Tuesday, July 12, 2011

Bergurau Juga Ada Batasnya - Berpada-padalah!

Assalamualaikum semua.

Kabare?
Alhamdulillah, Syaza waras.
Hari ni, Syaza nak ceritakan tentang BERGURAU.

Anda suka bergurau?
Atau anda suka dengar orang bergurau?
Baiklah, biasanya kalau bergurau ni, kita biasanya akan ketawa.
Kadang-kala, ketawa kita tu terlebih batasnya sehingga lupa segalanya.
Orang kata, jangan ketawa kuat-kuat, nanti hati mati.
Petikan ni sebenarnya daripada Rasulullah kita sendiri.
Tak percaya, nanti baca hadis di bawah ya.

Pernah tak kamu semua rasa, apabila orang bergurau dengan kita, kadang-kadang tercalit sikit luka di hati. Pernah?
Ayat yang lebih mudah, masa orang bergurau tiba-tiba kita terasa walaupun dia tidak sengaja.
Mesti pernahkan.
Anda pernah lakukan begitu juga dengan orang lain?

Kadang-kadang, pabila kita bergurau ni, niat kita saja untuk menggembirakan hati orang, tetapi dalam masa yang sama kita tidak sengaja mengguris hati seseorang itu.
Sebab tu, bergurau pun ada batasnya.
Berpada-padalah ketika bergurau.
Kadang-kadang, bergurau pun boleh buat orang bertengkar.
Ini yang salah dalam bergurau.

Tidak salah untuk anda menghiburkan hati orang lain, tetapi tengok kiri kanan apabila ingin bergurau.
Sebab apa?
Yalah, takut-takut kalau kita tersentuh sesuatu perkara yang sensitif bagi dia.

Contohnya,

Situasi: Membutuhkan sesuatu barang.
Watak: Mu, Kawe.

Kawe: Mu, nak pinjam kad manila boleh tak?
Mu: Tak boleh. Hehe.
Kawe: Bolehlah.
Mu: Tak boleh. Wek. :P
Kawe: Emm... Tak apalah, kita guna kertas biasa jelah. (Mendiamkan diri)

Beberapa minit kemudian...

Mu: Kawe, saya minta maaf, kita main-main je tadi.
Kawe: Emm...


Dalam situasi ni, si Mu ni dah mengguriskan hati si Kawe.
Jadi, Mu ni pun dah berdosa sebab telah mengguriskan hati Kawe.
Jadi, kalau nak bergurau tu, biarlah kena pada masa dan tempat.




Baiklah, ini hadis yang Syaza maksudkan tu:

Dari Abu Hurairah r.a daripada Nabi s.a.w bersabda “Seseorang mukmin belum sempurna imannya hinggalah ia meninggalkan dusta ketika bergurau dan meninggalkan bertengkar sekalipun benar.”
(Ahmad dan at-Tabrani)



Huraian


1. Bergurau janganlah melampaui batas kesopanan hingga menyakiti atau menghina sehingga menyebabkan dukacita dan sebagainya.
2. Banyak bergurau boleh menyebabkan hati seseorang mati dan mengurangkan kehebatan bahkan bergurau dengan cara mengolok-olok, mengumpat, menghina, menjatuhkan maruah boleh mendatangkan dosa sama ada orang yang melakukannya itu menyedarinya ataupun tidak.
3. Selaku seorang Islam kita haruslah berlapang dada (toleransi) dalam menghadapi perbedaan pendapat di mana Islam melarang kita bertengkar hingga menyebabkan timbulnya pertikaian dan saling berhujjah, mengkafirkan atau menganggap yang lain halal darahnya (bunuh-membunuh).

Selain tu,

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”:Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah !”

Huraian

i) Kelakar adalah perbuatan, kata-kata dan sebagainya yang dapat menggembirakan atau yang dapat menggelikan hati orang lain. Sinonimnya adalah jenaka, lawak dan gurau senda.
ii) Membuatkan orang lain senang hati adalah termasuk dalam amal kebajikan dan Rasulullah s.a.w juga selalu berjenaka dengan ahli keluarga dan para sahabat baginda.
iii) Namun begitu bergurau mempunyai adab-adab tertentu yang telah digariskan oleh Islam seperti:
a) Tidak menjadikan aspek agama sebagai bahan jenaka seperti mempersendakan sunnah Rasulullah s.a..w .
b) Gurauan tersebut bukan merupakan cacian atau cemuhan seperti memperlekehkan orang lain dengan menyebut kekurangannya.
c) Gurauan itu bukan ghibah (mengumpat) seperti memburukkan seseorang individu dengan niat hendak merendah-rendahkannya.
d) Tidak menjadikan jenaka dan gurauan itu sebagai kebiasaan.
e) Isi jenaka adalah benar dan tidak dibuat-buat.
f) Bersesuaian dengan masa, tempat dan orangnya kerana adalah tidak manis bergurau di waktu seseorang berada dalam kesedihan dan sebagainya.
g) Menjauhi jenaka yang membuatkan orang lain ketawa secara berlebihan (ketawa terbahak-bahak) kerana banyak ketawa akan memadamkan cahaya hati.
iv) Sesungguhnya Rasulullah s.a.w apabila ketawa baginda hanya menampakkan barisan gigi hadapannya sahaja, bukan ketawa yang berdekah-dekah, mengilai-ngilai atau terkekeh-kekeh dengan maksud bahawa selaku seorang muslim kita hendaklah sentiasa menjaga batas kesopanan dalam ertikata yang sepatutnya.

Perbaiki akhlak dan perbuatan kita.
Syaza juga mengingatkan diri Syaza sendiri juga.
InsyaAllah, mudah-mudahan kita dapat perbaiki diri kita ke arah yang diredhai oleh Allah. InsyaAllah.

Itu sahaja perkongsian pada hari ini.

Wassalam~

No comments:

Post a Comment