Monday, June 21, 2010

Hari Ini Hari Istimewa Buatku - Ada Yang Nak Masuk Meminang?

Assalamulaikum semua!

Alhamdulillah dapat juga kita bersua di lembaran ini ya.
Kamu semua apa khabar? ;)

Ya, hari ini memang hari istimewa buat Syaza.
Kenapa istimewa?
Kerana tarikh ini adalah tarikh keramat bagiku. Ha~
Mungkin aku tidak perlu bagi tahu pada semua orang tentang tarikh ini.
Biarkan sahaja tarikh ini berlalu dengan ucapan-ucapan dan doa-doa yang diajukan khas buatku.
Aku menghargai kepada sesiapa yang mengucapkan satu ucapan yang lazim pada tarikh keramat ini.
Doumo arigatou gozaimasu!

special day Pictures, Images and Photos


Oklah, Syaza taknaklah buat kamu ni pening disebabkan Syaza terlalu banyak sangat rahsia dengan kamukan. Kesian pula kamu ya. He~

Tarikh keramat ni adalah tarikh kelahiran Syaza ke dunia ini.
21 Jun 1992, itulah tarikhnya.
Syaza nak ucapkan terima kasih kepada semua yang mengingati tarikh ini secara langsung dan tidak langsung.
Yalah, sekarang ni, facebook, myspace dan lain-lain, boleh ingatkan bila hari lahir seseorang itukan. So, senanglah orang nak ucap. He~
Terima kasih pada semua ya!

Syaza juga nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada keluarga Syaza yang tercinta. Kepada ayah, ibu, Kak Long, Kak Farah dan Abby.
Terima kasih sangat-sangat!
Ajja amat menghargainya dan Ajja akan ingat sampai bila-bila. The best birthday ever! Sebab satu keluarga ada kat rumah.
Mungkin juga, ini adalah kali terakhir Syaza akan sambut hari jadi Syaza bersama keluarga. Yalah, diri inikan dah nak terbang untuk melanjutkan pelajarannya. Hu~

Terima kasih kepada adikku, Khairah Nazurah yang telah mengejutkan aku pada jam 12.00 pagi tadi. Syaza yang dah tidur ni, mamai-mamai nak jawab. Syaza hanya mampu jawab, " Em."
Untuk entri tu, terima kasih!
Kad Hari Jadi tu, terima kasih ek! Comel dan mantap kata-kata di dalamnya.
Dompet baru tu, cantik. Doumo arigatou gozaimasu!

Ini yang dapat Syaza ucapkan buat keluarga Syaza.
A i s h i t e r u! ;)

Kepada sahabatku, Citi Manisa, terima kasih ucapannya ya!
Kepada rakan-rakan mukabuku-ku, terima kasih atas ucapan kamu juga. Syaza amat menghargainya.
Kepada Ustazah Noraini, Hajati, Cik Amy dan Cik Gaban, ucapan terima kasih buat kamu juga ya!

Terharu rasanya.
Semakin meningkat umur kita, semakin dekat kita dengan kematian.

Terima kasih atas doa yang telah kamu titipkan buat Syaza ya. ;)
Doakan yang terbaik untuk Syaza ya.
Mudah-mudahan diri ini berjaya di dunia dan di akhirat. Berjaya di dunia dan di akhirat dan sentiasa berada di bawah naungan rahmatNya. Amin~

Ada hadiah istimewa buat Syaza tak? He~
Apa?
Ada yang nak masuk meminang?
Aduhai, itu akan Syaza kemudiankan ya!
Isi sahaja borang yang kusediakan itu, tetapi aku akan lihatnya selepas tamat pengajianku ya!

Black Paper Pictures, Images and Photos


Bukan aku tolak, tetapi bukan ini masanya.
Kamu sanggup tunggu bukan?
Kalau tidak, tinggalkan saja. Aku tidak kisah. Jangan buang masa.

Ada yang suruh aku cari jodoh.
Tengoklah macam mana ya.
Mudah-mudahan ada calon yang terbaik buat aku.
Mungkin ada yang akan kata, itu bukan tugas aku.
Aku akan jawab, kita juga perlu berusaha bukan?
Dan Allah akan tunjukkan yang terbaik buat kita.

Apa-apapun, terima kasih untuk semua atas ucapan " Selamat Hari Jadi Yang Ke-18 tahun " buat aku.
Nanti Syaza akan muat turun gambar-gambar yang berkenaan ya!

Mudah-mudahan hidup kamu sentiasa berada di bawah naungan rahmatNya. Amin~

Wassalam~

3 comments:

  1. selamat hari jadi dik...
    moga dirahmati allah selalu hendaknya..
    moga berjaya di dalam nidup...
    serta menjadi anak yang solehah..
    amin..

    ReplyDelete
  2. kak tiefazatie: tQ kak. insyaAllah, amin~ ;)

    fadhlinaafifah: tQ! ;)

    ReplyDelete