Friday, March 30, 2012

#5 Allah and Prophet Said... I Say... : Fitnah.

Assalamualaikum.



Allah said...
"Pada hari itu(hari kiamat), akan bersaksilah ke atas kamu oleh segala lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan(didunia dahulu)."
(Surah An Nur: Ayat 24)
Prophet said...
Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). 
I say...
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui siapa yang benar dan siapa yang salah. Perbincangan boleh membuatkan kita mengetahui perkara yang sebenar.
Wassalam~

Thursday, March 29, 2012

No More 'P'. ;)

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga menaip kat sini. HEHE.

No More 'P'.


P untuk apa?
Untuk lesen saya!
Dah dapat lesen penuh. Alhamdulillah.
Boleh merempit. HAHA.

Saya cuma ada lesen motor sahaja.
Motor yang ada dua biji tayar. HEHE.
Finally... Alhamdulillah.

Tu sahaja nak cerita buat masa ni.
Oh, ye... I'm at Sabah now.
Really need to rest my mind and my physical, spiritual, emotion, mental and so on. HEHE.

Wassalam~

Thursday, March 22, 2012

#8 Doa.

Assalamualaikum.



Anas melaporkan, "Nabi Muhammad sering membaca doa:
" Ya Allah, aku mohon perlindunganMu daripada perasaan lemah dan malas, perasaan takut dan usia yang terlalu tua dan sifat kedekut. Aku memohon, lindungilah daku daripada seksa kubur dan daripada fitnah kehidupan dan ujian mati."

Dalam rekod lain ditambah:
"Juga daipada beban hutang dan dikalahkan orang." (Direkodkan oleh Muslim)
Semoga bermanfaat buat semua. ;)

Wassalam~

p/s: Esok last exam. doakan saya. ;)

Monday, March 19, 2012

Selamat Hari Lahir Ibuku!

Assalamualaikum.

Syaza nak tulis entri pendek sahaja hari ini.
Tengok tajuk pun dah tahu kan.
Jadi, straight to the point je lah ye.



Syaza nak ucapkan Selamat Hari Lahir buat Ibuku, Rosmiati Binti Haji Sainoh yang ke 46 tahun.

Ucapan Ajja, Semoga:

  1. Hidupmu sentiasa di berkati oleh Allah.
  2. Dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
  3. Diberi ketabahan, kekuatan dan kesabaran untuk menghadapi segala dugaan yang diberikan oleh Allah.
  4. Dipertingkatkan dan diperkuatkan iman.
  5. Hidupmu sentiada berada di bawah naungan rahmatNya.
  6. Berbahagia di dunia dan di akhirat.
InsyaAllah, amin~


Ibuku,
Penat lelahmu membawaku ke sana ke mari selama 9 bulan 10 hari memberi pengertian yang sangat besar buatku.
Itulah pengorbananmu yang tidak dapat kubalas walaupun dengan wang ringgit yang berjuta.
Peluh, gelisah dan kesahmu menjagaku sejak kecil sehingga kini tidak dapat kubalas dengan ucapan terima kasih yang hanya punya dua kata yang mungkin bermakna cuma sedikit sahaja.
Tangisanmu dan gelak tawamu ketika suka dan duka membuatkan hatiku terasa tenang sahaja.
Nasihatmu yang sudah banyak kamu berikan membuat diriku terus kuat berada di bumi yang nyata.
Ibuku,
Aku tidak mampu untuk membalas apa-apa kepadamu.
Yang aku mampu hanya doa buatmu pada yang Maha Esa dan Maha Kuasa.
Terima kasih atas segalanya.

Ajja sayang Ibu kerana Allah. ;)

Wassalam~

Thursday, March 15, 2012

#7 Doa.

Assalamualaikum.



Ali bin Abu Talib melaporkan, katanya, "Nabi Muhammad pernah berkata kepada saya, 'Bacalah:
"Ya Allah, aku memohon daripadaMu petunjuk dan kebenaran." (Direkodkan oleh Muslim)
Semoga bermanfaat buat semua. ;)

Wassalam~

Thursday, March 8, 2012

#6 Doa.

Assalamualaikum.

Abu Hurairah melaporkan, katanya, "Nabi Muhammad biasa membaca dalam doanya:
" Ya Allah perbaikilah agamaku yang menjadi perkara paling penting padaku. Perbaikilah duniaku yang menjadi kehidupanku. Perbaikilah akhiratku yang menjadi perkara paling penting padaku. Perbaikilah duniaku yang menjadi kehidupanku. Perbaikilah akhiratku yang menjadi tempat aku kembali. Jadikanlah hidup ini sebagai tambahan segala kebaikan bagiku. Jadikanlah kematian itu sebagai istirehatku daripada segala kejahatan." (Direkodkan oleh Muslim)
Semoga bermanfaat buat kalian. ;)

Wassalam~


Click Here: ChurpChurp ;)

Wednesday, March 7, 2012

Tipulah Sesuka Hati Anda.

Assalamualaikum.

Anda boleh tipu sebanyak mana yang anda mahu di dunia, tetapi bukan di akhirat.
Sesungguhnya, Allah Maha Melihat.

Di akhirat nanti, bukan mulut kita yang berbicara, namun, setiap anggota tubuh badan kita yang akan menjadi saksi.
Berhati-hati dengan setiap perlakuan anda. ;)

Wassalam~

Tuesday, March 6, 2012

With All The Notessss...

Assalamualaikum semua.

Mulai hari ini, mungkin Syaza tidak akan aktif dalam berblogging sampai minggu depan-depan.
Sebab apa?

Sebab...
Minggu depan Syaza nak EXAM!
Yeay! -_-"

Doakan Syaza ye.
Syaza minta maaf kalau ada salah silap terhadap sesiapa sahaja, sama ada langsung mahupun tidak langsung.
Kalau selama ni penulisan Syaza ada yang sakitkan hati sesiapa ke.
Minta maaf sangat-sangat.

Harap faham, kalau blog ni tak terupdate ye. ;)


Kepada sesiapa yang akan menduduki peperiksaan, Semoga berjaya!

Doa, Usaha, Tawakal. ;)

Wassalam~

Friday, March 2, 2012

#4 Allah and Prophet Said... I say... : Hati.

Assalamualaikum.

Bercakap tentang hati, memang banyak perkara yang boleh ditimbulkan; dengki, iri hati, suka hati dan sebagainya.
Bagaimana anda mengawal hati anda sendiri, itu terpulang dengan cara anda. ;)



Allah say...
"Mereka ialah orang-orang yang beriman, yang hatinya menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati orang mukmin menjadi tenteram." (Surah Ar-Ra'du:28)
Prophet said...
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.”
I say...
Sahabat, hati-hati dengan hati. Kerana mungkin 'dia' boleh buat anda 'mati' atau 'hidup kembali'. ;)
Wassalam~
 

Thursday, March 1, 2012

#5 Doa.

Assalamualaikum.



Abu Hurairah melaporkan, katanya, Nabi Muhammad berdoa:
 " Ya Allah, aku memohon perlindungan denganMu daripada sengsara akibat bencana, ditimpa kesusahan, takdir buruk dan musuh yang bergembira." (Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim)
Semoga bermanfaat buat semua.

Wassalam~