ajja, nanti kalau dah kat sana jangan lupa jenguk atok nenek."
Mahu mengalir air mataku.
Aku mengangguk.
"InsyaAllah, ayah."
Ayah menasihati aku banyak perkara tentang itu.
Selesai bercakap, ayah mengusap kepalaku.
Aku hanya tersenyum.
Aku tahu, banyak yang ayah simpan.
Aku faham.

Sewaktu di universiti, aku memikirkan peluang untuk pulang ke kampung.
Tahun ke dua di universiti, aku beraya di kampung.
Ramai yang tidak tahu mengapa.
Dan aku hanya berdiam diri membiarkan persepsi semua orang.
Yang tahu, cuma aku, ayah dan Allah.
Aku menangis depan Allah.
Hanya dariNya datangnya kekuatan untuk teruskan rancangan aku.

"Kenapa Ajja tak nak balik raya? Semua ada kat sini. Bila lagi nak kumpul sama-sama!"
Herdikan yang aku terima.
Dalam hatiku hanya Allah sahaja yang tahu.
Hatiku berkata, "Ajja nak tunaikan amanah ayah..."
Tapi, apa yang keluar dari mulutku hanya, "Ajja seminggu je cuti. Membazir kalau balik."
Disebalik telefon, tiada siapa yang tahu betapa lajunya airmata yang mengalir.

Oleh itu, aku tetap dengan keputusanku untuk beraya bersama atok dan nenek.
Aku pulang ke kampung hanya sementara, 5 hari sahaja.
Bantu atok nenek apa yang perlu; tolong masak sahur, tolong buat persiapan raya, beli bahan mentah bersama nenek di kedai.
Pengalaman yang bermakna buatku.
Aku berasa sangat lega kerana aku sudah menunaikan satu amanah ayah.
Bersyukur sangat. :')

Amanah itu tidak tertanam sampai di situ.
Ketika aku berpraktikum, aku juga pergi menjenguk atok yang sedang sakit di kampung.

Alhamdulillah. Allah tunaikan apa yang aku harapkan iaitu beraya bersama keluarga.
Tahun ketiga di universiti, semester 5, Allah satukan kami sekeluarga di kampung.
Kerana tahun itu kakak sulungku akan bernikah pada raya ke 5.
Allah makbulkan doaku.
Doa semua orang. :') Alhamdulillah.



***

Ketika peperiksaan semester 5 baru berlangsung, Ibu Ayah ku dijemput oleh Allah untuk menunaikan ibadah haji di Makkah. Alhamdulillah.
Ibu ayah pergi ke sana tanpa dihantar oleh seorang anaknya pun. Semua sedang berjuang dalam pelajaran.
Pakcik yang menghantar mereka ke lapangan terbang.

Ibu ayah memberi amanah kepadaku untuk menjaga adikku yang tinggal di Sabah keseorang selepas habis sahaja peperiksaan.
Ya, selepas tamat semua perkara yang perlu diselesaikan, aku terus terbang ke Sabah.
Menjaga adikku selama sebulan.
Lakukan semua kerja-kerja rumah.

Masak. Ada yang sedap, ada yang tak sedap.
Kasihan adikku, terpaksa telan.
Hari Raya Aidiladha disambut bersama. Pagi-pagi masak Nasi Goreng.
Lepas tu, pergi menziarahi rumah pakcik dan makcik. Mereka jemput ke rumah.

Selama sebulan, aku cuba lakukan yang terbaik untuk adikku.
Tayar bocor kena paku sebanyak 2 kali, mengajar aku berdikari.
Belajar pergi ke bengkel. Selesaikan pelbagai masalah.

Menunggu kepulangan ibu ayah dari mengerjakan haji.
Pabila ibu ayah pulang, rasa amat bersyukur kerana aku dapat menjalankan amanah ini dengan jayanya.
Sehari selepas itu, aku pula yang terbang ke Semenanjung untuk berpraktikum.



***

Selesai tamat pengajian, aku memang bercadang untuk menjaga kakak sulungku yang sarat mengandung dan bersalin.
Ketika ayah pulang ke tanah Semenanjung, ayah menasihati aku supaya menjaga kakakku sebaiknya.

"Ajja jaga Kak Long baik-baik ek."
Ayah mengusap kepalaku.
"Ya, ayah."
Aku hanya tersenyum.
Satu lagi amanah yang perlu kutunaikan.

Sehingga kini, aku masih bersama kakakku.
Menjaga mereka sekeluarga.
Buat apa yang perlu; basuh kain, lipat kain, masak, beli barang dapur, jaga si kecil, bersihkan rumah serba sedikit.

Raya tahun ni, aku beraya bersama mereka.
Dari awal Ramadhan lagi aku ingin pulang ke Sabah, kulihat kakakku sudah mampu untuk melakukan kerja-kerja rumah.
Pernah aku luahkan hasratku ini.
Aku menangis 5 hari berturut-turut.
Setiap kali solat, airmataku keluar dengan sendiri.
Sudah 4 tahun aku tidak beraya di Sabah.
Ya, 4 tahun.
Aku teramat rindu akan keluargaku. :')

Telefon bimbitku berdering.
.Ayahku. nama terpapar di skrin.
"Ajja nak balik ke? Kalau nak balik, ayah belikan tiket."
"Tak apalah, yah."
Air mataku mengalir.
Tahan perasaan.
Aku kenal ayahku.

Dan akhirnya aku buat keputusan untuk tidak pulang.
Pada suatu hari, ketika aku ingin keluar berjalan, aku menelefon rumahku untuk memberitahu ibu bahawa aku ingin keluar.
Tapi, ayah yang angkat.
Setelah memberitahu ayah yang aku mahu pergi berjalan-jalan, ayahku bertanya lagi, "Ajja betul tak nak balik?"
"Tak nak. Tak apalah yah."
"Ayah tahu, walaupun Kak Long suruh Ajja balik tapi dia berat hati. Macam tu juga dengan Ajja kan. Ajja duduklah sana dulu. Nanti kalau Ajja dah belajar kat UMS ke mana tahu, nanti dah tak dapat jumpa Rifqi. Ayah faham. Ajja jaga Rifqi baik-baik ye. Jangan gaduh-gaduh. Terima kasih ye Ajja sebab jaga Kak Long dan Rifqi."
Dari corong telefon terdengar sebak suara ayah.
Memang ada betulnya apa yang ayah cakap.
"Em..."
Itu yang mampu kuluahkan.
Aku memang dah agak apa yang ayah fikir.
Bergenang juga air mataku.
Namun kutahan. Takkan nak nangis di stesen kereta api. Hoho.

Dan aku teruskan amanah ini sehingga kini.



***

Sehari sebelum raya tahun ini.
10 September 2013, Selasa, tarikh aku konvo.
Aku beritahu kepada ayah.
Ayah kata, "Ajja pergi sendiri boleh tak?"
Aku hanya kata, "Em..."
Aku mengerti pekerjaan ayah sebagai seorang guru.
Kakak sulungku juga sebagai seorang guru.
Adakah aku akan konvo tanpa seorang pun ahli keluarga?

Petangnya, ayah telefon lagi.
"Betul ek, 10 September 2013 Ajja konvo."
"Em..."
"Ayah nak beli tiket ni."

Alhamdulillah.
Kau kabulkan doaku, ya Allah.
Diploma yang kuperolehi ini untuk Ibu Ayahku.

Aku selalu terfikir, ajal maut kita semua tak tahu.
Yang tahu cuma Allah.
Jadi, jika diberi kesempatan bolehlah Ibu Ayah ku melihat aku naik pentas terima Diploma ini.
Kerana aku tidak tahu, masih sempatkah aku untuk memberi Ijazah buat Ibu Ayah ku? :')

***




Harapanku, aku harap aku dapan penuhi setiap amanah yang diberikan.
Aku harap, Ibu Ayah puas hati dengan apa yang aku lakukan.
Mungkin ini saja caranya untuk aku membalas jasa mereka.
Aku tidak punya wang ringgit yang berjuta untuk diberikan kepada mereka.
Aku cuma punya kudrat untuk membantu apa yang perlu.

Terima kasih Ibu Ayah kerana sanggup untuk melihat anakmu ini peroleh Diploma.
Terima kasih adikku yang sangat memahamiku.
Terima kasih atas segalanya. :"))

Wassalam~

14.08.2013
7.31 am

No comments:

Post a Comment