Monday, April 4, 2011

Apa Erti Malu Bagimu? - Adakah Anda Seorang Pemalu?

Assalamualaikum.

Apa khabar kalian?
Alhamdulillah, Syaza sihat.
Syaza harap, kamu juga begitu ya. ;)

Apa Erti Malu Bagimu?

Pabila Si Adam memandang Si Hawa, lalu Hawa tunduk tersipu-sipu.
Adakah itu erti malu?

Pabila Adam dan Hawa sedang berdua-duaan berdiri di perhentian bas menunggu ketibaan bas, dipandang orang sekeliling, kedua-duanya buat-buat tak tahu.
Adakah itu erti malu?

Pabila Si Adam menyapa Si Hawa ketika Hawa bersama rakan-rakannya dan Hawa mengukir senyuman bahagia, tunduk ke tanah menahan muka yang merah.
Adakah itu erti malu?

Apa pandangan kamu?

Perbualan di Mukabuku;

Adam: Hawa duduk mana? Tak pernah nampak pun.
Hawa: Saya duduk kat bahagian sana.
Adam: Jarang saya nampak Hawa.
Hawa: Saya ada.
Adam: Hawa tak jalan-jalan kat ke;as ke?
Hawa: Tak.
Adam: Hawa, awak ni pemalu ek?
Hawa: Tak adalah. Hehe.


Bagaimana pula dengan situasi di atas?
Adakah apabila orang tak pernah nampak kita walaupun dalam kelas yang sama itu dipanggil pemalu?
Atau Si Adam yang membeuta di dalam kelas?
Jangan salah anggap, Hawa itu bukan diriku. Apa lagi Adam. Ngee~

Saya ni seorang pemalu. -_-"


Baiklah, bagi persoalan-persoalan awal yang ditujukan buat kamu, mesti kamu hairan bukan? Mungkin ayat-ayat ini yang berada di kotak fikiran kamu:

" Biar betul Syaza ni? Kalau itu bukan malu, jadi apa? Betullah semua tu adalah sifat malu. Akukah yang salah tafsir?"

Berhenti berfikir!
Jangan risau, apa yang ada di benak fikiran kamu itu juga adalah benar.
Itulah adalah sifat malu. Malu 'biasa' yang ada dalam setiap individu.
Jadi, tiada kesangsian bukan? ;)

Cumanya, selalu orang lupa untuk tanamkan sifat malu dalam diri mengenai perkara ini:

AURAT


Hawa dengan bangganya 'mendedahkan' aurat yang sepatutnya ditutup, dilindungi.
Ke mana sifat malunya itu hilang?

Pernah tak anda fikirkannya?
Ya?
Tidak?

Malu kepada manusia itu tidak mencukupi.
Perkara paling penting adalah malu kepada Allah.

“Milikilah rasa malu kepada Allah dengan sebenar-benarnya. Kami (sahabat) berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya Alhamdulillah kami sudah memiliki rasa malu. Rasulullah bersabda: Bukan sekadar itu, tetapi barang siapa yang malu kepada dengan sesungguhnya, hendaknya menjaga kepalanya dan apa yang ada di dalamnya (mata, telinga, lidah, mulut dan muka), hendaklah ia menjaga perut dan apa yang didalamnya, hendaknya ia mengingat mati dan hari kehancuran. Siapa menginginkan akhirat ia akan meninggalkan hiasan dunia. Siapa yang mengerjakan itu semua bererti sudah malu kepada Allah dengan sesungguhnya.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Apabila dikatakan seseorang itu pemalu, adakah dia menutupi bahagia yang perlu ditutupi?
Adakah seluar yang dipakai itu longgar dan tidak menampakkan bentuk betis atau paha yang ada?
Adakah kaki yang berjalan itu dilindungi oleh sarung kaki yang pelbagai warna?
Adakah rambut yang cantik dikurniakan Allah itu, dijaga daripada dilihat oleh kaum Adam dan orang yang tidak sepatutnya?

Ramai yang terlepas pandang mengenai malu yang ini, bukan?
Malu itu bukan sahaja timbul apabila melibatkan dua hati, tetapi malu itu juga merupakan satu perasaan yang perlu ada untuk Allah.
Apabila kita malu kerana Allah, maka diri kita akan dipanggil 'pemalu sejati'. InsyaAllah. ;)

Jadi, selepas ini kalau nak pakai cantik-cantik, memang boleh.
Cumanya kita fikir dulu, orang akan kata kita pakai cantik hari ini, tetapi bagaimana pula dengan pandangan Allah?
Jangan fikir apa orang kata, kita fikir apa kata Allah. ;)

Itu sahaja perkongsian yang dapat Syaza kongsikan.
Ini adalah pendapat Syaza sendiri.
Segala kekurangan daripada Syaza sendiri.

Malu itu sebahagian daripada iman.


Wassalam~

2 comments: