Saturday, January 31, 2015

Friday, January 30, 2015

Tiada Nanti Bagimu.

Assalamualaikum.



Tiada Nanti Bagimu.

3.30 petang, 31 Januari 2015, Sabtu.

"Kejaaaaapppp... Bagi aku sesaat..." kata Si Pulan.
"Maaf, tiada sudah masa bagimu," jawab Malaikat Maut.
"Allaaaaaahhhhhhh!!!"

Ajalnya telah pun sampai, tanpa Si Pulan sempat solat Zohor tadi.

***

Na'uzubillah.
Pertamanya, ayuh doa, semoga kita mati dalam Iman dan Islam. Amin~
Semoga kematian itu merupakan saat indah kita untuk bersama Pencipta kita.
Semoga kita bersedia dengan sebenar-benar sedia.

Sebelum saya meneruskan penulisan saya, ingin saya bertanya kepada pembaca,

"Dah solat?"

Sekiranya belum, maka tunaikanlah apa yang wajib dahulu, lepas tu sambung semula ya.
Sekiranya sudah, alhamdulillah. Anda boleh teruskan pembacaan.

Sebab apa saya tanya sebegitu?
Kerana soalan ini juga saya ingin balas dengan persoalan.
Anda tahu waktu mati anda bila?

Disebabkan kita sendiri tak tahu bila ajal kita, maka kita perlu bersedia.
Sekurang-kurangnya kita dah langsaikan solat kita.
Sekurang-kurangnya, soalan pertama nanti dapat kita jawab dengan tenangnya. InsyaAllah.

Solat itu hukumnya wajib, sayang.
Solat itu tiang agama.
Kalau rumah tak ada tiang, maka robohlah ia.
Begitu juga dengan agama kita.
Sekiranya tak solat, maka 'runtuh' agama dalam diri kita.

Solatlah pada awal waktu.
Kenapa?
Kerana, adakah kau tahu kau masih bernyawa pada akhir waktu?

Jangan melengah-lengahkan solat.
Kita tak tahu ajal kita bila.
Sekiranya, ajal kita datang sebelum kita tunaikan solat, bagaimana ya? Allahu rabbi~
Na'uzubillah... T_T

Kadang-kadang, kita me'nanti'kan solat tanpa kita sedar.
Bagaimana?

Situasi 1:

"Wei, jom solat."
"Jap."

Situasi 2:

"Dah masuk waktu. Jom."
"Aku settlekan kerja ni dulu jap."

Situasi 3:

"Aku solat dulu ek."
"Em..."
5 minit kemudian, masih tak sertai solat.

Situasi 4:

"Jom solat."
"Aku balas mesej dia kejap."

Pernah buat?
Saya sendiri pernah buat.
Kan saya kata, tanpa sedar kita melengah-lengahkan solat.
Allahu rabbi~


ثَلَاثٌ لَا تُؤَخِّرْهَا : الصَّلَاةُ إِذَا أَتَتْ ، وَالْجَنَازَةُ إِذَا حَضَرَتْ ، وَالْأَيِّمُ إِذَا وَجَدْتَ لَهَا كُفْئًا

Maksudnya : Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemuinya yang sesuai untuknya.

(Riwayat At-Tirmizi )
***

Ada satu kisah, sekumpulan kawan pergi jalan-jalan jauh dari tempat tinggal. Perjalanan dimulakan selepas Subuh. Perjalanan memakan masa lebih kurang 2 jam. Dah puas jalan-jalan, mereka nak pulang ke rumah. Azan Zohor dah memanggil dari tadi. Sekarang menunjukkan jam 3.00 petang.

Mereka singgah ke kedai makan untuk mengisi perut. Masing-masing dah kenyang kegembiraan. Seorang daripada mereka mengajak rakan-rakannya untuk solat, tetapi seruannya disahut dengan senyuman dan buat-buat tak dengar rakan-rakannya. Dia gagahkan diri untuk pergi solat dahulu. Dia menunggu pintu dibuka oleh rakan-rakannya yang lain. Tiba-tiba, pintu dibuka. Dia tersenyum, namun senyumannya hanya sementara. Wajah yang tidak dikenali dihadapan pintu. Hatinya rasa seperti ingin menangis dan tertanya-tanya, "Mana rakan-rakannya yang lain?"

Setelah selesai solat, dia menuju ke kenderaan untuk pulang. Rakan-rakannya menunggu di dalam kenderaan. Dia hanya tunduk tanpa melihat wajah rakan-rakannya. Dia hanya mampu mendoakan perjalanannya selamat.

Dia melihat ke luar tingkap... Jauh merenung...

"Assalamualaikum..."
"Waalaikumussalam. Awak siapa ya?"
"Malaikat maut."
"Ha? Saya tak solat lagi! Saya tak sedia lagi!"
"Bukankah Allah dah berikan masa yang banyak untuk kamu bersedia?"
"Kejaaaaappppp. Bagi aku masa sesaat."
"Maaf, tiada sudah masa bagimu."
"Allaaaaaahhhhhh!!!!"

Seorang rakannya terbangun dari tidur. Pucat wajahnya. Segera dia menyuruh rakannya berhenti di surau yang berhampiran untuk solat.
Rakannya hanya senyum dan bersyukur. Alhamdulillah, Allah masih berikan kau masa untuk bertaubat.

***

Oleh itu, sekiranya masuk waktu solat, solat.
Tiada nanti bagimu.
Kerana kita tidak tahu ajal kita bila.

Wallahu'alam.

Wassalam~

Tuesday, January 27, 2015

Tolong Aku Boleh?

Assalamualaikum.



A: Aku nak berubah, tolong aku boleh?
B: Maaf, aku bukan Ustazah.

Pssstttt...
Saya nak bagi tahu ni, memang kita bukan Ustazah ataupun Ustaz, tetapi kita ni sebagai Khalifah di dunia ini, maka kita perlu bantu rakan-rakan kita yang memerlukan kita. Lagi-lagi bab sokongan dalam Agama.
Walaupun kita bukannya pakar dalam bab agama, tetapi mungkin rakan kita percaya pada kita untuk bantu dia berubah ke arah kebaikan.
Rakan kita nampak potensi kita untuk bantu dia - bagi sokongan pada dia dalam apa cara sekali pun.
Maka, jangan menolak.
Kita perlu bantu.
Bantu semampunya.
Sekurang-kurangnya, sentiasa mengingati dia.
Mengingatkan dia untuk sentiasa mengingati Allah.

Der, takkan kau nak masuk Syurga sorang-sorang der.
Kau tak kesian kat kawan kau ke?
Jangan sampai kau masuk Neraka sebab tak bantu dia masuk Syurga.
Kau nak macam tu?
Mesti tak nak kan...
Jadi, kan seronok masuk Syurga sama-sama.

"Aku bukan tahu bab-bab agama."
Kalau rakan kita tu tak nampak potensi kita untuk bantu dia, dia takkan letakkan kepercayaan dia pada kita untuk bantu dia.
Kalau tak tahu bab-bab agama, mesti tahu 'tajuk utama' dalam agama kan?

Sayang, Allah dah pilih kita untuk bantu dia berubah.
Kenapa lepaskan peluang keemasan ini?
"Emas apa macam ni?"
Hello, didn't you see that Allah try to help you to bring you in His Paradise?
Kalau kita bantu agama Allah, Allah akan bantu kita.
Percaya itu bukan?

“Wahai orang-orang beriman, jika kamu bantu Allah nescaya Ia akan bantu kamu.” (Surah Muhammad: Ayat 7)
"Aku tak retilah nak bagi nasihat agama ni, aku bukan sekolah agama pun."
Kakak-kakak, abang-abang, nak nasihat agama ni tak perlu nak sekolah agama.
Tak perlu.
Kita Islam bukan?
Semua yang beragama Islam itu, saudara kita bukan?
Maka, nasihat mereka sekiranya anda sayangkan saudara anda.
Sanggup anda tinggalkan saudara anda sendirian?
Semestinya tidak, bukan?
Nak nasihat orang tak perlu nak jadi Ustazah mahupun Ustaz.
Kita di dunia ini adalah sebagai Khalifah.
Maka, setiap dari kita ada tanggungjawab kita untuk bantu saudara kita.
Takkan nak nasihat untuk ajak solat pun tak boleh?
"Jom solat."
Susah?
Memang susah. Ya, saya tahu. :')

Nak ajak solat seperti nak ajak berjihad.
Sedangkan kita nak bawa kepada kebaikan.
Tapi kita takut sangat.
Sebab apa?
Sebab kita takut kita sakitkan hati dia.
Tapi, biarkan sahaja, pekakkan telinga.
Ajak sahaja.
Kita dah buat part kita, selebihnya terpulang pada dia.
Doa yang baik-baik padanya.

"Aku dah cuba banyak kali untuk dia berubah, tapi dia tak pernah berubah."
Hati manusia ni, Allah yang pegang.
Kita tak mampu nak mengubah hati orang semahu kita dengan sekelip mata.
Hidayah itu milik Allah.
Allah akan berikan kepada orang yang Dia kehendaki dan Allah boleh tarik balik daripada orang yang Dia kehendaki.
Yang penting, kita jangan pernah kenal erti putus asa untuk membantu seseorang itu berubah.
Selebihnya kita serahkan pada Allah.

"Aku dah cuba untuk berubah, tapi mesti sekejap sahaja perubahan itu."
Kawan, kau kena kuat.
Nak masuk Syurga memang payah, sebab Syurga tu manis.
Maka usaha sehingga habis.
Jangan sekerat jalan.
Kalau kau rasa kau tak mampu, kau kena percaya Allah sentiasa ada.
Sentiada ada dengan kamu.
Kau mohon kekuatan pada Allah kerana Dia Maha Kuat.
Kau berubahlah kerana Dia.
Isikan hatimu itu dengan cintaNya. InsyaAllah, perubahan itu akan kekal selamanya.
Percayalah.
Akarnya ialah letakkan kepercayaan dan diri kita 100% pada Allah. InsyaAllah kau akan istiqamah.

Oleh itu, sekiranya ada orang yang minta pertolongan daripada kita untuk berubah, jangan lari walaupun kita bukan Ustaz atau Ustazah.
Tapi ingat, kita ialah Khalifah.
Maka, bantu dia semampunya.
Mohon pada Allah untuk beri kita kekuatan untuk bantu dia.
Kita nak masuk Syurga sama-sama kan. :')
Moga usaha kita itu membawa kita ke Syurga walaupun hanya sedikit. InsyaAllah.

Wallahu'alam.

Wassalam~

Thursday, January 22, 2015

[Photography] Astaka Morocco.

Assalamualaikum and olaaa everyone.

Lepas habis exam, 12hb Januari tu, balik ke Klang ke rumah Kaklong.
Sebelum tu, singgah UiTM Shah Alam dulu jumpa adik.
Lepas tu, esoknya memang nak jalan-jalan pergi Bangi Gateway.
Adik yang ajak.
Sebelum tu, duk Google arah macam mana nak pergi, tapi Syaza memang dah banyak kali gak pergi Bangi, cuma tak pernah drive ke sana. Haha.
Pergi sana bukan naik kereta ya, tapi naik motor.

Peta entah ke mana, sebab main redah ikut jalan biasa yang kakak bawa.
Alhamdulillah, sampai gak.
Pergh, memang sakit badan bila sampai. Haha.
Sebab lama tak bawa motor jauh-jauh. Haha.
Sekali bawa, terus jauh. Fuhhhh, memang sakit badan.
Penuhi permintaaan adik kan.

Lepas pergi Bangi Gateway tu, singgah Alamanda.
Pusing-pusing Alamanda, lepas tu pusing Putrajaya.
Tengok ada taman-taman, singgah la kejap kat Astaka Morocco.
Tak pernah pergikan. Haha.
Jadi singgahlah walaupun dah banyak kali pergi Putrajaya, tapi ni kali pertama pergi taman dia. Haha.

Sampai-sampai, apa lagi, sesi bergambar bermula. Hoho.
Astaka Morocco ni memang sesuaila, buat nak photoshoot kahwin ke, apa-apa lah.
Sebab tempat dia pun sunyi-sunyi, dekat dengan tasik.
So, bolehlah shoot kat situ.
Yang penting percuma. Hoho.




Bersama adik saya sorang ni. Hehe.



See, cantikkan? ;)

Peace yo! Bila lagilah nak pergikan. Haha.
So, pengalaman yang sangat bermakna sebab pergi jalan-jalan naik motor sampai ke Bangi.
Pengalaman sakit pinggang. Haha.
Bolehlah kalian pergi ke Putrajaya, sebab memang banyak tempat photoshoot yang cantik-cantik.
Taman-taman yang kat sini pun memang cantik. Putrajaya kaaannn... Mestilah cantik. Hehe.

Itu je kot.
Wassalam~

Wednesday, January 21, 2015

[Photography] Geng Serumah dan KAMI.

Assalamualaikum and olaaa everyone.

Hari ni nak tunjuk gambar hasil tangkapan kawan-kawan selepas habis peperiksaan hari tu.
Yelah, lepas habis exam, semua dah seronok nak balik.
Yang geng serumah, sem depan dah tak serumah dah.
Semua bawa haluan masing-masing.

Syok serumah dengan diaorang ni.
Makan sama-sama.
Cerita sama-sama.
Diaorang ni, boleh pula buat wayang kat rumah. Haha.
Malam-malam, lepak tengok movie kat dalam bilik 1. Haha.
Diaorang ni gila-gila.
Senang dengan diaorang.
Duk ngata depan-depan pun tak kisah.
Sebab dah satu rumah, kira macam satu keluarga.
Kira nasihat untuk diri masing-masing, macam tu.
Macam suka duka bersamalah kononnya kita orang ni. Haha.

Sayang sangat dengan diaorang ni.
Sayu juga sebenarnya, masa sorang-sorang balik.
Tapi, nak buat macam mana, dah lumrah seorang pelajar kan. Hehe.

Tiqah, Kak Wani, Kak Wa, Anna, Syaza dan Wani.


We are like one family, seriously.
Itu cerita tentang geng rumah.
Hari tu, sama-sama naik Bukit Broga.
Makan KFC sama-sama lepas exam. 
Memang syok la. 
Sayang semua. ;)
Semoga ukhuwah yang terjalin ini kekal hingga ke akhirnya.
Macam pesanan Syaza kat FB, ingat ek, masuk Syurga sama-sama tau. ;)

***

Geng KAMI.

Syaza dah dua sem sama-sama dengan diaorang.
Actually since diploma lagi.
Tapi masa diploma, tak berapa kenal sangat.
Cuma rapat dengan Suzie je sebab praktikum sama dengan Syaza. Hehe.
Sampai la ni, memang rapat dengan Suzie ni, sebab dia tahu perangai Syaza macam mana.

Most of the time, memang muka kami berempat ni, memang selalu sama-sama. Haha.
So, sem depan mungkin tinggal bertiga sebab Anna ambil minor lain dan tinggal tempat lain.
Kami bertiga ambil minor laon dan tiggal tempat lain.
Tapi, tu tak bermakna ukhuwah kami tamat di situ je, kan?
Kawan untuk selamanya kan? Hehe. ;)

Persamaan kami, kami ni gila kamera. 
Lagi-lagi diaorang bertiga tu, sebab aq yg tukang tangkap gambar. Haha.

Shoot selepas exam.

Shoot semasa Hari KoKum. 
Kira halal lebih kurang je lah ek.
Sebab tak ingat sebenarnya macam mana pose nya. Haha.

Kalau orang selalu nak baju t-shirt sama, kami baju kurung. Lala. Pencetus idea, aku dan Suzie. Haha.

See, kitaorang memang gila-gila. Cuma tak gila betul lah. Haha.
Ini kisah Geng Serumah dan Geng KAMI.
Semoga ukhuwah kita kekal sampai bila-bila.
InsyaAllah. Amin~
Sayang semua. ;)

Wassalam~

Monday, January 19, 2015

Mini GA by Ema Hasan

Assalamualaikum.

Bismillah.


Hadiah penyertaan:

Topup RM5 x 4 orang
Terpilih untuk senarai bloglist x 5 orang


Tarikh Penting:

Tempoh segmen berlangsung: 14 Jan 2015 - 21 Jan 2015
Tarikh pengumuman pemenang : 22 Jan 2015 (same date as first GA)
Tarikh pembayaran hadiah : Selewat-lewatnya 3 hari selepas tarikh pengumuman.


Jom join! ;)

Sunday, January 18, 2015

GiveAway Ole-ole dari Japan by Ayue Idris



Assalamualaikum~

(Klik banner di atas untuk join)


facebook link : Syaza Syafeeqah
instagram id : @SyazaSyafeeqah


Jom ramai-ramai meriahkan GA Ayue Idris!! 


Notahati: Bila nampak pasal Jepun je, terus bersemangat nak join. Haha. Sebab memang dah lama pasang niat nak ke Jepun cuma ongkos nggak mengizinkan lagi. Kalau dapat ole-ole dari Jepun pun dah rasa hati berbunga-bunga sakura gitu. Haha. Mudah-mudahan menjadi salah satu pemenang. Amin~ ;)

Segmen Pencarian Bloglist Feb - Mac 2015

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 



Segmen ringkas untuk mencari 15 blog untuk disenaraikan dalam bloglist Truly Love. 

Syarat Penyertaan:

1. Follow blog Maria Firdz
2. Follow +Maria Firdz 
3. Buat entry bertajuk "Segmen Pencarian Bloglist Feb - Mac 2015"
4. Copy coding di bawah dan pastekan di ruang HTML new post.


5. Publishkan entry dan tinggalkan URL penyertaan di ruangan komen entry ini sahaja.

Segmen bermula 15 Januari 2015 hingga 30 Januari 2015.
Kesemua pemenang akan dipilih melalui random.org.

Jom sama-sama memeriahkan segmen ringkas ini.. 

Terima kasih atas sokongan semua... 

Happy blogging (^_^)

Sunday, January 11, 2015

[Photography] Majlis Makan Malam Persatuan Pendidikan Awal Kanak-kanak.

 Assalamualaikum and olaaa everyone.

Syaza langsaikan dulu hutang nak cerita tentang dinner hari tu.
Biar gambar yang berbicara.
Kamera Syaza bukan Syaza yang pegang sebab Syaza bukan AJK PDI, Syaza AJK Peralatan dan Persiapan Tempat.
Syaza memang selalu dapat kerja orang lelaki. Memang dah biasa. Hahaha

Lecturer kami yang sporting. Prof Noor Shah. ;)

Barisan MT dan Exco. ;)

Bergambo je keje.

Simbol perasmian. ;)

Pintu masuk. Comelkan. ;)

Kakak saya kata, nampak ayu dah, tapi jam tu jam...

Sebahagian dari pelajar semester 2. ;)

Salute!
Tak banyak pun gambar.
Tak banyak?
Ada 500++ tahu...
Haha.

Alhamdulillah, berjalan dengan jayanya,

Wassalam~

Saturday, January 10, 2015

End of Second Semester.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.
Syukur.
Hari ni, Alhamdulillah last paper Syaza.
Akhirnya setelah lebih kurang 4 bulan mengerah tenaga dan fikiran untuk menimba ilmu.
Banyak suka duka dalam Semester 2 ni.
Tahu mana kawan, mana lawan. Tapi tetap kawan. Haha.
Untuk semester ni, Syaza ambil 6 paper.
Alhamdulillah, semuanya dah selesai.
Usaha sudah. Sekarang, teruskan berdoa dan tawakal.
Dah boleh buka buku lain. Yuhuuu~
Sekarang, usaha untuk kemas barang pula. -_-"
Semua dah balik. Syaza masih di sini. Hehe.

First Paper hari tu. Ni, kawan saya yang edit. Saya kata, 'mata saya mana mata?' Haha.
Apa perasaan setelah tamat semester dua?
Alhamdulillah, syukur.
Masih punya beberapa semester lagi.
Masih banyak yang perlu diperbaiki.
Masih banyak yang perlu dipelajari untuk menjadi seorang guru bitara. Gituuu. Haha.

Some of semester 2 students of Early Childhood Education. Ni masa habis second paper.
Nampak tak muka-muka suci cikgu kanak-kanak? Haha.
Kami tak suka tanya soalan, tapi kami suka kongsikan pengalaman.
Majoritinya begitu. Haha.
Banyak cerita kami.

Hari Jumaat. Diaorang semua dah habis paper. Saya tinggal satu lagi paper.
Kenapa saya punya paper lambat habis?
Ada satu paper yang saya lain dari mereka.

Ni paper akhir tadi. Hehe. Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Maka dengan ini, tamatlah sudah semester kedua.
Terus berdoa.
Terus tawakal.
Terus berusaha untuk semester seterusnya.

Wassalam~

Wednesday, January 7, 2015

Segmen: Pencarian New Bloglist Cikgu Farha Jan-Feb



Assalamualaikum...


http://www.cikgufarha.com/2015/01/segmen-pencarian-new-bloglist-cikgu.html
Klik banner untuk join :)


Memandangkan semua bloglist CF dah lenyap gara-gara tukar domain tempoh hari, maka CF berhasarat nak cari new bloglist nak tempek semula kat dinding blog CF ni. Insya Allah semua yang sertai CF akan aturkan masuk bloglist CF bagi memudahkan CF bw untuk masa akan datang.


CF akan pilih secara random menggunakan Random.com ye. Jom ramai2 sertai. Takde syarat. Yang penting wajib ada blog hehe. Ikuti langkah kat bawah ni ye :)


Segmen akan tamat pada 20 Jan 2015


Jom join jom!!




Tuesday, January 6, 2015

Segmen : Happy Birthday By Syahirah Valiant

Assalamualaikum and olaaa everyone.

Bismillah...
Hari ni nak join satu segmen bufday!
Macam seronok pula ek, sempena bufday ada segmen. Wowwww!
Syarat-syaratnya pun sangat mudah.
Sebab tu Syaza join. Hehe.


Kata-kata motivasi buat Syahirah Valiant.
Pertamanya, ya, Selamat Hari Lahir buat kamu.
Semoga sentiasa diberkati Allah.
Semoga sentiasa dilindungi Allah.
Semoga sentiasa bahagia.
Okay, aku tahu tu bukan motivasi tapi doa.
Kita sama-sama doakan Syahirah ek. ;)

Here we go.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Nurul Syahirah Bt Samsuhan.
Budi pekertimu seindah namamu.
Sekiranya kau jatuh,
Tersungkur jauh mana sekalipun.
Jangan kau pernah kenal erti putus asa.
Menangislah sekuat mana pun.
Teriaklah selantang mana yang kau mahu.
Tapi, jangan pernah berputus asa.
Kau perlu percaya, yang adanya Dia.
Yang adanya keluarga.
Mereka sentiasa bersama Syahirah.
Sayang, kau tahu bukan Pencipta kita tidak suka orang yang berputus asa.
"Ah, aku tidak dapat hadapinya!"
Kau percaya bahawa setiap ujian itu mengikut kemampuan kita, bukan?
Nah, makanya Allah tahu mampu kita.
Cuma kita perlu usaha untuk menyelesaikannya dengan pelbagai cara.
Bukan untuk kita berputus asa.

Adik, walau sebesar mana ujian yang kau lalui.
Kau perlu percaya, adanya Dia.
Adanya Dia untuk bantu kita bangkit!
Ya, bangkit.
Mohon padanya apa yang kau mahu.
Apa sahaja.
Dia dengar apa sahaja yang kau kata.
Maka, luahkan sahaja pada Dia, Pencinta kita.

Belajarlah semampu kita.
Bukan sahaja ke Negara China, malahan seluruh pelusuk dunia.
Buat yang terbaik buat ibu bapa.
Itu sahaja yang kita mampu lakukan untuk balas jasa mereka.
Kerana kita tahu yang mereka bukan mahu apa-apa.
Maka, buat mereka senyum sentiasa.
InsyaAllah, Syurga milik kita semua. ;)

Moga Allah sentiasa merahmatimu, sayangku Syahirah. ;)
Selamat Ulang Tahun. ;)

***

Nah, belanja kek satu untuk kamu. ;)
Akhir kata, Selamat Ulang Tahun ya.
Tak tahulah, itu kata-kata motivasi ke tidak. Hehe.
Harap-harap bermotivasilah ek. Haha.

Itu sahaja.

Wassalam~

Monday, January 5, 2015

Cerita 'Adik Lelaki' Aku.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah dah lepas 3 paper, 3 lagi menunggu.
Moga Allah permudahkan. Amin~

Bulan Jun tahun lepas, aku ada join Rakan Suai Kenal untuk pelajar Diploma ambilan Jun 2014.
Mungkin ada yang tahu, adik beradik Syaza semua perempuan.
Bila dah semua perempuan, memang tak ada lah kaum adam kecuali Ayah Syaza.

Masa orentasi ni, bila kita dah jadi fasilitator, memang panggilan 'kakak' tu dah biasa dah.
Kau muda ke tua ke, memang 'kakak' yang kau kena panggil.
Jangan naik angin pula ek, sebab tu tanda mereka hormat kita.
Yang Syaza ni, memang kakak pun pada diaorang.

Masa orentasi, adalah seorang budak lelaki ni,tak habis-habis tanya nama aku.
Aku cepat-cepat tutup nametag. Gelak jahat aku pada dia. Haha.
Dah sampai satu hari tu aku tunjuk nametag aku, "Nah, ni nama akak."
Mana taknya, setiap masa duk tanya, "Nama akak siapa?"
Rimas aku dibuatnya.
Lepas tu, soalan lain yang keluar, "Facebook ada tak kak?"
"Ada."
"Nama facebook?"
"Carilah nama akak tu, jumpalah tu."
"Terima kasih, akak."


Semasa dalam minggu orentasi tu juga, dia ni panggil aku 'akak' depan kawan-kawan, lepas tu, aku ni kalau bual dengan orang, macam dah lama kenal. Itu pun pada certain orang jelah kan. Haha. Sebab, sebenarnya aku ni pendiam. Ahaks.
Lepas dah habis bual dengan dia ni, tup-tup kawan aku ni tanya, "Adik akak ke tu?"
Aku dengar memang nak tergelak dah. "Kenapa?"
"Muka lebih kurang sama."
Lagilah aku nak ketawa terbahak-bahak.
Aku just senyum je. Tak cakap apa. Haha.

Lepas orentasi, tup tup aku dapat mesej facebook yang budak ni, dengan tak tahu malu dan segannya nak jadi adik angkat aku.
Perrrggghhhh~ Dahlah aku ni banyak kali mereject orang nak jadi adik angkat.
Memang aku tolak mula-mula. Aku cakap yang semua adik-adik akak.
Biasanya jarang budak laki nak berangkat-angkat ni.
Aku siasat punya siasat, rupa-rupanya semua yang atas dia semua abang, tak ada kakak. Dia cuma ada adik perempuan.
Jadi, aku pun entah macam mana aku boleh tergerak hati katakan 'boleh' selepas siasat tu. Kesianlah kan, tak ada kakak.
Jadi, aku pun tiba-tiba ada adik lelaki. Haha.

Bila main komen-komen kat facebook, ramai orang ingat dia ni memang adik kandung aku.
Aku dengan dia memang sengih-sengih depan laptop. Haha.
Sampai ada yang kalau terjumpa, "Akak, Si N tu adik akak ke?"
"Kenapa tanya?"
"Tak adalah, muka dah lebih kurang sama. Adik akak betul ek?"
"Adalah..."
Jahat tak aku? Saja main-main kan. Haha.

Tapi, aku dengan adik aku sorang ni, memang jarang mesej, jarang jumpa.
Kalau jumpa pun, itu sebab terjumpa.
Sapa macam tu je. Lepas tu pergi. Haha.

Aku pernah bawa dia jumpa keluarga aku.
Biar diaorang kenal, dengan siapa aku beradik angkat ni.
Selalu cerita dalam telefon je kan...
Ha... bagi tunjuk muka sikit.

Sekarang ni, dia sepatutnya dah semester dua.
Tetapi, dia decide nak berhenti dan ambil SPA.
So, siapa aku nak menghalangkan?
Dia berhenti masa diaorang midsem break hari tu.
Sempatlah juga jumpa dia, bagi lambaian terakhir. Haha. Gitu kan...

Jadi, siapa dia ni?
Siapa dia yang duk orang kata muka aku dengan dia sama?
Ni orang nya...

Sama ke? Hurmmmm~
Dia dah tinggalkan UPSI, 22.12.2014 hari tu.
Gambar ni cerita masa aku dinner hari tu.
Nampak keperempuanan sangatkan aku. Haha.

Oh, lupa.
Siapa dia ni?
Aku panggil dia Naim.
Dia bahasakan diri dia 'adik'.
Tapi aku jarang panggil dia 'adik'. Haha.
Sebab dalam family aku, memang panggil nama, Kak Long, Kak Farah, Abby. See~ Haha.
Sebab tu aku panggil Naim.

Itu jelah kot, nak ceritakan tentang dia.
Jaga diri ya di sana.
Jaga iman.
Jaga solat.

Moga Allah memelihara kamu.
Moga ini pilihan yang terbaik buat kamu.
All the best!
Maaf ya Naim, sebab akak bukan kakak yang terbaik buat kamu. Haha.
Akak garangkan...
Nak jadi adik sangat kan... Haha

Wassalam~

Saturday, January 3, 2015

Auratmu Itu...

Assalamualaikum.



Sayang, aku mohon.
Auratmu itu, mohon lindungi.
Ia akan jadi saksi kita nanti.
Kau mahu, kerana kau tidak lindunginya, 
Nanti dia yang bawa kau ke Neraka.
Maka, lindungilah ia.
Ia juga mahu masuk SyurgaNya. ;)

Thursday, January 1, 2015

#1 GIVEAWAY FROM LANGKAWI BY MISS YANA

Assalamualaikum and olaaa everyone...

Nak join GA lagi!
Kali ni dari Miss Yana.
Jom sertai!


Syarat-syaratnya sangat senang.
Hadiahnya pun lumayan.
Mudah-mudahan menang. Amin~

Wassalam~

1st Mini Giveaway By Ira

Assalamuaaikum and olaaa everyone.

Tahun baru ni nak cuba nasib la. Haha.
Bismillah~


Giveaway ini akan diadakan dari 1/1/2015 hingga 8/1/2015

Hadiah nya adalahhhhh:

Top up Rm5 kepada 2 pemenang bertuah

Jom sama-sama memeriahkan giveaway ni!
Support rakan-rakan blogger jom! ;)

Wassalam. ;)