Saturday, February 19, 2011

Rindu Seorang Sahabat - Kamu Sahabat Terbaik yang Pernah Aku Ada

Assalamualaikum.

Apa khabar kalian?
Alhamdulillah, badan Syaza masih kuat untuk menempuhi jalan-jalan kehidupan, cuma kaki perlu berhati-hati bila melangkah.
Sakitnya semakin melarat ke kawasan lain. -_-"
Cuba hadapi dan melangkah dengan lebih tabah.
Penat menahan kaki yang sentiasa dalam kesakitan.
Penat berjalan dengan cara yang tidak sempurna kerana tidak diberikan alat bantuan. Sakit.

Rindu Seorang Sahabat

Telefon memainkan alunannya.
Tugasan yang sedang cuba disiapkan terhenti seketika.
Melihat nama seorang sahabat yang jauh di mata.
Hati berbunga tiba-tiba.
Panggilan dijawab.



Aku: Hello, assalamualaikum.
Sahabat: Waalaikumussalam.
Aku: Ya, kenapa sahabat?
Sahabat: Maaflah mengganggu. Tengah buat apa?
Aku: Tak apa, tengah buat assignment.
Sahabat: Maaf Ajja, ganggu kau.
Aku: Tak apa. Kenapa? Ada masalah ke?
Sahabat: Tak ada. Aku rindukan koranglah, kawan-kawan aku, sahabat aku.
Aku: (Senyum) He~ Rindukan kita orang?
Sahabat: A'ah. Aku tak kuatlah, Ajja. Sem 1 aku boleh tahan lagi, tapi Sem 2 ni, aku macam nak lari je.
Aku: Sabar sahabat.
Sahabat: Aku rindu kat korang. Tak tahu kenapa.
Aku: Sabar sahabat.
Sahabat: Ajja, aku nak balik.
Aku: Sem lepas kau balikkan?
Sahabat: A'ah.
Aku: Sem ni giliran aku pula balik ek. He~
Sahabat: Aku tak kuatlah Ajja. Ajja, aku minta maaf kalau selama ini aku tak jadi sahabat yang baik untuk kau.
Aku: Kau tak perlu jadi sahabat yang baik, tapi kalau kau jadi orang yang baik, insyaAllah kau jadi sahabat yang baik.
Sahabat: Ajja, kau doakan aku supaya aku jadi kuat ek.
Aku: InsyaAllah, sentiasa.
Sahabat: Ajja, halalkan makan minum aku ek. Maaf ganggu Ajja. Ajja buatlah balik assignment tu.
Aku: Tak apalah.
Sahabat: Oklah, assalamualaikum.
Aku: Waalaikumussalam.


Pertama sekali, aku nak mohon berbanyak-banyak kemaafan pada kau sebab tak dapat bercakap banyak pada kau sebab aku dalam bilik orang lain.
Aku bukan berada dalam bilik aku pada masa tu sebab aku mahu online.
Maafkan aku, sahabat.

Sahabat, aku mahu kau tahu, kaulah sahabat yang terbaik yang pernah aku kenali.
Kenapa?
Kerana engkau telah menganggap aku sebagai sahabatmu juga.
Bukan itu sahaja, malahan engkau menangis dan ketawa bersama aku.
Walau kita berjauhan, tetapi engkau tidak pernah lupakan aku.

Butinya, kalau engkau perlukan teman, engkau cari aku.
Kalau engkau rasa buntu, engkau cari aku dan aku cuba bantu semampuku.
Kau buat aku rasa dihargai.
Terima kasih, sahabat.

Kesat air matamu, ukir senyuman bahagia buat kita.
InsyaAllah, jika masih punya nyawa dan masa, kita dapat berjumpa, tetapi tidak tahu bila masanya.
Kita serahkan segalanya kepada Yang Esa, ya.



Sahabat, kau harus kuat hadapi semua ini.
Inilah namanya dugaan apabila kita ingin menuntut ilmu.
Mohon kekuatan daripadaNya.
Aku harap rindu kau pada kami dapat meningkatkan rindu kau pada Sang Pencipta.

Sahabat, aku tahu kau sebenarnya kuat. Kuat dari aku, bukan? He~
Aku tahu kau mampu hadapi semua ini, cuma perlukan masa yang lebih lama.
Biasalah tu, perasaan pada waktu ini tidak menentu.
Sejujurnya, sama macam aku sekarang. ;)

Kau kata, kau tidak tahu kalau semester seterusnya bagaimana.
InsyaAllah, kalau semester ini kau sudah lepaskan segalanya, sem seterusnya kau akan lebih kuat dan berani untuk menghadapinya. InsyaAllah.
Aku tahu kau mampu.



Sahabat, sememangnya kami juga merinduimu.
Terkenang saat bahagia bersama ketika di zaman persekolahan.
Kita ketawa bersama.
Menangis bersama.
Semua kita penah lalui.
Tapi, bukan lalui keseorangan.
Kita laluinya bersama-sama.

Dahulu, hubungan antara kita hanya sebagai kawan.
Semakin lama, kita semakin memerlukan antara satu sama lain.
Sekarang, hubungan yang kita kecapi adalah sebagai kawan, teman dan sahabat. Alhamdulillah.
Aku harap persahabatan ini kekal untuk selama-lamanya.

Sesungguhnya pertemuan dan perpisahan kita hanya kerana Allah.
Ukhwah fillah abadan abada.
Itu janji kita, bukan? ;)

Tidak perlu kata maaf kerana kau tidak pernah bersalah terhadapku.
Kalau adapun munkin aku sudah lupa.
Sebenar-benarnya, memang tiada.
Kerana aku tiada ingat apa-apa yang berlaku antara kita.

Aku doakan kau baik-baik sahaja di sana, ya.
Tempuhi dugaan ini dengan kesabaran dan kembali kepadaNya.
Aku tahu, kau sentiasa ingat pesanan aku kan?
Ingat Allah selalu. ;)
Dengan ingat Allah, kau akan lebih kuat kerana kau tahu ini hanya dugaan yang perlu kau jalani dengan tabah.

Ukir senyuman di wajahmu, kerana itu yang aku mahu lihat.
Menangislah sepuasnya jika itu boelh kembalikan kekuatanmu.
Dan, terus seka air matamu untuk menempuh dan mengharungi jalan kehidupan yang seterusnya.

Walaupun apapun yang terjadi, hidup perlu diteruskan, bukan?
Sabar ya, sahabat.
Allah sentiasa bersamamu.
Begitu juga aku. (^_^)



Sahabat, jika kau menangis, mungkin aku tidak akan menangis kerana siapa yang mahu buat kau ketawa?
Sahabat, jika kau ketawa, aku turut tersenyum bahagia kerana itu dapat buat kau gembira.
Sahabat, aku sedia untuk pinjamkan bahuku jika kamu butuhkan kekuatan.
Aku sedia untuk kamu, pada bila-bila masa. InsyaAllah. ;)

Wassalam~

No comments:

Post a Comment