Friday, June 13, 2008

Madah

Madah - Jagalah Hati
Hati kena jaga,ia adalah wadah.Rebutan di antara malaikat dan syaitan. Kedua-duanya berlumba-lumba mengisinya.Jiwa yang bersih,malaikat yang mengisinya; iman, ilham, pimpinan insan.Jiwa yang kotor,syaitanlah yang mengisinya,isinya keraguan, kekufuran dan was-wasnya.

Barokah - Menjaga hati bukanlah semudah menjaga anggota lahir kita. Contohnya kalau kita hendak menjaga kaki kita dari terkena kotor pakailah kasut selesailah masalah itu. Tapi kalau nak membentengi hati kita dari kekotoron mazmumah amatlah payah sekali. Terlalu payah hatta didalam kita sedang beribadah mengadap Tuhan sekali pun hati kita akan boleh terpalit juga denagn mazmumah ini. Tanpa pimpinan guru mursyid amatlah payah menjaga hati ini. Wallah A’lam

Madah - Cinta Tuhan
Cinta Tuhan, cinta yang kekal abadi. Cinta Tuhan, cinta yang membawa kebahagiaan yang berkekalan. Cinta Tuhan adalah cinta yang martabat tertinggi. Rafiqul A’la, Sahabat Yang Tinggi Lagi Setia.

Barokah - Kenapa kita masih mengejar cinta selain Tuhan sedangkan semua cinta-cinta itu adalah cinta murahan dan tidak berkekalan. Cintakan Tuhan adalah abadi dan sebenar-benar cinta kerana ia memberi kebahagian dunia dan akhirat. Biar apa pun yang berlaku dalam hidup kita, kebahagian pasti milik kita asalkan kita mencintai Tuhan. Tuhan sememangnya amat mencintai kita dan mengasihi kita sehingga Dia tidak pernah lupa melayan kita. Wallah A’lam

No comments:

Post a Comment