Nuffnang Ads

Tuesday, March 26, 2019

Review: Cosmoderm Vitamin E Facial Cleansing Foam

Assalamualaikum and hello everyone.
Yeah, setelah 2 tahun seterusnya, entri baru menyergah.
So, kali ini saya nak buat review some product yang Syaza dah cuba dan guna secara jujur.

Cosmoderm Vitamin E Facial Cleansing Foam

Sebelum pergi lebih lanjut, skin type Syaza ialah Normal to Dry.

Okay, mula-mula guna pencuci muka ni rasanya macam lain sikit.
Maksud Syaza selalunya kalau pencuci muka yang Syaza guna sebelum ni, teksturnya macam lebih kurang.
Tapi yang ni, macam lebih kepada minyak sikit, mungkin sebab ianya ada campuran dengan Rosehip Oil.
Guna pun tak perlu banyak sangat, cumanya kadang-kadang dia terkeluar banyak.
So, gosok je lah kat muka. Hah~



Sebenarnya Syaza ni suka cuba pencuci muka.
Alhamdulillah mostly pencuci muka yang Syaza cuba, takadalah masalah pada Syaza, cumanya mungkin ada certain yang tak sesuai.
Kalau rasa macam tak sesuai, Syaza memang stop.

Apa yang tertulis di packaging, ianya sesuai untuk kulit Normal & Dry Skin.
Syaza pun dah check kat skicarisma.com dan cosdna.com tentang ingredientsnya.


Yang paling Syaza suka bila ingredients alcohol-free.
Sebab kalau kulit kering, kalau boleh elakkan bahan yang ada alcohol - sebab boleh mengeringkan kulit.
Tapi kalau korang boleh hydrate dengan yang lain (toner, essence, serum) so terpulang.



Apa yang tertulis di situ, ada bahan-bahannya yang merupakan bahan brightening.
Secara jujurnya, tak ada apa-apa kesan pun pada muka Syaza. Haha.
I don't know either my skin become more brighter than before sebab pencuci atau sebenarnya rutin yang lain. Haha.
Cerah pun tak cerah mana.
Kalau skala 1(putih melepak) - 10 (gelap+kusam), Syaza dalam skala 6.
Sekarang mungkin dah 5.5. Haha

Ingredients: Water, Glycyrrhiza Glabra (Licorice) Leaf Extract, Rosa Canina Fruit Oil, Propylene Glycol, Vaccinium Myrtillus (Bilberry) Extract, Citric Acid, Sodium Laureth Sulfate, Polysorbate 20, PEG-150 Distearate, Cocamidopropyl Betaine, PEG-7 Glyceryl Cocoate, Imidazolidinyl Urea, Cocamide DEA, Citrus Grandis (Grapefruit) Leaf Extract, Solanum Lycopersicum (Tomato) Calyx Extract, Citrus Limon (Lemon) Leaf Extract, Fragrance.


So, dalam ni ada fragrance.
Tapi ianya ada dalam 3 ingredients yang terakhir.
Bau cleansing foam ni (yang tak foam sangat. Haha), lebih kepada macam bau facial oil.
Rasanya bau rosehip oil tu.

Lepas pakai ni, memang rasa lembab pada muka.
Tapi, pada Syaza, bila dia claim that ianya anti scar, malangnya ianya tidak memberi kesan kepada parut-parut kecil yang ada dimuka Syaza.
Sampai dah habis guna pun masih tak hilang.
So, jangan terlampau bagi harapanlah untuk hilang parut tu. Haha.
Mungkin korang bolehlah guna Vitamin C ke, Niacinamide ke untuk hilangkan parut tu.

Actually, Syaza rasa packaging dia kurang sesuai untuk tekstur yang sebegini.
Sebab kalau Syaza bawa travel, kadang-kadang dia pandai terkeluar.
Jadi, Syaza kena balut guna tisu kat cap dia, supaya tak terkena beg.

Harga yang dijual biasanya kalau promosi dalam RM17++, 125 ml.
Agak berpatutan jugalah.

Repurchase? 
Maybe not sebab susah nak bawa jalan. Syaza dahlah selalu ada urusan luar kawasan.
Tapi, kalau tak ada pilihan, Yes, I will purchase it again.

Itu sahaja.
Wassalam~

Wednesday, November 1, 2017

Kejayaan Aku Milik Mereka

Bismillahirrahmaanirrahim~
Assalamualaikum w.b.t.

Wah... Dah 2 tahun tak tulis blog.
Tiba-tiba rasa nak tulis something here - for memories.

***

Alhamdulillah, syukur - Terima kasih Allah atas segala nikmat dan rezeki yang Kau berikan selama ini.
Alhamdulillah, aku dah bergraduasi pada 26 Oktober 2017 (Khamis) yang lepas.

Konvokesyen aku kali ini agak berbeza dan punya rasa yang bercampur-baur.
Ibu ayah aku tidak dapat menghadiri konvokesyen aku kali ini.
Yang dapat hadir hanya kakak sulung aku.
Jadi, tidak mengapalah.
Kita hanya merancang, Allah yang menentukan.

Perjalanan sepanjang pembelajaranku tidak begitu mudah.
Ya, aku tahu tidak ada yang mudah dalam mencari ilmu.
Pengorbanan, usaha, tanggungjawab, amanah - semua perlu dipikul dalam satu masa.

Kau belajar, tetapi kau perlu beri komitmen kepada persatuan, kelab, organisasi dan sebagainya.
Kau belajar, tetapi kau perlu bahagi masa nak makan, tidur, belajar, perjumpaan, mesyuarat, simposium, aktiviti kelab dan macam-macam lagi.
Sampai satu saat, kau tidak kenal erti penat.
Sampai satu saat, kau tidak kenal erti rehat.

"Kau tak penat ke Syaza?"
"Kau ni tak pandai rehat ke Syaza?"

Jawapan aku, "Tipu kalau aku tak penat." "Tipu kalau aku tak nak rehat." 
Tetapi atas dasar tangungjawab, amanah yang diberikan begitulah kehidupan aku.


Bersama Kak Long
Aku percaya dalam sedikit kepayahan aku menuntut ilmu ini, ada yang lebih payah dari aku.
Alhamdulillah, dalam kepayahan aku ada Allah yang memudahkan.
Ada keluarga aku yang sentiasa beri semangat.
Ada sahabat-sahabat aku yang sentiasa beri sokongan antara satu sama lain.


Terima kasih Wani dan Kak Wani
Aku bukanlah orang yang mengejar 'pangkat'.
Bagi aku, keputusan aku tidak perlu dikhabarkan satu dunia.
Cukup keluarga aku yang tahu.
Kerana sahabat aku sendiri tidak tahu. Hah~
Kerana apa?
Aku sangat takut ada perasaan riak yang terselit walau sedikit dalam diri.
Jadi, biarlah ianya rahsia.

Cukup bagi aku menjadi kebanggaan keluarga dan orang yang terdekat.
Terima kasih semua.

Antara orang kuat dalam hidup
Aku bukanlah orang yang dikenali ramai.
Kerana aku selalu bekerja hanya belakang tabir.
Aku bukanlah orang yang petah berbicara.
Namun, kelebihanku jarang sekali aku tonjolkan.
Maka, aku biarkan.
Siapa yang tahu bagaimana diriku, maka mereka kenallah aku.

Bersama Prof Amin, TNC HEPA UPSI
Penat lelah aku yang tidak seberapa ini, tidak dapat kubayar dengan penat lelah ibu ayahku yang selama ini medidik aku.
Yang selama ini kerah keringat dan waktu untuk menyara pengajianku.
Yang selama ini tidak kenal erti lelah untuk mencari rezeki buat pengajianku.

Jujur, aku tidak mengambil pinjaman PTPTN dan mendapat mana-mana biasiswa.
Fully, ayah aku yang tanggung.
Tapi, alhamdulilah dengan rezeki yang ayah cari selama ini, itulah keberkatan yang aku dapat dengan kejayaan yang aku genggam sekarang.

Tidak mengapa ibu ayah tak dapat datang konvo aku pada hari tersebut.
InsyaAllah datang masa jubah itu punya dua garis tepi ya. ;)

Bersama boyfriend, Sufi Rifqi
Apa-apa pun, Alhamdulillah.
Terima kasih semua.
Terima kasih Allah, keluarga dan rakan-rakan kerana sentiasa ada.

Saya gabungkan gambar Diploma dan Degree ya, supaya ibu ayah ada. ;)

Jangan pernah penat untuk mencari ilmu.
Semoga ilmu yang kita tuntut bermanfaat buat diri kita dan seluruhnya. Aamiin.;)

Finished!

Wassalam~