Sunday, March 27, 2011

Jika Tak Tahu Hatiku, Jangan Kata Kau Kenal Aku.

Assalamualaikum.

Apa khabar kalian?
Alhamdulillah, Syaza sihat.
Syaza harap kamu juga beditu ya. InsyaAllah.

Alhamdulillah, tugasan semakin selesai.
Cuma ada dua lagi yang perlu disiapkan segera.
Maaf sebab dah lama tak mencoretkan sesuatu di sini.

Jika Tak Tahu Hatiku, Jangan Kata Kau Kenal Aku

Kamu kata,
Aku tiada keayuan.

Kamu kata,
Aku tiada kelembutan.

Kamu kata,
Aku tidak punya ciri keperempuanan.

Kerana,
Semua itu aku sorokkan.

Kerana,
Semua itu aku tutupkan.

Kerana,
Semua itu adalah kebiasaan.

Kerana,
Untuk kamu hanya layak dengan kekasaran. ;)

Kamu tidak kenal aku,
Tapi sudah kamu suarakan.

Kamu tidak kenal aku,
Tapi sudah kamu luahkan.

Kerana,
Kamu cuma lihat aku punya luaran.

Jika tak tahu hatiku,
Jangan kata kau kenal aku.


Syaza, Syaza...
Awat hang ni, tiba-tiba tulis lagu ni?

Cek pun tak tahu. -_-"


Mungkin, aku perlu masa untuk bersendirian.


Ramai yang secara kasarnya akan berkata Syaza ni agak kasar.
Syaza mengaku bahawa Syaza agak kasar.
Tapi, kasar Syaza tidaklah terlampau.
Bukankah Syaza sudah terangkan bahawa Syaza tak akan tunjukkan 'kelembutan' Syaza pada Si Adam.

Dah hang selalu nak bual dengan En. Adam, jadi cek tak boleh 'lembut-lembut' ni.
Cek tak gheti.
Hang tak tahu diri cek lagu mana.
Kalau hang perasan, cek selalu diam.
Cek bukan apa, cek cuma malas nak cakap.
Kalau cek cuba nasihat, hang selalu tak mau terima.
Solusinya, cek diam sahaja seribu bahasa.
Kan senang...
Tak payahlah hang nak bantah-bantah cakap cek.

Hang tak kenal cek lagu mana.
Walaupun sem ni kita selalu bersama, tapi lama-kelamaan cek rasa hang makin tunjuk perangai.
Cek dah tak tahu lagi mahu buat lagu mana. -_-"

Hang selalu cakap ayat yang cek tak suka.
Cek pernah cakap yang cek tak suka hang cakap lagu tu.
Tapi, hang masih cakap juga.
Sekarang, kalau hang cakap juga, cek selalu diam.
Cek malas nak layan.
Cek diam bukan tak ada makna, tapi ada.

Kawan, kau belum kenal aku.
Kau tak tahu hatiku.
Tapi, kau selalu menyakitinya.
Kawan, aku selalu diam sebab aku taknak kau sakit hati kalau aku cakap.
Tapi, kau tak pernah fikir setiap perkataan yang kau lepaskan itu.

Kau tak cukup 'kuat' untuk aku.
Aku bersyukur sebab dapat kenal kau.
Cumanya... Allah sahaja yang tahu.
Mungkin, aku tak cukup layak untuk kau.

Wassalam~

4 comments:

  1. assalamualaikum...setiap manusia akan berubah setiap saat,kita xkan kenal diri mereka walaupun sentiasa bersama...hanya Allah yang mngerti siapa hambanya...love being your fren...

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam alin.
    syaza cuma memahami kawan syaza.
    tapi, ini mungkin cubaan yang Allah berikan supaya syaza tahu cara untuk mendekati dan kenal hati dia lebih mendalam.
    supaya memberi sedikit suntikan 'dalaman'.
    insyaAllah. syaza akan cuba. ;)

    ReplyDelete
  3. sabarlah dirimu wahai shbtku..Allah senantiasa bersama orng2x yg bersabar..:))

    ReplyDelete
  4. insyaAllah citi. kangen sama kamu deh~ huhuhuhu. ;)

    ReplyDelete