Friday, April 30, 2010
Hati Untuk Kamu! Ikhlas Dariku. :)
Banyak perkara yang menerjah mindaku.
Tetapi, kenapa ia hanya sementara?
Aku cuba mengingatinya semula.
Tetapi aku tidak mampu.
Jadi, aku buka idea baru untuk kamu. :)
Temu duga 18haribulan lima nanti membuat aku bergetar jiwa.
Buku NKRA pemberian ayahku belum kubaca,
Tetapi kuselak sahaja.
Aduh, banyaklah pula.
Ah, lupa pula aku mahu memberitahu kamu semua NKRA itu apa.
NKRA- Bidang Keberhasilan Utama Nasional untuk pendidikan
Aku perlu mengumpul tenaga untuk membaca semuanya.
Sememangnya aku kena berusaha.
Doakan aku ya, semoga aku berjaya! :)
Lupakan seketika tentang temu duga.
Sini, aku mahu cerita.
Pada hari Rabu yang lalu,
Aku pergi ke tempat kerjaku dahulu.
Saja-saja, nak belikan al-Quran buat adikku.
Aku juga ingin berjumpa rakan-rakanku.
Samapai sahaja aku di sana.
Mereka tersenyum gembira.
Terkejut pun ada.
Rupa-rupanya aku ada rakan yang setia.
Kakak yang di sana ada berkata.
" Kelmarin baru cerita-cerita dengan Kak Yanti tentang Syaza. Boring tak ada Syaza. Tak dapat cerita-cerita."
Allah! Tersentuh aku mendengarnya.
Rindu juga kamu dengan aku ya!
" Dah sebulan ya kita tidak bersua?"
Aku berkata,
" Mana ada. Baru seminggulah."
" Wah, macam dah lama."
Aku ketawa.
Kini, kehadiranku ke sana dengan langkah yang gembira.
Membuat jenaka untuk melihat mereka ketawa.
Senyuman abang alat tulis juga pengubat jiwa lara.
Terima kasih kerana seyum dan masih ingat saya.
Tapi, kami tetapi tidak berkata, cuma bertemu mata.
Maksudnya bersua.
Jangan salah sangka. ;)
Pemergianku membuatkan mereka ingin menghalangku.
Ada juga yang kata,
" Syaza, main-mainlah kat sini. Jalan-jalan. Janganlah pergi."
Aduhai, sampai begitu sekali?
" Kak, InsyaAllah Syaza datang sini lagi nanti."
Aku melangkah pergi dengan tabah hati.
Aku rindukan kawan-kawanku di sekolah dahulu.
Ingin aku mengembalikan kenangan lalu.
Aduh, rasa terharu.
Gelak tawa, suka duka, kami harungi bersama walaupun terpaksa menyeberangi ranjau berliku.
Ya Allah, aku rindu!
Salam rindu untuk kamu, ikhlas dariku. ♥ Hati untukmu.
Hei kamu! Ya, kamu. Cerita Menagih Cinta Dia 2 telah diterbitkan. Ada yang sudah baca? Terima kasih ya!
Kamu mahu hati juga?
♥ Nah, ambillah! ;)
Sampai di sini sahaja.
Wassalam~
Thursday, April 29, 2010
Kenapa Kita Hanya Menyalahkan Satu Pihak Sahaja?
Apa khabar kamu semua?
Syaza harap semua sihat wala'fiat hendaknya.
Wah, Syaza rasa macam rindukan kamu semua!
Padahal, baru dua hari tidak menerbitkan apa-apa di blog Syaza. He~
Ok, hari ni Syaza sebenarnya tak ada idea nak cerita pasal apa.
Tapi, tiba-tiba terlintas di fikiran untuk memberi satu pendapat dan perkongsian kepada kamu semua.
Semalam petang adik Syaza dah balik dari Kundasang! Yeay! Dah tak tinggal sorang-sorang.
Itu bukan point yang sebenarnya. He~ Cuma selingan je.
Sekarangkan sedang hangat tentang kes budak 15 tahun ditembak oleh polis peronda tu.
Di sini, Syaza terangkan dahulu awal-awal ya.
Ini hanya pendapat Syaza, bukan nak salahkan mana-mana pihak. Kalau ada yang terasa atau sakit hati, Syaza menyusun sepuluh jari, memohon ampun dan maaf.
Syaza takut kalau-kalau ada pula pihak yang nak menyaman Syaza nanti. Susahlah pula. Kalau saman-menyaman ni, dahlah guna juta-juta. Aduyai, memang Syaza tak mampulah.
So, please... Ini hanya PENDAPAT Syaza sahaja. Syaza tak tahu pula pendapat kamu macam mana. So, kalau nak kongsi pandangan kamu, boleh tulis kat kotak komen ya.
Kembali kepada subjek yang Syaza nak bincang.
Sesiapa yang ada baca surat khabar Berita Harian yang bertarikh 28 April 2010?
Di muka surat 5, seluruh muka surat itu bercerita tentang subjek ini.
Tetapi, terdapat sedikit percanggahan tentang subjek ini di muka surat yang sama.
Pihak peronda memberitahu bahawa, rakan mangsa melarikan diri sebelum mangsa ditembak.
Tetapi, rakan mangsa memberitahu bahawa mangsa ditembak dan mati di ribanya. Dia keluar untuk menyerah diri, tetapi dia dipukul dan dibelasah oleh polis peronda tersebut.
Nampak tak perbezaannya?
Jadi, di sini ada sedikit percanggahan dan kekeliruan. Siapa yang betul dan siapa yang sebenarnya salah?
Bagi pendapat Syaza, kita tidak boleh seratus peratus menyalahkan pihak polis, kerana kita masih belum dapat memastikan siapa yang bersalah.
Ini kerana, ramai pihak yang menuding jari ke pihak polis. Adakah mereka benar-benar bersalah?
Jadi, kita jangan hanya menuduh pihak polis.
Persoalan Syaza, kenapa mangsa keluar malam-malam begitu?
Syaza nak beritahu sedikit di sini, kepada para ibu bapa, jangan terlalu percayakan anak-anak seratus peratus.Kadang-kala, sememangnya anak itu nampak baik, sopan dan sebagainya, tetapi, benarkah perangai dia juga sebegitu ketika bersama rakan-rakannya?
Ini kerana, Syaza juga sebagai anak, jadi Syaza tahu perangai rakan-rakan Syaza di sekolah.
Kalau diberitahu kebenarannya, ibu bapa sendiri tidak percaya bahawa anaknya itu memang berperangai seperti 'itu'. Faham-faham je lah ek.
Memang ibu bapa yang melahirkan dan membesarkan anak-anak mereka, tetapi benarkah kita memahami anak itu seratus peratus?
Cuba kita muhassabah diri.
Ok, kepada pihak polis pula, kalian hendaklah berfikir secara waras.
Kalau boleh, perkara ini tidak akan terjadi lagi. Setahu Syaza, polis hanya boleh melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri .
Jadi, gunakan senjata itu dengan betul.
Syaza harap, perkara ini cepat-cepatlah selesai ya.
Mungkin kamu semua nampak yang kebanyakannya Syaza menyebelahkan pihak polis. Sebenarnya, TIDAK.
Selama ni, Syaza baca komen-komen tentang subjek ini, semua menuduh pihak polis. Tapi, mungkin kamu baru sedar bila Syaza tulis macam ni.
Syaza tidak menyebelahi mana-mana pihak.
Syaza sebenarnya baru pertama kali menerbitkan tentang kes yang keluar berita. Sebelum ni, memang tak pernah. Tapi, Syaza cuma nak berikan pandangan.
Kepada keluarga mangsa, salam takziah dari Syaza. Moga arwah bersama golongan orang-orang yang beriman. Amin~
AL-FATIHAH
Sampai di sini sahaja pandangan Syaza. Terima kasih kerana sudi membaca.
Wassalam~
Tuesday, April 27, 2010
Aku Ada Secret Admire? Junior Pula Tu. Takutnya...
Selamat malam!
Konbanwa!
Good night!
Kamu dah makan?
Syaza sedang makan ni. Makan karipap dan apam balik.
Tak senonoh betul Syaza nikan?
Tengah makan pun, boleh lagi menaip. He~
oK, kita straight to the point ek. Atau ada yang nak belok-belok? :P
Tadi petang, ada orang add Syaza sebagai kawan di Facebook atau dalam Bahasa Melayunya, Mukabuku. Yalah, takkan sebagai girlfriend pulakan.
Itu dah biasa. Syaza ni, kalau orang add, memang approve je. Tak kisahlah orang mana. Main approve je. He~
Tiba-tiba, bila Syaza approve orang tu, dia chatlah dengan Syaza. Ini permulaan perbualan kami.
Rupanya satu sekolah. Budak yang dikenali oleh Liey ini, boleh-boleh tulis, yang dia minat Syaza? Aduyai. Paling Syaza tak suka. He~
Memang peliklah tiba-tiba cakap, ' Hai Kak Syaza.'
Syaza tak kenal dengan budak ni. Yalah, kan ramai junior-junior Syaza.
Syaza terperanjat bila dia beritahu yang dia budak tingkatan 2.
Syaza tanyalah, tak pergi sekolah ke?
Dia senang-senang jawab, saya sakit.
Ok, take note here please. Kalau sakit sikit je, wahai budak-budak sekolah, pergilah sekolah. Tak payah nak ngada-ngada duk rumah. Kata sakit, tapi boleh pula online.
Syaza nak kongsi sedikit pengalaman Syaza kat sini. Bukan untuk bangga diri atau riak, tapi, untuk PERKONGSIAN. Terutamanya kepada budak-budak sekolah sekarang ni.
Syaza ni pernah sakit teruk masa Tingkatan 5. Syaza memang rasa tak sihat masa nak pergi sekolah, tapi semangat nak menuntut ilmu yang terlalu tinggi menggunung tu, Syaza tetap pergi sekolah. Kuatkan zahir dan batin.
Sampai sekolah, lepas baca Al-Mathurat pagi-pagi, nasib baik masa tu mata pelajaran PJK.
Apa tu PJK? Alah, yang senam-senam tu.
Tapi, hari tu kita orang tak senam. Rasanya masa tu cikgu tak ada. Lagipun, kelas Syaza ni adalah kelas yang paling malas kalau bab senam-senam ni.
Pabila dah balik kelas tu, Syaza rasa memang nak demam. Syaza baring kat kerusi belakang. Kat kelas Syaza ada kerusi panjang kat belakang.
Lepas tu, memang rasa lemah sangat.
Syaza jalan pergi tempat duduk Syaza. Kawan Syaza nampak Syaza lemah je kan, terus dia bawa pergi jumpa cikgu. Mula-mula memang Syaza menolak, tak nak susahkan sesiapa. Tapi, kawan-kawan paksa juga, so, ikut jelah.
Cikgu suruh bawa ke bilik kesihatan. Kawan-kawan tinggal Syaza seorang diri kat bilik tu selepas dia orang bagi panadol soluble. Syaza pun setuju.
Syaza baring kat katil. Syaza rasa badan Syaza cramp, kebas. Penyakit dahulu datang kembali! Gigil.
Cikgu datang jenguk Syaza. Panasnya badan kamu ni. Pergi hospitallah ek. Syaza mula-mulanya taknak. Tapi, bila dah macam ni, tak boleh tolak. Dahlah masa tu tengah panas tentang H1N1. Memang berserah je.
Bila dah bawa hospital, cek darah, dah tenang. Tak kebas lagi. Doktor cakap, Syaza kurang kalsium dan oksigen terlebih sebab tu boleh cramp.
Doktor bagi cuti 2 hari.
Tapi, hari esoknya Syaza tetap pergi sekolah. Cikgu pun pelik. Semua cikgu tanya. Syaza dah sihat ke? Syaza senyum je.
Dah banyak kali dapat cuti pasal sakit ni. Sebab lebih kurang 2 minggu Syaza demam. Mana taknya, lantak je.
Tapi tengok, dapat Sijil Kehadiran Emas. Kan best naik pentas. He~
Jadi, wahai adik-adikku, tolonglah, kalau sakit sikit je tu, pergi jelah sekolah.
Back to the title. Kalau bab minat-minat ni, sorrylah ek dik, akak tak layan sangat. Kalau nak jadi adik angkatlah, kakak angkatlah, atuk angkatlah, nenek angkatlah, atau apa-apa yang angkat-angkat ni, bukan pada akak. Akak memang tak terima. Bukan akak sombong, cuma akak tak suka.
Mungkin dia orang minat dengan Syaza sebab Syaza ni memang mudah sangat mengukir senyuman. :)
oKlah, sampai di sini sahaja.
Wassalam~
Cerita Baru Sudah Diterbitkan!
Apa khabar semua?
Ogenki desu ka?
Kaifa halukum?
How are you?
Syaza harap semua ceria dan sihat sejahtera di hari Selasa ini.
Hari ni, adik Syaza pergi Kundasang. Ada kem. Hu~ Tinggal seorang diri je kat rumah. Cuma ada ibu, ayah dan Syaza. Bunyinya macam bosankan.
Tak ada tempat untuk berkongsi cerita, gelak ketawa sakan. Hu~
Tapi, tak apa-tak apa kamu semuakan ada. He~
Pengumuman! Pengumuman!
Nak dengar tak? Eh, kamu tak payah dengar, baca sahaja. He~
Alhamdulillah, Syaza sudah menerbitkan cerita terbaru di blog IniCeritaKu.
Kasihan kamu, lama benar menunggu.
Maafkan Syaza ya!
Terima kasih juga kerana sudi menunggu cerita baru.
Tajuknya ialah Menagih Cinta Dia.
Jadi, kamu boleh langsung ke blog Syaza untuk mengikuti ceritanya ya.
Sekarang Syaza nak minta tolong buatkan cover untuk cerita tu. Hu~
Pening-pening.
Ada yang sudi membantu? He~
Syaza ni, kalau part edit-edit, terima kasih jelah ek.
Syaza rasa itu sahaja. Nanti kalau ada apa-apa lagi, Syaza tulislah ek!
Kalau kamu ingin memberi komen tentang penulisan Syaza, Syaza amat mengalu-alukannya.
Sampai di sini sahaja!
Wassalam~
Sunday, April 25, 2010
Pabila Bekalan Elektrik Terputus, Ini Yang Aku Lakukan.
Sebenarnya Syaza nak post hari Sabtu, tapi Allahuakbar, tahap kemalasan yang agak kritikal melanda diri ini. Hari Sabtu kat rumah Syaza, bekalan elektrik terputus sebelum Maghrib. Masa bosan-bosan, Syaza tulislah apa yang terlintas di fikiran Syaza ni.
Inilah hasilnya.
Cahaya lilin menyinari gelap malamku pada hari ini.
Kenapa?
Kawasan rumahku, tiada bekalan elektrik yang dapat dirasai.
Aduh, romantik sungguh aku rasa jika begini.
Petikan gitar yang dimainkan oleh ayahku bergema di rumahku seketika tadi.
Aku tidak menyukai atau bahasa kasarnya aku benci.
Kerana ia mengganggu kensentrasi.
Malam-malam begini, kan bagus kalau kita rehatkan diri.
Sepuas hati.
Mungkin ada yang tidak selesa,
Kerana tiada angin yang menyapa pipi.
Oleh sebab kipas yang tak berfungsi.
Bekalan elektrik terputus sejak daripada tadi.
Sebelum Maghrib menjelma pada senja hari.
Yang wajib tetap aku tunaikan untuk menambah pahala pada diri.
Kerana aku tahu, dosaku sudah menggunung tinggi.
Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosaku ini!
Seusai solat Maghrib,
Aku cuba memikirkan apa yang patut aku lakukan selepas ini.
Buku ' Dalam Sujud Cinta ' aku tatapi dan membacanya dengan penuh emosi.
Rasa kecewa melanda diri.
Pabila satu soalan menerjah ke kotak mindaku ini.
Bila nak terbitkan cerita baru dalam blog yang satu lagi?
Ya Allah, serabut kepala dibuatnya kalau begini setiap hari.
InsyaAllah, sekejap lagi.
Sabar menunggu ya, duhai kekasih hati.
Wah, sudah ada gelaran untuk 'pengikut' yang aku sayangi!
Alhamdulillah, bekalan elektrik sudah dapat dirasai.
Selepas solat Isyak sebentar tadi.
Lilin aku padamkan supaya tidak lagi menerangi.
Kerana aku rasa membazir jika membiarkan ia membakar diri.
Rasa diri ini terlalu hina dipandang Ilahi.
Hinanya diri ini. :'(
Kini, lampu neon pula yang menggantikan diri.
Ia tidak mengorbankan diri, tetapi ia cuma menghasilkan cahaya setelah elektrik telah diberi.
Sangat berbeza bukan, wahai rakan yang kusayangi?
Aku akan berhenti di sini.
Tiba-tiba persoalan timbul di kolam hati.
Betulkah pilihanku ini? -_-"
Jangan hiraukan barisan terakhir itu ya, duhai kawan sejati.
Dah, habis dah. Panjang bukan? He~
Syaza nak beritahu kamu semua, 18.05.2010 ni Syaza ada temu duga lagi.
Temu duga apa?
Temu duga Kursus Perguruan Lepasan SPM di Kampus Kent, Tuaran.
Ya Allah, kena persiapkan diri sekali lagi.
Alhamdulillah, Syaza harap Syaza dapat terpilih untuk masuk ke Maktab Perguruan ni.
Syaza dapat kursus Matematik Pendidikan Sekolah Rendah.
Doakan Syaza ya!
Pada 22.04.2010, tepat jam 3.04 petang hari tu, Syaza dapat satu pesanan ringkas dari sahabat Syaza. Ingin Syaza kongsikan dengan kamu semua.
- Di sebalik hati yang tersirat -
Setiap SENTUHAN ada yang rasa ia menyenangkan. Tapi ada juga yang merimaskan.
Setiap RENUNGAN ada yang rasa ia menyenangkan. Ada juga yang rasa ia buat gelisah.
Setiap TAWA ada yang rasa ia menyeronokkan. Tapi ada yang rasa ia sinis dan jelek.
Setiapa GURAUAN ada yang rasa ia menghiburkan. Tapi ada jua hati yang terluka kerananya.
Tapi,
Setiap TEMAN meskipun terkadang ia menghiris hati tetapi ia tetap kawan.
Kerana kita sentiasa belajar memaafi dan menghargai.
Kerana jua setia.
Itu sahaja untuk post kali ini. Maaf terlalu panjang. Terima kasih kerana membaca.
Wassalam~
Saturday, April 24, 2010
Adakah Kamu Fikir Apa Yang Aku Fikir?
Hari ini, terdetik di hati Syaza untuk berkongsi dengan kamu semua tentang tanda-tanda kecil Hari Kiamat. Entah kenapa tiba-tiba Syaza nak kongsikan ini kepada kamu semua. Mungkin kerana sedar akan tugas sebagai seorang khalifah di bumi yang hanya sementara. Lagipun, tengok dengan keadaan sekarang, terlalu banyak cerita-cerita yang tidak menyenangkan diri kita semua. Buang bayi, bunuh diri, pembunuhan, zina dan banyak lagi.
Jadi, ayuh kita renungkan dan kita sama-sama periksa yang sudah terbukti berlaku.
Syaza ambil ini dari Wikipedia.
..................................................................................
Didapati kini bahawa seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti seperti yang dinyatakan dalam hadis. Kebanyakan hadis-hadis ini dapat ditemukan di dalam Sahih Muslim, Sahih Bukhari dan Riwayat Tarmizi.
- Penaklukan Baitulmuqaddis
“ Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari ”
1. Zina bermaharajalela
“ "Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim ”
2. Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik
3. Bermaharajalela alat muzik
“ Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah ”
4. Menghias masjid dan membanggakannya
“ Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai. ”
5. Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik
“ Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim ”
6. Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan
7. Ramai orang soleh meninggal dunia
“ Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad ”
8. Orang hina mendapat kedudukan terhormat
“ Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani ”
9. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
“ "Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad ”
10. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
“ Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang." ”
11. Bulan sabit kelihatan besar
“ Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani ”
12. Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
“ Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim ”
13. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar
“ Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad ”
14. Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai
“ Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim ”
15. Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa
16. Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)
“ Banyaknya sifat bohong, pendeknya waktu, dekatnya jarak-jarak antara pasar-pasar." - Riwayat Bukhari ”
17. Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda
“ Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti 'bulu merpati' yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga." - Sahih Abu Daud & Nasai ”
18. Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.
-rujuk hadis bawah-
19. Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.
-rujuk hadis bawah-
20. Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi.
-rujuk hadis bawah-
21. Orang akan melakukan homoseksual.
-rujuk hadis bawah-
22. Akan terdapat ramai anak luar nikah.
- Abdullah Ibn Mas'ood (R.A.)
23. Berkurangnya sifat amanah
-rujuk hadis bawah-
24. Terasa berat untuk menjalankan syariah (zakat dijadikan hutang)
-rujuk hadis bawah-
25. Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya
-rujuk hadis bawah-
26. Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya
-rujuk hadis bawah-
27. Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid-masjid
-rujuk hadis bawah-
28. Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik
-rujuk hadis bawah-
29. Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatannya
“ Dari Ali dan Abu Hurairah r.a.: "Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki), munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat muzik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan". - Riwayat Tarmizi ”
30. Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan
-rujuk hadis bawah-
31. Mendahulukan lelaki menjadi imam bukan kerana ilmu tetapi kerana suara...
-rujuk hadis bawah-
32. Penjualan jawatan atau kepemimpinan (politik wang)
-rujuk hadis bawah-
33. Memandang rendah kepada darah
“ Rasulullah bersabda: "Bersegeralah untuk melakukan amal soleh apabila telah muncul enam perkara: perlantikan pemimpin yang boodoh, ramainya bilangan anggota polis, penjualan kepemimpinan, tiada penghargaan terhadap darah, pemutusan silaturrahim, orang mabuk menjadikan al-Quran sebagai alat nyanyi yang mereka mendahulukan seseorang antara mereka menjadi imam agar dapat menyanyikannya walaupun orang tersebut paling sedikit ilmunya." - Sahih Riwayat Tabrani & Ahmad ”
34. Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat dengan suaminya. (Malah isteri berpangkat lebih besar)
“ Dari riwayat Ibnu Masud: "Di pintu gerbang (dekatnya) hari kiamat: Salam hanya kepada orang yang khusus (sudah dikenalinya), tersebar dan berkembangnya perdagangan sehingga seorang isteri membantu suaminya berdagang" - Sahih Lighairihi Riwayat Ahmad ”
35. Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam
“ Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya)." - Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a. ”
36. Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan
“ Sungguh hebat dia, sunggu jarang orang seperti dia dan sungguh pintar dia sedangkan di dalamnya tidak ada iman sedikitpun" - Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tarmizi, Ibnu Majah ”
Banyak orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan ataupun kesengsaraan
“ "Tidak akan berlaku kiamat sehingga apabila seorang lelaki melalui sebuah kubur maka ia akan berkata: 'Aduhai seandainya aku juga berada ditempatnya.'" - Riwayat Bukhari[2] dan Muslim ”
37. Banyaknya berlaku gempa bumi
38. Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan kejahatan
39. Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan
“ "Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan - Sahih Bukhari[2] ”
40. Munculnya mati mendadak atau mati secara tiba-tiba
-rujuk hadis bawah-
41. Masjid dijadikan jalan iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa melakukan solat
“ Masjid dijadikan sebagai jalan-jalan dan timbulnya mati mendadak" - Hasan At-Tayalisy. ”
MasyaAllah, cuba kita tengok berapa yang dah ada dalam list kehidupan sekarang. Apa-apa pun, renung-renungkan dan selamat beramal! ;)
Wassalam~
Friday, April 23, 2010
Mari Aku Bawa Kamu Ke Tempat Kerjaku Dahulu.
Bersama Maryam.
Pabila kebosanan melanda diri, inilah hasilnya. Buku tempatku mengarang cerita, kini menjadi tempat melukis pula.
Inilah barang-barang yang dijual di bekas gerai tempat Syaza bekerja. Produk Ana Muslim. Gambar ketiga tu pula, diari 2010 a.k.a jadual Syaza. Apa yang dikepit di atasnya? He~ Kursus Perguruan Lepasan Ijazah untuk Lepasan SPM.
Ni pula hari terakhir kerja.
Syaza tak sempat nak tangkap gambar dengan kakak-kakak dan kawan-kawan kat situ. Semua sibuk dengan kerja masing-masing. Lagipun, seganlah orang ramai tengok.
Ini sahaja yang Syaza dapat kongsikan dengan kamu semua.
Sekarang sedang pening memikirkan cerita untuk kamu. Sebenarnya, memang sudah ada, tetapi ada masalah sikit. Syaza harap kamu sabar menunggu ya. Maafkan Syaza ya. :'(
Wassalam~
Aku Sudah Langsaikan Janji Aku, Bukan?
Semalam, Syaza beritahu kamu semua yang Syaza akan kongsikan gambar-gambar Syaza masa MAPeC bukan? Alhamdulillah, Syaza dah terima gambar-gambar itu dari Khalilah melalui facebook kepunyaannya.
Dia cakap, banyak gambar yang gegar. Jadi ini sahaja yang Syaza pilih untuk tatapan anda.
Ada yang Syaza edit dan ada yang tidak. Terima kasih banyak-banyak Syaza ucapkan kepada Khalilah. Doumo arigatou gozaimasu!
Jadi, apa tunggu lagi, tengoklah! He~
Bersama rakan-rakan seperjuangan yang turut berjaya. :)
Ya Allah, gementarnya.
Kamu puas? Syaza harap begitulah ya. Tadi pagi, Syaza pergi berjalan-jalan bersama adik tercinta. Kenapa kami berdua sahaja? Ketawa.
Sebenarnya buku ni dah lama, tapi cuma nak tangkap gambar sahaja. Belinya, tidaklah ya. He~
Syaza pegang buku ni, kerana ada terselit cita-cita untuk menjadi seorang novelis. Doakanlah ya!
Credit: Khairah, adikku.
Wassalam~
Aku Dan Dia, Tiada Apa-Apa.
Alhamdulillah, akhirnya dapat juga Syaza mengejar masa untuk berkongsi sesuatu untuk kamu semua. Eh, bukan! Bukan untuk kamu merasa, tetapi cuma berkongsi masa membaca sahaja.
Bila aku rindukan dia.
Aku akan ingat ceritera kami berdua.
Bila aku sudah imbas kembali kenangan dahulu kala.
Aku hanya ingin ketawa.
Bila aku teringatkan dia.
Aku titipkan doa kepadaNya,
Kerana Dia yang menyambungkan silaturrahim antara kita.
Kerana Dia juga kita bersua.
Bila aku terbayang akan wajahnya.
Aku mendekatkan diri kepada Yang Esa.
Kerana Dia sahaja yang boleh mengubati jiwa yang berduka lara.
Kera Dia yang memahami diriku sahaja.
Aku setia menunggu walau di mana dia berada.
Kerana pengikat antara kami, cinta yang tiada nama.
Cinta itu bukan buta,
Tetapi, bisu rupanya.
Tiada kata.
Cinta itu terletaknya dihati bukan di mata.
Mana mungkin hati itu buta.
Biarkan sahaja hati dan jiwa yang mentafsirnya.
Adakah aku sedang dilamun cinta?
Kalau ya, aku mungkin hanya inginkan cinta Yang Maha Esa.
Bukan cinta manusia yang biasanya main-main sahaja.
Mengapa aku tulis begina ya?
Aku cuma melayan jiwa ini yang tiada penghujungnya.
Aku tiba-tiba teringatkan dia.
Dia yang sedang berjuang untuk melatih diri menyelamatkan negara.
Aku mengukir senyuman yang tersimpan seribu satu rahsia.
Jika orang tanya,
Aku biarkan sahaja.
Aku dan dia, tiada apa-apa.
Cuma ikatan kawan sahaja yang ada. :)
Nukilan: Syaza Syafeeqah
3.15 pm
19.04.2010
Kenapa baru sekarang nak terbitkannya?
Sebab sebelum-sebelum ini banyak yang Syaza ingin cerita.
Maafkan Syaza ya.
Kepada pengikut blog Syaza, IniCeritaKu: Kamu sabar menunggu ya. Syaza sedang berhempas pulas, menggembleng tenaga untuk menerbitkan cerita untuk kamu semua. Sekarang sedang kering idea. Maafkan aku ya.
Syaza dah dapat gambar dari Khalilah. Jadi, tunggu ya. :)
Wassalam~
Thursday, April 22, 2010
MAPeC oh MAPeC!
Alhamdulillah hari ini MAPeC sekolah Syaza berjalan dengan lancar. Terima kasih atas doa kamu semua. Berdebar-debar jantung Syaza sebelum nak naik pentas. Allah sahaja yang tahu. Tapi, Alhamdulillah dapat disembunyikan ketakutan itu. Tangan Syaza jadi sejuk.
Sebelum naik pentas segala, mestilah dengar ucapan dari pengetua, ketua PIBG dan perasmikan. Tapi, perasmi tak datang, jadi wakilnya yang datang. Disebabkan Syaza duduk sebelah kawan Syaza, Khalilah yang agak satu kepala, wah, memang bercerita sahaja kami berdua.
Mula-mula memanglah dengar apa yang mereka ucapkan. Tapi, lama-lama... Faham-faham je lah ya. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
Aduh, aku bosan mendengar ucapan,
Panjang betul yang mereka tulis di kertas seperti karangan.
Kalau aku yang memberi ucapan,
Mesti bestkan? Ha~
Perasan.
Aku hanya berangan.
Mungkin aku tidak akan berdiri di hadapan.
Kerana aku segan.
Terima kasih kepada ibu dan ayah sebab datang tengok anak-anak ibu dan ayah ni naik pentas. Sebab bukan setiap tahun. He~ Sebab kami ni bukan pandai sangat pun. ;)
Tahniah kepada adikku, Khairah! Pertama kali dia menjejakkan kakinya ke atas pentas atas sebab keputusan PMR yang amat memuaskan.
Jadi, ada gambar untuk kamu semua tatapi. Kebanyakan gambar Syaza kat kamera kawan Syaza, Khalilah. Jadi, bila dia dah bagi gambar itu pada Syaza, insyaAllah Syaza akan kongsikan dengan kamu semua ya.
Sekarang ni, Syaza kongsikan gambar yang Syaza ada dulu ya.
Pabila majlis dah tamat, Syaza cari ibu dan ayah, tetapi mereka dah balik. Jadi, tak sempat nak tangkap gambar dengan mereka berdua. Kenapa mereka balik dahulu? Ayah Syaza nak kerja.
Syaza pergi dan balik, naik motor. Sebab itu mereka tak tunggu kami berdua ( Syaza dan adik ).
Gambar Syaza dengan kawan-kawan pun, ada kat kamera Khalilah. Syaza ada bawa kamera juga, tapi adik Syaza yang pegang. Kebanyakan gambar yang kami tangkap, guna kamera telefon bimbit adik Syaza. Kenapa tak guna kamera biasa? He~ Gegar je yang lebih. Muka tak nampak.
Syaza hampakan kamu semua? Maafkan Syaza ya. Nanti bila Syaza dah terima gambar-gambar dari Khalilah, jadi Syaza insyaAllah akan masukkan di blog Syaza ek. ;)
Wassalam~
Wednesday, April 21, 2010
Ada Yang Sudi Temankan Di Kerusi Sebelah?
Apa khabar semua? Sihat? Syaza harap semua sihat ek. Kamu jangan risaukan Syaza. Kalau yang tak sihat tu, makan ubat lah. Tak pun, rehat sekejap. Tidur ke. Nanti kalau makin sakit, tak dapat baca blog Syaza. He~ ;)
Kepada yang tak berapa sihat tu, Syaza doakan kamu cepat sembuh ya. Amin.
oK, tadi pagi Syaza pergi Raptai MAPEC sekolah Syaza. Eh, silap-silap! Bekas sekolah Syaza. He~
Ya Allah, tadi punyalah Syaza terperanjat. Kenapa? Syaza duduk barisan paling depan. Tak pernah-pernah. Jadi masa orang tengah sibuk-sibuk a.k.a menyibukkan diri, Syaza duduk kat kerusi Syaza. Keluarkan buku catatan dan pen. Apa lagi, mulalah Syaza berkarya. Ha~ Biasalah, kebosanan.
Di dalam kesibukan,
Aku duduk di kerusi bernombor dua belas ini,
Bersendirian.
Terlalu hadapan.
Aduhai, aku malu,
Segan.
Dahulunya, aku yang bekerja.
Tapi, kini aku hanya duduk bersahaja.
Melihat orang lalu lalang di depanku,
Aku ketawa.
Bukan!
Senyum sahaja.
Kejamkan Syaza? Ha~
Dahulunya, aku yang penat lelah menggembleng tenaga.
Membantu guru-guru supaya majlis ini berjaya.
Tetapi, sekarang aku boleh buat apa yang aku suka.
Jumpa kawan-kawan lama membuatkan aku gembira.
Pena Syaza terhenti apabila ada yang ajak berbual. Jadi berhenti di sini sahaja.
Esok dah MAPEC. Doakan semoga semuanya berjalan dengan lancarlah ek.
Syaza akan naik pentas dua kali.
1. Kehadiran emas. Maksudnya Syaza tak pernah cuti. Walau sakit manapun, Syaza tetap datang sekolah. Ada Syaza kisah? He~
2. Result SPM. Yang agak membanggakan. Tak lah bangga sangat.
Alhamdulillah.Itu sahaja. Esok, kalau Syaza ada tangkap gambar, InsyaAllah Syaza kongsikan dengan kamu semua, ya!
Wassalam~
Tuesday, April 20, 2010
Akhirnya, Dapat Aku Tamatkan Jua.
Meh sini Syaza nak bagi tau korang semua! Dekat sikit. Tak nak dekat-dekat? Tak nak dahlah. Duduk jauh-jauh. He~
Eh, jangan! Syaza main-main je. Duduk elok-elok depan komputer tu ek. Jangan gaduh-gaduh. ;)
Yang tengah makan tu, suap betul-betul kat mulut, jangan masuk lubang hidung pula. Yang tengah duduk bersila tu, duduk baik-baik. Renggangkan otot-otot tu sikit, nanti sakit badan.
Semua dah oK? Selesa dah?
Baru Syaza boleh cerita. ;)
Taklah sebanyak ini duit yang Syaza terima.
Duit gaji sudah kuterima.
Aku gembira tak terkata.
Alhamdulillah, itu sahaja perkataan yang dapat kuluahkan dari dalam jiwa.
Bersyukur yang teramat pada Yang Esa.
Macam tak pernah pegang duit sahaja.
Ketawa.
Rasa gembira menyelinap ke dalam jiwa.
Tapi, kenapa aku rasa macam berat hati sahaja?
Sudah 27 hari aku bekerja.
Di Wisma MUIS ini tempat pertama aku mengeluarkan sepenuh tenaga.
Tapi, kini berakhir jua.
Pada hari terakhir ini,
Inilah kali pertama aku membeli makanan di sini ( Sayang Cafe ).
Selama ini?
Aku membawa bekal dari rumah masakan ibu yang ku sayangi.
Kenapa hari ini tidak membawa bekal lagi?
Ibuku penat, sakit sendi-sendi dan juga susah nak berdiri.
Doakan ibuku sihat kembali. ;)
Kak Herma, Kak Yanti, Maryam, Abang Ijam, Abang Ben, Shima, Pak Cik Goji, Pak Cik Diabetes dan sesiapa sahaja.
Selamat tinggal semua.
Maaf aku tidak tahu nama.
Aku kini berhenti.
Maafkan aku jika aku jarang melayan kamu semua.
Tapi, kadang kala datang gila-gila.
Terima kasih kerana pernah mencipta nama sebagai kawan aku ya.
Kepada abang alat tulis. * Ceh siap ada wasiat lagi. Ha~
Ukirlah senyuman di bibirmu.
Kerana sebenarnya senyumanmu manis.
Jangan kamu malu,
Aku tak akan mengganggumu. * Macamlah Syaza pernah kacau dia. Ha~
Kepada adik Iskandar.
Selepas ini, tiada yang dapat menolongmu.
Membantu apabila kamu dibuli oleh rakan-rakanmu.
Tiada sudah tempat untuk kamu mengadu.
Selamat tinggal semua!
InsyaAllah satu hari nanti kita akan bersua.
Bukan sahaja di dunia, insyaAllah di Syurga.
Sesungguhnya pertemuan dan perpisahan kita hanya kerana Allah.
1. Hari ini, banyak pula kenangan tercipta. Syaza sekarang tengah rindukan Kamus Dewan. Ha~ Biar betul? Sejujurnya, betul. Sebab apa? Sebab kalau ada kamus ni sebelah Syaza, lebih senang Syaza nak buat cerita. Selama ni, fikir perkataan-perkataan lain cuma guna otak ni. Jadi sekarang Syaza akan berada di rumah. Oh Kamus Dewan, bersedialah kamu. Ha~
2. Esok Syaza ada raptai MAPEC. Apa tu? Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang. Cemerlang ke? He~ Lusa, ada MAPEC. Jumaat rasanya adik nak jalan-jalan. Aduh, macam masih belum dapat rehat. Tak apa-tak apa, buat tak tahu je.
3. InsyaAllah, Syaza akan post tentang tempat kerja Syaza nanti ek.
4. Tak sabar nak menerbitkan cerita Diari Saksi Coretan Akhir pada esok hari.
5. Pening nak buat cerita apa lepas ni. Hu~
Wassalam~
Monday, April 19, 2010
Kamu Ingin Hadiah Dariku?
Aku kini sendirian.
Hanya tunggu satu peminangan.
Ketawa sampai meroyan.
Aku bukan sebegitu.
Aku cuma setia pada yang satu.
Itu dah cukup untukku.
Siapa? Kau mahu tahu?
Cuba tanya padaku.
Di kotak itu.
Apa yang ada difikiranmu.
Jika aku menjawab soalanmu,
Siapa yang telah menakluki hatiku,
Bermakna aku tipu.
Jangan kamu percaya samaku.
Aku sudah bosan, sayangku.
Kamu faham perasaanku?
Alhamdulillah, baguslah kalau macam itu.
Aku cuma ingin meluahkannya kepadamu.
Huh, aku kebuntuan.
Ideaku kering kontang.
Tiada satu perkataan pun yang terkeluar dari fikiran.
Bosan.
Aku akan berhenti pada hari Selasa.
Berhenti apa?
Berhenti kerja. :)
Aku gembira, bersyukur kepadaNya.
Selepas ini, aku boleh meluangkan masa bersama keluarga.
Ketawa.
Duit gaji akan aku terima.
Aku akan kongsi bersama.
Maaf, bukan dengan kamu semua.
Tetapi, dengan keluarga.
Kamu inginkan hadiah dariku?
InsyaAllah satu hari nanti aku akan adakan pertandingan untuk kamu.
Sementara itu, aku perlukan idea dahulu.
Hadiahnya, biar aku sahaja yang tahu.
Mahu tahu?
Aku rasa tidak perlu.
Kerana aku berikan percuma kepadamu.
Kamu marahkan aku?
Maafkan aku, kerana aku tidak memberitahu. :)
Syaza pun tengah fikir apa nak bagi kat kamu ni. ;) Tajuk di atas tu cuma saja-saja. Maaf kalau buat kamu tertanya-tanya.
Wassalam~
Saturday, April 17, 2010
Kamu Mahu Senyuman? Aku Sedia Untuk Berikan. :)
Nampaknya Syaza agak rajin hari ini. Walaupun dalam kepenatan, Syaza tetap nak menerbitkan entri Syaza kali ini. Sebab Syaza buat ni pada hari Jumaat. Semasa Syaza kebosanan dan kesunyian. Ada yang nak temankan? He~ Batalkan saja niatmu, Syaza rasa tidak perlu. Kerana Syaza rasa, Syaza lebih senang bila bersendirian. ;)
Ini hanya untuk tatapan dan bacaan. Maaf jika kamu terasa apa yang Syaza karyakan. Ini pengalaman Syaza sepanjang Syaza bekerja. Tapi, sebelum-sebelum ni pun ada juga.
Hayatinya ya. :)
Bibirku sentiasa mengukir senyuman.
Senyuman tawar dan paksa aku sembunyikan.
Tapi kadang-kala aku keluarkan.
Kepada orang yang tidak berperikemanusiaan.
Kamu ingat aku apa?
Hanya sebagai tatapan?
Aku mengharapkan balasan.
Senyumanku dibalas dengan jelingan.
Woi, susah sangatkah nak membalas senyuman?
Mungkin dia tafsirkan sebagai bebanan.
Ketawa.
Susah sangatkah nak buat perkara yang paling senang?
Mungkin kamu tidak dahagakan pahala Yang Maha Penyayang.
Bengang.
Jika senyuman dibalas senyuman,
Aku senang,
Jika senyuman dibalas jelingan,
Memang nak kena tamparan.
Aku terpaksa tahan perasaan.
Senyumanku terus menjadi tawar.
Bila kau telah jauh meninggalkan.
Aku terus balas dengan jelingan dan bebelan.
Tapi, kamu tak perasan.
Kerana aku tidak mahu kamu berperasaan.
Dalam kepenatan, senyumanku tidak hilang.
Kerana yang aku mahu hanya menyenangkan orang yang memandang.
Jika tidak, memang kadang kala nak terima tumbukan.
Kamu mahu rasakan?
Jika kamu sudah sedia,
Dengan tangan genggaman aku persilakan.
Percayalah, kalau aku tidak menguntum senyuman,
Sombong.
Itu yang kamu akan katakan.
Aku bukan seperti yang kamu sangkakan.
Aku cuba menjadi seperti mana yang kamu mahukan.
Tetapi aku bukan kuli kamu yang patut kamu perintahkan.
Jadi, aku malas nak layan.
Maafkan aku jika aku sakitkan hati kamu.
Kita tidak akan ketemu lagi setiap hari.
Kerana aku akan berhenti.
Tapi, jangan kamu risau,
InsyaAllah, aku akan lawat kamu di lain hari.
Nukilan: Syaza Syafeeqah
Senyum itu sedekah, senyum itu awet muda, senyum itu kemesraan, senyum itu pengikat sahabat, senyum itu penambah kasih, senyum itu pelaris jualan, senyum itu pengiktirafan, senyum juga pemanis wajah, senyum menambahkan kecantikan dan yang pastinya senyuman itu membawa kebaikan.
Senyum juga perlu dimasukkan roh ikhlas, senyum ikhlas adalah senyum kerana Allah, senyum kerana menyahut perintah Allah dan Rasul. Orang Islam disuruh senyum dan dilarang sombong dan sombong diri.
.................................................................................
Jadi, kepada sesiapa yang susah sangat nak senyum, senang-senangkanlah diri anda untuk mengukirnya ya. Senyum itukan sedekah. Tak salah pun kalau senyum, bahkan dapat pahala lagi. Tapi, senyumlah kena pada tempatnya. Jangan pula sampai kat tandas senyum sendiri. Kalau dah jadi macam tu, tak tahu la pula.
Cuba bayangkan, kalau kamu senyum kat orang tapi orang tu tak balas. Apa kamu rasa? Geram? Bengang? Macam nak kena pelempang? Sabar-sabar.
So, senyumlah selalu ek. Boleh jadi salah satu petua awet muda lagi. oK! :)
InsyaAllah, hari ni Syaza akan menerbitkan Diari Saksi Coretan 28. Tinggal satu episod lagi nak habis. ;)
Wassalam~
Ada Budak Hilang! Tolong Carikan Ibunya.
Semalam, Syaza tetap pergi kerja. Kat rumah Syaza gerimis-gerimis, lepas tu Syaza redah jelah. Kawasan rumah Syaza tak hujan sangat. Tiba-tiba, dari jauh Syaza nampak jalan yang akan Syaza lalui untuk pergi kerja, kabur-kabur. Ya Allah, kat sana hujankah? Bila Syaza hampir sampai ke jalan itu, lebat hujannya. Kamu ingin mandi bersama? Ha~
Apa boleh buat, sekejap lagi dah nak sampai tempat Syaza, Syaza redah jelah. Nasib baik, dah ready-ready pakai baju hujan. Yalah, bak kata peribahasa melayu, sediakan payung sebelum hujan. Tapi, kalau tunggang motor, macam mana nak bawa payungkan. Jadi pakailah baju hujan.
Kepada penunggang-penunggang motor, peribahasa baru untuk kita semua ialah sediakan baju hujan sebelum hujan. Masukkan dalam beg awal-awal. Contohilah saya. Ahaks.
Ok, kita tamatkan pembacaan tentang hujan semalam. Kini, Syaza nak bawa kamu semua menyelami pengalaman Syaza semalam. Kamu ingin rasakan? Mari aku bawa kamu untuk turut merasa.
Apa yang Syaza ingin ceritakan? Nampak di tajuk itu? Itu yang Syaza ingin kongsikan. :)
Semalam, sebelum sampai waktu solat Jumaat, Syaza nampak ada seorang budak berkeliaran seorang diri di kawasan tempat kerja Syaza. Dia pusing-pusing di satu tiang berhampiran dengan gerai Syaza. Syaza tengok sahaja dia. Wajahnya seperti mahu menangis. Matanya sudah bergenang air mata.
Dia jalan-jalan lagi dan datang dekat dengan gerai Syaza. Syaza terus menyapa.
S: Adik, kenapa dik?
A: Mana mama aku?
Syaza dah agak dah, budak ni hilang. Sebab Syaza sendiri memang berpengalaman tentang hilang-hilang ni. Dahulu, masa Syaza kecil-kecil, Syaza selalu hilang dari pandangan ibu dan ayah. Ketawa bila teringat kisah silam. Syaza faham akan perasaan dia, kerana Syaza sendiri pernah merasa. Kamu pernah hilang?
S: Oh, ek. Adik duduk sini dulu ek.
Budak tu ikut sahaja apa yang aku tuturkan. Aku cuba tenangkan dia.
S: Kejap ek dik. Adik duduk sini ek. Nanti mama adik datang.
Dia hanya diam, menahan perasaan. Kakak sebelah kedai Syaza turut bertanya.
K: Mama kau pakai tudung?
Dia diam membisu. Kakak tanya lagi.
K: Mama kau pakai baju apa?
A: Hijau.
Suaranya yang sayu kedengaran. Kakak itu terus ke kaunter pertanyaan, melaporkan kejadian, ada budak hilang. Boleh tolong carikan ibunya?
Pihak security membuat laporan. Tiba-tiba datang seorang mak cik menghampiri kedaiku. Dari jauh Syaza nampak dia memakai baju warna hijau yang didampingi oleh seorang security perempuan. Mungkin inilah orangnya. Selepas itu, dia terus dapat bertemu dengan 'anak'nya itu. Pelukan erat yang Syaza dapat lihat di antara mereka. Syaza mengukir senyuman gembira.
Terus Syaza ceritakan perkara yang terjadi. Mak cik tersebut mendengar. Dia juga turut membalas.
M: Mak cik pergi sana fotostat tadi. Tiba-tiba mak cik pusing belakang, tiada sudah cucu mak cik. Macam mahu tercabut sudah jantung mak cik ni.
Aku hanya menghadiahkan senyuman. Cuba menenangkan mereka berdua. Aku juga sudah jelas, rupa-rupanya yang dicari oleh adik itu ialah neneknya.
Tiba-tiba, abang alat tulis datang. Abang alat tulis? Siapa nama dia? Jangan ditanya. Kerana aku juga tidak tahu namanya. Kalau ingin kenala dengan dia, datang sahaja ke MUIS ya. ;)
Abang: Jumpa sudah mak cik?
M: Sudah.
Abang: Di mana?
M: Sini. ( Mak cik menunjuk ke arahku. Aku mengukir senyuman.) Bha, terima kasih arr.
Abang alat tulis tu, mengangguk lalu meninggalkan kami.
M: Mak cik di sana (kedai fotostat) tadi. Mak cik tengok, dia tiada sudah. Mak cik bagi tahu budak lelaki ( abang alat tulis ) tu, suruh dia carikan cucu mak cik. Suruh dia bagi tahu polis ( security ) ka. Mak cik dari Kota Marudu ni.
S: Ha? Dari Kota Marudu. ( Teringat aku akan dia ) Jauhnya mak cik.
Perbualan kami diteruskan. Pesanan demi pesanan, nasihat demi nasihat diajukan kepada si adik. Aku menghadiahkan gula-gula Kopiko kepada adik. Dan kami berpisah kerana mak cik tersebut ingin pulang kembali ke Kota Marudu.
S, Syaza. A, Adik. K, Kakak. M, Mak cik. Abang, Abang alat tulis.
Kamu dapat rasakan apa yang Syaza ceritakan? Tak dapat? Cuba kamu menghilangkan diri? He~
Hari ni, pagi cerah macam biasa. Alhamdulillah. Maknanya kena pergi kerja. Alah.
oKlah, sampai di sini sahaja. Nanti kalau ada cerita lagi Syaza kongsikan ek. Panjang pula entri ini. Terima kasih kerana membaca. Syaza amat menghargainya. :)
Wassalam~
Friday, April 16, 2010
Pagi Ini Hujan. Adakah Aku Tidak Perlu Pergi Bekerja?
Anda sihat? Syaza di sini sihat, alhamdulillah. Syaza harap kamu begitu juga ya!
Setiap pagi lepas hantar adik pergi sekolah, memang Syaza akan online. Tadi Syaza bawa laju-laju masa hantar adik, sebab takut kena hujan. Yelah, naik motor. Mana ada bumbung kan. :)
Sekarang ni, tengah hujan. Sejuk. Best! Alhamdulillah. Sebab lama dah tak hujan. Sebelum-sebelum ni, ada hujan juga, tapi gerimis je. Orang kata, hujan tu kan rahmat. Jadi, mari kita sama-sama bersyukur. Alhamdulillah.
Kamu semua pun tahu kan, Syaza pergi kerja naik motor. Ada yang yang tak tahu? Ha, ni Syaza dah bagi tahu. Kalau tak hujan, memanglah naik motor. Sebelum-sebelum ni, masa Syaza pergi kerja, belum pernah lagi hujan. Balik kerja pernah lah. Mandi hujan lah maknanya Syaza kalau balik kerja tu. Best! Ha~
Balik rumah je, basah kuyup. Syaza redah je lah. Balik kerja tu, siapa yang tak suka jumpa family kat rumah. Ha~ Poyo. Ada aku kisah? Ha~ Syaza pakai baju hujan juga.
Kalau pergi kerja, macam mana nak redah? Adakah Syaza tidak perlu pergi bekerja? Kalau macam tu, memang la syok. Siapa tak sukakan? Rehat sesekali kat rumah. Ha~ Janganlah kau mimpi Syaza. Jadi macam mana nak pergi kerja? Kalau ayah yang hantar naik kereta, nanti balik kerja, siapa yang nak ambil? Ibu? Kena tunggu lagi. Cek malaslah part tunggu-tunggu ni. Jadi macam mana?
Makin lebat pula hujan ni. Alhamdulillah. ;)
Macam mana nak pergi kerja? Pergi lambat sikit? Tunggu reda. Sekali, tunggu reda sampai petang hujan je. He~ Jadi tak payah pergi kerjalah jawabnya. Aku suka. Jangan berangan Syaza. ;)
Kalau hujan-hujan ni, teringan lagu Allahyarham Sudirman.
Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut
Cinta yang bersemi
Diwaktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi...
Syaza berhenti! Nanti makin lebat. Shh... Semua jangan nyanyi.
Sekarang ni, persoalannya macam mana nak pergi kerja?
Tapi, macam nak reda. Tapi, masih lagi hujan. Tapi... Hai, banyak juga tapi ni. Kalau hujan-hujan ni, syok kalau tidur. He~ Syaza belum bersiap-siap lagi nak pergi kerja. Sebab hujan. Nantilah dulu bersiap. He~
Kalau part pergi kerja ni, lambat-lambat Syaza bertolak. Kalau time balik kerja, nak cepat je. Biasalah tu kan. Kmau pun begitu kan? Kalau Syaza ada laptop atau bahasa moden yang selalu kamu gunakan lappy, lepas tu ada internet lagi, memang nak duduk sana je. Tapi, mimpi je lah. Ha~
Sejuknya. Best! He~ Rasanya macam kat Kundasang pula. Pernah kamu pergi ke sana? Tak pernah? Tak pernah dengar? Kundasang ni adalah sesuatu tempat yang terletaknya Gunung Kinabalu. Ada ilmu baru? Ha~
oKlah, Syaza nak gosok-gosok apa yang patut. Hujan pun, macam nak reda. Tapi, macam malas pula nak pergi kerja. Ha~ Hujan balik la pula. Tak apa-tak apa, He~
Kalau hujan, mesti sunyi je kat tempat kerja Syaza tu. Kurang orang lalu lalang. Bosanlah kalau macam ni. Hu~
Alamak, makin lebat pula. Petanda yang agak baik. He~ Tak payah pergi kerja. Ha~
Oklah. Syaza chau dulu. Terima kasih kerana sudi membaca. He~
Wassalam~
Thursday, April 15, 2010
Huruf S? Senang Saja. :P
Hari ni, Syaza nak buat tag yang telah diberikan oleh Nana. Sebelum pergi kerja, Syaza siapkan ini dulu ya.
Rules: It’s harder than it looks! Copy to your own blog, erase my answers, enter yours, and tag five people. IF YOU CAN'T COPY, please write back. hi-hi. Use the first letter of your name to answer each of the following questions. They have to be real, nothing made up! IF the person before you had the same first initial, you must use different answers. You cannot use any words twice and you can’t use your name for the boy/girl name question.
What is your name : Syaza Syafeeqah.
A four Letter Word : Slow. *Lambat sikit nak fikir. Ha~
A boy’s Name : Syazwan *Boleh perkenalkan diri anda? Saya ingin kenal. Ha~
A girl’s Name : Syarah *Teringat kawan kat Johor. :p
An occupation : Scrutineer *Atau dalam bahasa ibunda pengawas pilihan raya. Tengok kamus. Ha~
A color : Silver. *Terima kasih,bu. Pandai ibu! He~
Something you’ll wear : Scarf :)
A type of food : Spaghetti
Something found in the bathroom : Soap
A place : Sabah *Tak payah susah-susah nak fikir. Saya bangga jadi anak Malaysia. Bha, tiba-tiba! Ha~
A reason for being late : Sleep
Something you’d shout : Sabar la wei!
A movie title : Syurga Cinta *I like this movie ;)
Something you drink : Sirap. :p
A musical group : Saujana *Hentam sajalah labu.
An animal : Singa. Ngaum.
A type of car : Saga :)
A type of fruit : Semangka *Tak tahu? Tembikai la~ Terima kasih ayah.
Alhamdulillah, akhirnya habis juga. Kamu mahu? Ambillah.
Soalan-soalan ini juga diajukan kepada :
Khalilah
Kak FA
UniQika
Kak Zara
ANDA! :)
Wassalam~
Wednesday, April 14, 2010
Tanyalah Apa Sahaja Yang Ada Difikiranmu!
Rindukan Syaza? Ha~ *Mimpi je lah
Pengumuman! Pengumuman!
Syaza dah sediakan kotak pertanyaan untuk kamu . He~ Suka tak? Gembira? Ha~ Nampak tak kat sebelah ni? Tak nampak? Yang putih tu. Ha! Pandai pun. ;)
Tanyalah apa sahaja yang ada difikiranmu! Tak kira apa pun. InsyaAllah, Syaza akan jawab. oK. :)
Syaza sediakan kotak itu, khas untuk kamu. Wah! Bangga tak?
Kalau tak ada soalan, jangan ngada-ngada nak isi kotak itu. Kalau inginkan kepala anda dipancung, dipersilakan sahaja. Dengan tangan terbuka, Syaza terima.
Jangan kamu takut. Syaza tidak sekejam itu. Jadi, sama ada soalan atau bukan, kamu boleh 'menyibuk' di kotak itu. oK!
Syaza dah menerbitkan Diari Saksi Coretan episod yang ke 26. Terima kasih kepada sesiapa yang sudah membaca. Mahu komen dan kritik karya Syaza?
Boleh sahaja. Isi sahaja kotak itu ya. ;)
Ini sedikit sedutan dari cerita Diari Saksi Coretan yang ke 26.
" Mama, mama tak payah nak tunjuk baik dengan Danish lagilah, ma. Mama dah hancurkan harapan Danish, tau tak? Mama dah hancurkan hidup Danish. Pernah tak mama ambil tahu tentang semua tu? Mama cuma gilakan harta, kekayaan, wang ringgit! Mama ni jenis ibu yang macam mana, ha?!" Danish memuntahkan isi yang sendat di jiwanya selama ini.
Pang! Satu tamparan sampai ke muka Danish.
" Danish! Sampai hati Danish cakap macam tu? Mama yang melahirkan Danish. Mama buat semua ni untuk Danish." Datin Iza melepaskan geram.
Ingin teruskan pembacaan anda? Pergi ke sini ya. :)
Wallpaper komputer Syaza sudah berwajah baru. Adik Syaza yang tukar. Comel. Syaza sendiri tersenyum ketika melihatnya. Kamu mahu lihat? Mari Syaza kongsikan!
Apa kata kamu? Comel bukan?
Itu sahaja untuk kamu buat hari ini. Kalau ada apa-apa lagi, akan Syaza ceritakan.
Kepada Nana: Tag yang kamu bagi, insyaAllah lain hari Syaza akan siapkan ya. :) Terima kasih atas tag itu. Arigatou gozaimasu :)
Wassalam~
Tuesday, April 13, 2010
Lagu Apa yang Best? Boleh Kamu Kongsikan?
Syaza nak tanya sikit ni. Meh, sini-sini!
Lagu apa yang best ek? Syaza nak masukkan dalam mp3 Syaza. Disebabkan Syaza bosan kat tempat kerja Syaza, jadi Syaza dengar la lagu-lagu. So, apa lagu yang best? Tak kisahlah, inggeris ke bahasa melayu ke.
Boleh kamu kongsikan? :)
Kalau nak terus hantar kat emel pun boleh. He~
emel: syazasyafeeqah_ajja@yahoo.com.my
Kalau nak bagi link web yang senang nak download pun boleh gak. :)
Kalau tak nak bagi apa-apa pun boleh.
Kamu boleh tinggalkan tajuk lagu dan nama artis. Boleh kan?
InsyaAllah esok Diari Saksi Coretan episod yang ke 26 akan diterbitkan di blog Syaza yang lagi satu ya.
Syaza sekarang ni tengah cari idea nak tulis apa lagi untuk cerita Syaza yang seterusnya. Kadang-kala sampai tak ada idea.
InsyaAllah suatu hari nanti, Syaza akan post tentang tempat kerja Syaza ek!
Jangan lupa bagi tahu lagu kamu ya. ;)
Wassalam~
Sunday, April 11, 2010
Layout dan Temu Duga. Mari Aku Ceritakan!
Alhamdulillah, semalam Syaza dah tukar layout baru. Lebih simple dan ada bunga-bunga. Seperti di taman gi tu. He~
Macam mana, kamu suka? Kamu ingin begini juga atau lebih comel?
Kamu boleh melawat webnya. Syaza letakkannya di Sidebar yang bertajuk Link!
Di sana, ada Syaza tulis ' Background '. Klik saja di situ ya!
Maaf lah kalau lambat sikit nak loading. :) Kasihan kamu. Sabar ya! ;)
Tamatkan perbicaraan tentang layout di sini. Kita beralih pula dengan temu duga Syaza.
Alhamdulillah, akhirnya selesai juga temu duga itu.
Temu duga Syaza diadili oleh 3 orang, seorang lelaki dan dua orang wanita.
Mula-mula, memang rasanya takut. Tapi, di dalam hati hanya berserah kepadaNya.
Dia orang mula-mula suruh introduce diri Syaza dengan menggunakan Bahasa Inggeris. Syaza walaupun agak terkejut, tapi kena cover-cover sikit. Syaza senyum-senyum je.
Syaza hentam je lah, apa yang Syaza tahu. He~
Dia lepas tu tanya pasal penglibatan Syaza dalam kokurikulum di sekolah. Syaza pun beritahu mereka semua. Salah seorang daripada mereka ada juga tanya tentang program PERMATA. Alhamdulillah, nasib baik Syaza ada baca. Tapi, ayat Syaza rasanya tunggang terbalik arr. Ha~
Lepas tu dia tanya, boleh tunjukkan cara kamu untuk mengajar kanak-kanak? Terpulang pada kamu, nak nyanyi ke, bercerita, berlakon, story telling ke. Aku pilih untuk menyanyi. Lagu yang aku nyanyi tidak pernah didengari oleh mereka. Mereka kata, bagus, idea baru. Aku hanya senyum, ketawa.
Ada perkara lain juga mereka tanyakan, tetapi aku rasa aku tidak perlu ceritakan. Kerana aku juga sudah lupa-lupa sedikit apa yang ditanya. He~
Syaza nak ucapkan ribuan terima kasih terutamanya kepada Kak Long kerana beritahu Ajja tentang apa yang perlu dilakukan. Kini, Ajja dah usaha dan dah lakukan apa yang patut. Doa juga sudah kutitipkan kepadaNya.Sekarang hanya tinggal tawakal sahaja. :)
Kalau kamu tidak dapat bayangkan apa yang aku ceritakan, kamu boleh langsung tanyakan padaku. Nanti aku perjelaskan ya.
Wassalam~
Saturday, April 10, 2010
Cengeng? Katalah Apa Yang Kau Suka, Asalkan Kau Bahagia!
Assalamualaikum
Alhamdulillah, dapat juga kita bersua lagi pada pagi yang mulia ini.
Rasa lelah, penat dan ngantuk memang tak dapat dinafikan. Tipulah kalau Syaza cakap Syaza oK.
Makin lama, Syaza rasa macam tak ada semangat untuk bekerja. Sakit badan belakang Syaza, angkat barang-barang. Dahlah Syaza ni kurang calcium. He~
Syaza nak kongsikan dengan korang semua pasal semalam.
Sakit hati, tak bermaya, kecewa, memang bercampur baur.
Pasal apa?
Ah, mungkin kamu semua tidak perlu tahu.
Aku tidak mahu kamu turut merasai kesakitan itu.
Biar aku saja yang merasainya.
Kasihan?
Ah, itu juga tidak perlu kamu tuturkan kepadaku!
Aku sudah biasa dengan segala cacian, walaupun ia hanya gurauan.
Biarkan saja aku terbengkalai dalam jiwaku,
Bermain dengan perasaan yang menghempapku.
Terlalu peritkah kesakitan tu?
Kamu mahu aku kongsikan?
Aku rasa tidak perlu.
Kata-katanya menusuk ke jiwa.
Ketika aku perlukan teman, ini yang kamu lontarkan?
Cengeng.
Adakah ini benar-benar kawan?
Kamu dapat rasakan apa yang aku rasa?
Tidak? Ya?
Ketika aku perlukan teman,
Kalau kau ingin tahu, aku fikir 1000 kali untuk menghantar pesanan ringkas pada kau.
Tetapi, bila kau balas pesanan ringkas itu,
Aku ingat kebosanan dan kesepianku akan terhapus.
Tetapi, harapanku hancur apabila cacian yang kau berikan!
Aku pinginkan nasihat atau pembakar semangat, tetapi ini yang kau berikan pada aku?
Ketawa duka.
Memang aku yang salah langkah kerana aku pilih kau untuk berkongsi kebosananku.
Kamu katalah apa yang kau suka, asalkan kau bahagia!
Biarkanlah aku keseorangan.
Walaupun kau kata itu guruan tetapi aku dapat rasakan itu sindiran.
Kau ketawa semasa kau tuturkannya.
Kau ulangi perkataan itu banyak kali.
Aku rasa sakit! Perit!
Aku tidak meluahkan segalanya pada kau kerana aku kenal dan faham kau bagaimana.
Kau kenal aku, tetapi kau tidak pernah faham aku.
Mungkin juga kau tidak kenal dan faham aku.
Itu yang aku rasa.
Kecewa.
Kamu semua mahu tahu siapa?
Aku rasa tidak perlu kerana kamu akan mengenalinya.
Aku tidak mahu sakitkan hatinya.
Dia tidak akan tahu apa yang aku rasa kerana dia tidak pernah menjenguk blog aku ini.
Dan aku harap dia tidak akan menjenguk blog aku.
Kalau dia tahu, apa lagi yang dia akan lontarkan padaku.
Keluhan resah aku lepaskan.
Aku hanya perlu konsikan kedukaanku pada Yang Memahami diriku.
Mungkin aku tidak perlukan kau.
Senyum paksa.
Wassalam~
Thursday, April 8, 2010
Kena Temu Duga? Oh, Tidak!
Post kali ni mungkin tak panjang sangat kot. He~
Syaza cuma nak bagi tahu korang semua yang Syaza sayangi dan kasihi, Syaza tadi dapat mesej dari pihak UPSI supaya check di laman webnya sama ada dapat temu duga atau tak.
Alhamdulillah, Syaza dapat pergi temu duga untuk Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak di UMS, 11.04.2010.
Syaza pergi la laman web dia, ini yang Syaza baca :
NAMA : SYAZA SYAFEEQAH BT MOHAMMAD KHASNAN
NO. KAD PENGENALAN : 92062101****
ANGKA GILIRAN : Q0100100004
TARIKH TEMU DUGA : 11/04/2010 (AHAD)
PUSAT TEMU DUGA : UMS, KOTA KINABALU, SABAH
Butiran lengkap mengenai tarikh, masa dan tempat melapor diri adalah
seperti yang dinyatakan dalam Slip Menghadiri Temu Duga.
Selamat menjalani temu duga.
Selamat Maju Jaya.
.................................................................................
Tapi, Syaza risau gak, sebab tak berpengalaman. Korang boleh bagi tahu sikit tak pasal temu duga - temu duga ni? Tolong ek! :)
Doakan Syaza ek untuk temu duga nanti! ;)
InsyaAllah esok Syaza akan post Diari Saksi Coretan episod yang ke 24. Tunggu ek!
Itu je. Arigatou gozaimasu.
Wassalam~
Wednesday, April 7, 2010
I'm Really Need A Friend! Can You Be The One?
Alhamdulillah, hari ni kita bersua lagi di entri Syaza yang ini. He~ Walaupun diri ini diserang selsema, namun kutabahkan jua untuk mengepost sesuatu di blog ni. Cewah~
oK, dari tajuk pun korang dah boleh tahu tahap keboringan atau dalam Bahasa Malaysia dikenali dengan kebosanan Syaza apabila bekerja. Walaupun Syaza makin sebati dengan kerja Syaza, tetapi bosan yang teramat sangat sentiasa melanda diri ini. Biasanya, pabila dah nak petang tu, hai... memang lah. Tak boleh dinafikan. Hu~
I'm really need a friend! Can you be the one? He~
Syaza memang nak cari pasangan yang boleh diajak berbual, bercerita. He~
Bukan cari pasangan hidup, tapi pasangan untuk temankan Syaza kat gerai.
Tapi kalau pasangan hidup sampai pun, boleh la. Ha~ Nanti ada orang marah la pulak. He~
Syaza dapat kawan baru lagi! He~
Apa Syaza ni? Kata boring, tak ada kawan, tapi ada kawan baru? Haish, pening-pening...
Tadi Syaza ada berkenalan dengan kawan baru. He~
Dia selalu balik awal, sebab tu kemajoritan = kebanyakan sebelah petang Syaza memang boring.
Tadi hujan, alhamdulillah. Orang pun kurang lalu lalang. Ya Allah, teramatlah boring. Sunyi je kat Wisma MUIS tu. Syaza macam nak tutup kedai awal je. Sebab dah tak ramai orang. Tengok jam, baru pukul 2.50 petang. Syaza sepatutnya habis kerja pukul 4.30 petang. Ya Allah, seksanya! Memang betul orang kata, Penantian itu satu Penyeksaan!
So, Syaza memang offer orang datang temankan Syaza. Tapi, sorry la ek, tak ada gaji. He~ Korang boleh datang situ, jalan-jalan. Syaza tak kisah pun. Macam entri sebelum ni, Syaza hanya boleh belanja makan je. Syaza sendiri pun belum dapat gaji. He~
Kak Ina, cepat la balik Sabah! Ha~
Syaza sekarang ni, tak berapa sihat, tapi kerja tetap kerja. Kadang-kadang macam nak nangis je kat gerai tu, sebab tak ada kawan nak berceloteh. Tadi balik kerja, gerimis-gerimis. Syaza ni, dah la naik kenderaan yang tidak berbumbung dan mempunyai dua tayar. Syaza redah je lah, walaupun badan ni sakit, tapi apa boleh buat.
Hujan tu pun, dah cukup bagus. Bersyukur sangat. Alhamdulillah. Sebab dah lama tak hujan. Macam nak bertambah sakit pula. Ibu tadi cakap, tak payah pergi kerjalah. Syaza cakaplah, tak boleh. Siapa nak jaga gerai. Jadi, Syaza kuatkan zahir dan batin untuk menyetat -= menghidupkan motor.
Alhamdulillah, selamat sampai dan selamat kembali!
So, ada tak yang nak temankan Syaza seumur hidup?
oK lah, itu sahaja.
Wassalam~
Monday, April 5, 2010
Aku BERSYUKUR + GEMBIRA = TERIMA KASIH!
Apa khabar kalian?
Syaza harapkan kalian semua sihat hendaknya.
Diri Syaza ini seperti ingin diserang selsema pula.
Doakan Syaza cepat sembuh ya.
Kenapa Syaza dapat rasakan ayat-ayat di atas seperti skema?
Ha~
oK. Relax semua. Syaza sengaja.
Tring...
Syaza bertukar! Ha~
Syaza nak ucap puluhan + ratusan + ribuan + jutaan = berbanyak-banyak terima kasih kepada ayah dan ibu yang tidak terhingga kerana memberikan hadiah yang tidak disangka-sangka. Cewah~ Hadiah itu sudah cukup berharga bagi Ajja. Terima kasih ayah dan ibu! Sayang ayah dan ibu!
Syaza amat bersyukur kepadaNya kerana DIA telah mengurniakan keluarga yang amat berharga kepada Syaza. Cewah~
Kalau dah bersyukur tu, mestilah gembira kan!
Actually, isi penting dalam post Syaza ni ialah Syaza cuma nak ucapkan TERIMA KASIH kepada AYAH DAN IBU.
That's it!
.................................................................................
Syaza dah mula oK dengan kerja Syaza. Sesiapa yang nak temankan Syaza? Syaza tanya betul-betul ni. Syaza perlukan kawan untuk bercerita. Kalau tak, teramatlah boring Syaza di situ. Duduk-duduk, baca buku. Baca buku, duduk-duduk. Kalau ada customer, berdiri, duduk balik. Hu~ Ada sesiapa yang nak temankan?
Tetapi...
Tak ada gaji arr. Syaza belanja makan. Nak? He~ Nampak sangat kebosanan yang melanda diri.
So, ada yang temankan? He~ Terbuka kepada orang Sabah yang duduk di Kota Kinabalu. Ha~ Siap buat syarat lagi. Yalah, lain lah kalau orang semenanjung sanggup turun Sabah semata-mata nak temankan Syazakan. Kalau nak, tiket kapal terbang bayar sendiri lah ek. Syaza cuma boleh belanja makan je. He~ Mesti korang tak nak kan.
Tak apa arr. Syaza main-main je. Padahal memang perlukan kawan di MUIS tu. Hu~
oK lah. Rasanya itu sahaja.
Wassalam~
Sunday, April 4, 2010
Yang Tertangguh Dahulu, Sudah Aku Langsaikan.
Ingat lagi tak yang Syaza nak bagi tahu something kat korang.
Dah sedia?
Kita bolos saja dinding itu! He~
..................................................................................
Kesibukan kerja membuatkan aku buntu.
Tidak ada apa-apa yang dapat mengeluarkan idea daripada kotak fikiranku.
Orang berjalan ke sana ke mari, lebih menarik perhatianku.
Ah, aku cuba untuk melarikan diri dari semua itu.
Tapi, aku tidak mampu.
Aku biarkan masa berlalu,
Satu muka surat sahaja yang biasa dapat kutulis,
Aku semakin tiada perasaan,
Membaca buku, mendengar perbualan orang,
Itu kerja harianku di gerai tempat ku berkerja.
Aku rindukan hasil karyaku,
Aku mahu aku yang dulu!
Hatiku menangis, meronta kerana karyaku terhenti.
Tapi, jangan kamu risaukan aku,
Ini luahan perasaanku yang dahulu,
Kini, aku sudah kembali ke minatku,
Sudah berkarya semula,
Tapi, perlahan-perlahan aku mulakan semua itu! :)
p/s: Masih GUMBIRA tentang semalam. Ha~
Wassalam~
Saturday, April 3, 2010
Post Ke-3 Dalam 1 Hari ;)
Actually, Syaza ditugaskan sekali lagi untuk menjawab tag yang telah diberikan oleh Kak FA. Siapa Kak FA? Anda boleh cari di Rakan Cyber tu ek.
oK, now here we go!
[#1] Siapakah diri anda di rumah?
Sebagai anak + adik kepada 2 orang kakak + kakak kepada seorang adik. ( Faham tak? Kalau tak faham buat-buat faham lah ek! He~ )
[#2] Siapakah diri anda disamping rakan?
Kawan diaorang lah. Mungkin seorang yang menceriakan hidup mereka. ( Cewah~ Poyo pula. Astaghfirullah )
[#3] 5 benda yang anda idamkan tetapi masih belum tercapai.
1.Nak menunaikan haji + umrah. ( InsyaAllah )
2.Nak handphone. Hu~
3.Nak cinta dariNya. Hu~
4.Nak laptop. Supaya tak lah boring kalau bekerja tu. He~
5.Nak suami yang mempunyai ciri-ciri yang diidam-idamkan. ( Cewah~ Macam tak ada kena mengena je. Kecik-kecik dah pandai berangan. Kecik ke? Ha~ )
[#4] Siapakah nama pasangan anda?
Pasangan? He~ Biarlah rahsia... ( Cewah, poyo je. Padahal tak pernah ada pun. Ahaks. )
[#5] Ceritakan 5 perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda.
1.Dia taat pada perintahNya
2.Dia handsome
3.Dia simple
4.Dia mudah untuk senyum
5.Dia... Entah le.
Syaza tulis-tulis je, ciri- ciri lelaki yang Syaza pernah kenal. Ha~
[#6] Bila tarikh anda couple?
Maaf ye, tak main arr couple-couple ni. Kita orang nanti besar terus kahwin je. Ha~
[#7] Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?
No idea. He~
[#8] Lagu tema cinta anda?
Cinta Dalam Hati. ( Ini lagu 'cinta' yang Syaza suka. He~ )
[#9] Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda?
Lebih tabah mengharungi cubaan dan dugaan dariNya. ( Syaza tujukan kepada kawan-kawan lelaki yang Syaza kenal la ek. Sebab Syaza selalu jadi kaunselor diaorang. He~ Tapi yang penting diaorang bukan PASANGAN Syaza. :))
[#10] Tag 10 rakan ada yang lain
Macam biasa lah ek! Korang tolong lah ambil tag ni! ( Dah menangis, meraung dah kat sini ni. He~ )
oK. Done gak!
Wassalam~
Award From UniQika
Sebenarnya lama dah award ni diberikan oleh UniQika ni. Tapi, maaf le, tak ada masa nak tulis. :) Tapi, hari ni kembali bersemangat walaupun mata terasa berat. He~
Syarat - syarat nya ialah :
1.THANK & LINK THE PERSON THAT GAVE YOU AWARD
2. PASS THIS AWARD ONTO 15 BLOGGER YOU'VE RECENTLY DISCOVERED AND
THINK ARE FANTASTIC
3.CONTACT SAID BLOGS AND LET THEM KNOW THEY'VE WON THE AWARD
4.STATE 7 THINGS ABOUT YOURSELF
..............................................................................
1. Firstly, tQ to UniQika because gave me this award. I'm really aprreciate it! Cewah~
3. Part yang ni pula, Syaza minta ampun dan maaf kerana Syaza tak ada masa untuk beritahu kat shoutbox korang. So, tolong la ambil ek. Hu~ ( Merana hidup kita kalau korang tak ambil. He~)
4. 7 things about myself:
- Islam
- Melayu
- Seorang yang peramah apabila dikenali
- Seorang yang agak pendiam bagi yang tidak dikenali
- Mudah senyum
-Ingin berjaya di dunia dan di akhirat
- Gemar menulis dan membaca
oK, DONE!
Wassalam~