Saturday, November 29, 2014

Kisah Taekwondo-ku.

Assalamualaikum and olaaa everyone.

Seminar Hapkido. Serius best! Korea mari!!! Bersama Senior Master.

Seperti yang dijanjikan, Syaza nak ceritakan tentang 'Why I choose Taekwondo as my KoKum.'
Ceritanya bermula dengan Bismillah. Hehe.

Kenapa pilih Taekwondo?
Kenapa pilih martial arts?

Ya, dulu aku Pengakap. Dari darjah 5 sampai tingkatan 5.
Lama kan?
Kenapa tak pilih Pengakap (Kelana Siswa) juga kat dunia Universiti?

Aku dah lama teringin nak belajar martial arts.
Keluarga aku sendiri tahu tentang itu.
Sehingga satu tahap, aku beli buku martial arts.
Aku suka tengok cerita action. Kungfu ke taekwondo ke. Memang sedap je layan cerita macam tu.
Lepas tu, mulalah aku berangan nak menendanglah menumbuklah.
Aku siap download boxing fitness.
Mula-mula cuba fitness tu, fuhhhhhh.
Memang sampai ada satu tahap, tak larat nak menendang. Haha. Ambikkk.. Nak sangatkan.
Kaki sakit - tempang. Haha.
Tapi sememangnya kalori turun, menurut video tu la. Hehe.
Sebab bila buat, peluh memang sebaldi. Haha.
Okay, sampai disitu.

Sebelum ambil Taekwondo ni, kena tanya ibu dulu. Minta restu. Boleh ke idok...
Ibu bagi green light. Memang melompat kegembiraan lah. Hehe.
Dalam kalangan kawan-kawan Syaza, hanya 3 orang sahaja yang ambil Taekwondo. Syaza, Ina dan Anna.
Lepas tu, ha... Ada geng. Housemate pun ambil Terpengaruh dengan kami lah tu, sebab comel sangat pakai dobok (Baju Taekwondo).

Pokoknya kat sini, Syaza memang suka martial arts.
Bila dah belajar, lagilah jatuh hati, jatuh tangga, semua yang jatuhlah. Haha.
Sir pun sangat sporting. Dah macam kawan dah rasanya kalau sem ni.
Dah tahu perangai kami bertiga macam mana. Haha.
Tak ada dah nak ketawa control-control. Haha.
Sir kami memang TERBAIK.
Kami ni kalau bab Taekwondo, cepat je datang.
Yelah, kalau dah syok belajar, memanglah nak datang. Setiap hari pun tak apa.

Dari belt putih ke rahsia - sebab dah gradding hari tu. Hehe.
Ni pun hasil usaha sir kami: Sir Hakimi, Sir Faiz, Sir Nik, Najla, Sir Azrul.
Yang kenal perangai kami tu Sir Kimi.

Terima kasih kerana sabar melayan kerenah kami yang entah apa-apa ni.
Sebab tu Syaza pilih Taekwondo.
Salah satu sebab lain, Syaza malas nak pi camping. Haha.
Cukuplah camping untuk zaman sekolah tu.
Kalaulah sekolah ada martial art, memang dah lama masuk.

Itu sahaja.
Wassalam. ;)

Friday, November 28, 2014

Baru Nak Ada MukaSurat (Baca: Page).

Assalamualaikum and olaaaa everybody!

Firstly, thanks sebab sudi jenguk dan baca blog aku yang tak seberapa ni.
Setelah 2 tahun aku rasa aku cuti untuk aktif blog.
Sekarang ni, mula aktif balik. InsyaAllah.
Semoga istiqamah wahai diri. ;)

Kalau ikutkan tahun Syaza mula berblogging adalah pada tahun 2008.
Perghhhh, bapak lama kau berblog.
Dah 6 tahun. Haha.
Alhamdulillah.
Tapi, disebabkan komitmen Syaza ke tempat lain sebelum ni, tu yang tertangguh tu.
Update pun jarang-jarang.

Orang yang setahun pun dah ada fanpage.
Dah ramai followers.
Nuffnang dah bertingkek-tingkek.

Aku? Hehe.
Pada mulanya aku berblog ni, aku hanya berkongsi tentang kitaran hidup aku, tentang pendapat aku.
Sekarang pun sama juga.
Dulu ada Nuffnang, tapi tak tahu macam mana nak guna, mati macam tu je.
Sekarang ni, aku tengok ramai dah masuk income.
Aku masih lagi terkebil-kebil.

Dulu, aku tak tahu apa tu Nuffnang.
Dulu aku tak tahu macam mana nak ramaikan pembaca blog aku.
Aku tak panggil mereka followers, sebab mereka bukan pengikut aku - tapi mereka ikut apa yang aku tulis. Aku hargai itu. Sungguh.
Dulu aku cemburu tengok orang ramai pembaca blog.
Dulu aku cemburu blog orang cantik-cantik.
Dulu aku cemburu orang boleh buat duit dari blog.
Dulu aku cemburu orang ada mukasurat (baca = page) blog.
Aku ada apa?
Aku ada kamu.
Wah, gituuuu.... Haha.

Hanya tatapan semata. ;)


Beza aku blog aku dulu dengan sekarang:

1. URL Blog

Dulu url aku : http://syazasyafeeqah.blogspot.com
Sekarang : http://penulishingusan.blogspot.com

Kenapa tukar URL blog?
Entah.
Perlu buka buku baru mungkin. Haha.
Kenapa 'Penulis Hingusan'?
Kan aku kata, aku tulis apa aku suka, apa aku rasa.
Kalau hingus ni, kita lap ikut suka kita nak lap cara mana, kan? Hehe.
Selain itu, adalah sebab lainnya.
Rahsia. ;)

2.  Penulisan

Dulu aku post tentang agama sahaja.
Sekarang aku post tentang apa aku rasa, apa aku fikir, apa yang aku suka. Haha.
Kan aku kata, aku buat apa sahaja selagi tidak melanggar laranganNya.
Islam itu mudah dan bukan menyusahkan.
Yang menyusahkan itu adalah kita.

3. Cara Penulisan

Dulu aku copy paste penulisan orang. Itu pun masa aku sekolah. Lagi-lagi bab agama. Aku tak berani ulas bab agama.
Sekarang ni, aku dah banyak membaca. Banyak sumber. Jadi, bolehlah bagi pendapat serba sedikit kan. Nampak tak belagak kat situ. Haha. Astaghfirullah.
Dulu, aku tulis ikut bahasa budak-budak sekolah.
Bila dah banyak baca puisi, cerpen orang yang berbunga-bunga, bahasa bombastik, mulalah cara penulisan aku bertukar.
Bertukar kepada lebih skema, lebih puitis. Haha. Poyokan? Ya, aku tahu.
Sekarang aku tulis dengan cara aku. Dan aku selesa dengan cara ini.
Aku harap kamu dapat terima.
Walaupun aku bercakap, bukan sepuitis ini.
Kau cuba bayangkan, kalau aku cakap dengan cara yang sama.
Semua orang ternganga tak faham seribu bahasa. Haha.

4. Page Baru Ditubuhkan

Okay, tepuk tangan.
Potong reben, potong kek. Haha.
Orang dah lama ada page untuk blog.
Kau baru nak buat?
Aku tahu aku ketinggalan zaman. Haha.
Dulu, aku tak yakin yang aku ada pembaca blog yang sanggup setia dengan aku.
Sekarang, aku yakin dengan pembaca blog aku.
Sekarang aku rasa aku mampu mengubah dunia. Haha.
Terlebih sudah...
Terima kasih kerana setia. Sayang korang. Hehe.

Jadi, bolehlah beramai-ramai 'LIKE' Mukasurat Penulis Hingusan ni kat Mukabuku ek.

Terima kasih sangat-sangat.

***

Aku tahu blog aku tak canggih macam korang.
Ini semampu aku.
Aku tulis apa yang aku suka, aku tulis apa yang aku rasa, aku tulis apa yang aku fikir dan kadang-kala aku tulis apa yang orang rasa.
Aku bukan jenis orang yang pintar menyusun bicara.
Tapi, aku jenis yang mampu meluahkan rasa dengan menulis sahaja. Hehe.
Terima kasih buat semua. ;)


Itu sahaja.
Kerana aku tahu, kamu sudah penat membaca. Hehe.
Wassalam~

Terima kasih. ;)

Giveaway kerusiburok: Ole-Ole Phuket!

hai semua blogger! 

seperti yang korang semua maklum, kerusiburok akan bercuti ke Phuket awal Disember ni (baca entri kerusiburok ke : PHUKET (intro)

jadi, kerusiburok bercadang nak bagi ole-ole dari Phuket kepada blogger2 sekalian.

bermula 25 Nove 2014 hingga 3 Dec 2014
KLIK banner di atas untuk sertai.

OLE-OLE utama akan diberi kepada 3 pemenang bertuah. 
tapi kalau ramai yang join segmen giveaway ni, 
saya akan tambah 7 lagi ole-ole untuk blogger bertuah! 
hehehe

3 x Ole-Ole Utama = T-shirt kenangan dari Phuket
(sebab tu conduct giveaway awal-awal, nanti pemenang boleh dapat saiz baju yang betul hehe)


JOM SERTAI! Mana tahu korang bertuah! Klik Banner kat atas tu ye untuk syarat yang simple :)


jom join ramai-ramai. ajak blogger lain sekali yer! 
di samping bersegmen, boleh jugak kita berblogwalking dan berkenalan! hehehe

babai.

Maaf, Aku Hanya Manusia.


Maaf, Aku Hanya Manusia.

Maaf, sekiranya ada salah aku terhadapmu.
Maaf, sekiranya ada kata aku mengguris hatimu.
Maaf, sekiranya aku hanya peneman sementara buatmu.
Maaf, sekiranya aku hanya teman kau kongsi gembira.
Kerana aku hanya Manusia.

Kadang-kala kita tidak sedar yang kita sedang menyakiti.
Maaf, sekiranya kata itu buat kau sesak nafas.
Maaf, sekiranya kata itu buat kau lemah.
Maaf, aku tidak sedar aku sedang menyakiti.
Kerana aku hanya Manusia.

Menjaga hatiku merupakan perkara wajib bagimu.
Menjaga hatimu merupakan perkara sampingan bagiku.
Maaf, aku lupa aku perlu jaga semua hati manusia.
Maaf, aku lupa manusia lain juga punya rasa.
Rasa yang kita timbulkan tidak sama.
Berbeza.
Maaf, aku gagal memahami rasa itu.
Aku gagal memahami pandangan mata itu.
Aku gagal menyelami hati yang murni itu.
Kerana hati aku, mungkin hati batu.
Namun, kau tidak pernah putus asa menjadi titik-titik air.
Titisan air yang sentiasa cuba melembutkan aku.

Terima kasih kerana memahami aku.
Terima kasih kerana sabar denganku.
Terima kasih  kerana tidak meninggalkan aku.
Terima kasih kerana menerima kekuranganku.
Kerana aku hanya Manusia.

0940
28112014
SyazaSyafeeqah

Wednesday, November 26, 2014

SEGMEN BLOGWALKING by Sakura.

Assalamualaikum :)





Maaf entry yang sebelum ni terpaksa dibatalkan sebab nya memang tak boleh and dilarang oleh Nuffnang. Minta maaf semuanya ye. Tapi takpe, kita tukar kepada Segmen Blogwalking dah alang2 tuh :) Thank you kepada info nya ye MNH SASTERA MELAYU


Syarat dia terlalu simple.


 Follow blog sakura :)

 Buat kan entry tajuk SEGMEN BLOGWALKING by Sakura.

 Copy & paste kan code bawah ni dalam entry awak awak. :)

 Dah boleh start blogwalking.

 Tinggalkan entry awak awak dalam ruang komen ni ok? 




So simple kan syarat2 dia. heee~ :) So boleh la ajak ramai ramai join. Boleh kenal :) Good Luck ! Senarai peserta nanti akan di update setiap hari sabtu, insyaAllah :)

Fi Hifzillah,
Wassalam.




Allhumma Solli'ala Saiyyidina Muhammad

GIVEAWAY BLOGWALKING NUFFNANGGER.

Assalamualaikum and olaaaa everyone.

Hari ni Syaza kena tag oleh Fatimah Nabila untuk join giveaway ni.
Seriously, dah lama tinggal zaman giveaway ni. 
Sebab lama cuti dengan blog kan.
La ni, nak aktif semula. InsyaAllah.

Klik pada gambar untuk terus ke giveaway.
Antara syarat-syaratnya ialah:

1. Warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia.

Sememangnya warganegara Malaysia. Lahir di Johor, tinggal di Sabah, sekarang berada di Perak. 

2. Ahli Nuffnang.

Yes. Saya ahli Nuffnang. Ahli baru Nuffnang, walaupun dah lama berblogging. ;) Jadi kepada semua yang ada blog tu, Marilah manja-manja dengan Nuffnang. Hehe.

3. Klik iklan Nuffnang di atas dan kanan anda.

4. Follow IG @kedai.kita

Bukti mengfollow. Hehe. Nasib baik ada IG. ;)

5. Buat entry bertajuk GIVEAWAY BLOGWALKING NUFFNANGGER.

Done. ;)

6. Tag 3 orang kawan.

Okay, part ni korang patut rasa beruntung siapa yang kena tag. Sebab Syaza susah nak cari orang untuk di-tag. Hehe.

The nominees are:


Okay, aku tahu aku tak sepopular mereka ni. Lagi-lagi Nisa Kay. Aku just tag je. Mana tahu dia tergerak hati nak join ke. Kui-kui-kui.

7. Tinggalkan Link URL untuk entry ni kat sini.

8. Semua peserta yang Join dan berblogwalking ke blog peserta lain perlu untuk klik-klik Mr. Nuffnang. :))

So, korang kena klik Mr. Nuffnang aku. Haha.

Itu sahaja syarat-syaratnya. Mudah sangat.

GIVEAWAY BLOGWALKING NUFFNANGGER akan berlansung selama 3 Minggu bermula dari 22 November 2014 - 12 Disember 2014. Sekiranya penyertaan memberangsangkan, hadiah akan ditambah. :) So, tunggu apa lagi ?? Jom join.
Itu sahaja. Wassalam~ ;)

Tuesday, November 25, 2014

Senipis Tisu


Hati Senipis Tisu


Hati ini ibarat tisu.
Tebalnya hanya senipis tisu.
Pabila terluka payah untuk ditampal semula.
Walau koyaknya hanya sedikit, maka yang selebihnya perlu dijaga.
Kerana nipisnya boleh membawa seribu satu makna.
Nipisnya boleh memberi kesan untuk selamanya.
Nipisnya boleh buat orang lupa segalanya.
Nipisnya boleh buat orang sakit untuk jangka waktu yang lama.
Kerana nipisnya ia.

Namun, nipisnya itu boleh menghapuskan air mata.
Nipisnya itu boleh buat kita kuat.
Nipisnya itu boleh buat kita sedar.
Sedar bahawa diri ini bukan selemah yang disangka.
Sedar bahawa diri ini bukan boneka yang boleh dipermainkan oleh dunia.

Hati ini ibarat tisu.
Tebalnya hanya senipis tisu.
Nipisnya ia namun tebalnya hanya orang tertentu sahaja yang tahu.
Orang yang tahu guna hatinya.
Orang yang tahu jaga hatinya.
Orang yang tahu jaga hati yang lainnya.

Hati ini ibarat tisu.
Jaga dan pelihara.
Moga hati yang senipis tisu ini mampu setebal buku.
Moga hati yang mudah terkoyak ini mampu jadi sekeras batu.

251114
SyazaSyafeeqah

Sunday, November 23, 2014

[Photography] Muzium Pendidikan Nasional UPSI.

Assalamualaikum and olaaaa everyone!

Cerita Taekwondo kemudian ek.
La ni nak post hasil tangkapan di Muzium Pendidikan Nasional UPSI.
Tak sempat nak tangkap gambar cantik-cantik sebab rushing nak balik.
Selamat menjamah mata.
Terima kasih pada tripod yang sangat berjasa sampai beg-tripod-koyak.
Gambar yang diambil bukan gambar muzium, tapi banyak gambar kami... Haha.

"Apa rancangan lepas kelas ni?"
Tidurlah...

6 in 1. Yuhuuuuu...

Kena denda depan kelas.

Nak pergi kelas tapi tayar pancit. Macam mana ni?
Ok, balik... Haha.

The TRIO. ;)
Sit in own mood. ;)
Para model yang tak berbayar. Hahaha

Class in museum.



Cross your leg. :P
Itu sahaja hasil tangkapan.
Lama dah tak pegang kamera untuk tangkap gambar official.
Official ni bukan ambil tempahan.
Tapi, sesaja dengan minat.
Tak berani ambil tempahan.

Ini bukan gambar muzium.
Ini banyak gambar kami je. Hehe.
Maaf.

Wassalam~

Friday, November 21, 2014

Esok Gradding!!!

Assalamualaikum and olaaa everyone...

Ni nak mohon doa semua untuk doakan Syaza untuk gradding Taekwondo esok.
Allah...
Memang ketaq tak tahu nak cakap macam mana.
Orang belajar 2 pattern, kami kena belajar 3 pattern.
Doakan kami semua ek.

Kami terbang dengan awan. Haha. Sir yang sangat sporting!

Ya Allah, permudahkanlah kami untuk grading  pada esok hari.
Kau tenangkanlah hati-hati kami.
Kau bantulah kami ya Allah.
Kau ingatkanlah kami sekiranya kami lupa.
Amin~

Kenapa Syaza ambil Taekwondo sebagai KoKum?
Nak tahu?
Nanti Syaza cerita ek...
Semua orang ingat Syaza ni Pengakap.
Cukuplah Pengakap dari darjah 5 sampai Tingkatan 5.
Tukar angin pula di dunia Universiti.
Kenapa pilih Taekwondo?
Macam Syaza cakap tadi, nanti Syaza cerita ek. Hehe.

Doakan kami. ;)

Wassalam.

Wednesday, November 19, 2014

Glamour Tak Aku?

Assalamualaikum, olaaaa everyone! 

Okay, I'm quite busy for this week.
Meeting, grading, assignment, paperwork.
Semua nak hantar minggu ni.
Rabbi yassir wala tu'assir.
Moga Allah permudahkan urusan kita semua.
Kelas dari pagi sampai ke petang.
Meeting dari malam hingga ke tengah malam.
Nak done assignment dari tengah malam hingga semampunya.
Allahu... Moga Allah permudahkan. Amin.
Okay, stop kat situ. Tak ada kena mengena dengan tajuk. Hehe.

Kali ni nak cerita tentang dinner.
Kenapa dengan dinner?
Ni nak cerita ni...

Tiap kali dinner,
Orang sibuk cari baju baru.
Cantik, menawan, tertawan. Fuhhh...
Aku hanya pandang dari jauh.
Fikir apa yang ada di almari.
Cuba selak guna minda.
Senyum.

"Kau tak cari baju untuk dinner ke? Kena pakai cantik-cantik?"
"Kenapa kena pakai cantik-cantik?"
"Satu semester sekali je. Jadi kena pakai glamour-glamour you allssss..."
"Tak apalah. Aku tak nak glamour di mata orang, tapi tak glamour di mata Allah."

Sentap.

Pakai cantik untuk dipuji.
Bukankah pujian hanya untuk Allah?
Setiap hari kita perlu cantik, sayang.
Tanpa sedar.
Tapi sayangnya kita tak sedar.
Tiap hari kita perlu jumpa Sang Pencinta.
Kena cantik.
Kena glamour.
Namun, tiada yang kisah.
Baju kotor, tak mengapa katanya.
Kau rasa, kau suka kalau orang jumpa kau kotor-kotor?

***


Tak kisah nak glamour.
Tapi berpada.
Rasa-rasa kalau jawab macam tu, apa korang rasa ek?
Mesti makan dalamkan?
Atau, "Bajet alim derrr budak ni..."
Tapi cuba fikir semula,
Kita jumpa Allah macam mana?
Cantik tak kita?
Masa Subuh, ada yang tak mandi terus solat.
Kalau nak keluar jalan lepas Subuh, sanggup mandi asalkan jalan.
Kena cantik-cantik.

Kalau pergi dinner, make-up tebal 10 inci tak apa, beg berat dek make-up, tak apa.
Kalau pergi solat, guna telekung surau je. Berat nak bawa.
Fikir dan renung.

Biarlah kita glamour dunia akhirat.
Jangan glamour dunia sebab benda tak elok.
Jangan pula gila glamour.

Wassalam~

Monday, November 17, 2014

Sekali Lagi - Moga Bahagia.

Assalamualaikum dan olaaaa~

Meluahkan rasa cuma.
Rasa yang kurasa perlu dibuang serta merta.
Cari mana letaknya tong sampah. Haha.
Mungkin cerita lama.
Allah nak tunjukkan pada kita ada yang lebih baik dari dia.
Suka.

Okay, ini sekadar saja-saja. Haha.

Aku Pohon



Rasa itu.
Aku dah lepaskan lama.
Cuma rasa itu masih tersangkut.
Tersangkut walau dah cuba buang penyangkutnya.
Kali ini,
Ya, aku lepaskan.
Aku harap kau tidak muncul kembali.
Aku pohon.


Aku harap bukan aku yang kau cari,
Dikala sepimu.
Dikala bosanmu.
Aku harap bukan aku.
Kerana hadirmu buat rasa itu kembali - sebenarnya.
Walau aku sudah buang jauh rasa itu.
Rasa itu menyinggah cuma.
Namun, singgahnya bukan seketika.
Lama.

Untuk melupakan itu mungkin mustahil.
Kecuali aku hilang ingatan.
Aku cuma boleh buat-buat lupa.
Maka,
Jangan ingatkan aku kembali padamu.
Pada kata-kata manismu.
Pada luahan hatimu.

Rasa itu buat aku sakit.
Yang rasanya aku,
Bukan kamu.
Kali ni,
Allah tunjukkan sesuatu.
Tunjukkan bukti buatku.
Untukku benar-benar dengan keputusanku.
Aku pohon jangan kembali.
Jangan.
Kata akhirku,
Moga bahagia.

Ini pilihan kau.
Izinkan kupergi.
Jangan cari.
Jangan hubungi.
Aku pohon.



Wassalam~

Sunday, November 16, 2014

Makhluk Aneh yang Tidak Tahu Gelarannya.

Assalamualaikum dan olaaaa~

Sejak dua tiga hari ni, ada perkara aneh yang berlaku di kolej-kolej yang berada di dalam kampus UPSI ni.
Ada yang kata makhluk ni aneh, tak tahu siapa. Tak dapat nak cerita.
Aku juga tak dapat nak bayangkan siapa.
Orang atau sebaliknya.
Kisahnya, makhluk ini mengganggu ketenteraman penghuni kolej.
Ganggu yang bagaimana?
Ada sampai tahap kena pukau segala. Sumber yang tidak diketahui namun dipercayai.
Lalu, aku juga mahu suarakan pendapatku.
Aku tembakkan suaraku di ruang mukabuku ku.
Dan aku tahu, ruang mukubuku orang lain akan enuh dengan statusku. Hehe.
Maaf ya.

[Part 1]
Banyak mulut yang aku dengar.
Banyak kisah yang aku baca.
Aku cuma pohon,
Ya Allah, lindungilah kami semua.
Amin~ 

[Part 2]
Quran jangan lupa baca.
Solat jangan tinggal.
Itu akarnya.

Semoga selamat semuanya. 
Amin~


[Part 3]
Jika kau bicara tentang usaha.
Dalam diam aku juga berusaha.
Aku mungkin tidak mampu bersengkang mata.

Aku usaha mendoakan selamat semuanya.
Bacaan ayat al-Quran kupasang sentiasa.
Semua orang berusaha.
Cuma cara kita berbeza.


[Part 4]
Aku percaya bahawa Allah mampu membantu kita.
Aku percaya Allah tahu apa mahu kita.
Aku percaya Allah tahu segalanya.

Maka, percaya itu letak pada Allah.
Takut itu letak pada Allah.
Mohon doa padaNya.
Semoga kita selamat semuanya.
Amin~ 


[Part 5]
Aku pohon,
Moga aku, kamu, kamu, kamu sentiasa di bawah lindungan Allah.
Percaya padaNya.

Percaya.
Solat jangan ditinggalkan.
Quran jangan hanya jadi tatapan - Baca.
Doa.
Kau tahu itu senjata kita.
Kita sama-sama serang dengan peluru yang kita ada.
Serang!


[Part 6]
"Ah, senang kau kata. Kau berani."
Kau fikir aku tidak gentar.
Aku bangkit seawal jam 5.

Pusing tombol pintu perlahan.
Tengok kanan tengok kiri.
Aku tanam pada hati,
Aku ada Allah.
Pokoknya, kau percaya padaNya.
Adanya Dia. 

Aku mohon pada semua pembaca,
Doa buat kami.
Supaya selamat semuanya.

Allah,
Kau yang Maha Kuasa,
Kau yang memakbulkan doa.
Kami pohon padaMu,
Jauhkan kami dari segala perkara yang membahayakan kami, ya Allah.
Lindungilah kami, ya Allah.
Aku pohon.

Wassalam~

Saturday, November 15, 2014

Bukan Tak Ada Masa, Tak Sempat.

Sekadar tatapan. Maaf.


Assalamualaikum dan ollaaaaa~

Apa khabar kalian?
Perkataan MAAF masih diterima lagi tak sebab tak update blog.
Dah memang berabuk, berkulat, bersarang, semua yang 'ber' la kan...
Okay, untuk entri kali ni nak sempoi je.

Semester kali ni, jadual sangat pack.
Dari pagi hingga ke petang.
Ada yang sampai ke malam.
Malam tu memang kelas tambahan.
Kelas tambahan Taekwondo.
Ya, saya ambil Taekwondo.
Kita sama?
High-five!
Jangan tanya kenapa ambil Taekwondo.
Itu cerita lain ek. Kemudian...

La ni, nak habaq kat hangpa semua, semester ni banyak sangat program yang kena handle.
Dalam hati ni dah duk fikir nak update blog tapi tak kesampaian.
Kalau nak ikutkan masa memang banyak masa, tapi banyak masa yang digunakan. Kadang-kadang tu ada juga lah yang terbuang.
Ni pun curi masa untuk tulis seuatu kat tapak ni.
Sedangkan depan mata kena ulas jurnal Matematik.

Maaf ya.
Syaza bukan tak ada masa, cuma tak menyempat.

Masa.
Memang sangat berharga.
Tapi, yang banyaknya kita biarkan ianya berlalu begitu saja.
Tanpa pengisian apa-apa.
Tak kira rohani, jasmani, emosi, sosial dan inteleknya.
Yang penting isi.

Tapi,
Ramai yang akan kata,
"Aku tak ada masalah nak buat kerja ni."
Sedangkan dia balik rumah, online 2 hingga 3 jam.
Itu bukan masa ek namanya?
Yang kau buang itu yang kau akan kejar nanti.
Menangis sorang-sorang.
Jangan persalahkan orang lain sedangkan ianya memang salah kita.
Seratus peratus.

Minta maaf sekiranya blog ni akan tak terupdate nanti.
Syaza dahulukan yang utama dulu ek.
Harap kalian faham.
Ada yang rindu ke?
Pffftttttt~

Wassalam. ;)