Wednesday, June 9, 2010

Selamat Hari Jadi Rizana Aida!

Assalamulaikum semua.

Apa khabar?
Lama Syaza menyepikan?
Perlukan sesuatu untuk ditulis di ruangan blog ini.
Aduhai, amat payah rasanya.
Tetapi...
Hari ini sudah kutiup sedikit habuk yang melekat di blog ini.
Ah, mungkin juga tidak perlu kubersihkan.
Kerana ada juga yang setia menjenguk blog ini bukan?
Hah, cuma empunya blog yang malas menaip! He~

Syaza baru saja selesai menonton drama yang disarankan oleh Kak Long. Cuma belum habis menontonnya. Mahu masa untuk berehat sebentar.

Bercakap tentang kakak sulungku.
Entry ini ingin kutitipkan kepadanya. :)
Kerana hari ini hari istimewanya.

Selamat Hari Jadi Kak Long!


Kakak sulung dalam keluarga Mohammad Khasnan iaitu Rizana Aida telah dilahirkan pada 9.6.1985.
Memang beruntung kami empat beradik, oh bukan! Silap! Bukan adik beradik sahaja namun kami sekeluarga mendapat kakak sulung yang sebegitu. Tegas kepada adik-adiknya supaya adik-adiknya mendapat sesuatu yang terbaik dalam kehidupannya.
Tidak Syaza nafikan bahawa dia yang menjadikan Syaza seorang manusia.
Manusia yang minat dalam subjek Matematik. Hah!
Ya, matematik.
Dia yang mengajarku.
Dia yang memsukkan minat terhadap matematik ke dalam diriku.
Ya, dia yang bernama Rizana Aida.
Yang kami gelarkan Kak Long di rumah.

Pemergian dia buat pertama kali ubntuk melanjutkan pelajaran di Shah Alam suatu masa dulu memang membuatkan aku mengalirkan air mata setiap hari, setiap kali mendengar suaranya di telefon.
Pemergiannya membuatkan aku lebih tabah dan mengerti erti berdikari.
Ya, dia yang mengajarku. ;)
Tiada erti kalah bukan?

Inilah Kak Long.

Di sini Syaza nak ucapkan Selamat Hari Jadi Kak Long!

Semestinya doa yang terbaik kutitipkan untuknya. :)

Nah, surat cinta kuberikan untuk dia.

Syaza bersama Kak Long. Macam kembar bukan? Hah, perasan.



Terima kasih atas segalanya Kak Long!
Doumo arigatou gozaimasu. :)


Wassalam~

5 comments:

  1. Muka uolss berdua nie memang nampak seiras la... ingatkan kembar la tadi...

    ReplyDelete
  2. HAPPY BUFDAY UTK UR K.LONG..
    MAY ALLAH BLESS HER :)

    ReplyDelete
  3. Happy Birthday to ur Kak Long..
    May God Bless her..
    Plz send my regard to her k,

    ReplyDelete
  4. hazman: Syaza akan sampaikan ucapan itu. ;)

    kisahremaja: hehehe. adik-beradiklah katakan.

    Miss Izah: InsyaAllah. amin~

    Smiley Princess: InsyaAllah.

    Syaza dah smpikan ucapan kamu ya! :)

    ReplyDelete