Monday, March 19, 2012

Selamat Hari Lahir Ibuku!

Assalamualaikum.

Syaza nak tulis entri pendek sahaja hari ini.
Tengok tajuk pun dah tahu kan.
Jadi, straight to the point je lah ye.



Syaza nak ucapkan Selamat Hari Lahir buat Ibuku, Rosmiati Binti Haji Sainoh yang ke 46 tahun.

Ucapan Ajja, Semoga:

  1. Hidupmu sentiasa di berkati oleh Allah.
  2. Dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
  3. Diberi ketabahan, kekuatan dan kesabaran untuk menghadapi segala dugaan yang diberikan oleh Allah.
  4. Dipertingkatkan dan diperkuatkan iman.
  5. Hidupmu sentiada berada di bawah naungan rahmatNya.
  6. Berbahagia di dunia dan di akhirat.
InsyaAllah, amin~


Ibuku,
Penat lelahmu membawaku ke sana ke mari selama 9 bulan 10 hari memberi pengertian yang sangat besar buatku.
Itulah pengorbananmu yang tidak dapat kubalas walaupun dengan wang ringgit yang berjuta.
Peluh, gelisah dan kesahmu menjagaku sejak kecil sehingga kini tidak dapat kubalas dengan ucapan terima kasih yang hanya punya dua kata yang mungkin bermakna cuma sedikit sahaja.
Tangisanmu dan gelak tawamu ketika suka dan duka membuatkan hatiku terasa tenang sahaja.
Nasihatmu yang sudah banyak kamu berikan membuat diriku terus kuat berada di bumi yang nyata.
Ibuku,
Aku tidak mampu untuk membalas apa-apa kepadamu.
Yang aku mampu hanya doa buatmu pada yang Maha Esa dan Maha Kuasa.
Terima kasih atas segalanya.

Ajja sayang Ibu kerana Allah. ;)

Wassalam~

2 comments:

  1. selamat ari lahir buat ibu syaza..smoga sentiasa diberkati Allah:)

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah amin~ ;)
    Terima kasih kak nurul.

    ReplyDelete