Thursday, February 24, 2011

Selapas Dua Minggu Lebih, Baru Kutahu Kebenarannya...

Assalamualaikum semua.

Apa kahabar kalian?
Alhamdulillah, Syaza sihat cuma kondisi kaki yang Syaza ingin kongsikan dengan anda semua.
Nak tahu tak?
Kalau tak nak tahu, Syaza nak cerita juga. He~ (Ce cite, ce cite.) ;)

Selama dua minggu lebih Syaza menahan kesakitan, urut sudah Syaza laksanakan dan setiap minggu, Syaza sudah banyak kali pergi ke pusat kesihatan untuk buat pemeriksaan.
Kali terakhir (mungkin) buat pemeriksaan di pusat kesihatan pada 23 Februari 2011 iaitu sudah kali ketiga Syaza menjejakkan kaki ke pusat kesihatan untuk pemeriksaan kaki.

Semalam, Syaza pergi ke pusat kesihatan dan dihantar pula ke Klinik Kesihatan Tanjong Malim untuk pemeriksaan yang lebih terperinci.
Perasaan Syaza agak berdebar, sebab dah dua minggu lebih kaki masih belum pulih.
Jalan pun susah sebab kengkang.
Semua orang tengok.
Malu.



Doktor: Kenapa?
Aku: (Cerita apa yang terjadi seperti di sini)
Doktor: Dah dua minggu baru nak datang sini?
Aku: Sebab selama ni setiap minggu pergi klinik, ingat ringan je. Sebab doktor cakap tak ada apa-apa.
Doktor: Lain kali kalau seminggu dah tak pulih, terus datang sini ek.
Aku: Ya. InsyaAllah.
Doktor: Okay, cuba gerakkan kaki ke hadapan.
Aku: (Cuba gerakkan bahagian hadapan kaki ke depan.)
Doktor: Saya taka nak kamu gerakkan depan kaki, saya nak kamu gerakkan kaki ke hadapan guna buku lali.
Aku: (Lakukan apa yang disuruh. Bila tengok hasilnya... -_-")
Doktor: Tak boleh?
Aku: Tak.
Doktor: Okay, kamu pergi X-ray. Kalau bukan tulang, kaki kamu kena simen ek.
Aku: (Angguk)


Kakiku langsung tidak dapat digerakkan ke hadapan dengan menggunakan buku lali.
Tidak ada pergerakan walaupun sudah sedaya upaya mencuba. -_-"
Selepas lakukan apa yang disuruh, terasa busa yang teramat pada buku lali.
Tetapi, aku tahan sakit, cuma bunyi kesakitan yang biasa aku keluarkan.

Jalan ke tempat X-ray amat menyeksakan diriku.
Terpaksa berhenti selepas beberapa langkah kerana menahan kesakitan.
Pabila X-ray dijalankan, aku berdoa semuanya baik-baik sahaja.
Selepas X-ray dilaksanakan, perasaan gementar timbul. Tapi, aku yakin tiada keretakan yang berlaku.

Doktor: Saya dah agak dah.
Aku: Em...
Doktor: Tulang kamu tak patah, mahupun retak.
Aku: (Alhamdulillah)
Doktor: Ni maknanya ligament kamu koyak.
Aku: Em...
Doktor: Kalau pakai simen, boleh tak?
Aku: Terpulanglah doktor.
Doktor: Kamu pergi ke bilik kecemasan ek.
Aku: Baik doktor, terima kasih.


Berjalan ke bilik kecemasan. -_-"

Jururawat: Doktor suruh simen ke?
Aku: A'ah.
Jururawat: Kalau simen, kamu susah nak jalan nanti.
Aku: Em...
Jururawat: Tak payah simen ek.
Aku: (Diam)
Jururawat: Kaki kamu tak patahkan?
Aku: Tak.
Jururawat: Kalau tak patah, tak payah simen. Nanti susah nak jalan.
Aku: (Diam)
Jururawat: Saya balut guna bandage ek. Tapi, kamu tak boleh buka selama seminggulah ek.
Aku: Em.


Kalau balut macam ni boleh tak? Baru selamat, bukan? -_-"


Lalu kakiku dibalut dengan menggunakan bandage sekemas-kemasnya.
Minggu hadapan, pada 2 Mac 2011 terpaksa pergi ke KKTM semula untuk buat pemeriksaan yang selanjutnya dan buka balutan.

Oleh sebab itu, aku cuba menggunakan alat bantuan untuk berjalan.
Kalau tidak, aku akan berjalan dalam menahan kesakitan dan amat perlahan.

Jadi, selama dua minggu sebelum ni Syaza 'belasah' untuk berjalan kerana berfikir hanya terseliuh ringan dan kini, baru tahu kebenarannya. -_-"
Sekarang, Syaza amat berhati-hati bila berjalan.
Doakan Syaza cepat sembuh ek. ;)

***


Terima kasih kepada temanku, Mastura sebab temankan aku untuk buat pemeriksaan dan bantu aku dalam kesusahan pada waktu ini.
Terima kasih juga kepada rakan-rakanku, Annei, Teng dan Cheong sebab selalu temankan Syaza berjalan ke kuliah dalan keadaan sebegini.
Terima kasih kepada geng JUMPERZ sebab sentiasa beri sokongan pada Syaza. Maaf, tak dapat turun latihan hari ni sebab Syaza nak rehatkan kaki buat pertama kalinya. He~
Terima kasih kepada semua, 'cikgu-cikgu' sebab sentiasa beri Syaza ruang untuk berjalan dan naik bas.

Terima kasih kepada Cik Jah dan keluarga sebab tolong Ajja ketika Ajja memerlukan bantuan.
Terima kasih kepada rakan-rakan kerana memahami kondisi Syaza pada waktu ini.

Paling penting sekali, Syaza nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada ibu, ayah dan keluarga Syaza sebab sentiasa beri sokongan dan dorongan kepada Syaza.
Walaupun berjauhan, Syaza tetap bawa semangat mereka.
Maaf sebab selama ini ingkar akan perintah ibu dan ayah supaya berehat. ;)
Kaki tak nak duduk diam. He~
Jangan risaukan Ajja di sini. Doakan kesejahteraan Ajja ek.

Mudah-mudahan dengan dugaan ini dapat merapatkan Ajja dengan Allah. InsyaAllah.
Ajja terima dugaan ini dengan rela hati. ;)

Terima kasih sangat-sangat kepada semua.
With full of love from my heart, Syaza.



Wassalam~

Tuesday, February 22, 2011

Pada Waktu Ini, Aku Bukan Seperti Dahulu - Tunggu Aku Sembuh

Assalamualaikum.

Ogenki desu ka?
Alhamdulillah, kaki Syaza semakin pulih, tetapi bisanya masih terasa.
Bilakah penderitaan ini bakal berakhir? Cewah~
InsyaAllah tidak lama lagi.

Tapi, kenapa Syaza tengok bekas luka yang pernah Syaza alami dahulu, bukan pada tempat yang asal?
Bekas luka apa sehingga berbekas begitu lama?
Kaki Syaza dahulunya pernah termasuk rim basikal.
Kalau nak cerita mesti panjang. Abaikan~
Bekas luka tu, tepat-tepat kat buku lali.
Tapi, sekarang dah lain macam. -_-"

Urut.
Semua orang suruh Syaza pergi urut dari awal lagi.
Macam mana nak urut dari awal lagi, kalau bengkak di bukul lali yang macam bola tu belum susut?
Tapi, alhamdulillah hari ni hari terakhir Syaza urut.
Tak sanggup dah nak pergi urut lagi. Hu~

Tulah Syaza ganas sangat.
Ganas.
Perkataan yang sinonim dengan Syaza.
Kerana apa?
Sebab semua orang cakap Syaza ganas.
Syaza memang mengaku pun.
Sebabnya, Syaza susah nak lembut.
Kelembutan itu hanya untuk orang-orang yang berhak menerimanya sahaja. ;)

Jadi, kami tak berhak menerimanya?
Bukan tak berhak, cuma kamu tak layak. He~



Tugasan.
Alhamdulillah tugasan Syaza hampir siap.
Cuma perlu tanya kepada pensyarah sahaja.

Pening bila memikirkan tugasan kumpulan yang diberikan.
Perlukah semuanya meminta kata putus dari Syaza?
Syaza juga ada tugasan lain yang perlu diselesaikan.
Syaza juga ada amanah yang perlu dipegang dan perlu dilaksanakan.
Syaza harap anda faham situasi Syaza.

Cuba bergerak tanpa disuruh.
Cuba buat tanpa cari alasan.
Astaghfirullah.

Dalam keadaan Syaza sihat, semua harap Syaza yang siapkan.
Dalam keadaan Syaza sakit pun begitu juga.
Tiada waktu rehat untuk Syaza ke? -_-"

Terima kasih kepada yang sudah bergerak tanpa disuruh oleh Syaza.
Syaza tak mampu untuk lakukan semuanya.
Syaza perlukan kamu untuk bantu.
Sebab itu namanya satu kumpulan.
Syaza amat berharap kerjasama kamu pada waktu ini.

Rindu nak pakai kasut untuk bermain.


Kamu faham kondisi Syaza, bukan?
Kalau sebelum ni, Syaza boleh berjalan laju, tapi sekarang tidak lagi.
Kalau sebelum ni, Syaza boleh berjalan jauh dengan penuh semangat, sekarang semangat itu ada, cuma kaki payah untuk melangkah dari satu tapak ke tapak yang lain.
Kalau sebelum ni, Syaza boleh ulang-alik dalam kampus tu, sekarang cuba fikir jalan dekat untuk ke sesuatu tempat dan kalau boleh nak sekali jalan sahaja.

Syaza amat penat bilamana memaksa kaki untuk berjalan.
Syaza amat letih bilamana berjalan tanpa alat bantuan.
Penat dan sakit sangat bila jalan terenjut-enjut sepanjang jalan yang diharungi.

Harap faham situasi Syaza. ;)

Wassalam~

Saturday, February 19, 2011

Rindu Seorang Sahabat - Kamu Sahabat Terbaik yang Pernah Aku Ada

Assalamualaikum.

Apa khabar kalian?
Alhamdulillah, badan Syaza masih kuat untuk menempuhi jalan-jalan kehidupan, cuma kaki perlu berhati-hati bila melangkah.
Sakitnya semakin melarat ke kawasan lain. -_-"
Cuba hadapi dan melangkah dengan lebih tabah.
Penat menahan kaki yang sentiasa dalam kesakitan.
Penat berjalan dengan cara yang tidak sempurna kerana tidak diberikan alat bantuan. Sakit.

Rindu Seorang Sahabat

Telefon memainkan alunannya.
Tugasan yang sedang cuba disiapkan terhenti seketika.
Melihat nama seorang sahabat yang jauh di mata.
Hati berbunga tiba-tiba.
Panggilan dijawab.



Aku: Hello, assalamualaikum.
Sahabat: Waalaikumussalam.
Aku: Ya, kenapa sahabat?
Sahabat: Maaflah mengganggu. Tengah buat apa?
Aku: Tak apa, tengah buat assignment.
Sahabat: Maaf Ajja, ganggu kau.
Aku: Tak apa. Kenapa? Ada masalah ke?
Sahabat: Tak ada. Aku rindukan koranglah, kawan-kawan aku, sahabat aku.
Aku: (Senyum) He~ Rindukan kita orang?
Sahabat: A'ah. Aku tak kuatlah, Ajja. Sem 1 aku boleh tahan lagi, tapi Sem 2 ni, aku macam nak lari je.
Aku: Sabar sahabat.
Sahabat: Aku rindu kat korang. Tak tahu kenapa.
Aku: Sabar sahabat.
Sahabat: Ajja, aku nak balik.
Aku: Sem lepas kau balikkan?
Sahabat: A'ah.
Aku: Sem ni giliran aku pula balik ek. He~
Sahabat: Aku tak kuatlah Ajja. Ajja, aku minta maaf kalau selama ini aku tak jadi sahabat yang baik untuk kau.
Aku: Kau tak perlu jadi sahabat yang baik, tapi kalau kau jadi orang yang baik, insyaAllah kau jadi sahabat yang baik.
Sahabat: Ajja, kau doakan aku supaya aku jadi kuat ek.
Aku: InsyaAllah, sentiasa.
Sahabat: Ajja, halalkan makan minum aku ek. Maaf ganggu Ajja. Ajja buatlah balik assignment tu.
Aku: Tak apalah.
Sahabat: Oklah, assalamualaikum.
Aku: Waalaikumussalam.


Pertama sekali, aku nak mohon berbanyak-banyak kemaafan pada kau sebab tak dapat bercakap banyak pada kau sebab aku dalam bilik orang lain.
Aku bukan berada dalam bilik aku pada masa tu sebab aku mahu online.
Maafkan aku, sahabat.

Sahabat, aku mahu kau tahu, kaulah sahabat yang terbaik yang pernah aku kenali.
Kenapa?
Kerana engkau telah menganggap aku sebagai sahabatmu juga.
Bukan itu sahaja, malahan engkau menangis dan ketawa bersama aku.
Walau kita berjauhan, tetapi engkau tidak pernah lupakan aku.

Butinya, kalau engkau perlukan teman, engkau cari aku.
Kalau engkau rasa buntu, engkau cari aku dan aku cuba bantu semampuku.
Kau buat aku rasa dihargai.
Terima kasih, sahabat.

Kesat air matamu, ukir senyuman bahagia buat kita.
InsyaAllah, jika masih punya nyawa dan masa, kita dapat berjumpa, tetapi tidak tahu bila masanya.
Kita serahkan segalanya kepada Yang Esa, ya.



Sahabat, kau harus kuat hadapi semua ini.
Inilah namanya dugaan apabila kita ingin menuntut ilmu.
Mohon kekuatan daripadaNya.
Aku harap rindu kau pada kami dapat meningkatkan rindu kau pada Sang Pencipta.

Sahabat, aku tahu kau sebenarnya kuat. Kuat dari aku, bukan? He~
Aku tahu kau mampu hadapi semua ini, cuma perlukan masa yang lebih lama.
Biasalah tu, perasaan pada waktu ini tidak menentu.
Sejujurnya, sama macam aku sekarang. ;)

Kau kata, kau tidak tahu kalau semester seterusnya bagaimana.
InsyaAllah, kalau semester ini kau sudah lepaskan segalanya, sem seterusnya kau akan lebih kuat dan berani untuk menghadapinya. InsyaAllah.
Aku tahu kau mampu.



Sahabat, sememangnya kami juga merinduimu.
Terkenang saat bahagia bersama ketika di zaman persekolahan.
Kita ketawa bersama.
Menangis bersama.
Semua kita penah lalui.
Tapi, bukan lalui keseorangan.
Kita laluinya bersama-sama.

Dahulu, hubungan antara kita hanya sebagai kawan.
Semakin lama, kita semakin memerlukan antara satu sama lain.
Sekarang, hubungan yang kita kecapi adalah sebagai kawan, teman dan sahabat. Alhamdulillah.
Aku harap persahabatan ini kekal untuk selama-lamanya.

Sesungguhnya pertemuan dan perpisahan kita hanya kerana Allah.
Ukhwah fillah abadan abada.
Itu janji kita, bukan? ;)

Tidak perlu kata maaf kerana kau tidak pernah bersalah terhadapku.
Kalau adapun munkin aku sudah lupa.
Sebenar-benarnya, memang tiada.
Kerana aku tiada ingat apa-apa yang berlaku antara kita.

Aku doakan kau baik-baik sahaja di sana, ya.
Tempuhi dugaan ini dengan kesabaran dan kembali kepadaNya.
Aku tahu, kau sentiasa ingat pesanan aku kan?
Ingat Allah selalu. ;)
Dengan ingat Allah, kau akan lebih kuat kerana kau tahu ini hanya dugaan yang perlu kau jalani dengan tabah.

Ukir senyuman di wajahmu, kerana itu yang aku mahu lihat.
Menangislah sepuasnya jika itu boelh kembalikan kekuatanmu.
Dan, terus seka air matamu untuk menempuh dan mengharungi jalan kehidupan yang seterusnya.

Walaupun apapun yang terjadi, hidup perlu diteruskan, bukan?
Sabar ya, sahabat.
Allah sentiasa bersamamu.
Begitu juga aku. (^_^)



Sahabat, jika kau menangis, mungkin aku tidak akan menangis kerana siapa yang mahu buat kau ketawa?
Sahabat, jika kau ketawa, aku turut tersenyum bahagia kerana itu dapat buat kau gembira.
Sahabat, aku sedia untuk pinjamkan bahuku jika kamu butuhkan kekuatan.
Aku sedia untuk kamu, pada bila-bila masa. InsyaAllah. ;)

Wassalam~

Thursday, February 17, 2011

Luahan Hati Daripada Seorang Insan yang Masih Butuhkan Ilmu.

Assalamualaikum.

Apa khabar kalian?
Alhamdulillah, Syaza sudah semakin pulih. Mungkin.
Kakinya sudah mampu untuk duduk antara dua sujud, tetapi selepas itu alami sedikit kesakitan.

Hormat orang lain.
Itu adalah salah satu perkara yang amat penting dalam kehidupan setiap individu.
Tetapi ramai orang yang mengambil ringan perkara ini.
Mereka hanya pentingkan diri sendiri.
Duduk berbual di belakang sedangkan ada yang bercakap di hadapan.
Sopankah begitu?
Adakah itu dipanggil menghormati orang lain.

Ilmu.
Wajib untuk dituntut bagi setiap insan yang berpijak di bumi yang nyata ini.
Salahkah bilamana ilmu yang kita dengari atau dapati itu berulang-ulang kali?
Adakah pada kali pertama ilmu yang sama itu disampaikan sahaja yang kita dengari?



Diam.

Terjemah hadits:
Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda: Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia berkata baik atau diam, siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia menghormati tetangganya dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaklah dia memuliakan tamunya (Riwayat Bukhori dan Muslim)


Untuk mendapat kesempurnaan iman, termasuk juga perkataan yang baik dan diam dari selainnya.
Malahan, pembicaraan yang berlebih-lebihan dapat menyebabkan kehancuran, sedangkan menjaga pembicaraan merupakan jalan keselamatan.
Islam sangat menjaga agar seorang muslim berbicara apa yang bermanfaat dan mencegah perkataan yang diharamkan dalam setiap kondisi.

Pembentangan.
Tugas yang wajib bagi seseorang yang bergelar mahasiswa dan mahasiswi laksanakan.
Buat yang termampu dan terbaik pabila sudah berada di hadapan.
Pembentangan yang terbaik perlu mempunyai masa yang mencukupi.
Adilkah bilamana kumpulan A diberi masa selama 15 minit, manakala kumpulan B diberi masa selama 45 minit?
Bagaimana pula dengan kualiti penyampaian yang disampaikan?
Kumpulan A, terkejar-kejar masa untuk habiskan dan terpaksa untuk memendekkan segalanya.
Kumpulan B, dapat menyampaikan ilmu dengan terang-terangan tanpa mengejar masa.

Adilkah pabila kumpulan A dan B bentang, tetapi semua buat kerja sendiri walaupun sudah mohon perhatian dan kerjasama daripada semua?
Kasihan dan sakit hati pabila melihat rakan-rakan yang membuat pem bentangan tetapi tidak diendahkan.
Adakah kita sudah terlalu bijak sehinggakan kita sudah tidak perlu menumpukan perhatian ketika pembentangan diberikan?

Ya, Syaza tahu dunia Universiti.
Semua sudah besar dan punya akal untuk berfikir sendiri.
Tapi, kamu mesti pernah belajar moral dan Pendidikan Islam, bukan?

Menghormati orang lain itu perlu walau dalam apa jua keadaan sekalipun.
Walaupun pembentangan yang diberikan agak bosan dan tiada suntikan, salahkah kita untuk diam dan melihat rakan-rakan kita membuat pembentangan?
Susah sangatkah?
Walaupun sudah banyak kali amaran senyap diberikan, tetapi hasilnya TIADA.

Bagi peluang pada kami yang masih butuhkan ilmu.
Bagi peluang pada kami yang masih ingin mendengar pembentangan dari rakan-rakan.
Bagi peluang pada kami yang ingin menumpukan perhatian dalam pelajaran.
Tolong, bagi peluang pada kami!
Kami mungkin tidak secerdik kamu pabila tanpa mendengar dan menumpukan perhatian terhadap pembentangan rakan, sekali gus kami menjadi pintar.
Tidak, kami tidak sebegitu.



Kami menjejakkan kaki di dunia universiti ini adalah untuk menimba ilmu pengetahuan hanya kerana Allah.
Jadi, tolong bagi peluang pada kami untuk menimba ilmu dengan baik di sini.
Kami tidak mahu mendengar perbualan kamu yang mengganggu konsentrasi kami untuk belajar.
Kami tidak mahu mendengar perbualan kamu yang tiada isi yang bermanfaat dan penuh dengan gelak ketawa.

Aku tidak larang untuk kamu berbual.
Tetapi, bukan dengan suara yang sehinggakan semua orang boleh dengar.
Perlahankan nada suara kamu.
Kalau susah, diam sahaja.
Kerja paling mudah, bukan?

Maaf kalau ada yang terasa.
Jika kita menghormati orang lain, maka orang lain juga akan menghormati kita. ;)

p/s: Salah akukah bilamana aku menasihati rakanku supaya tidak lakukan kesalahan yang sama? Tetapi kenapa aku dapat feedback yang sebaliknya dari dia? -_-" Ya Allah, bantulah aku. Apa yang perlu aku lakukan?

Wassalam~

Tuesday, February 15, 2011

Alangkah Indahnya Hidup Ini, Andai Dapat Kutatap Wajahmu.

Assalamualaikum semua!

Apa khabar kalian?

Salam Maulidur Rasul 1432H kepada semua insan yang bergelar Islam.




Ingin tahu perjalanan hidup Kekasih kita?
Syaza pernah tulisnya di sini: [1], [2], [3], [4], [5], [6], [7], [8], [9], [10], [11], [12], [13], [14], [15], [16], [17] dan [Akhir].

Ya Rasulullah

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat
Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu.




Bukti cintaku padamu bukan hanya sekadar tulisan yang bertinta.

Hatiku Terpaut Pada Kisah Hidupnya

Kau kucinta.
Kau kurindu.
Sejarahmu kubaca.
Perit.
Sakit.

Hati membara ingin bersamanya.
Namun, itu kisah dahulu.

Satu demi satu hinaan dan cacian dilemparkan.
Kau terima.
Tabah walaupun kau lemah.
Kau minta pada yang Esa kekuatan.
Kau jadi kuat yang luar biasa.

Jika manusia tidak terima,
Kau berdiri meninggalkan mereka.
Kau tidak marah.
Kau terlalu sabar.

Jika aku, akan kucaci semula.
Itu bezanya iman kau dan aku.

Kau sentiasa dihatiku.
Kau pembakar semangatku.
Kau idolaku dalam perjuangan ini.

Terimalah aku sebagai umatmu,
Ya Rasulullah!

Ya Allah, Kau jadikanlah aku tabah sepertimana para nabi.
Ya Rabbi, Kau tanamkanlah cintaku sepertimana cinta Rabiatul Adawiyah kepadaMu.


Wassalam~

Monday, February 14, 2011

Siapakah yang Anda Lebih Cintai? | Pemeriksaan Kedua Telah Dilakukan

Assalamualaikum.

Apa khabar kalian?
Alhamdulillah, Syaza masih lagi berpijak di dunia yang nyata.
Masih punya masa untuk beribadah padaNya.

Semua mesti tahu hari ini adalah hari apa, bukan?
Hari ini ialah hari Isnin.
Betul!
Tapi, kita tengok tarikh hari ini.
Berapa haribulan?
14 Februari.

14 Februari terkenal dengan Hari Kekasih atau dalam bahasa asingnya Valentine's Day.
Apa yang terlalu istimewa Hari Kekasih ini berbanding dengan hari-hari lain?
Kenapa ramai di antara kita, khasnya kepada insan yang beragama Islam menyambut tarikh ini?
Perlukah?

Bagaimana pula dengan KEKASIH HAKIKI?
Adakah Si Kekasih lebih penting dari Sang Kekasih?

Cinta.
Adakah mereka lebih cintakan dia berbanding DIA dan Dia?
Adakah pada tarikh inilah kita buktikan cinta kita pada insan yang bergelar kekasih?
Apa pula bukti cinta kita pada Sang Kekasih?
Pernahkah anda terfikir?
Fikirlah mulai saat ini.




"Janganlah seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang perempuan yang bukan mahramnya. Dan janganlah seorang wanita keluar dengan seorang lelaki kecuali ditemani mahramnya." (Bukhari dan Muslim)

Pada hari sebeginilah ramai yang mengambil kesempatan untuk berdua-duaan.
Paling tidak pun, malam tadi.

"Sungguh, jika kepala salah seorang daripada kamu ditusuk dengan jarum besi yang menyala, itu masih lebih baik daripada kamu menyentuh perempuan yang tidak halal bagimu." (At-Tabrani dan al-Baihaqi)

Apakah dalah berkasih tidak saling menyentuh?
Alangkah indahnya bila kita dapat mengisi hari-hari kita dengan pahala.

Tapi, bila kita lihat pemuda dan pemudi sekarang, mana yang lebih mereka pentingkan?
Tepuk dada, tanya iman.



Fikirlah pengorbanan Rasulullah terhadap kita.
Hayati video ini.



Tapi, apa yang kita lakukan pada Rasulullah?
Fikir-fikirkan.

Siapakah yang anda lebih cintai?

***


Pagi tadi pergi ke kampus untuk membuat pemeriksaan yang selanjutnya sebab dah seminggu kaki masih belum pulih.
Doktor cakap, mungkin baik 2 atau 3 minggu lagi.
Syaza dah rindu nak aktif kembali.
Bermain dan melalukan latihan bersama rakan-rakan.
Sepertinya, kaki Syaza makin teruk. -_-"

Doakan ya.

Wassalam~

Sunday, February 13, 2011

Mereka Adalah Temanku Di Sini - Mengecap Bahagia Bersama | Ingin Jadi Guru Yang Bitara, Sila Atur Masa Ya.

Assalamualaikum semua.

Genki desu ka?
Keadaan kaki Syaza nampaknya semakin teruk.
Kenapa?
Salah Syaza sendiri, kakinya tidak diberi waktu rehat yang secukupnya.
Mana taknya, berjalan sepanjang masa.
Maaf ya kaki, esok kita pergi buat rawatan sekali lagi. InsyaAllah.
Ada yang mahu pimpin diriku yang jalannya tak sempurna? -_-"

Macam mana nak duduk diam, sedangkan Syaza perlu siapkan diri untuk pembentangan satu kursus Syaza.
Perlu buat apa sehingga banyak pergerakan?
Menari. -_-"
Paksa kaki yang kadang-kala sakit untuk terus bersemangat.
Tahan sakit.

Baiklah, hari ni Syaza nak ceritakan seorang lagi teman Syaza ketika Syaza berada di UPSI.
Dahulu, Syaza ada ceritakan serba sedikit mengenai Annei dalam entri ini.

Kini, Syaza tambah lagi seorang teman.
Mari Syaza kenalkan teman Syaza ini kepada kamu.

Nama: Mastura Binti Jantan
Asal: Selangor
Umur: 19 tahun (pada bulan 5)

Kami agak sekepala.
Dua-dua jawa.
Cuma dia lebih fasih daripada Syaza. ;)

Semester ini, jadual Syaza sama dengan Mastura dan Annei.
Alhamdulillah, sebab Allah mengurniakan Syaza seorang lagi teman yang baik.

Susah senang kami bersama.
Bantu-membantu antara satu sama lain adalah perkara yang wajib bagi kami.

Kalau gembira, kami ketawa sama-sama.
Kalau menangis, kami sediakan bahu untuk membantu.
Sedia mendengar segala masalah para teman.

Bersama ke Pekan Tanjong Malim.


Senam aerobik bersama walaupun kakiku sedang mengalami kesakitan.


Selepas perut sudah penuh. ;)


Ya, dia dan aku agak gila bergambar.
Saya suka ya di situ. ;)

***


Secara jujurnya, aku rindukan SAHABATku.
Bila lagi kita akan bertemu ya, sahabat?

Ketika Hari Raya tahun lepas. Ketemu di Shah Alam.


Rindu untuk bercerita dengan kamu.
Nak dengar ketawa kamu.
Sebab aku sentiasa dengar keluhanmu. ;)

***


Ya, Syaza sentuh sekali lagi mengenai masa.
Ya Allah, susah sangat ke nak menepati masa?
Dulu Syaza ada tulis entri tentang masa di sini.

Syaza terlalu penat untuk menunggu orang.
Perkara yang paling Syaza tak suka dari dahulu sehingga sekarang ada menunggu.
Penat sangat.

Jangan membazir masa saya boleh tak?

Aku: Esok, pukul 9 pagi ek.
Kawan: Okay.

Keesokan harinya~

Aku tiba di bilik TV pada pukul 9 pagi.
Pada pukul 9.30 pagi, salah seorang rakan datang.

Sabar menunggu yang lain, walaupun rakan-rakan Cina sudah agak berang.
Aku hanya mampu untuk berdiam. :|

Jam menunjukkan pukul 10 pagi, seorang rakan lagi hadir.
Dapat kulihat dari mukanya yang penuh kepenatan kerana bekerja pada waktu malam.
Kerja?
Ya, sekarang ini kolejku sedang mengadakan kolej terbuka.
Aku faham keadaan dia.
Beberapa minit kemudian, seorang lagi menjejakkan kaki ke bilik TV.

Seterusnya, orang yang terakhir datang lebih kurang pada jam 10.30 pagi.
Tanpa muka yang bersalah.
Tanpa kata maaf kerana lambat.
Aku agak kecewa dengan perangai yang sebegitu.

Dunia - Manusia.
Pelbagai ragam.
Ada yang sayang dan hargai setiap saat dan ada yang tidak peduli akan masa.

Sabar.
Itu yang dapat kusemaikan untuk selamanya dalam diriku.
Terutamanya untuk menghadapi manusia seperti ini.

Dalam kehidupan seharian kita perlulah menguruskan MASA supaya tidak disia-siakan. MASA untuk Allah, manusia dan kerja.

Kita bakal pendidik. InsyaAllah.
Perlulah tepat pada masa supaya orang hormat dan percaya pada kita.
Untuk jadi cikgu yang bitara perlu tepati masa, bukan?

Untuk jadi seorang guru perlu hadir ke sekolah pada masa yang tepat, bukan?
Tapi, kenapa perkara ini masih tidak ada dalam diri kamu?
Fikir-fikirkan.

Hargailah setiap saat yang berdetik.
Oleh itu, manusia akan hargai kita.

Demi masa!
Sesungguhnya manusia dalam kerugian,
Kecuali orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan,
dan saling berwasiat pada yang benar, dan saling berwasiat untuk bersabar.
(103:1-3)


Hayatilah ayat ini.
Muhassabah diri.

Menahan diri daripada kesakitan yang dialami. Sokongan diterima dari manusia yang tersayang. Rindu pada mereka. Bukan sekadar jantung yang berdenyut, tetapi kaki juga dirasa.


Wassalam~

Tuesday, February 8, 2011

Kaki Oh Kaki, Lain Kali Lari Cara yang Betul Ya.

Assalamualaikum.

Apa khabar kalian?
Alhamdulillah, Syaza sihat hendaknya cuma kaki yang tertinggal dari kesihatan itu. ;)

Sejujurnya, kaki Syaza memang sudah lama sakit akibat terseliuh ringan beberapa kali.
Tapi, Syaza terus sahaja bermain tanpa mengenal erti kasihan pada si kaki.
Berlari, melompat, semua Syaza paksa untuk lakukan walaupun kesakitan itu telah terasa.
Ya, Syaza seorang yang agak degil dengan nasihat yang dipandang ringan oleh Syaza sendiri.
Diri yakin boleh, walaupun kesakitan sudah lama dirasai.
Diri tetap 'belasah' walaupun kaki rasa seperti mahu tercabut atau sudah tidak mampu untuk berlari.
Ya, itu Syaza.

Balasannya, Syaza terima semalam - semasa latihan dijalankan.
Semuanya salah Syaza.
Cara lari yang tidak betul ketika menangkap bola telah me'lemah'kan kaki Syaza sendiri.
Tetapi, semangat masih kuat. ;)
Semalam, semuanya tidak betul.
Syaza sendiri tidak tahu kenapa dan mengapa. -_-"

Pabila sudah jatuh terlentang di gelanggang, kaki terasa amat sakit.
Ada bunyi selingan ketika kaki mendarat.
Katanya, terseliuh.
Syaza pun tidak pasti.

Badan perlahan-lahan untuk duduk.
Senyuman diukir.
Melihat semua yang prihatin.
Mahu tahu apa yang Syaza perkatakan?

" Dah ok. "
" Kaki ni memang sakit. "


Perlahan-lahan berdiri dan jalan sendiri ke tepi gelanggang tanpa dipapah.
Semua muka kehairanan.
Syaza hanya mampu mengukir senyuman.

Sejujurnya, pada masa itu memang tidak rasa sakitnya.
Sakitnya hanya sementara.
Semasa pulang dari latihan terus beli ais.

Selesaikan apa yang perlu di rumah dan rebah di kamar untuk sesi perubatan yang biasa.
Letak ais di tempat yang sakit.
Nyilu.
Ah.
Oh.
Eh.
Semua bunyi.

Mata memandang kaki yang semakin sakit.
Bengkak.
Ya Allah, dah bulat pula.
Sakit ditahan.
Mata cuba dilelapkan.

Pagi ini, kaki tersa kesakitan yang 'biasa' sahaja.
Cuma fizikal buku lali sudah tidak kelihatan. -_-"

" Syaza, kenapa? "
Soalan ini yang bertubi-tubi kuterima.
Jawapan kuberikan dengan diukir senyuman.

Syaza terpaksa ke Pusat Kesihatan setelah merasai kesakitan yang semakin bertambah.
Langkah yang tidak sempurna sememangnya mendapat perhatian orang.
Ah, saya tak suka.
Muka dikebalkan.
Senyuman paksa diukir.

" Kaki kamu dibalut ek. "
Ini perkataan Doktor yang kuterima.
Syaza hanya mengangguk.



Ya, kakiku sudah jadi seperti ini.
Perlu jadi sebegini untuk masa seminggu.
Mungkin tidak perlu juga bukan? He~

Selepas ini, kain balutan perlu dibalut sendiri.
Setiap langkah, semua pandang ke kaki.

Turun naik tangga yang paling tidak kugemari.
Payah.
Tapi, apa yang boleh dilakukan?
Perlu harungi jua dengan senyuman dan ketabahan.

Doakan supaya cepat sembuh ya. ;)

Wassalam~

Saturday, February 5, 2011

Gagah Menyelusuri Hidup yang Berliku - Muhassabah Diri Tidak Kira Masa

Assalamualaikum.

Ogenki desu ka?
Alhamdulillah, Allah masih meminjamkan roh dan jasad kepada kita.
Masih mampu untuk menghirup udara yang bersih.
Masih mampu untuk melayari kehidupan seharian yang penuh dengan suka dan duka untuk mencipta ceritera hidup.

Nafas berat kulepaskan.
Langkah demi langkah kuatur untuk terus maju ke hadapan.
Kadang-kala toleh ke belakang untuk perbaiki kesilapan supaya tidak mengulanginya lagi.
Namun, kadang-kala juga semakin cuba melarikan diri daripada kesilapan, semakin hampir ia datang. Pernah juga terjadi walau dalam keadaan berhati-hati.
Semuanya kehendak Allah.
Kita hanya merancang, Allah yang menentukan.

Susah, senang, semua orang pernah lalui.
Gembira, sedih, semua pernah alami.
Sihat, sakit, semua pernah rasai.
Jatuh dan bangun kembali, tidak semua yang berani untuk hadapi.

Ya, kekuatan itu terletak pada hati.
Hati itu terletak pada diri.
Semuanya terletak kepada anda untuk teruskan perjalanan ini ataupun mahu berhenti di sini.
Tepuk dada, tanya iman.

Kenapa anda masih di sini?
Kerana anda tidak kenal erti kalah dalam menempuhi liku-liku kehidupan.
Anda masih kata YA, walaupun jalan yang anda pilih penuh dengan ranjau dan dugaan.

Jangan pernah berputus asa.
Jangan pernah kalah dalam menghadapi ceritera kehidupan.
Sesungguhnya hidup ini indah.
Bagaimana?
Hayati dan renungilah dalam setiap langkah yang kita jejaki.



Pengalaman.
Pengalaman membuatkan kita lebih matang.
Pengalaman membolehkan kita mengenal erti kehidupan.
Pengalaman boleh membuatkan kita ketawa, menangis dan pelbagai perasaan lagi.
Setiap manusia mempunyai pengalaman masing-masing.
Dan tidak semestinya pengalaman yang kita alami, akan dialami oleh orang lain.
Itu mahalnya pengalaman.

Allah beri kita peluang untuk menikmati dunia.
Tetapi jangan sampai alpa akanNya. ;)

***


Maafkan aku, jika kamu pernah melihat wajahku yang suram.
Maafkan aku, jika aku menolak pelawaanmu.
Maafkan aku, jika aku menyinggung perasaanmu walau aku tidak berkata apa-apa.
Maafkan aku, jika aku diam dan tidak mampu untuk membalas kata-katamu.
Maafkan aku, jika kamu lihat air mataku bergenang.
Maafkan aku, aku tidak mampu melepaskan depan kamu.
Maafkan aku.

Aku mahu kau tahu, aku insan yang lemah.
Selemah-lemahnya di hadapan Pencipta.
Aku rasa diri terlalu hina pabila lupa akan ayatNya.
Aku rasa diri terlalu jauh dariNya.
Aku rasa Dia tinggalkan aku untuk sementara.
Aku tidak pinta semua itu.
Aku tidak mahu ia terjadi.

Aku sujud dihadapanNya untuk memohon kembali cintaNya.
Aku tadah telapak tanganku, supaya Dia tidak lagi meninggalkan.
Aku tidak sanggup hidup tanpa Dia.
Aku tidak kuat lagi, jika Dia tiada di sisiku.

Ya Allah, jangan Kau tinggalkan aku lagi.
Ampunilah aku, jika aku pernah alpa akanMu.
Ampunkanlah dosaku, ya Allah.

Maafkan aku, jika aku terpaksa lari darimu untuk menyembunyikan perasaan aku pada Dia.
Maafkan aku, jika aku ini insan yang cuba perbaiki diri setiap masa.
Maafkan aku, jika itu menyusahkanmu kerana terpaksa melihat aku yang berpura-pura.
Maafkan aku.



Wassalam~

Wednesday, February 2, 2011

Pengalaman Bersama Jumperz Adalah yang Terbaik - Sayang Kamu!

Assalamualaikum.

Apa khabar kalian?
Alhamdulillah, Syaza sihat walau rasa sengal-sengal pada badan.

Jumperz

Apa tu Jumperz?
Jumperz ni adalah nama Persatuan Bola Jaring UPSI.

Pada pendapat Syaza, kami sudah seperti satu keluarga. Cuma lain ayah dan ibu. ;)
Pabila berpisah, rasa sayu.
Pabila bertemu, tersenyum ceria - gembira.

Nak bertolak dari UPSI. Tunggu bas. -_-"


Pada 29.01.11, Sabtu - Kami telah bertolak ke UM untuk Pertandingan Bola Jaring Jemputan Pusat Sukan.
Kami menetap di Kolej Kedua Belas.

Pada 01.02.11, Selasa - Pertandingan tamat.

Alhamdulillah, sepanjang 4 hari kami bersama, ukhuwaah kami semakin erat.
Susah senang dihadapi bersama.
Tangis ketawa dikongsi bersama.
Pengalaman yang amat menyeronokkan.

Macam dah jadi adik-beradik dah.
Memang best bersama dengan mereka.

Alhamdulillah, dah dua semester Syaza bersama dengan mereka.
Pelbagai ragam yang dapat Syaza lihat.
Cuba menyesuaikan diri dengan mereka.

Maaf, jika Syaza pernah sakiti kamu.
Maaf, jika pernah terkasar bahasa.

Terima kasih kerana mempercayai Syaza dan juga menghormati personaliti Syaza.

Syaza sayang semua!

Alhamdulillah UPSI A telah berjaya berada di tempat yang ke-10 dari 34 kumpulan.


Tak apa, lain kali kita cuba lagi. InsyaAllah.

Para senior.Respect all of them. Ada lagi, tapi tak ada dalam gambar.


Mereka adalah yang TERBAIK!
Dari kiri belakang: Syaza, Kak Wawa, Kak Nin, Kak Haz, Kak Ili, Kak Aini, Cha-Cha, Kak Kecik, Kak Od, Jitah, Kak Ayu dan Kak Farhah.
Dari kiri depan: Kak Ima, Kak Shida, Kak Zura, Kak Mira, Kak Pat dan Kak Jue.
Tidak ada dalam gambar: Kak Jaja, Kak Dayah, Kak Dheeya, Kak Mia, Kak Uda, Kak Raja, Kak Khai.

Credit untuk Kak Jue atas gambar-gambar di atas. Arigatou gozaimasu.
Sampai di sini sahaja.
Ingin selesaikan tugasan pula. InsyaAllah. ;)

Wassalam~