Saturday, August 20, 2011

Ramadhan 22 - Tanda-Tanda Lailatul Qadar | Sentiasa Memikirkan Orang Lain Sedangkan Orang Lain Tidak Peduli Tentang Kita.

Assalamualaikum semua.

Apa khabar kalian?
Alhamdulillah, sudah 22 hari kita berpuasa.
Bagaimana tahap iman anda? ;)
Harap-harap semakin meningkat ya. InsyaAllah.

Tanda-tanda Lailatul Qadar

Setiap orang yang beriman sentiasa menanti-nanti saat malam 10 akhir Ramadhan kerana padanya terdapat satu malam yang utama yang dinamakan “Malam al-Qadar”. Malam tersebut sebagaimana yang dikhabarkan oleh Allah dan RasulNya sebagai malam:

1) Allah turunkan padanya al-Quran (Surah al-Qadar: 1)

2) Beribadat padanya lebih baik daripada beribadat seribu bulan (Surah al-Qadar: 3)

3) Turun padanya para malaikat dan Jibril ke bumi membawa rahmat, keberkatan, ketenangan dan urusan taqdir Allah yang akan berlaku dalam setahun akan datang (Surah al-Qadar: 4, dan Surah ad-Dukhaa-n: 4,5)

4) Dipenuhi dan diliputi kesejahteraan hingga terbit fajar
(Surah al-Qadar: 5)

5) Sesiapa yang beribadat padanya dengan penuh keimanan dan mengharapkan balasan baik/pahala dari Allah maka diampun baginya dosa-dosanya yang telah lalu (Riwayat al-Bukhari: 2014, Muslim: 760)

6) Terjadi pada malam yang ganjil (Riwayat al-Bukhari: 2018, Muslim: 1167)

Didalam usaha mencari Lailatul Qadar ini banyak khurafat, pegangan yang menyeleweng dan dogengan palsu yang tersebar didalam kitab-kitab dan cerita-cerita tentang alamat/tanda malam tersebut seperti pokok bersujud, air laut menjadi tawar, anjing tidak menyalak dan lain-lain lagi. Lebih dahsyat lagi di zaman kita ini tanda-tanda dongeng ini disebarkan oleh agamawan-agamawan yang tidak berdiri diatas disiplin ilmu yang berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah melalui media cetak dan elektronik. Dengan itu ia terus berkembang den tersebar sepanjang tahun apabila munculnya bulan Ramadhan.



Adalah mustahil malam yamg begitu besar kedudukan dan keutamaan ini tidak dijelaskan tanda-tandanya oleh Allah dan Rasul sehinggakan para agamawan boleh mencipta tanda-tandanya. Apa yang pasti Rasulullah SAW telah menjelaskan tanda-tanda malam tersebut di dalam hadith-hadith berikut:

Pertama: Hadith riwayat at-Thobaraa-ni (Jilid 22/mukasurat 59), Soheh al-Jaa-mi’ (5472), ad-Dho’iefah (4404) Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

Lailatul Qadar malamnya terang, tidak panas dan tidak sejuk, tiada lontaran tahi bintang dan tanda keesokkan harinya matahari terbit dalam keadaan suram cahayanya.

Di dalam riwayat ini terdapat beberapa tanda:

1)Malamnya terang (yakni langitnya terang, keadaan cuacanya baik)

2)Udara pada malam tersebut tidak panas dan tidak sejuk

3)Tiada lontaran tahi bintang di langit

4)Cahaya matahari keesokannya terbit dalam keadaan suram kekuning-kuningan kemerah-merahan

Kedua: Hadith riwayat at-Thoyaa-lisi (349), Ibnu Khuzaimah (2192), al-Bazzaa-r (1034) Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

Lailatul Qadar malamnya rasa seronok, bercuaca baik, tidak panas dan tidak sejuk serta keesokannya matahari terpancar pada waktu pagi cahayanya lemah kemerah-merahan.

Sementara dalam riwayat ini terdapat satu lagi tanda:

5)Malam tersebut hati rasa seronok, tenang, tenteram, lazat beribadat kerana ramainya jumlah malaikat yang turun ke bumi

Demikian tanda-tanda yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW untuk mengenali Lailatul Qadar. Semestinya setiap ummat meninggalkan dogengan para agamawan yang mencipta dan menokok tambah sesuatu yang tidak ada asalnya di dalam Agama yang diturunkan oleh Allah SWT. Mudah-mudahan Allah SWT memasukkan kita ke dalam golongan orang-orang yang mencintai dan menghidupkan sunnah RasulNya SAW.

***


Sentiasa Memikirkan Orang Lain Sedangkan Orang Lain Tidak Peduli Tentang Kita.

Sentiasa memikirkan orang lain sedangkan orang lain tidak peduli tentang kita?
Pernahkah anda rasa sebegini dalam hidup anda?
Mungkin ada yang pernah dan mungkin ada yang tidak pernah.
Mungkin ada yang kerap kali dan mungkin ada yang jarang sekali mengalaminya.
Apa yang anda rasa?
Sakit hati atau ah, biarkan sahaja?

Perkara ini mungkin sering berlaku pada diri anda.
Anda sentiasa memikirkan orang lain, sedangkan orang lain tidak pernah mempedulikan kita.
Contohnya, kalau kita masak, kita masak untuk dia sekali walaupun dalam keadaan kita penat dan tidak bermaya semata-mata menjaga ukhwah yang dibina.
Tetapi, sebaliknya bagi dia. Kalau masak, hanya untuk diri sendiri dan kadang-kala untuk kita sekali kerana rasa ingin membalas jasa.



Bagaimana ingin menangani perasaan sebegini?
IKHLASKAN HATIMU.
Ikhlaskan segala apa yang kamu lakukan terhadapnya.
Ingatlah, balasan Allah itu lebih besar.

Mudah benar kamu bilang ingin ikhlaskan hati.
Tapi, mahu ikhlaskan hati itu bukan gampang.
Ya iyalah, emangnya gitu.
Tapi, apa salahnya kita perlahan-lahan ikhlaskan hati kita.
Adakah benar jika kita lakukan sesuatu itu kerana ingin balasan orang lain?
Kalau gitu, enggak payah. Itu namanya nggak ikhlas.
Kita lihat hadis ini;

Dari Mu’awiyah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda: ”Janganlah kamu meminta-minta. Demi Allah! Tidak seorang jua pun yang meminta kepadaku, yang tidak kupenuhi permintaannya. Tetapi seorang yang kuberi dengan hati enggan, maka pemberianku itu tidak berkat baginya.”

(al-Bukhari)

Huraian
1. Sesungguhnya tangan yang di atas adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah. Tangan yang di atas adalah yang memberi dan yang di bawah adalah yang meminta.

2. Orang yang berhati ikhlas bermakna bahawa ia tidak mempunyai perasaan tamak. Sebaliknya orang yang tidak ikhlas akan membatalkan pahala amalan kebaikan yang dilakukannya termasuk sedekah, sama ada dengan mengungkit atau menyebut-nyebut perkara yang boleh menyakitkan hati orang yang menerima kebajikannya itu.

3. Allah berfirman yang maksudnya:” Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan dia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi)... (al-Baqarah: 264)

4. Menolak permintaan peminta-peminta sedekah dengan perkataan yang baik dan memaafkan kesilapan mereka adalah lebih utama daripada sedekah pemberian yang diiringi dengan perbuatan atau perkataan yang menyakitkan hati.

5. Meminta-minta pada orang lain adalah perbuatan yang tidak digalakkan di dalam Islam. Malah ia boleh menjatuhkan maruah dan memberikan imej yang buruk sedangkan Allah SWT memerintahkan manusia supaya berusaha dan berkerja dengan disediakan berbagai lapangan pencarian rezaki yang halal di muka bumi ini. Setiap manusia berhak ke atasnya asalkan dia berusaha dengan bersungguh-sungguh mengikut kemampuan yang ada padanya tanpa perlu menagih simpati daripada sesiapapun.

Nah, kamu lagi mahu pahalanya ditolak sebab perasaan kamu yang nggak ikhlas dan merasa inginkan balasan?
Mesti nggak mahu, bukan.
Jadi, perlahan-lahan ikhlaskan hatimu.
Balasan Allah lebih besar dan lebih baik.

Kamu juga boleh ke sini, untuk baca mengenai ikhlas.

Itulah kehidupan. Adakalanya kita harus mengalami sesuatu yang pahit. Apa-apa pun yang terjadi itulah yang terbaik buat kita meskipun kita sedih, kecewa dan merasa tidak adil.

Lakukanlah sesuatu itu kerana Allah. ;)

Itu sahaja.
Wassalam~

Ramadhan 20 - Bilakah Lailatul Qadar? | Manusia Memang Pelbagai Ragam.

Assalamualaikum semua.

Apa khabar kalian?
Alhamdulillah, Syaza sihat.
Bagaimana iman? ;)

Alhamdulillah, pejam celik, pejam celik dah masuk ke ramadhan yang ke-20.
Maknanya, dah masuk 10 malam terakhir ni.
Ayuh kita pertingkatkan amal ibadah kita. ;)

Daripada Aisyah r.a. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “ Berusahalah untuk mencari Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.”
(al-Bukhari)


Bilakah Lailatul Qadar?

Lailatul Qadar adalah satu malam yang amat istimewa. Pada malam tersebut Allah s.w.t. telah menurunkan al-Qur'an dan para malaikat membawa ketetapan Qadha' dan Qadar untuk setahun berikutnya. Selain itu malam tersebut adalah lebih baik dari 1000 bulan yang lain.

Bilakah Lailatul Qadar? Lailatul Qadar jatuh pada salah satu malam yang ganjil pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan.

Rasulullah s.a.w. menerangkan: "Carilah Lailatul Qadar pada malam-malam yang ganjil daripada sepuluh malam yang terakhir daripada bulan Ramadhan." [Shahih al-Bukhari, hadis no: 2017]



Ada pandangan yang berkata Lailatul Qadar jatuh pada malam 27 bulan Ramadhan. Pandangan ini sebenarnya kurang tepat kerana tidak berasal dari al-Qur'an atau al-Sunnah yang sahih. Beberapa sahabat Rasulullah ada mengatakan mereka menemui Lailatul Qadar pada malam 27, akan tetapi ia hanya berlaku pada tahun tersebut. Pada tahun-tahun yang lain, ia jatuh pada malam yang lain. Ini kerana malam Lailatul Qadar sentiasa berubah-ubah dari tahun ke tahun. Yang diketahui adalah ia akan jatuh pada salah satu malam yang ganjil pada sepuluh malam yang terakhir. Kenapakah Allah dan Rasul-Nya tidak menetapkan satu tarikh yang pasti?

Syaikh Yusuf al-Qaradhawi menjelaskan hikmahnya: "Milik Allah-lah hikmah kebesaran yang ada di sebalik rahsia-rahsia-Nya. Sekiranya kita mendapat keyakinan bahawa Lailatul Qadar berlaku pada malam tertentu sahaja, tentu semangat kita mengendur di sepanjang Ramadhan dan merasa cukup dengan menghidupkan malam yang ditentukan itu sahaja.

Kerahsiaannya merupakan pendorong untuk melakukan amal pada bulan itu seluruhnya dan melipat gandakan amal tersebut pada sepuluh malam terakhir. Ini mengandungi kebaikan yang sangat banyak bagi individu mahupun jamaah. Hal ini sebagaimana Allah s.w.t. merahsiakan saat yang doa menjadi mustajab pada hari Jumaat agar kita sentiasa berdoa kepada-Nya sepanjang hari Jumaat. Allah juga merahsiakan Nama-Nya yang paling agung yang apabila digunakan pasti akan dikabulkan-Nya, agar kita berdoa dengan menggunakan nama-Nama baik-Nya (al-Asma al-Husna) secara keseluruhan." [Fiqh al-Siyam, ms. 176-177]

Beberapa alamat Lailatul Qadar di dalam beberapa hadis yang sahih ada diterangkan alamat atau tanda bagi mengenal Lailatul Qadar. Pada malam tersebut suasana adalah nyaman, tidak panas dan tidak sejuk. [Shahih al-Jami' al-Shagheir, hadis no: 5475]

Kemudian pada pagi hari selepas Lailatul Qadar, matahari terbit dengan sinaran yang tidak menyilau atau tidak terik. [Shahih Muslim, hadis no: 762]

رَبَّنَا إِنَّكَ تَعْلَمُ مَا نُخْفِي وَمَا نُعْلِنُ ۗ وَمَا يَخْفَىٰ عَلَى اللَّـهِ مِن شَيْءٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ
"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau mengetahui akan apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami zahirkan; dan tiada sesuatupun di langit dan di bumi, yang tersembunyi kepada Allah! (Surah Ibrahim 14: Ayat ke 38)

***



Manusia Memang Pelbagai Ragam


Sepanjang 19 tahun di bumi Allah ini, memang pelbagai ragam manusia yang dapat dilihat. Mungkin yang kudapat lihat hanya segelintir.
Yalah, aku sendiri kadang-kadang pening melayan karenah manusia yang pelbagai ragam. Tapi, Allah tidak pernah penat bukan?
Aku cuba perbetulkan diri. Kadang-kala ada yang menerima dan ada yang tidak.
Terpulang pada manusia ingin berkata tentang apa. Yang aku tahu, aku hanya jadi diriku dan aku mengharap lindungan dariNya.



Aku bukan alim ulama yang terlampau arif tentang agama. Aku juga punya kelemahan. Aku juga masih mempelajari tetapi kenapa semuanya menuding jari kepadaku?
Aku mohon padaMu, ya Allah. Bantulah aku, supaya segala apa yang aku kongsikan mahupun nyatakan tidak bercanggah dari jalanMu.

Aku sudah cuba sedaya upaya untuk meleraikan pergaduhan antara dua pihak, namun aku rasa sebelah pihak sudah malas melayan, sebelah pihak lagi sentiasa menyalahkan. Aku bingung ya Allah.
Ya Allah, aku serahkan segalanya kepadaMu.
Tunjukkanlah jalan yang kau redhai untuk kedua-dua puhak ini, ya Allah.

Bukan aku putus asa, cumanya aku sudah berusaha dan berdoa. Kini, aku serahkan padaMu.
Engkau lebih tahu apa yang terbaik untuk mereka.
Wallahua'lam.

Itu sahaja.
Wassalam~

p/s: Rindu dengan keluaraga banget ni, ;)

Monday, August 15, 2011

Ramadhan 15 - Doa Harian Ramadhan | Belajar untuk Menuntut Ilmu atau Belajar untuk Cuti?

Assalamualaikum semua.

Ogenki desu ka?
Alhamdulillah, Syaza kat sini sihat. Syaza harap kamu juga begitu.
Bagaimana iman? ;)

Baiklah, hari ni Syaza nak kongsikan Doa Harian dalam bulan Ramadhan.
Syaza selalu tengok kat TV9, ada doa harian.
Jadi, benda baik Syaza kongsikan untuk semualah ya. ;)
Sesungguhnya doa itu senjata orang mukmin.

Doa Harian Ramadhan

Doa Hari 1

Yaa Allah! Jadikanlah Puasa Ku Sebagai Puasa Orang-Orang Yang Benar- Benar Berpuasa. Dan Ibadah Malam Ku Sebagai Ibadah Orang-Orang Yang Benar-Benar Melakukan Ibadah Malam. Dan Jagalah Aku Dan Tidurnya Orang-Orang Yang Lalai. Hapuskanlah Dosa Ku ... Wahai Tuhan Sekalian Alam!! Dan Ampunilah Aku, Wahai Pengampun Para Pembuat Dosa.

Doa Hari 2

Yaa Allah! Dekatkanlah Aku Kepada Keridhoan-Mu Dan Jauhkanlah Aku Dan Kemurkaan Serta Balasan-Mu. Berilah Aku Kemampuan Untuk Membaca Ayat-Ayat-Mu Dengan Rahmat-Mu, Wahai Maha Pengasih Dad Semua Pengasih!!

Doa Hari 3

Yaa Allah! Berikanlah Aku Rezki Akal Dan Kewaspadaan Dan Jauhkanlah Aku Dari Kebodohan Dan Kesesatan. Sediakanlah Bagian Untuk Ku Dari Segala Kebaikan Yang Kau Turunkan, Demi Kemurahan-Mu, Wahai Dzat Yang Maha Dermawan Dari Semua Dermawan!

Doa Hari 4

Yaa Allah! Berikanlah Kekuatan Kepada Ku, Untuk Menegakkan Perintah- Perintah-Mu, Dan Berilah Aku Manisnya Berdzikir Mengingat-Mu. Berilah Aku Kekuatan Untuk Menunaikan Syukur Kepada-Mu, Dengan Kemuliaan-Mu. Dan Jagalah Aku Dengan Penjagaan-Mu Dan Perlindungan- Mu, Wahai Dzat Yang Maha Melihat.

Doa Hari 5

Yaa Allah! Jadikanlah Aku Diantara Orang-Orang Yang Memohon Ampunan, Dan Jadikanlah Aku Sebagai Hamba-Mu Yang Sholeh Dan Setia Serta Jadikanlah Aku Diantara Auliya'-Mu Yang Dekat Disisi-Mu, Dengan Kelembutan-Mu, Wahai Dzat Yang Maha Pengasih Di Antara Semua Pengasih.

Doa Hari 6

Yaa Allah! Janganlah Engkau Hinakan Aku Karena Perbuatan Maksiat Terhadap-Mu, Dan Janganlah Engkau Pukul Aku Dengan Cambuk Balasan- Mu. Jauhkanlah Aku Dari Hal-Hal Yang Dapat Menyebabkan Kemurkaan-Mu, Dengan Anugerah Dan Bantuan-Mu, Wahai Puncak Keinginan Orang-Orang Yang Berkeinginan!

Doa Hari 7

Yaa Allah! Bantulah Aku Untuk Melaksanakan Puasanya, Dan Ibadah Malamnya. Jauhkanlah Aku Dari Kelalaian Dan Dosa-Dosa Nya. Dan Berikanlah Aku Dzikir Berupa Dzikir Mengingat-Mu Secara Berkesinambungan, Dengan Taufiq- Mu, Wahai Pemberi Petunjuk Orang- Orang Yang Sesat.

Doa Hari 8

Yaa Allah! Berilah Aku Rezki Berupa Kasih Sayang Terhadap Anak-Anak Yatim Dan Pemberian Makan, Serta Penyebaran Salam, Dan Pergaulan Dengan Orang-Orang Mulia, Dengan Kemuliaan-Mu, Wahai Tempat Berlindung Bagi Orang-Orang Yang Berharap

Doa Hari 9

Yaa Allah! Sediakanlah Untuk Ku Sebagian Dari Rahmat-Mu Yang Luas, Dan Berikanlah Aku Petunjuk Kepada Ajaran-Ajaran-Mu Yang Terang, Dan Bimbinglah Aku Menuju Kepada Kerelaan-Mu Yang Penuh Dengan Kecintaan- Mu, Wahai Harapan Orang-Orang Yang Rindu.

Doa Hari 10

Yaa Allah! Jadikanlah Aku Diantara Orang-Orang Yang Bertawakkal Kepada-Mu, Dan Jadikanlah Aku Diantara Orang- Orang Yang Menang Disisi-Mu, Dan Jadikanlah Aku Diantara Orang-Orang Yang Dekat Kepada- Mu Dengan Ihsan-Mu, Wahai Tujuan Orang-Orang Yang Memohon.

Doa Hari 11

Yaa Allah! Tanamkanlah Dalam Diriku Kecintaan Kepada Perbuatan Baik, Dan Tanamkanlah Dalam Diriku Kebencian Terhadap Kemaksiatan Dan Kefasikan. Jauhkanlah Dariku Kemurkaan-Mu Dan Api Neraka Dengan Pertolongan-Mu, Wahai Penolong Orang-Orang Yang Meminta Pertolongan.

Doa Hari 12

Yaa Allah! Hiasilah Diriku Dengan Penutup Dan Kesucian. Tutupilah Diriku Dengan Pakaian Qana'ah Dan Kerelaan. Tempatkanlah Aku Di Atas Jalan Keadilan Dan Sikap Tulus. Amankanlah Diriku Dari Setiap Yang Aku Takuti Dengan Penjagaan-Mu, Wahai Penjaga Orang-Orang Yang Takut.

Doa Hari 13

Yaa Allah! Sucikanlah Diriku Dari Kekotoran Dan Kejelekan. Berilah Kesabaran Padaku Untuk Menerima Segala Ketentuan. Dan Berilah Kemampuan Kepadaku Untuk Bertaqwa, Dan Bergaul Dengan Orang-Orang Yang Baik Dengan Bantuan-Mu, Wahai Dambaan Orang-Orang Miskin.

Doa Hari 14

Yaa Allah! Janganlah. Engkau Hukum Aku, Karena Kekeliruan Yang Ku lakukan. Dan Ampunilah Aku Dari Kesalahan-Kesalahan Dan Kebodohan. Janganlah Engkau Jadikan Diriku Sebagai Sasaran Bala' Dan Malapetaka Dengan Kemuliaan-Mu, Wahai Kemuliaan Kaum Muslimin.

Doa Hari 15

Yaa Allah! Berilah Aku Rezki Berupa Ketaatan Orang-Orang Yang Khusyu'. Dan Lapangkanlah Dadaku Dengan Taubatnya Orang-Orang Yang Menyesal, Dengan Keamanan-Mu, Wahai Keamanan Untuk Orang-Orang Yang Takut.



Doa Hari 16

Yaa Allah! Berilah Aku Kemampuan Untuk Hidup Sebagaimana Kehidupan Orang-Orang Yang Baik. Dan Jauhkanlah Aku Dari Kehidupan Bersama Orang-Orang Yang Jahat. Dan Naungilah Aku Dengan Rahmat-Mu Hingga Sampai Kepada Alam Akhirat. Demi Ketuhanan-Mu Wahai Tuhan Seru Sekalian Alam.

Doa Hari 17

Yaa Allah! Tunjukkanlah Aku Kepada Amal Kebajikan Dan Penuhilah Hajat Serta Cita-Cita Ku. Wahai Yang Maha Mengetahui Keperluan, Tanpa Pengungkapan Permohonan. Wahai Yang Maha Mengetahui Segala Yang Ada Didalam Hati Seluruh Isi Alam. Sholawat Atas Mohammad Dan Keluarganya Yang Suci.

Doa Hari 18

Yaa Allah! Sedarkanlah Aku Akan Berkah-Berkah Yang Terdapat Di Saat Saharnya. Dan Sinarilah Hatiku Dengan Terang Cahayanya Dan Bimbinglah Aku Dan Seluruh Anggota Tubuhku Untuk Dapat Mengikuti Ajaran-Ajarannya, Demi Cahaya-Mu Wahai Penerang Hati Para Arifin.

Doa Hari 19

Yaa Allah! Penuhilah Bagianku Dengan Berkah-Berkahnya, Dan Mudahkanlah Jalanku Menuju Kebaikan-Kebaikannya. Janganlah Kau Jauhkan Aku Dari Ketertedmaan Kebaikan- Kebaikannya, Wahai Pembed Petunjuk Kepada Kebenaran Yang Terang.

Doa Hari 20

Yaa Allah! Bukakanlah Bagiku Pintu-Pintu Sorga Dan Tutupkanlah Bagiku Pintu-Pintu Neraka, Dan Berikanlah Kemampuan Padaku Untuk Membaca Ai-Quran Wahai Penurun Ketenangan Di Dalam Hati Orang-Orang Mu'min.

Doa Hari 21

Yaa Allah! Berilah Aku Petunjuk Menuju Kepada Keridhoan- Mu. Dan Janganlah Engkau Bed Jalan Kepada Setan Untuk Menguasaiku. Jadikanlah Sorga Bagiku Sebagai Tempat Tinggal Dan Peristirahatan, Wahai Pemenuh Keperluan Orang- Orang Yang Meminta.

Doa Hari 22

Yaa Allah! Bukakanlah Bagiku Pintu-Pintu Karunia-Mu, Turunkan Untuk ku Berkah-Berkah Mu. Berilah Kemampuan Untuk ku Kepada Penyebab- Penyebab Keridhoan-Mu, Dan Tempatkanlah Aku Di Dalam Sorga-Mu Yang Luas, Wahai Penjawab Doa Orang-Orang Yang Dalam Kesempitan.

Doa Hari 23

Yaa Allah! Sucikanlah Aku Dari Dosa-Dosa, Dan Bersihkanlah Diriku Dari Segala Aib. Tanamkanlah Ketaqwaan Di Dalam Hatiku, Wahai Penghapus Kesalahan Orang-Orang Yang Berdosa.

Doa Hari 24

Yaa Allah! Aku Memohon Kepada-Mu Hal-Hal Yang Mendatangkan Keridhoan- Mu, Dan Aku Berlindung Dengan- Mu Dan Hal-Hal Yang Mendatangkan Kemarahan-Mu, Dan Aku Memohon Kepada-Mu Kemampuan Untuk Mentaati-Mu Serta Menghindari Kemaksiatan Terhadap-Mu, Wahai Pemberi Para Peminta.

Doa Hari 25

Yaa Allah! Jadikanlah Aku Orang-.Orang Yang Menyintai Auliya-Mu Dan Memusuhi Musuh-Musuh Mu. Jadikanlah Aku Pengikut Sunnah-Sunnah Penutup Nabi-Mu, Wahai Penjaga Hati Para Nabi.

Doa Hari 26

Yaa Allah! Jadikanlah Usaha ku Sebagai Usaha Yang Di syukuri, Dan Dosa-Dosa ku Di ampuni, Amal Perbuatan Ku Diterima, Dan Seluruh Aib ku Di tutupi, Wahai Maha Pendengar Dan Semua Yang Mendengar.

Doa Hari 27

Yaa Allah! Rizkikanlah Kepadaku Keutamaan Lailatul Qadr, Dan Ubahlah Perkara-Perkara ku Yang Sulit Menjadi Mudah. Terimalah Permintaan Maafku, Dan Hapuskanlah Dosa Dan Keslahanku, Wahai Yang Maha Penyayang Terhadap Hamba- HambaNya Yang Sholeh.

Doa Hari 28

Yaa Allah! Penuhkanlah Hidupku Dengan Amalan-Amalan Sunnah, Dan Muliakanlah Aku Dengan Terkabulnya Semua Permintaan. Dekatkanlah Perantaraanku Kepada-Mu Diantara Semua Perantara, Wahai Yang Tidak Tersibukkan Oleh Permintaan Orang-Orang Yang Meminta.

Doa Hari 29

Yaa Allah! Liputilah Aku Dengan Rahmat Dan Berikanlah Kepadaku Taufiq Dan Penjagaan. Sucikanlah Hatiku Dan Noda-Noda Fitnah Wahai Pengasih Terhadap Hamba- HambaNya Yang Mu'min.

Doa Hari 30

Yaa Allah! Jadikanlah Puasa ku Disertai Dengan Syukur Dan Penerima Di Atas Jalan Keridhoan-Mu Dan Keridhoan Rasul. Cabang-Cabangnya Kokoh Dan Kuat Berkat Pokok-Pokoknya, Demi Kenabian Mohammad Dan Keluarganya Yang Suci, Dan Segala Puji Bagi Allah Tuhan Sekalian.

***


Belajar untuk Menuntut Ilmu atau Belajar untuk Cuti?



Kepada para mahasiswa, anda melanjutkan pelajaran kerana apa ya?
Kerana ingin menuntut ilmu kerana Allah atau belajar kerana inginkan cuti?
Secara jujurnya, siapa yang tidak suka bercuti.
Semua orang suka.
Cumanya, minta cuti itu, berpada-padalah.
Sudah diberi cuti, tapi ingin dilanjutkan lagi. Allah~
Oleh itu, gunalah cuti anda itu dengan sebaik-baiknya.
Bukan hanya membuang masa melakukan perkara yang kurang berfaedah. Selesaikan tugasan yang diberikan.

Maaflah ya, Syaza nak tegur sikit, kita melanjutkan pelajaran adalah untuk menuntut ilmu bukannyha untuk bercuti.
Oleh itu, berkorbanlah sedikit ya.
Jangan mengeluh jika kelas yang anda minta tangguhkan kerana ingin bercuti lama sedikit tidak diluluskan oleh pensyarah.
Tanya kepada sendiri semula, kenapa andda menuntut ilmu ya. ;)

Itu sahaja.
Wassalam~

Friday, August 12, 2011

Sudah 12 Ramadhan? - Adab Berpuasa dan Tarawih | Hormati Aku Juga, Boleh?

Assalamualaikum semua.

Apa khabar kalian?
Alhamdulillah, Syaza sihat.
Bagaimana puasa sepanjang bulan Ramadhan kali ini?
Bagaimana prestasi iman?
Alhamdulillah, pejam celik, pejam celik, sudah 12 hari kita berpuasa.
Maaf, Ramadhan sebelum-sebelum banyak tigasan yang perlu diselesaikan sehingga terlupa ada tugasan lain yang perlu dikongsikan.

Baiklah, untuk Ramadhan yang ke-12 ini, Syaza ingin kongsikan tentang adab-adab berpuasa.
Puasa juga ada adabnya. Oleh itu, kita cuba ikuti adab-adab yang diterangkan. InsyaAllah.

Adab-Adab Berpuasa dan Solat Tarawih

Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut, antara yang terpenting ;

i. Menjaga lidahnya dari berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena mengena dengannya,

ii. Memelihara mata dan telinga dari melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh Syara’ dan yang sia-sia,

iii. Mengawal perutnya dari merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkn pemakanan yang halal lagi bersih,

Ulama silam pernah berpesan : “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka ?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri dari terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal.

iv. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan dari mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Junjungan saw : “Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran dari puasanya melainkan lapar dan dahaga!” [an-Nasaei]

Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam samada mereka sedang berpuasa atau tidak, apatah lagi bagi yang berpuasa ianya lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasullah saw : “Puasa itu adalah ‘ perisai’, sekiranya seseorang dari kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakana kepada orang itu : “Saya sedang berpuasa”. [al-Bukhariy dan Muslim]

v. Janganlah membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan besederhanalah pada keduanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang, hatinya ceria, itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai.

vi. Jauhikan diri dari mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja di bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Pengembelingan diri di dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadhan.



Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal mereka ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan Iblis dan rayuannya yang bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan dari Allah swt, kekHusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepadaNya.

Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas melakukan ketaatan kepada Allah.

Sabdanya : “Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya” [ Ahmad dan at-Tarmiziy].

Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut : ‘Sekiranya perutmu kenyang anGgota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang’.

As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat di bulan Ramadhan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa.

vii. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadhan ini bahkan mengambil kesempatan yang ada bagi beribadat kepada Allah dan mengingatiNya sebaik mungkin. Justeru itu dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhiratnya.

viii. Mempraktikkan amalan sunnah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ianya tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.

Nabi S.A.W berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib.


Sabdanya : “Ummatku sentiasa berada di dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur”. [Ahmad, al-Bukhariy dan Muslim].


ix. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda Baginda S.A.W. : “Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa)”. [al-Baihaqi dan ibnu Khuzaimah].

x. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat Tarawih, witir dan sebagainya.

Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat Tarawihnya sepertimana amalan kebiasaan sebahagian besar mereka di masjid dan surau. Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadah solat Tarawih mereka kerana meninggalkan ‘wajib-wajib’ solat tersebut seperti ; meninggalkan tomakninah semasa ruku’ dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga meninggalkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. Amalan Tarawih seperti itu menjadi tidak sempurna dan berkurangan pahalanya.

Kerana itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan qiyam, bacaan al-Fatihah, ruku’, sujud, khusuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.

Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya di dalam mengerjakan solat Tarawih itu sehinggalah selesai samada sebanyak 20 rakaat atau pun 8 rakaat.

Sabdanya saw : “Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala qiyam semalaman” [an-Nasaei].

***




Semua bercerita tentang pulang beraya, pulang berbuka bersama keluarga.
Aku pula? Diam. Tidak berkata.
Bukan tidak punya kata, cuma tidak punya hak untuk berkata-kata.
Kerana apa?
Aku tidak merasa apa yang kamu ingin rasa.
Kerana, keluargaku bukan jauh hanya sedepa tetapi berdepa-depa.
Kereta api, motosikal, kereta, semua itu tidak akan sampai ke destinasinya.
Oleh yang demikian, bolehkah kamu hormati aku seadanya?

Aku juga punya hati seperti kamu juga.
Aku juga punya perasaan seperti kamu juga.
Aku rasa kamu tidak perlu luahkan bahawa kamu ingin pulang berbuka bersama keluarga.
Tidak salah, cumanya kamu gembira berkata, tetapi aku terseksa.
Kerana kamu tidak pernah rasa apa yang aku rasa.

p/s: Ucaplah 'Alhamdulillah' daripada 'untunglah'. Ada yang sudah kena dengan nasihatku.

Itu sahaja kali ini.
Wassalam~

Friday, August 5, 2011

4 Ramadhan - Berbuka di Poliklinik | 5 Ramadhan - Kesabaranku Dicabar dan Tercabar.

Assalamualaikum semua.

Apa khabar kalian?
Ni entri yang kedua untuk hari ini.
Alhamdulillah, sudah 5 Ramadhan kita berpuasa. Alhamdulillah.


4 Ramadhan-Berbuka Puasa di Poliklinik


Selepas kelas, lebih kurang pukul 5.30 petang, kami bercadang untuk bertolak ke Poliklinik Bakti Aminin. Bukan kerana sakit. Alhamdulillah, semuanya sihat-sihat sahaja.
Kami dijemput oleh seorang doktor untuk berbuka bersamanya. Alhamdulillah, rezeki pada hari itu.
Kami diambil oleh doktor di kampus selepas selesai kuliah.
Sampai di poliklinik, kami terus menunaikan solat Asar.
Selepas selesai bersolat, Yasin dibacakan sementara menunggu waktu berbuka.
Bacaan Yasin telah pun selesai, semua bersedia untuk berbuka.
Sebelum tu, doktor memberikan sedikit tazkirah mengenai bulan Ramadhan. Oleh itu, penantian tidaklah terlalu kosong. Ada ilmu yang dikongsikan.
Terima kasih kepada doktor kerana ingatkan kami kembali maksud orang ISLAM itu sendiri.



Berbuka dengan makanan yang ringan dahulu: kuih, buah, kurma, air. Lama dah tak makan kuih ketika berbuka. ;)
Selepas solat Maghrib baru dihidangkan makanan berat.
Selepas makan, kami bersedia untuk solat Isyak dan solat Tarawih.
Selepas selesai solat Tarawih, berkemas untuk pulang ke rumah.
Kali ini, anak doktor yang hantar.
Terima kasih kepada doktor kerana menjemput kami berbuka bersama keluarga dan anak-anak yatim. ;)

Kami: Syaza, Mastura, Kak Shiela, Kak Izu, Yus dan Farhana.

5 Ramadhan - Kesabaranku Dicabar dan Tercabar.

Astaghfirullah.
Astaghfirullah.
Astaghfirullah.

Ya Allah, Kau tingkatkanlah kesabaranku untuk menghadapi segala perkara yangmelanda diriku.

Pulang dari poliklinik, aku ternampak satu benda di rumah-dibiarkan begitu sahaja.
Keadaan rumah yang sedikit kotor dan tidak teratur.
Aku mula pening kepala.
Aku tidur lebih kurang pukul 1.45 pagi dan perlu bangkit pada pukul 4.30 pagi.

Bangun untuk bersahur, benda itu sudah mengeluarkan air kotornya. Allah!
Aku biarkan sahaja, siapa punya kerja.

Selepas sahur, bersiap untuk solat Subuh, baunya menusuk hidung.
Selepas solat Subuh, aku bersiap untuk ke tadika kerana ingin menyiapkan beberapa tugasan.
Bertolak ke tadika pada pukul 7.30 pagi.

Aku pulang lebih kurang pukul 11 pagi.
Dengan keadaanku yang ngantuk dan penat, benda itu semakin banyak mengeluarkan air kotornya.
Orang di rumah pula, tiada perasaan untuk membersihkannya.

Aku segera mengambil benda itu dan buang jauh-jauh.
Aku bersihkan air kotor itu.
Aku minta maaf kepada sesiapa yang terkena bebelanku yang cuma satu ayat.

Aku dan segera membersihkan satu rumah.
Kamu tidak rasa apa yang kami rasa dahulu.
Kamu tidak bau apa yang kami bau terlebih dahulu.
Kami kecewa dengan kamu.



Biar sahaja Allah yang tahu perasaanku bagaimana ketika itu dan sebelumnya.
Kebersihan itu sebahagian daripada iman.

Ampunilah dosaku, ya Allah.

Wassalam~

GiveAway EdY : still beauty

Assalamualaikum semua.

Apa khabar kalian?

Baiklah, hari ni Syaza nak join giveaway yang telah ditag oleh adikku sendiri, Khairah Nazurah.



http://danielzaidi.blogspot.com/
http://edyzaiditravel.blogspot.com/

Untuk giveaway kali ni, orang yang bertuah untuk ditag ialah:
Yus Nia.


Itu sahaja.
Syarat-syarat penyertaan pun amat simple.
Jom join!

Wassalam~

Thursday, August 4, 2011

2 dan 3 Ramadhan | Panas! Bukan Makan Sahaja, Nafsu Juga..

Assalamualaikum semua.

Apa khabar kalian?
Alhamdulillah, Syaza di sini sihat. Syaza harap kamu juga begitu.
Alhamdulillah masuk hari ni, sudah 4 hari kita berpuasa.
Bagaimana amalan anda?
Meningkat, berkurangan atau sama sahaja?
Tepuk dada tanya iman.

2 Ramadhan

Kedua-dua kelas kuliah dibatalkan.
Pensyarah mahu berbuka di rumah mungkin bersama suami dan anaknya. ;)

3 Ramadhan

Kelas pertama selepas cuti pertengahan semester.
Tiada apa yang istimewa, semuanya sama sahaja.
Cumanya tampak wajah gembira daripada kawan semua.

***


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Apabila datangnya bulan Ramadhan, pintu-pintu Syurga dibuka, manakala pintu-pintu Neraka ditutup, Syaitan dirantaikan."

[Riwayat Bukhari & Muslim]




Kelebihan Bulan Ramadhan

i) Perkataan Ramadhan berasal dari kata dasar 'ra-mim-dal', yang bererti "panas" atau "panas yang menyengat". Perkataan ini berkembang sehingga ertinya membawa maksud "menjadi panas atau sangat panas", atau diertikan juga sebagai "hampir membakar". Oleh itu makna Ramadhan boleh diringkaskan sebagai waktu atau keadaan di mana seseorang merasa panas, mulut terasa kering dan tenggorok terasa haus disebabkan sedang berpuasa.

ii) Manakala perkataan puasa dalam bahasa Arab disebut 'Siyam' atau 'Soum' Kedua-duanya berasal dari kata dasar 'Sa-wa-ma', di mana secara etmologinya bererti menahan diri daripada segala yang dilarangnya serta mengikuti apa yang diperintahkan-Nya. Hal ini dapat diwujudkan dengan adanya perasaan takut (taqwa) kepada Allah S.W.T.

iii) Pada bulan Ramadhan umat Islam diwajibkan berpuasa kerana dengan puasalah nafsu akan terdidik. Bahkan dengan rahmat Allah S.W.T di bulan ini segala Syaitan dan Iblis dibelenggu dan Allah juga membuka pintu Syurga dan menutup pintu Neraka. Maka dalam situasi demikian kita hendaklah mengambil peluang untuk menguatkan jiwa dan rohani dengan mengerjakan amal ibadah seperti sembahyang tarawikh dan membaca al-Quran sesuai dengan kemuliaan dan kebesaran bulan tersebut.

iv) Selain itu Allah S.W.T juga memberikan dorongan untuk kita berusaha memperbanyakkan ibadah dengan melipat gandakan pahala pengamalnya serta disediakan satu malam yang lebih baik iaitu 'Lailatul Qadar' di mana kelebihannya menandingi 1000 bulan malam-malam biasa.

***


Kita berpuasa bukan menahan lapar dan dahaga sahaja, namun menahan segalanya terutamanya nafsu.
Kalau tengok makanan di Bazar Ramadhan, kalau boleh semua nak beli. Kononnya semua nampak sedap.
Tapi, bila dah berbuka, daripada 5 juadah yang dibeli, 2 sahaja yang disentuhnya. Itu namanya nafsu.

Bersederhanalah dalam melakukan sesuatu perkara.
Pilihlah mengikut keperluan sahaja.

Itu sahaja perkongsian untuk hari ini.
Wassalam~

Tuesday, August 2, 2011

Malam Ramadhan, 1 Ramadhan - Kelebihan Ramadhan.

Assalamualaikum semua.

Kaifa halukum?
Mudah-mudahan dalam keadaan yang sihat ya, insyaAllah. ;)

Alhamdulillah, hari ini telah masuk Ramadhan yang kedua.
Alhamdulillah, Allah masih mengizinkan kita merasai Ramadhan pada tahun ini.
Mudah-mudahan kita akan rasa Ramadhan untuk sehingga ke akhir hayat kita. InsyaAllah.
Bagaimana amalan yang anda lakukan selama 1 hari berpuasa?
Semakin bertambah atau berkurangan?
Jika semakin bertambah, alhamdulillah. Pertingkatkan lagi.
Jika semakin berkurangan, muhassabah diri dan pertingkatkan amalan kita sedikit demi sedikit ya. ;)

Malam Ramadhan

Tiada siapa di rumah, hanya seorang diri. Sunyi.
Nasib baik punya Allah sebegai peneman.
Terima kasih kepada ibu, ayah, Kak Long, Kak Farah dan Abby, sebab sudi bercakap dengan saya yang kesunyian.
Terima kasih juga kepada Azam sebab menjadi peneman berborak di Skype.

1 Ramadhan


Tepat jam 4.30 pagi, bangkit dari tidur untuk bersedia - sahur.
Sahur seorang diri. T_T
Semua meninggalkan aku keseorangan. Huhu.

***


Seperti mana Syaza telah katakan dalam entri sebelum ni, Syaza akan kongsikan kelebihan-kelebihan bulan Ramadhan.
Sememangnya terlalu banyak kelebihan yang terdapat dalam bulan Ramadhan.
InsyaAllah, dengan izin Allah, Syaza cuba untuk kongsikan semua. InsyaAllah.

Kelebihan Ramadhan

1.Dibelenggu para syaitan dan jin.

Menurut Imam As-Syafie hanya jin dan syaitan yang bengis sahaja dibelenggu, manakala yang lain masih bebas lalu kerana itu masih terdapat yang membuat maksiat di bulan ini.

“Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka,….(Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah)

Menurut Imam Abu Hanifah pula, semua jin dan syaitan dibelenggu. Namun masih ada orang melakukan kejahatan kerana syaitan telah menggunakan 11 bulan untuk menerapkan nilai-nilai buruk dalam diri kita. Kebiasaan buruk ini mampu mendorong seseorang kearah kejahatan walau di ketika Syaitan di belenggu.Jadi dalam 1 bulan inilah kita harus ambil peluang utuk menyucikan segalanya.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.”(Bukhari & Muslim)

2. Amalan sunat diberi pahala fardhu dan fardhu diganda 70 kali.

“ Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardu dan amal fardu diberi balasan 70 kali ganda. Sebagai contoh solat Jumaat, sekiranya ada 5 kali Jumaat pada bulan itu, maka 5 x 70 = 350 Jumaat di luar Ramadhan, bersamaan 7 tahun solat jumaat. Pahala solat Jumaat sama dengan pahala haji bagi orang miskin yang tidak mampu mengerjakan haji. Solat Jumaat pada minggu akhir Ramadhan adalah solat Jumaat yang istimewa. Qadha solat fardhu juga diberi 70 kali ganda pahala. Sedekah RM1 dalam bulan Ramadhan adalah sama dengan RM70 di luar Ramadhan.

“Daripada Salman r.a. ia berkata: Telah berkhutbah Rasulullah S.A.W. pada hari terakhir bulan Syaaban dan sabdanya:- Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi penuh keberkatan (bulan Ramadhan) iaitu bulan yang ada padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah jadikan berpuasa padanya suatu kewajipan dan berqiamullail (beribadat pada malam-malamnya) sebagai amalan sunat. Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan itu dengan melakukan amalan kebajikan (amalan sunat) maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajib dan sesiapa yang melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan Ramadhan maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan tujuh puluh (70) amalan fardhu.”.

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: “Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan .. menyerulah malaikat, katanya: “Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan! Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan! Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka – daripada memasukinya”. Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadhan).” (Riwayat Tirmizi dan Nasa’i)



3. Pintu neraka ditutup.

Pada bulan Ramadhan, kepanasannya tidak sampai ke alam barzakh (alam perantaran). Seksaan dihentikan pada bulan ini. Sesiapa yang mati dibulan Ramadhan tidak diseksa dan disoal oleh Malaikat Mungkar dan Nakir. Ada yang berpendapat ia ditangguh sehingga lepas Ramadhan.

4. Dibuka semua pintu syurga.

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila datang bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga”.(Hadith Sahih – Riwayat Bukhari). Banyak rahmat diturunkan pada bulan ini. Orang mukmin ditambah rezekinya seperti makanan yang sedap-sedap semuanya ada di bulan ini. Orang-orang miskin juga dapat menikmatinya pada bulan ini.

5. Allah perhiaskan syurga.

Allah percantikkan syurga yang sememangnya cantik. Bagaimana? Tidak terfikir oleh akal manusia. Bidadari berpantun minta disegerakan bertemu bakal suaminya di syurga.

Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadhan . Pada awal bulan Ramadhan bertiup angina di bawah Arasy dan bergeraklah daun kayu dengan longlai di bawah syurga, terdengarlah desiran daun kayu, hembusan bayu syurga yang teramat indahnya, seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya hingga berdirilah di atas puncak mercu syurga itu, lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah ? Lalu bidadari lain pula bertanya : Apakah nama malam ini ? Jawab Malik Ridhwan , hai bidadari yang cantik manis, inilah malam Ramadhan .

6. Dilepaskan tahanan neraka

Dalam bulan Ramadahan (di akhirat juga masih ada bulan Ramadhan) Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam bersabda (yang ertinya): “Allah memiliki hamba-hamba yang dibebaskan dari neraka setiap siang dan malam bulan Ramadhan, dan semua orang muslim yang berdo’a akan dikabulkan do’anya.”

7.Ramadhan ialah tetamu yang mendatangkan keampunan Allah

Dalam sebuah hadis, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: Telah datang kepadamu Ramadan, penghulu segala bulan. Maka selamat datanglah kepadanya, telah datang kepadanya bulan puasa yang membawa segala rupa keberkatan, maka alangkah mulianya tetamu yang datang itu.” Layanlah tetamu mengikut apa yang dia suka, misalnya jika dia suka makan ikan, hidangkanlah masakan ikan. Sepertimana orang yang melayan tetamu dengan baik, seluruh ahli rumah itu akan diberi keampunan setelah tetamu itu pulang, begitu juga Ramadhan, jika kita mengikut kehendak dan disiplin yang ditetapkan pada bulan itu, maka kita juga akan mendapat keampunan.

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan beramal dengannya dan perbuatan liar yang lazimnya dilakukan oleh orang-orang jahil, maka tiada bagi Allah sesuatu hajat tentang ia meninggalkan makanannya dan minumannya”.(Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Abu Daud)“

8. Tawaran Pengampunan dosa lepas dan akan datang

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a berkata: “Adalah Rasulullah SAW menggalakkan qiyamullail (solat malam) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, baginda bersabda: “Sesiapa yang solat malam di bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka diampuni baginya dosa yang telah lalu.”

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Ar-Rasul SAW telah bersabda: Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan dosanya yang akan datang, sesiapa yang menghidupkan qiyamullail dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.

Rasulullah bersabda “Siallah (rugilah) puasa orang yang tidak mendapat keampunan”.

***


Subhanallah, begitu banyak keistimewaan bulan Ramadhan yang mulia ini.
InsyaAllah, entri yang seterusnya Syaza akan kongsikan lagi ya. InsyaAllah.

Pertingkatkan amalan, raih pahala sebanyaknya. ;)

Wassalam~