Saturday, April 17, 2010

Ada Budak Hilang! Tolong Carikan Ibunya.

Assalamualaikum.

Semalam, Syaza tetap pergi kerja. Kat rumah Syaza gerimis-gerimis, lepas tu Syaza redah jelah. Kawasan rumah Syaza tak hujan sangat. Tiba-tiba, dari jauh Syaza nampak jalan yang akan Syaza lalui untuk pergi kerja, kabur-kabur. Ya Allah, kat sana hujankah? Bila Syaza hampir sampai ke jalan itu, lebat hujannya. Kamu ingin mandi bersama? Ha~

Apa boleh buat, sekejap lagi dah nak sampai tempat Syaza, Syaza redah jelah. Nasib baik, dah ready-ready pakai baju hujan. Yalah, bak kata peribahasa melayu, sediakan payung sebelum hujan. Tapi, kalau tunggang motor, macam mana nak bawa payungkan. Jadi pakailah baju hujan.

Kepada penunggang-penunggang motor, peribahasa baru untuk kita semua ialah sediakan baju hujan sebelum hujan. Masukkan dalam beg awal-awal. Contohilah saya. Ahaks.

Ok, kita tamatkan pembacaan tentang hujan semalam. Kini, Syaza nak bawa kamu semua menyelami pengalaman Syaza semalam. Kamu ingin rasakan? Mari aku bawa kamu untuk turut merasa.

Apa yang Syaza ingin ceritakan? Nampak di tajuk itu? Itu yang Syaza ingin kongsikan. :)

Semalam, sebelum sampai waktu solat Jumaat, Syaza nampak ada seorang budak berkeliaran seorang diri di kawasan tempat kerja Syaza. Dia pusing-pusing di satu tiang berhampiran dengan gerai Syaza. Syaza tengok sahaja dia. Wajahnya seperti mahu menangis. Matanya sudah bergenang air mata.

Dia jalan-jalan lagi dan datang dekat dengan gerai Syaza. Syaza terus menyapa.

S: Adik, kenapa dik?
A: Mana mama aku?


Syaza dah agak dah, budak ni hilang. Sebab Syaza sendiri memang berpengalaman tentang hilang-hilang ni. Dahulu, masa Syaza kecil-kecil, Syaza selalu hilang dari pandangan ibu dan ayah. Ketawa bila teringat kisah silam. Syaza faham akan perasaan dia, kerana Syaza sendiri pernah merasa. Kamu pernah hilang?


Lost Pictures, Images and Photos



S: Oh, ek. Adik duduk sini dulu ek.

Budak tu ikut sahaja apa yang aku tuturkan. Aku cuba tenangkan dia.

S: Kejap ek dik. Adik duduk sini ek. Nanti mama adik datang.

Dia hanya diam, menahan perasaan. Kakak sebelah kedai Syaza turut bertanya.

K: Mama kau pakai tudung?

Dia diam membisu. Kakak tanya lagi.

K: Mama kau pakai baju apa?
A: Hijau.


Suaranya yang sayu kedengaran. Kakak itu terus ke kaunter pertanyaan, melaporkan kejadian, ada budak hilang. Boleh tolong carikan ibunya?

Pihak security membuat laporan. Tiba-tiba datang seorang mak cik menghampiri kedaiku. Dari jauh Syaza nampak dia memakai baju warna hijau yang didampingi oleh seorang security perempuan. Mungkin inilah orangnya. Selepas itu, dia terus dapat bertemu dengan 'anak'nya itu. Pelukan erat yang Syaza dapat lihat di antara mereka. Syaza mengukir senyuman gembira.

Terus Syaza ceritakan perkara yang terjadi. Mak cik tersebut mendengar. Dia juga turut membalas.

M: Mak cik pergi sana fotostat tadi. Tiba-tiba mak cik pusing belakang, tiada sudah cucu mak cik. Macam mahu tercabut sudah jantung mak cik ni.

Aku hanya menghadiahkan senyuman. Cuba menenangkan mereka berdua. Aku juga sudah jelas, rupa-rupanya yang dicari oleh adik itu ialah neneknya.

Tiba-tiba, abang alat tulis datang. Abang alat tulis? Siapa nama dia? Jangan ditanya. Kerana aku juga tidak tahu namanya. Kalau ingin kenala dengan dia, datang sahaja ke MUIS ya. ;)

Abang: Jumpa sudah mak cik?
M: Sudah.
Abang: Di mana?
M: Sini. ( Mak cik menunjuk ke arahku. Aku mengukir senyuman.) Bha, terima kasih arr.


Abang alat tulis tu, mengangguk lalu meninggalkan kami.

M: Mak cik di sana (kedai fotostat) tadi. Mak cik tengok, dia tiada sudah. Mak cik bagi tahu budak lelaki ( abang alat tulis ) tu, suruh dia carikan cucu mak cik. Suruh dia bagi tahu polis ( security ) ka. Mak cik dari Kota Marudu ni.
S: Ha? Dari Kota Marudu. ( Teringat aku akan dia ) Jauhnya mak cik.

Perbualan kami diteruskan. Pesanan demi pesanan, nasihat demi nasihat diajukan kepada si adik. Aku menghadiahkan gula-gula Kopiko kepada adik. Dan kami berpisah kerana mak cik tersebut ingin pulang kembali ke Kota Marudu.

S, Syaza. A, Adik. K, Kakak. M, Mak cik. Abang, Abang alat tulis.

Kamu dapat rasakan apa yang Syaza ceritakan? Tak dapat? Cuba kamu menghilangkan diri? He~

Hari ni, pagi cerah macam biasa. Alhamdulillah. Maknanya kena pergi kerja. Alah.

oKlah, sampai di sini sahaja. Nanti kalau ada cerita lagi Syaza kongsikan ek. Panjang pula entri ini. Terima kasih kerana membaca. Syaza amat menghargainya. :)

Wassalam~

No comments:

Post a Comment