Monday, May 31, 2010

Pemenangnya Ialah...

Assalamualaikum semua.

Hari ni Syaza nak umukan pemenang bagi pertandingan yang Syaza adakan. Sepatutnya semalam, tapi disebabkan kepenatan melanda diri jadi, Syaza bagi tahu pagi-pagi ni.

Dah sedia?

Pemenang bagi Pertandingan Syaza Untuk Kamu ialah












ialah















ialah














Cuak ke?
Pemenangnya ialah



















Cik Syana!
Yahoooo....
Tahniah kepada Cik Syana.
Klik saja pada nama dan anda akan baca hasil beliau.

Cerita yang menarik ya, Cik Syana.



Syaza juga nak ucapkan TAHNIAH kepada semua peserta! Karya yang anda berikan memang semuanya best-best belaka. Terbaik wok!

Ada di antara kamu yang pertama kali menyertai contest dan contest itu adalah contest itu adalah contest Syaza. Oh, sungguh terharu. He~

Terima kasih kerana sudi menyertai pertandingan pertama yang Syaza adakan ini.

Tiada yang kalah, semua sebenarnya pemenang. ;)

Apa-apa pun kamu semua (Khairah, Tiefazatie, Zati, Abang Awal Fitri, Syana_San, Abang Wan_Hazel dan Adeq) memang WORLD!

cool Pictures, Images and Photos

Tahniah kepada semua ek!

Wassalam~

Saturday, May 29, 2010

Tutup!

Assalamualaikum.

Penyertaan pertandingan telah ditutup pada pukul 9 malam, 28.05.2010.

Di sini Syaza cuma nak beritahu kepada para peserta untuk pertandingan Syaza. :)

Keputusan, insyaAllah akan diberitahu pada esok hari.


Terima kasih atas kerjasama yang anda berikan.

Syaza sudah menerima semua alamat kamu!

Doumo arigatou gozaimasu. ;)

Wassalam~

Friday, May 28, 2010

Selamat Hari Jadi Khairah Nazurah! ;)

Assalamualaikum.

Di pagi yang ceria ni, Syaza bersemangat nak menulis sesuatu untuk entri kali ini.
Macam saspens je... He~


Kota Kinabalu: Hari ini bersamaan 28 Mei 2010, genap 16 tahun seorang remaja perempuan yang bernama Khairah Nazurah Binti Mohammad Khasnan. Khairah Nazurah dilahirkan di Kg. Sri Paya, Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Dia merupakan anak yang keempat dan terakhir dalam keluarga Mohammad Khasnan.

" Selamat Hari jadi! Semoga dipanjang umur, dimurahkan rezeki, bahagia di dunia dan di akhirat, berjaya di dunia dan di akhirat dan menjadi anak yang solehah. Kak Ajja akan sentiasa mendoakan kamu!" Kata salah seorang kakaknya, Syaza.




Kepada Khairah,
No.1, Katil Bawah,
Tolak-Tolak,
28594 KN28,
Rumah.

Belajar rerajin, jangan lupa Allah. Jangan malas-malas. Jangan marah-marah. Ha~

Itu sahaja dari saya, Syaza Syafeeqah, wartawan blog MenCaRi CinTaNya.

Nilah Khairah Nazurah,



Adikku,
Kaulah satu-satunya adikku,
Tiada yang lain darimu,
Hanya kamu!
Kau peneman hidupku,
Kau diranjang bawah, aku pula di atas,
Walaupun kau sentiasa meninggikan suaramu,
Namun, aku tetap sabar akan perangaimu itu.

Jika aku pergi,
Jangan kau lakukannya kepada sesiapa ya!
Tiada tempatmu mengadu,
Tiada insan yang akan mengajarmu.

Izinkan pemergianku ini,
Berusahalah tanpa kehadiranku!


Perhatian!

Tarikh tamat pertandingan Syaza tu esok, 28.5.2010. Itu pun semua dah tahu kan? Syaza akan tutup penyertaan pada jam 9 malam. Harap maklum ek!

Syaza tak nak tangguhkan tarikh pertandingan sebab Syaza kesiankan orang yang dah lama menunggu tarikhnya di tutup. So, cepat siapa yang nak join lagi! Masih ada masa lagi!

Dan,
Kepada semua yang ikut pertandingan Syaza ni, sila berikan alamat dan nama penuh kamu semua ya! Ada hadiah cenderahati buat kamu. Walaupun, penyertaan tak berapa ramai tapi agak memuaskan Syaza.

Kamu boleh berikan emel kau di emel Syaza. Tak pun, tinggalkan di kotak komen. ;)


Wassalam~

Thursday, May 27, 2010

'Lu' buat Gua Malas!

Assalamualaikum...

Apa khabar semua?
Ogenki desu ka?
Kaifa haluk?

Tadi Syaza cek untuk PLKN Kumpulan 3.
Syaza nak tahu, Syaza diletakkan di kem mana.
Syaza dapat PLKN?
Ya, Syaza dapat. Alhamdulillah.

Tapi, memandangkan Syaza dimasukkan ke dalam kumpulan 3, maknanya, gua mahu cakap ' Selamat Tinggal' pada lu. Ha~
Wei, tolonglah.
Masa kumpulan 1 dan 2, gua dah bersemangat waja untuk masuk ke PLKN tapi lu tak bagi masuk dalam kumpulan tu.
Lu semua bagi masuk gua dalam kumpulan 3.
Sekarang gua tak nak masuk.
Sebab gua nak sambung belajar. Lu buat fikiran gua serabutlah.

Wah, Syaza guna gua dengan lu.

Syaza nak bagi cadanganlah pada pihak PLKN ni, lain kali jangan buat sampai kumpulan 3.
Kalau boleh buat sebelum budak-budak belum dapat result untuk sambung belajar.
Jadi, taklah susahkan para pelajar yang dah terlepas ni.
Kalau macam nikan susah, banyak yang nak diurus. Aduyai~


Semakan Status Terpilih Dan Semakan Penempatan Bagi Kump. 3 Siri 7/2010

NAMA : SYAZA SYAFEEQAH BT MOHAMMAD KHASNAN
KUMPULAN : 3
PUSAT BERKUMPUL : PERHENTIAN BAS BATU PAHAT
NEGERI PUSAT BERKUMPUL : JOHOR
NAMA KEM : KEM DESARU GERAKHAS, KOTA TINGGI, JOHOR
ALAMAT KEM : BANDAR PENAWAR
P.O BOX 20
TANJUNG PENAWAR
POSKOD KEM : 81900
BANDAR KEM : KOTA TINGGI
NEGERI KEM : JOHOR

TARIKH LAPOR : 19-JUN-2010
MASA LAPOR : 09:30 PAGI
CATATAN : Pelatih Terpilih Siri 7/2010


Ok, Syaza dapat kat Johor. Tempat Syaza lahir.
Masalahnya kat sini, lu suruh gua kumpul kat Perhentian Bas kat Batu Pahat?
Gua tahulah, gua punya IC Johor punya.
Tapi, sekarang gua tinggal kat Sabah lah.
Tiket kapal terbang lu tak sediakan.
Tiket bas je lu sediakan?
Walaweyh!
Tambahlah gua tak nak pergi. Ha~

Sekarang ni, tengah fikir nak selesaikan surat penangguhan.
Tak pun Syaza memang tak layak sebab tahap kesihatan Syaza yang tak boleh dijangka.

Perhatian!

Tarikh tamat pertandingan Syaza tu esok, 28.5.2010. Itu pun semua dah tahu kan? Syaza akan tutup penyertaan pada jam 9 malam. Harap maklum ek!

Syaza tak nak tangguhkan tarikh pertandingan sebab Syaza kesiankan orang yang dah lama menunggu tarikhnya di tutup. So, cepat siapa yang nak join lagi! Masih ada masa lagi!

Dan,
Kepada semua yang ikut pertandingan Syaza ni, sila berikan alamat kamu semua ya! Ada hadiah cenderahati buat kamu. Walaupun, penyertaan tak berapa ramai tapi agak memuaskan Syaza.


Wassalam~

Wednesday, May 26, 2010

Kerana 10sen

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, dapat juga Syaza luangkan masa untuk berkongsi sesuatu untuk kamu.
Bacalah ek!
Syaza dapat ni dari iluvislam.
Sebenarnya komik ni dah lama, tapi disebabkan Syaza tak tahu nak post apa, baik Syaza berikan kamu untuk bahan bacaan. Dapat tambah ilmu. ;)












Apa kesimpulannya?
Mesti kesimpulan kamu lain dari kesimpulan Syaza.
Jadi, Syaza biarkan kamu buat kesimpulan sendiri ya!
Cintaku hanya untukMu. Tiada selain dariMu. Kerana Kau adalah kekasih awal dan akhirku. ;)
Wassalam~

Monday, May 24, 2010

Aku Semakin Jiwang? Betul Ke?

Assalamualaikum.
Pembuka bicara untuk semua. He~

Syaza sedang dilanda kebosanan yang tak berapa teramat. :P
Sebenarnya, semenjak dua menjak tiga menjak empat menjak dan bermenjak-menjak.
Jiwang dalam diri Syaza ni makin menjadi-jadi pula. Ha~
Syaza pun pelik gak.
Apa kena dengan aku ni? Ha~

Kadang-kadang masa tunggu adik ambil wuduk pun, Syaza boleh hasilkan kata-kata yang jiwang dalam kotak minda Syaza ni.
Ya Allah, apalah yang dah melanda diriku, ya Allah.

Status kat facebook pun, entah apa-apa tah. Bahaya!
Meh, kita tengok apa yang Syaza pernah tulis kat status mukabuka.
Syaza ni jarang nak tukar-tukar status. He~
Tapi, bila ada mood, ini jadinya. Bahaya!

Kenapa wajahmu yang sentiasa bermain di mataku? Sedangkan aku... Ah, aku keliru. Kini, biar aku membisu.

Duhai Cinta,Kau suntik kasihmu di dalam sanubariku,Membuatkan aku terus bangkit dari lena,Fantasiku turut terkubur dalam kenangan lama,Kini,Aku sedar aku di bumi yang nyata,Di alam realiti, aku berpijak dengan lemah dan tidak bermaya,Namun,Pabila kau hadir, menghuni seluruh jiwa,Aku berani melangkah dengan gagah,Menyelusuri kehidupan yang sebenar-benarnya.

Pabila kutunggu kau bersuara, namun tiada sepatah kata pun yang kau lontarkan untuk berbicara. Kenapa?

Bila aku mahu kau muncul, namun tidak pernah kau mahu. Tetapi, pabila aku sudah melupakanmu, kau muncul dalam hidupku tanpa permintaanku. Kenapa kau buat begitu?

Ini di antaranya. Ya Allah, Syaza pun tak tahu apa nak jadi dengan diri Syaza ni. Ahaks.

Nak lagi ke? Mari, Syaza bagi. ;)

Pabila kutatap matamu, kau membalsnya dengan tersipu malu. Kuukir senyuman di wajahku supaya tiada rasa gementar di dadaku, supaya jantungku tidak berdegup laju. Tetapi, pabila kau membalas senyumanku itu, aku buat tak tahu. Aku tak pernah memintanya dari kamu. Namun, kau berikannya setulus hatimu. :)

Setiap kali pertemuan kita, aku berserah padaNya. Kerana pertemuan dan perpisahan kita hanya kerana Dia. Senyuman yang kutujukan padamu adalah seikhlas-ikhlasnya. Kau juga begitu. Setiap kali pertemuan kita, tiada sepatah kata yang terkeluar dari bibir. Niat untuk berbicara sememangnya ada. Tetapi, aku tidak dapat mengutip kekuatan untuk bersuara. Kau juga begitu. Aku tahu. Kita diam seribu kata. Biar hati yang berbicara sahaja. Atau ia pendamkan perasaan yang tercalit di nubari? Dan ia takkan berkata sampai bila-bila. Bukankah itu jihad namanya? :)

Kau tak pernah mengeluarkan suara. Jadi, aku bisu sahaja. Tidak perlu berkata-kata.

Syaza rasa cukuplahkan? Poyo je lebih.

Sebenarnya Syaza nak siapkan cerita Menagih Cinta Dia. Tapi, bila dah online ni, malas pula. Ha~

Sesiapa ada lagu Taylor Swift yang bertajuk Love Story, boleh sedekahkan lagu tu kat emel Syaza tak?
Tak boleh ke?
Kalau tak boleh tak apalah. Hu~
Boleh? Nak emel?
Ni emel Syaza.

Syaza dah cari kat internet dah, tapi payah betul nak download. Lambat gedabak. He~

oKlah, sampai di sini sahaja.

Kepada sesiapa yang belum sertai pertandingan Syaza tu, jomlah join! Penyertaan sehingga 28 Mei 2010.

Wassalam~

Sunday, May 23, 2010

Pabila Aku Dikatakan Kreatif, Aku Rasa Kembang. :P

Assalamualaikum semua.

Ngantuk tahap gaban dah ni. Ha~
Yalah, sebab semalam tidur jam 11 lebih.
Dahlah tak tidur petang.
Hutang tidur Syaza yang hari tu masih belum berbayar lagi. Tak boleh jadi ni. He~

Semalam tengok Akademi Fantasia 8.
Macam biasa je lah. Macam tak ada yang tertarik, menarik, kau memang tak da bomb. Ha~
Iwan dah potong rambut. Smart arr. Siapa Iwan?
Tengoklah AF ek. ;)
Bila tengok Iwan dari tepi, sebijik macam si Z. Aduyai. Terus teringatkan dia.

Lagu yang Syaza suka dalam AF tu, lagu Shahir, Iwan dan Adira. Yang lain tu, oK lah. Tapi masih belum terpikat lagi. He~
Tahniah kepada Shahir ek!
Syaza rasa aura Mawi dah kembali lagi. Teeettt...
Syaza and family memang tetap akan menyokong Mawi. Biarpun botak, tapi... Teeettt... He~

Actually, Syaza nak certikan award yang telah diberikan oleh Abang K.K.K. :)
Doumo arigatou gozaimasu!

Syaza dapat Creative Award!
Persoalannya di sini, kreatif ke? Teeettt...
Rasa diri ini macam tak kreatif langsung. He~
Tapi, kalau kamu tak dapat, jangan salahkan Syaza tau, salahkan orang yang bagi ni. He~

Ok, jom kita selami, apa maksud disebalik award ni.

PENSEL yang besar
Menunjukkan kesenian yang begitu peka terhadap blog anda dan mencerminkan sesuatu nilai penghasilan.

Wah, bangga pula. Ada ke seni yang terselit dalam blog Syaza ni? Ada kot. Cuba tanya orang yang bagi. He~

FILEM bergerak tanpa henti
Menunjukkan AWARD ini di FORWARD kepada bloggerist yang betul-betul layak menerima.

Dengan yakin Syaza cakap, " Aku Memang Layak!" Ha~ Tak ada maknanya. Kalau kamu rasa Syaza tak layak, jangan salahkan Syaza, salahkan orang yang bagi. Ha~

LOGO bulat berkelip-kelip
Jika di perhatikan betul-betul, ia adalah manusia yang berkepalakan monitor komputer. Ini membawa maksud anda adalah seorang yang begitu bijak menguasai dunia alam maya ke globalisasi.

Cewah. Kejap nak lap muka jap. Muka dah merah dah ni kena puji. Teeettt... Bijak menguasai dunia alam maya ek? InsyaAllah. :)

Award nie hendaklah di forwardkan kepada 5 orang, jadi mereka-mereka ialah :

Kak Zara
Abang Anuar
Wan_Hazel
Kak Rathiqah
Khalilah

Oklah, sampai di sini sahaja.
Terima kasih kepada Abang Awal Fitri. ;)
Akhirnya siap juga.

Wassalam~

Saturday, May 22, 2010

Kak Long Dah Balik!

Assalamualaikum semua.

Apa khabar kamu semua?
Rindukan Syaza? Ha~
Mesti biasa je kan.
Syaza harap kamu semua sihat wal'afiat ya.

Ya Allah, memang mencabar hari ni.
Semalam, diri ini melelapkan mata lebih kurang jam 2 pagi.
Kenapa?
Tidak sabar menunggu kepulangan kakak sulung dalam keluarga.
Kak Long sampai di KKIA lebih kurang jam 12 lebih.
Syaza sanggup tunggu ni. Ha~ Adik yang baiklah konon.

Dahlah Syaza tak tidur petang.
Syaza hilangkan kengantukan Syaza dengan menghasilkan video clip dengan adik tercinta.
Sengal bukan? Ha~
Syaza juga meneruskan penulisan Menagih Cinta Dia.
Mendengar lagu. Aduh!
Ngantuk bukan kepalang, tapi ditahan sahaja.

Bangun pukul 5.30 pagi.
Mandi, solat.
Lepas tu, diri ni terasa amat lemah.
Jadi, apa tunggu lagi?
Tidur baliklah.
Jangan amalkan ya. Tak bagus untuk diri. ;)

Tadi, bangun jam 8.
Tapi, mata ni masih terasa beratnya.
Ngantuk tu memang ngantuk.
Cuma, tak boleh tidur. Tak tahulah kenapa.

sleepy Pictures, Images and Photos


Sekarang tengah layan lagu Shima, Luka Dilukai. He~ Jiwang kejap. Ni liriknya.

Kanan dan kiri
Cuba berlari
Masih ku dihujani
Tohmah dan caci

Jangan sekali
Aku diletak ke bawah
Hanya kerana jalan
Hidup yang susah

Tak siapa di antara
Kita di dunia
Memilih jalan hidup
Yang derita

Aku sering dipersenda
Dan sering dikecewa
Oleh hati mereka
Yang tak punya rasa

Ingin ku mengecap bahagia
Padamu kasih yang menjanjikan setia
Namun belum sempat ku merasa
Mimpi yang di bina
Hati mudah berdarah semula
Kerana dustanya...

Terhempas lagi
Kesekian kali
Luka yang dilukai
Menguji diri

Namun begitu
Aku tabahkan semangat
Biar waktu merawat
Segalanya...


Kak Long bawa banyak kerepek!
Mantap geng!
Boleh makan sepuas hati.
Banyak gileerrr...
Boleh buat bekalan makanan untuk satu tahun.
Bayangkanlah ek, macam mana banyaknya kerepek tu. Ha~

Untuk Abang K.K.K., nanti Syaza tulis tentang award yang abang bagi tu ek. ;)

Wassalam~

Thursday, May 20, 2010

Menunggu Kepulangan Orang Yang Disayangi, Sememangnya Satu Penyeksaan Bukan?

Assalamualaikum semua.

Wah, lepas dari temu duga tu, minda Syaza terus blank. Tak tahu nak post tentang apa.
Tetapi sekarang dah ada ilham dah yang menerjah minda Syaza.


Tik! Tok! Tik! Tok!
Kurasakan jam berdetik perlahan.
Namun, adakalanya masa pantas berlalu.
Aku tidak tahu yang mana satu.
Patutkah aku membisu?

Menunggu kepulangan dia dan dia,
Membuatkan aku mengira detik waktu.
Catatan di komputer riba, sentiasa aku tatapi.
Berapa hari lagi harus aku menyeksa diri,
Menunggu kepulangan orang yang kusayangi?


Wajah dia dan dia selalu bermain di minda.
Wajah yang kurindui sebenar-benarnya.
Kadang-kala, telefon berdering, mendengar suara ceria.
Aku turut ketawa apabila dia dan dia gembira.

Sudah begitu lama kita tidak bersua.
Tapi, kali ini, rinduku dapat kuubati jua.
Dengan kehadiran kamu, keluarga bertambah ceria.
Eh, aku tidak menipulah, wahai saudara!

Setiap saat, waktu dan ketika.
Tidak pernah aku melupakan wajah kamu.
Tidak lama lagi, sememangnya aku akan menemui kamu di alam realiti.
Sesungguhnya menuggu kepulangan orang yang disayangi,
Memang satu penyeksaan bukan?

Kak Long, Kak Farah!
Cepatlah pulang.
Ada tugasan dari Ajja untuk kamu berdua!
Bersedia ya!
Ketawa.

Sebenarnya, Syaza menunggu kepulangan dua orang kakak Syaza yang berada di Semenanjung Malaysia. Yang sulung, di Shah Alam. Yang kedua, di Perlis.
Tidak lama lagi, mereka berdua akan pulang.
Kak Long akan pulang pada esok hari.
Kak Farah pula akan pulang pada 29 Mei nanti.
Tak sabar menunggu kepulangan mereka berdua.
Sememangnya ada tugasan untuk kamu ya. He~


Perhatian:



1. Cerita Menagih Cinta Dia 7 telah pun diterbitkan! Sesiapa yang ada masa, bacalah ek!

Terima kasih kerana sudi membaca.

2.
Pertandingan Syaza masih dijalankan. Jom sertai!


Itu sahaja.

Wassalam~

Tuesday, May 18, 2010

Pertandingan Untuk Kamu Dari Syaza :)

Assalamualaikum semua.

Ok, hari ni Syaza bertekad untuk mengadakan pertandingan untuk kamu.
Kasihan kamu tunggu terlalu lama.
Jadi, sebelum Syaza pergi terbang ke mana-mana, lebih baik Syaza tunaikan janji Syaza dulukan.
Syaza tak naklah rasa terhutang dengan kamu. Ok. Noktah.

Jom kita check it out tentang pertandingan ini!

Dalam pertandingan ini, terbahagi kepada dua bahagian. Jangan risau, dua-dua bahagian tersebut senang je. :)

Bahagian 1


Anda dikehendaki mencari 7 perbezaan dalam gambar di atas. Senang bukan?
Anda hendaklah copy gambar di atas ke dalam blog kamu, supaya Syaza senang nak tengok perbezaan yang kamu maksudkan.
Macam mana nak terangkan?
Terpulang dengan tahap kreatif kamu.
Nak bulatkan, empat segi, tiga segi. Terpulang ek!


Bahagian 2




Gambar 1


Gambar 2



Gambar 3



Untuk Bahagian 2, anda dikehendaki untuk memilih salah satu gambar.
Anda hendaklah menghasilkan satu karya berdasarkan gambar yang dipilih seperti, cerita pendek atau puisi; moden atau tradisional atau apa-apa je lah.
Kepanjangan: Terpulang. Pendek pun tak apa.

Senang bukan?

Syarat-syarat Pertandingan:

1. Menjawab kedua-dua bahagian.
2. Copy kedua-dua gambar; Bahagian 1 dan Bahagian 2 ( Gambar yang dipilih )
3. Anda hendaklah mengambil gambar di bawah ini meletakkannya di sidebar anda. Serta linkkan banner tersebut langsung ke blog ini ya! :)
4. Selepas buat entri tentang pertandingan ini, sila tinggalkan komen dan link pertandingan ini di kotak komen ya.
5. Tajuk pertandingan ni? Terpulang pada kamu ya!
6. Pertandingan ni akan berlangsung mulai hari ini sehingga 28 Mei. :)



Hadiah:
InsyaAllah, cenderahati dari Sabah. Kalau ada yang lain pun, biarlah rahsia. He~

Tunggu apa lagi! Joinlah ek! Ambil masa anda untuk berfikir ke, suka hatilah ek! Buat macam pertandingan sendiri. Ha~

Terima kasih atas penyertaan anda. :)

Wassalam~

Apa Yang Aku Mahu Ceritakan Ya?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga Syaza post something here.
Alhamdulillah, buat masa ni semuanya dah selesai.
Temu duga tadi, alhamdulillah dah beres.
Terima kasih kepada yang telah mendoakan Syaza. :)
Tiada apa yang dapat Syaza balas.
Mudah-mudahan kamu semua sentiasa berada di bawah naungan rahmatNya. Amin~

Temu duga tadi alhamdlillah agak oK lah.
Penemuduga yang ramah, kelakar dapat menyenangkan hati para calon.
Alhamdulillah.
Sekarang ni, cuma perlu doa dan tawakal kepadaNya.

Hah, sekarang baru Syaza ada mood nak post entri baru.
Sebab selama ni, memang hati ni agak gusar dengan temu duga ni.
Nak tulis cerita pun tak ada mood.
Tapi, alhamdulillah sekarang ni dah boleh senyum lebar. :)

Ada yang belum menyertai pertandingan Syaza?
Jomlah join. :)

InsyaAllah, cerita Menagih Cinta Dia 7 akan diterbitkan tidak lama lagi.
Sabar menunggu ya!

Syaza mengalu-alukan penyertaan kamu untuk pertandingan Syaza.
Masih perlukan masa?
Tak apa, banyak masa lagi.
oK!

Nak Syaza ceritakan tentang temu duga tadi ke?
Syaza cerita sikitlah ek.

Lepas ujian INSAK, Syaza kena temu duga kumpulan dan individu.
Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar walaupun agak gugup dan ketandusan idea.

Satu soalan yang menarik perhatian Syaza ialah:

Penemuduga: Status perkahwinan?
Syaza: Bujang.
Penemuduga: Bujang trang tang tang.
Syaza: Senyum.
Penemuduga: Sudah berpunya?
Syaza: Belum.
Penemuduga: Belum?
Syaza: Belum. Allah yang punya.
Penemuduga: Senyum. Saya ada anak lelaki, kamu nak tak?
Syaza: Tergelak kecil. Tak apalah.
Penemuduga: Tak apa? Senyum.


Penemuduga yang agak sempoi dan ramah memang Syaza suka. He~
Oklah, Syaza rasa, buat masa ini, ini sahaja.
Nanti kalau ada cerita lain, Syaza cerita ek.

Jangan lupa sertai pertandingan Syaza ek!

Wassalam~

Sunday, May 16, 2010

Cikgu, Terima Kasih Atas Segala Jasamu.

Assalamualaikum semua.

Degupan jantung semakin kencang setiap kali teringat akan temu duga nanti.
Mudah-mudahan Allah memberikan kemudahan, keberanian dan ketenangan untuk temu duga pada 18hb tu nanti.

Syaza nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di Malaysia amnya dan kepada ayah Syaza, Mohammad Khasnan khasnya yang telah menceburi bidang keguruan ini selama 29 tahun.

Syaza mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa Syaza kerana merekalah guru yang terbaik bagi Syaza selama kehidupan Syaza.
Selain itu, ucapan terima kasih juga Syaza tujukan kepada semua guru yang telah mendidik Syaza sejak tadika lagi.
Terima kasih juga kepada guru-guru yang membaca blog Syaza yang tidak seberapa ni ya.

Terima kasih semua!
Doumo arigatou gozaimasu!

Ini hadiah penghargaan untuk para guru ya!
Jasamu akan kukenang sampai ke akhir hayatku, InsyaAllah!

teacher Pictures, Images and Photos


Cikgu,
Kamu mendidikku di bangku sekolah,
Kamu memerah keringat menyampaikan ilmu kepadaku,
Kamu melayan kerenahku yang nakal dengan sabar,
Kamu menempuh segala dugaan semata-mata untuk berkongsi ilmumu,
Terima kasih cikgu,
Atas segala penat lelahmu.
Tiada dapat kubalas jasa-jasamu,
Aku hanya mampu mengenang jasamu.
Terima kasih atas segalanya!


Seterusnya, Syaza nak ucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyertai pertandingan yang Syaza adakan.

Ada yang belum sertai?
Jom sertai pertandingan Syaza!

Masih ada banyak masa lagi.

Apa-apa pun, terima kasih semua!

Wassalam~

Friday, May 14, 2010

Kita Tetap Juara!

Assalamualaikum semua!

Apa khabar?
Kamu dah sertai contest yang Syaza adakan?
Belum?
Tak apa, take your time, ok!
Syaza amat mengalu-alukan penyertaan kamu semua! :)

Mesti semua dah tahu apa yang Syaza nak ceritakan, bukan?
Sekarang ni, memang hangat dengan Piala Thomas.
Alah, yang badminton tu.

Tadi, jam 7 bermulanya pengharapan seluruh rakyat Malaysia untuk merangkul Piala Thomas 2010.
Perlawanan antara Datuk Lee Chong Wei ( Malaysia ) dengan Lin Dan ( China ) amat mendebar ramai pihak.
Mungkin ramai di antara kamu yang menitipkan doa ketika melihat perlawanan tersebutkan?
Paling tidakpun, selawat banyak kali.
Semua itu lumrah bukan?

Tapi, walaupun kita tewas di tangan China, itu tidak bermakna kita patut berhenti menyokong team Malaysia.
Perlawanan yang agak sengit dan mencabar serta mendebarkan, memang itu yang kita nanti-nantikan.

Set 1: Perlawanan menyebelahi Lin Dan dengan mata 21-17
Set 2: Begitu juga dengan mata 21-8

Walaupun dalam set yang kedua, mata yang diperolehi agak mengecewakan, namun ia tidak bermakna itu adalah titik noktah kita.

Sekarang ni, sedang tunggu Wong Choong Hann untuk beraksi.

Walaubagaimanapun, Kita Tetap Juara! Yeah!
Wah, bersemangat patriotik betul Syaza nikan.
Of course.
Dalam hati Syaza, Malaysia tetap yang pertama! :)

Kalau bukan kita yang nak sokong negara kita, siapa lagikan?

Saya Bangga Jadi Anak Malaysia!

Apa-apa pun, tahniah dan syabas kepada barisan pemain badminton negara kerana dapat melayakkan diri ke separuh akhir.
Itu dah cukup membanggakan Syaza.

Sementelahan, keep going!
Be the best, beat the rest! InsyaAllah, one day.

Malaysia Boleh!
Boleh bha kalau kau. :)


malaysia Pictures, Images and Photos


Jangan lupa sertai pertandingan yang Syaza buat tu ek! ;)
Terima kasih.

Wassalam~

Tuesday, May 11, 2010

Arigatou Gozaimasu K.K.K San!

Assalamualaikum.

Tadi Syaza pergi ke blog Abang K.K.K. ( nama sebenar tak tahu le. he~ )
Syaza telah ditag olehnya. Thank you bang. ;) Tapi ayat inspirasi tu, tak boleh blah arr. Nak ketawa sepuas hati. Ha~ Anyway, terima kasih deh. ;)

Sebenarnya tag ni Syaza pernah dapat dari Kak FA dulu. Kat entri ini. Tapi, walaubagaimanapun, Syaza akan tulis balik, sebab orang yang bagi tag ni lain. Kita kena appreciate pemberian orangkan? Ha~ ( Sebenarnya tak ada nak buat apa-apa, so tengah merajinkan dirilah ni.)

1) Adakah anda rasa HOT??

Tak hot sangat. Sebab sekarang kat Sabah, musim hujan. He~

2.Upload wallpaper pc/laptop yang anda guna sekarang!



3) Cerita pasal gambar

Wallpaper ni adik Syaza yang letak. Ni cerita Upin dan Ipin. Kita orang satu family, memang minat dengan Upin dan Ipin ni, sebab comel sangat. Lagipun, kartun ni ada berunsurkan keislaman. Jadi bagus untuk budak-budak yang menontonnya, walaupun Syaza ni bukan budak-budak.

4) Bila kali terakhir anda makan pizza?

Ha~ Dah lupa dah. Sorry.

5) Lagu terakhir anda dengar.

Tak tahu tajuk. Sebab Syaza baru lepas dengar radio. Lagu Inggeris. He~

6) Selain nama sendiri, anda di panggil nama apa.

Ajja, Sya, Aza. Ini je kot.

7) Tag lagi 8 orang.

Khalilah
Kak Zara
KN28
Kak Rathiqah
NanaBee
Uniqika
Bella
Ieka


8) siapakah orang no. 1 kepada anda.

Kawan Syaza dunia dan akhirat. InsyaAllah.

9) katakan sesuatu mengenai orang no.5.

Seorang yang setia kepada orang yang disayangi olehnya.

10) no. 3 ada hubungan dengan sapa?

Dengan saya. Ha~ Sebab dia adik Syaza. Hubungan adik-beradik. Ha~

11) bagaimana pula dengan no. 4?

Dengan orang yang bagi tag kepada Syaza ni le. He~

12) pesanan buat org no.6

Be the best, beat the rest!

13) kata-kata cinta utk org no.2

Kak Zara, kadang-kala kamu menjadi inspirasi dalam penulisanku. Terima kasih atas penulisanmu yang membuatku gembira membacanya. ;)

14) adakah no.7 dan no.8 mempunyai persamaan?

Dua-dua ada blog.

15) berikan 5 yang anda tau tentang orang yang mengtag anda.

- Seorang lelaki. He~
- Seorang muslim. Semua senang-senang je.
- Selalu isi kotak komen Syaza. Terima kasih, bang. He~
- Seorang yang baik hati.
- Seorang yang rajin melukis. He~ Betul ke bang?


16) persamaan antara kambing dan lembu

Haiwan yang dicipta oleh Allah.

17) perasaan anda buat tag ni

Terharu. sob...sob... Happy! Yahooo... Ha~

18) adakah anda tahu si rizman itu sengal..

Rizman? Siapa Rizman? Sorry, tak kenal. He~
Sesiapa yang bernama Rizman, sila perkenalkan diri anda kepada saya. ahaks.


19) gay or less

Astaghfirullah. :p Dua-dua bukan.

Ok, siap!

Wassalam~

Monday, May 10, 2010

Pertandingan Kak Zara. Jom Join!

Assalamualaikum pembuka bicara,
Pertemuan mesra di hari yang ceria.

Apa khabar semua?

Hari ini terbit di hati Syaza untuk menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh Cikgu Zara atau dipanggil Kak Zara oleh Syaza sendiri.

Pertandingan ini sempena Hari Guru yang akan berlangsung pada 16 Mei. Seperti yang kita ketahui, guru merupakan ibu dan bapa kita yang kedua di sekolah. Jadi, adakah Cikgu Zara akan dianggap ibu kepada anak-anak muridnya dalam usianya yang muda ini? Mungkin, guru sebaik Cikgu Zara akan menganggap dirinya sendiri secara tidak langsung akan menjadi teman kepada para murid.

Ok, membebel pula Syaza nikan. Macam nak markah lebih je. Ha~

Syaza bertekad untuk memilih tema: Kalau Cikgu Zara Cikgu Saya dan Kalau Saya Sendiri Adalah Cikgu Zara.

Wah, tamak pula.

Kalau Cikgu Zara cikgu saya, saya akan belajar bahasa-bahasa yang mantap dan menarik daripadanya. Ini kerana cerita Legasi Cerita Alisia yang menarik perhatian saya untuk terus membaca yang mempunyai perkataan yang agak baru daripada saya. Bukan di dalam ceritanya sahaja, namun dalam penulisan blognya. Saya senang membaca semua penulisannya.

Kalau Cikgu Zara cikgu saya, saya nak mempelajari tahap kesabaran dan ketabahan yang Cikgu Zara ada. Kenapa? Sebab, walaupun banyak cacian dan hinaan yang diberikan olehnya oleh orang yang tidak berperikemanusiaan, namun dia tetap tabah dan sabar menghadapinya. Dia hanya melontarkan ketawa, walaupun mungkin ia ketawa paksa atau ketawa duka. Cikgu Zara selalu mengukir senyuman, walaupun ia mungkin senyum duka dan lara. Cikgu Zara menyorokkan kesedihannya di sebalik senyumannya.

Ok. Sekarang Syaza nak bayangkan ‘ Kalau Syaza Adalah Cikgu Zara’. Jap. Nak tukar tudung. He~ Tak adalah, saja je.

Kalau saya adalah Cikgu Zara, saya akan menyampaikan segala ilmu yang saya ada untuk anak-anak murid saya supaya mereka dapat mencapai impian mereka.

Kalau saya adalah Cikgu Zara, saya akan cuba memperbetul diri dan cara mengajar untuk para murid supaya mereka mudah memahami akan subjek yang saya ajar.

Kalau saya adalah Cikgu Zara, saya tidak akan menjadi seorang ‘guru’ kepada mereka, namun saya akan menjadi seorang ‘ teman ‘ kepada mereka. Supaya mereka lebih senang untuk bergaul dan berkongsi masalah serta pendapat mereka.

Syaza rasa cukuplah 5 ya. 2 untuk tema, ‘ Kalau Cikgu Zara Cikgu Saya’ dan 3 untuk, ‘ Kalau Saya Sendiri Adalah Cikgu Zara’.

Ini sahaja yang terkeluar dari minda Syaza.

Cikgu Zara,
Untuk pengetahuanmu, penulisanmu tidak seteruk mana.
Namun, ia terlalu baik untukku.
Mungkin para insan yang buta hatinya sahaja yang akan melontarkan kata-kata cacian dan hinaan.
Mungkin mereka cemburu akanmu.
Kerana mereka tidak sekreatif kamu.
Mereka tidak pandai berkarya seperti kamu.
Jangan pernah kamu berhenti,
Kerana ramai yang menjadi tulang belakangmu.
Pembaca blogmu akan sentiasa berada di hati kamu bukan?
Biarkan sahaja mereka. Sabar ya.


Itu sahaja. Terima kasih kerana sudi membaca.:)

Wassalam~

Perasaan Aku Pada Dia? Membuatkan Aku Ingin Ketawa.

Assalamualaikum.

Hati semakin berdegup kencang, memikirkan tentang temu duga yang akan datang.
Fikiran semakin kusut, memikirkan idea-idea baru untuk menyambung cerita Menagih Cinta Dia.
Buku NKRA masih tersadai di katil.

Kepada semua:
Menagih Cinta Dia 5 sudah boleh dibaca di blog lagi satu ya. Buat macam biasa. Macam tak tahu pula. He~

Syaza dah dapat idea untuk contest yang akan Syaza jalankan untuk kamu semua. Tapi, Syaza tangguhkan seketika kerana Syaza lihat terlalu ramai yang menganjurkan contest dalam bulan ini.
Syaza tak tahu lagi nak buat bila. Idea dah ada, tapi tengoklah dulu ya. ;)

Tiba-tiba Syaza teringatkan dia.
Menunggu kepulangan dia pada bulan Jun ini, amat menyeksakan, bukan?
Kenapa terlalu lama? Tapi, Syaza dah biasa.



Adakah penungguan aku ini berbaloi?
Atau ia hanya sia-sia?
Biarlah aku ketahuinya setelah dia pulang dari Kem Latihan Khidmat Negara.

Tatapan matanya.
Senyuman yang diukir pada wajahnya.
Memang itu yang selalu aku harapkan.
Namun, aku hanya rahsiakan.
Tidak pernah aku luahkan.
Mungkin dari hati ke hati, kami berkomunikasi.
Kerana kami tidak pernah bersuara, meluahkan isi hati.

Kata-kata cinta, luahan isi hati.
Perlukah itu semua terjadi?
Aku rasa tidak perlu.
Kerana kami hanya tahu berdiam diri, menyimpan isi hati.

Kadang-kala, bosan juga aku menunggu dia.
Walaupun ada orang lain yang hadir dalam hidupku,
Namun, kutepis akan semua itu.
Kerana aku setia menunggu.
Aku akan setia menunggu, selagi engkau juga setia menungguku.

Perasaan aku pada dia?
Membuatkan aku ingin ketawa.
Tidak perlulah kamu tanya.
Kerana aku tiada jawapan untuknya.
Mungkin Sang Pencinta akan hantarkan jawapannya untuk aku dan dia.
Wassalam~

Sunday, May 9, 2010

Terima Kasih Ibu dan Ayah! Jasamu Akan Kukenang.

Assalamualaikum semua!

Apa khabar?
Syaza harap kamu semua sihat wal'afiat ya.

Syaza ada 2 perkara nak bagi tahu kalian.
Dah sedia?

Perkara Pertama

Syaza nak ucapkan SELAMAT HARI IBU kepada ibuku, ROSMIATI BT HAJI SAINOH.Syaza sempat tangkap gambar dengan ibu dan adik tercinta. He~


Duhai ibu,
Kau hadir bila jiwaku berduka lara,
Kau jadi peneman bila aku bersendirian,
Kau melimpahkan kasih sayangmu yang tidak terhingga walaupun aku tidak meminta,
Kau mendidikku sehingga menjadi insan yang berguna,
Kau mendoakanku setiap akhir solatmu,
Kau adalah ratu hidupku.
Tiada yang lain darimu,
Hanya kamu!
Ibu, I LOVE YOU!!!

Terima kasih atas segalanya!

The Best Moment In My Heart!


Abaikan mukaku.

SelamatHariIbu!

Hati untuk ibu dan kamu!


Peace! Be happy!

Perkara Kedua

Syaza nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada ayah Syaza, Mohammad Khasnan kerana telah mengeluarkan duitnya untuk menghadiahkan laptop kepadaku.
Rasa gembira dan bersyukur yang tak terhingga.
Terima kasih ayah!
Doumo arigatou gozaimasu.

Sayaaang ayah!

Hati untuk ayah!

Memang tak sangka.

Malam sebelum tu, Syaza cakap dengan adik Syaza, " Kan bagus kalau ada laptop, boleh buat cerita terus kat sini."
Adik Syaza cakap arr, " A'ah, abby pun tumpang sama. Ha~"

Alhamdulillah, syukur.

Terima kasih sangat-sangat, ayah!

Bila balik je, terus posing depan webcam. Macam jakon. Ha~

Macam biasalah, siapa lagi nak beraksi kalau bukan kami!

Banyak gambar, tapi cukuplah satu. Bosan pula kamu nanti. He~


Wassalam~

Friday, May 7, 2010

Mari Ikut Aku Jalan Ke Tanjung Aru.

Assalamualaikum semua.
Konnichiwa!

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga Syaza berpijak di pasir Pantai Tanjung Aru.
Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 20-30 minit dengan menaiki motor Suzuki kepunyaan ayah, memang berbaloi.
Sudah dua kali Syaza pergi ke sini seorang diri.
Syaza memang dah lama ingin mencari ketenangan seperti ini.
Mungkin mencari ketenangan yang hakiki.


Deruan ombak yang memukul pantai membuatkan hatiku rasa tenang.
Pelancong asing yang berlari-lari anak di persisir pantai menghidupkan suasana aman.
Bunyi serangga meriuhkan lagi suasana di sini.
Sungguh indah ciptaan Yang Maha Kuasa.
Subhanallah.

Aku membuka buku NKRA dan membacanya.
Tetapi, hanya beberapa muka surat sahaja aku sempat baca.
Katanya datang sini untuk tenangkan minda,
Kenapa perlu serabutkan fikiran? He~

Perutku berkeronconglah pula.
Laparnya.
Tapi aku tahankan saja.
Tunggu makan tengah hari di rumah ya.

Cerita Menagih Cinta Dia tidak dapat aku lakukan di sini.
Ini kerana aku mengejar masa.
Aku perlu ke tempat lain pula.
Ada pesanan barang daripada adik tercinta.


Subhanallah, sungguh tenang, aman dan damai jika hidup begini.
Aku memang suka akan ketenangan.
Sunyi. Sepi. Itu juga kadang-kala aku idamkan.
Kerana, tiada siapa yang dapat mengganggu jiwa.

Satu lagi tempat yang aku ingin pergi.
Kundasang.
Kenapa?
Sejuk di sana. He~
Tapi tidak tahu bilalah pula ya.
Amannya kalau begini.



Jiwa yang lara sudah dapat diubati.
Ini, ada beberapa gambar untuk tatapan anda. :)


Mana bas ni, tak datang-datang.

Berhenti!


Bila dah ambil adik dari sekolah, Syaza minumlah air C2 yang kat tv tu. He~ Rasanya, not bad arr. Sedap gak.

Siap buat iklan lagi.

Ok, sampai di sini sahaja.

Wassalam~

Thursday, May 6, 2010

Perhatian Semua!

Assalamualaikum semua.

Apa khabar kamu semua?
Ogenki desu ka?

Syaza harap kamu sihat sejahtera. :)
Alhamdulillah, hari ni hujan. Dah lama dah tak hujan. Sejuk. Best!
Sekarang hujan selalunya tengah hari sampai petang. Tidakpun, petang sampai malam.

Dulunya, Syaza kalau hujan fikir macam mana nak balik kerja. Sekarang hujan, Syaza fikir macam mana nak ambil adik pulang dari sekolah. He~
Tapi, tak apa. Best! Dapat mandi hujan. Eh, bukan-bukan! Baju hujankan ada. ;)

Ok, sebenarnya Syaza cuba nak beritahu pada kamu semua yang membaca blog Syaza ni, bahawasanya cerita Menagih Cinta Dia 4 sudah boleh dibaca!
Ceh, ayat skema deh. Ha~

Syaza amat memerlukan komen-komen anda untuk penulisan Syaza. He~

Rancangan Syaza untuk esok: InsyaAllah, Syaza nak pergi Pantai Tanjung Aru. Saja nak pergi sana, sebab nak tenangkan minda. Nak ambil idea baru. Nak baca buku NKRA. Konon je tu. He~

Kamu, kamu dan kamu! Tolong doakan Syaza untuk temu duga pada 18.5.2010 tu ek. Mudah-mudahan dipermudah segala urusan. Amin~

Maaf sebab lambat menerbitkan cerita Menagih Cinta Dia 4 itu. Sebenarnya, Syaza nak taip dulu kat komputer. Lepas tu, dah periksa semuanya, baru Syaza terbitkan. Harap fahamlah ek. Kalau ada cacat celanya, boleh tegur saja. ;)

Perhatian kepada K.K.K. , sila berikan alamat anda kepada Syaza ek. He~
Mungkin ada hadiah penghargaan untuk kamu.

Ha! Dahulu, Syaza ada beritahu kamu yang Syaza nak buat contestkan. Syaza masih fikirkan nak buat apa. Kasihan kamu menunggu. Tapi, insyaAllah satu hari nanti ada juga tu. Sabar ya.

Sekarang ni, Syaza sedang memikirkan tentang idea-idea baru untuk cerita Menagih Cinta Dia. Pening juga dibuatnya.

Tadi, Syaza ternampak di folder adik Syaza, lukisan yang Syaza warnakan. Dapat tempat kedua. Ha~ Tapi, hadiahnya milik adikku. Kerana atas nama dia. Aku saja membantu. :P
Kamu ingin lihat?



Rasanya boleh jadi profesional tak? Entah apa yang melanda diri Syaza ketika ini pun tidak tahulah. Ha~
Gambar ni tahun lepas punya.

Oklah, itu sahaja. Terima kasih kerana sudi membaca.

Wassalam~

Wednesday, May 5, 2010

Kamu Dalam Kalangan Yang Mana Satu?

Assalamualaikum semua!

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga Syaza menulis sesuatu di blog ni.
Wah, lamanya tak buat post. He~
Kenapa lama menyepi?
Syaza sebenarnya tak ada idea nak tulis apa.
Sekarang ni pun Syaza tak tahu nak kongsikan apa dengan kamu semua. He~
Syaza sekarang ni tengah fikir tentang temu duga Syaza tu je. Pening-pening. Doakan Syaza ek.
Lagipun, Syaza sedang bertungkus lumus untuk menerbitkan cerita Menagih Cinta Dia 4 untuk anda.

Ha! Kamu dah baca cerita Menagih Cinta Dia 3?
Kalau dah baca, terima kasih ek. Kalau nak komen, amat dialu-alukan.

Ok, sekarang Syaza dah ada idea. Alhamdulillah.
Hari ni, Syaza nak kongsikan kepada kamu tentang solat dan 5 jenis manusia.

..................................................................................

Sudah lama kita bersolat, tetapi nampaknya keajaiban dan jaminan solat yang disebut Allah masih samar-samar dalam kehidupan kita.

Allah memberi jaminan dalam firman-Nya, bermaksud: "Sudah pasti berjaya orang mukmin iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya." (Surah al-Mukminun: 1,2)

Pada pertemuan kali ini, penulis mengajak remaja dan siapa saja bermuhasabah mengenai peringkat solat.

Bukannya konsep kejayaan dan cara hendak mencapai khusyuk, tetapi ada beberapa jenis dan golongan serta gaya bersolat di kalangan orang Islam yang semuanya akan mempengaruhi perangai dan cara hidup.

* Jenis Pertama

Hari ini, ramai umat Islam yang tidak bersolat, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak bersolat. Ada yang menafikan kewajipan solat, mereka jatuh kafir sebab itu kadangkala perangainya dengan si kafir tidak ada beza.

* Jenis Kedua

Orang yang melakukan solat secara zahir saja, malah bacaan pun masih tidak betul, taklid buta dan main ikut-ikut orang lain.

Jadi, golongan ini sekejap bersolat, sekejap tidak. Jika ada masa dan emosi baik, dia bersolat. Kalau sibuk dan ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, dia tidak bersolat.

Orang ini jatuh fasik. Tidak belajar solat mahupun secara rasmi atau tidak rasmi. Ilmu mengenai solat ialah apa yang dipelajari ketika kecil dan tadika saja. Golongan ini tertolak, bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah.

* Jenis Ketiga

Golongan yang melakukan solat cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan solat, Fatihah, doa Iftitah dan tahiyatnya, tetapi tidak dihayati dalam solat itu.

Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia tanpa menghayati solat. Golongan ini dikategorikan sebagai solat ‘awamul Muslimin’ dan jika dididik serta ditambah mujahadah (kesungguhan), dia akan berjaya dalam solat.

* Jenis Keempat

Golongan ini baik sedikit daripada golongan sebelumnya, tetapi main tarik tali dalam solatnya.

Sesekali dia khusyuk, sesekali lalai pula. Apabila teringat sesuatu dalam solatnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya.

Apabila teringat Allah secara tiba-tiba, insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hati serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimah dan bacaan dalam solat. Begitulah sehingga selesai solatnya.

Peringkat ini orang terbabit akan mula memasuki zon ‘memelihara solat’, tetapi masih belum seronok dengan solat.

* Jenis Kelima

Golongan yang melakukan solat tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz dalam solatnya.

Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekeliling sehingga pekerjaan serta apa pun yang dilakukan atau difikirkan di luar solat itu tidak mempengaruhi so latnya.

Walaupun dia memiliki harta dunia, menjalankan kewajipan dan tugas keduniaan seperti perniagaan, semua itu tidak mempengaruhi solatnya. Hatinya masih dapat memuja Allah dalam solat. Golongan ini disebut orang soleh.

Sebenarnya banyak lagi peringkat solat, tetapi keterbatasan ruangan sekadar lima tahap ini rasanya sudah boleh muhasabah diri mengenai tahap solat yang kita lakukan.

Jika kita berada di peringkat satu, dua dan tiga, kita sebenarnya belum selamat dan mungkin solat tidak mampu mendapat jaminan Allah.

Ibadat solat boleh membangunkan jiwa dan iman, menjauhkan daripada yang buruk dan merungkai mazmumah (sifat keji), menanamkan mahmudah (sifat terpuji), melahirkan disiplin hidup dan akhlak yang agung. Semoga solat kita akan berlangsung sebagai mi'raj.



Itu sahaja. Jadi, kamu dalam kalangan yang mana satu?

Wassalam~