Friday, April 20, 2012

Harap Dapat Bertemu Lagi. InsyaAllah. ;)

Assalamualaikum.

Alhamdulillah...
Terima kasih kepada Allah kerana memberi kesempatan kepadaku untuk bertemu dengan insan-insan yang sudah lama tidak kutemui;

1. Keluarga: Ibu, Ayah, Kak Long, Abby.
2. Cikgu-cikgu sekolah.
3. Rakan-rakan: Kawan sekolah menengah dan bukan.



Alhamdulillah, tak percaya sangat apabila Allah pertemukanku dengan rakanku yang memang jarang-jarang sekali untuk berjumpa, disebabkan jarak yang tidak mengizinkan dan juga sebab-sebab lain.

Alhamdulillah, dapat jumpa kawan-yang-taknak-kalah-dengan-adik-saya. Terima kasih sebab sudi turun padang. HEHE. Hope you are happy with your life now.

Alhamdulillah dapat jumpa rakan-yang-dulu-ada-senyuman-di-belakangnya.

Alhamdulillah...

Ya Allah, jadikan hambaMu ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku. Amin ya rabbal 'alamin~ ;)

Cuti kali ini dapat jumpa ramai yang lama dah tak jumpa. Alhamdulillah.

Mudah-mudahan, apa yang kulakukan diredhai oleh Allah.

Ampunilah segala dosaku ya Allah.

Semoga persahabatan yang terjalin kerana Allah ini akan berkekalan sampai bila-bila. InsyaAllah. ;)

Wassalam~

4 comments: