Sunday, May 9, 2010

Terima Kasih Ibu dan Ayah! Jasamu Akan Kukenang.

Assalamualaikum semua!

Apa khabar?
Syaza harap kamu semua sihat wal'afiat ya.

Syaza ada 2 perkara nak bagi tahu kalian.
Dah sedia?

Perkara Pertama

Syaza nak ucapkan SELAMAT HARI IBU kepada ibuku, ROSMIATI BT HAJI SAINOH.Syaza sempat tangkap gambar dengan ibu dan adik tercinta. He~


Duhai ibu,
Kau hadir bila jiwaku berduka lara,
Kau jadi peneman bila aku bersendirian,
Kau melimpahkan kasih sayangmu yang tidak terhingga walaupun aku tidak meminta,
Kau mendidikku sehingga menjadi insan yang berguna,
Kau mendoakanku setiap akhir solatmu,
Kau adalah ratu hidupku.
Tiada yang lain darimu,
Hanya kamu!
Ibu, I LOVE YOU!!!

Terima kasih atas segalanya!

The Best Moment In My Heart!


Abaikan mukaku.

SelamatHariIbu!

Hati untuk ibu dan kamu!


Peace! Be happy!

Perkara Kedua

Syaza nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada ayah Syaza, Mohammad Khasnan kerana telah mengeluarkan duitnya untuk menghadiahkan laptop kepadaku.
Rasa gembira dan bersyukur yang tak terhingga.
Terima kasih ayah!
Doumo arigatou gozaimasu.

Sayaaang ayah!

Hati untuk ayah!

Memang tak sangka.

Malam sebelum tu, Syaza cakap dengan adik Syaza, " Kan bagus kalau ada laptop, boleh buat cerita terus kat sini."
Adik Syaza cakap arr, " A'ah, abby pun tumpang sama. Ha~"

Alhamdulillah, syukur.

Terima kasih sangat-sangat, ayah!

Bila balik je, terus posing depan webcam. Macam jakon. Ha~

Macam biasalah, siapa lagi nak beraksi kalau bukan kami!

Banyak gambar, tapi cukuplah satu. Bosan pula kamu nanti. He~


Wassalam~

3 comments:

  1. salam syaza...ini komen untuk 3 entri syaza..hehe^_^
    mari sama-sama kita berbakti kepada kedua ibubapa kita okeh...selamat hari ibu dan bapa^_^

    erm saya teringin nak pergi sabah...sangat indah pulau2 nya...InsyaALLAH kalau dizin...saya nak bercuti disana...boleh ziarah syaza sekali...^_^

    wah terharu saya syaza nak bagi hadiah...excited!!!!maaf sangat saya lambat reply...sebab ada hal...ini alamat saya..

    M10-1-8 JALAN TUN PERAK 5,PANGSAPURI WAJA, TAMAN TUN PERAK CHERAS, 55100 KUALA LUMPUR...

    terima kasih yang tidak terhingga tulus dari hati...terima kasih ya syaza^_^

    ReplyDelete
  2. sporting btul ibu Syaza. hehe..
    syaza, meh join contest ni.
    http://nprafflesia.blogspot.com/2010/04/contest-my-korean-japan-feberet-story.html

    join jgn x join

    ReplyDelete
  3. K.K.K :Wslm. dtg la sabah. mmg best pun kat sini. ha~ terima kasih atas amalamtnya ek. sama-sama. :)

    Uniqika: of coz. ha~ insyaAllah. ;)

    ReplyDelete