Monday, June 18, 2012

Pangkat dan Taraf Pendidikan, Tidak Pernah Menjadi Syarat Untuk Berkawan.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga menulis sesuatu di sini.
Apa khabar kalian?
Mudah-mudah sihat dan sentiasa berada di bawah lindungan Allah. InsyaAllah.

Pangkat dan Taraf Pendidikan, Tidak Pernah Menjadi Syarat Untuk Berkawan.


Berkawan dengan seseorang, kadang-kala membuatkan kita pening.
Kenapa?
Kerana banyak perkara yang kita fikirkan tentang diri dia dan kita.
Dan soalan ini sentiasa berkeliaran di kotak fikiran semua.
" Layakkah aku berkawan dengan dia? "
Betul tak?
Persoalan yang lebih kurang sama juga pernah dilontarkan oleh salah seorang rakan Syaza.

"Aku malu sebenarnya berkawan dengan kau. Aku tak ada apa-apa, pelajaran pun sampai SPM je."

Okay, now this is the answer.



Bagi Syaza, sejauh mana anda belajar sekali pun, Syaza akan layan anda sama seperti kawan Syaza yang lain, tidak kira dia belajar takat SPM ke, PMR ke.
Once anda dah berkawan dengan saya, saya akan layan seadil yang mungkin. InsyaAllah.
Syaza tak pernah tetapkan sebarang syarat untuk berkawan dengan Syaza.
Syaza tak pernah cakap, " Kalau kau ada duit RM 2000, baru kau boleh kawan dengan aku."
Langsung tak pernah.

Apa yang Syaza cari dalam persahabatan adalah kejujuran anda berkawan dengan Syaza.
Keikhlasan anda berkawan dengan Syaza.
Tidak pernah terlintas difikiran Syaza, wang ringgit, pangkat, taraf pendidikan mahupun taraf kehidupan anda merupakan syarat untuk berkawan dengan Syaza.

Syaza berkawan dengan anda kerana Allah.
Oleh itu, di antara kita tidak ada perbezaan.
Aku dan kamu juga manusia.

Bagi Syaza juga, kawan ini perlu saling melengkapi.
Jika rakan kita itu 'kurang' dalam agamanya, maka kita perlu membantunya.
Jika rakan kita 'kurang' dalam pelajarannya, maka hulurkanlah pertolongan.
Begitu juga sebaliknya.

Rasulullah bersabda, " Seseorang yang ingin mendapatkan kesenangan rasa nikmat iman, maka hendaknya dia mencintai seseorang, semata-mata kerana Allah."

Sesungguhnya Syaza selalu ingatkan diri Syaza, perkenalan di antara kita hanya kerana Allah.
Pertemuan dan perpisahan kita juga kerana Allah.

Oleh itu, jika anda sudah berkawan dengan Syaza, maka selamanya akan berkawan dengan Syaza. InsyaAllah. ;)

Itu sahaja.
Wassalam~

2 comments: