Monday, November 26, 2012

Sudah Cukup Sudah...

Assalamualaikum.



Sudah Cukup Sudah...

Sudahlah...
Cukup bagiku untuk kamu membuatkan hatiku rasa mekar dan layu.
Cukup bagiku untuk memuaskan hatimu kononnya kamu berjaya buat aku cemburu.
Gagal.
Itu yang aku ingin katakan.
Tersilap hantar mesej itu bukan satu kesilapan, tetapi satu kesengajaan.
Takkan nama aku sama dengan kekasih hatimu.
Syaza dan Farah (mungkin), lain bukan?
Sangat berbeza.
S dan F, jarak yang jauh.

Jujur padaku.
Itu perkara yang mudah.
Kenapa perlu lari dari kenyataan?
Kasihan si kekasih hati kerana kamu tidak mengaku yang dia kekasih hatimu.
Kamu gembira di sana bukan?
Maka, berbahagialah dengan labu-labumu.
Aku tidak mahu menumpang labu-labumu itu.

Mengadu.
Kenapa perlu cari aku?
Kerana aku kawan lamamu? 
Mungkin.

Tapi...
Aku tidak pernah mengenalimu.
Aku tidak pernah tahu siapa dirimu.
Rupanya kamu mungkin penipu.

Sudah cukup sudah...
Untuk kamu buatkan serabut jiwa dan raga.
Aku punya Allah dan keluarga.
Luahan hatiku pada mereka.
Aku juga punya kawan yang gembira.
Tidak perlu kehadiranmu ke dalam jiwa.

Permintaanku,
Lari sejauh-jauhnya...
Jangan paling ke belakang untuk mencariku jika punya hal yang biasa-biasa sahaja.
Cukup buatku mengukir senyuman di luar dan hati lara.
Tapi ia hanya sekejap sahaja.
Benarkanlah aku bahagia.

Wassalam...

Saturday, November 24, 2012

1 Hari Membawa 1001 Makna.

Assalamualaikum...

Apa khabar kalian?
Lama dah tak menulis kat blog ni.
Maaf ya, Syaza sekarang sedang menjalani praktikum, jadi memang tak ada masa nak membuka laptop untuk check  mukabuku, apalagi nak menulis blog.

Syaza nak ceritakan tentang 1 hari Syaza bersama ibu dan ayah selepas pulang daripada mengerjakan haji.
Nak kata 1 hari pun, mungkin tak sampai.

16.11.2012

Diberitahu ayah ibu mendarat pada 2.10 petang.
Jadi, lepas solat Jumaat tu, pergilah ke airport.
Tunggu punya tunggu, pukul 4 baru keluar. Sebab ada taklimat sebelum keluar tu.
Memang gembira dan bersyukur sangat-samgat kerana masih diberi kesempatan untuk berjumpa dengan ibu ayah. ;) Alhamdulillah.

Tengok gambar je lah ye. ;)

Alhamdulillah. ;)
Apa lagi, tangkap gambar lagi... Hehe.
Selepas selesai mengerjakan haji. Alhamdulillah.


Dari sebelum maghrib sampai esok pagi sebelum bertolak pulang khusyuk mendengar ayah dan ibu menceritakan pengalaman mereka di sana.
InsyaAllah, satu hari nanti Syaza pula yang akan ke sana.
Semoga dimurahkan rezeki. Amin~


17.11.2012

Syaza pulang ke KL untuk menjalani praktikum pada 19.11.2012.
Cukup satu hari untuk melepaskan kerinduan Syaza kepada ibu dan ayah. Alhamdulillah.
P-E-N-G-O-R-B-A-N-A-N = Pengorbanan. ;)

Ngee~ Muka sama tak macam bakal suami? Haha.
Itu sahaja.
Wassalam~

Monday, November 12, 2012

Bulan, Matahari dan Bintang.

Assalamualaikum.


Bulan, Matahari dan Bintang.

Bulan dan matahari berbeza.
Mereka tidak pernah bersua.
Tetapi, matahari tidak pernah kedekut pinjamkan cahayanya.
Matahari tidak pernah meminta apa-apa.
Kalau bulan tidak bercahaya,
Ada si kecil bintang menemaninya.
Bulan tidak pernah keseorangan.
Kenapa ya?
Kerana semua akan kagum akan bulan jika purnama.
Bulan terlalu indah bila cahaya penuh menyinarinya.
Bulan, matahari dan bintang,
Sahabat selamanya. ;)

Kita hidup harus saling membantu, tidak kira siapapun dia.
Walaupun kita tak pernah kenal seseorang itu, tak bermakna kita tak boleh atau tak perlu tolong dia.
Allah tak pernah memilih hambaNya untuk dibantu olehNya.
Kerana Allah Maha Adil.
Bukan kaya sahaja Allah bantu, tetapi miskin pun Allah bantu.
Oleh itu, siapalah kita ingin 'memilih bulu' untuk melakukan benda baik.

Seperti langit dan bumi,
Bulan dan matahari,
Laut dan air,
Bumi dan gunung,
Haiwan dan tumbuh-tumbuhan.
Semua saling membantu.

Jadi, bantulah orang yang memerlukan pertolongan kita.
Jangan malu untuk membantu orang.
Jangan bantu kerana minta dipuji, tetapi bantulah kerana Allah. ;)

Itu sahaja.
Wassalam~

Wednesday, November 7, 2012

Vlog: Tips Pemakaian dan Pemilihan Tudung yang Betul.

Assalamualaikum.

Ok, ni terlebih rajin.
Vlog yang pertama secara rasmi (yang lain tu tak rasmi) tentang pemakaian dan pemilihan tudung yang betul.
Mudah-mudahan video ni dapat membantu rakan-rakan yang di luar sana untuk lebih mudah memahami cara pemakaian tudung yang betul. InsyaAllah. ;)

Bukan susah untuk jadi yang lebih baik. :)
Sinarkan dirimu dengan cahaya Ilahi.



Itu sahaja. ;)
Wassalam~

Suatu Ketika Dahulu... (Part 2)

Assalamualaikum.

Ok, sekarang tengah ada masa untuk menulis. Haha.
Apa khabar kalian?

Suatu Ketika Dahulu (part 2) ni menceritakan tentang raya Aidilfitri tahun ni.
Dah lama kot... Haha.
Tahun ni, satu keluarga Syaza balik kampung!
Pergh! Dah lama tak balik.
Alhamdulillah. Hoyeh2.
Dapat raya sama-sama. ;)

Tengok gambar je ek. Hehe.
Raya pertama sahaja di kampung.
Penat woooo...
Dari pagi sampai malam beraya.

Raya kedua pula, bertolak pulang ke Klang untuk persediaan perkahwinan Kak Long. ;)



Beratur... Tunggu turn salam-salam.

Bila dah bergabung, memang nilah jadinya.



Cucu-cucu atok & nenek.






Itu sahaja. Haha.
Wassalam~

Friday, November 2, 2012

Suatu Ketika Dahulu... (Part 1)

Assalamualaikum...

Ya Allah, cerita ni dah lama.
Dari bulan 8 lagi.
Sebelum ni, Syaza ada bagi tahu nak cerita tentang raya dan perkahwinan kakak sulung Syaza kan?
Maaf ya. Tertunda. Hehe.
Ni pun, adik Syaza yang suruh post. 
"Eh, kata nak buat entri pasal Kak Long kahwin. Bila nak post?"
"Nantilah..."
"Nanti-nanti... Bilalah tu..."
"Krik krik krik..." Haha.
Beribu-ribu ampun ya.

Kerja berlambak, tapi baru siap sikit. Adeh...
Ok, dengar ni, Syaza nak bercerita.

Suatu ketika dahulu...
Tak dulu sangat lah...

23 Ogos 2012, tarikh keramat bagi kami sekeluarga, terutamanya buat Kak Long, Rizana Aida.
Tarikh ni merupakan tarikh akad nikahnya. Yeay! Kak Long dah kahwin. Suka-suka.
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.
Penat juga ye.

Anda tengok gambar je lah ye. Hehe.
Nak tahu ceritanya, boleh tengok kat blog adik Syaza, Khairah. Haha.

Akad nikah berlangsung di Masjid Shah Alam yang besar tu. Tak tahu nama dia. Maaf. Hehe.
Ayah yang jadi wali. Alhamdulillah. ;)
Sebak juga masa Abang Pian dah sah jadi suami Kak Long.
Sebak sebab apa?
Entah. Ada orang ambil Kak Long kite. Haha.
Rasa bersyukur yang teramat. Alhamdulillah.

Sebelum Kak Long akad nikah. ;)
Bersama Kak Long sebelum bergelar Puan. ;)
Bersama Aizuddin. Orang tengah sibuk mekapkan Kak Long, kami sibuk tangkap gambar. Haha.
Selepas akad nikah. ;)
RISK bergabung. ;) Kami juga photographernya. Hehe.
Sebelum pulang ke UPSI, cuti raya Aidilfitri tu kan...
Kami berpakat untuk tangkap gambar pengantin. Haha.
Shooting time!
Kamera biasa sahaja. Tiada DSLR. Yuuuhhhhuuuuu~
Tapi gambar cantik juga. kot. Alhamdulillah. Ngeee~ :D

Sikit je ek tunjuk... Hehe.

Photographer bersama pengantin. ;)

Senyum! ;)

Duduk diam-diam. ;)
Ok. Itu sahaja.
Dah selesai part 1.
Part 2, tunggu ye. Hehe.

Wassalam~

notakaki: Oh, rupanya ramai juga yang tengok post ini. Haha.

Thursday, November 1, 2012

Masa untuk Aku Lepaskan Dia. ;)

Assalamualaikum.

Masa untuk Aku Lepaskan Dia. ;)

Masanya untuk aku melepaskan dia sudah tiba.
Bukankah kamu sudah lama lepaskan dia?
Ya.
Tidak.
Ah, mungkin!
Pabila dia kata dia sudah berpunya, aku hanya mampu tersenyum sahaja.
Gembira?
Kecewa?
Biasa-biasa sahaja?
Melepaskan dia dan perasaanku yang hanya angan-angan sahaja.
Tidak pernah kupinta untuk dijodohkan dengannya.
Kerana aku sudah biasa ketiadaannya.
Biarlah cerita kita, rahsia kita.
Allah penentu segalanya.
Semoga jodohmu dan dia panjang buat selamanya.
Aku dan dia, kawan selamanya.
Akhirnya, penantian yang kau impikan sudah tiba.
Akhirnya, apa yang kau cari sudah jumpa.
Mungkin.
Aku doakan yang terbaik buat kamu di sana.
Semoga berbahagia. ;)
Akhirnya, tiada kata tunggu buat aku pada dia.
Aku bebas terbang ke sini sana.
Pohon jodoh yang terbaik buatku juga.
InsyaAllah, Allah penentu jodoh yang terbaik buat semua.
Gembira.



Mungkin tiada kata yang perlu kutulis pada entri ini.
Ianya peribadi. Mungkin.
Tiada sebarang rasa yang kusimpan buatnya.
Hanya biasa-biasa sahaja.
Sudah kutinggal perasaan itu begitu lama.
Sudah kututup buku lama yang tiada punya apa-apa isi di dalamnya.
Hanya nama-nama kawan yang mengukir kenangan terindah yang pernah aku ada.
Terima kasih semua.

Ya Allah, sesungguhnya Engkah mengetahui isi hatiku. ;)

Wassalam~

Sunday, October 28, 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha. ;)

Assalamualaikum.

Dengan kesempatan ini, Syaza nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua, terutamanya kepada pembaca blog Syaza yang dah lama tak update-update ni. Hehe.
Terima kasih kerana masih setia membaca. Ngeee~ :D


Ok, untuk tahun ni Syaza beraya dengan adik Syaza sahaja.
Hanya berdua.
Sebelum ni pun memamng berdua, tetapi dengan Kak Long di Shah Alam.
Tapi, tahun ni walaupun Syaza berada di Sabah, Syaza beraya hanya berdua.
Semoga ayah ibu sihat di sana ya.

Pengorbanan

Ramai yang kalau tak dapat balik beraya frust menonggeng.
Syaza pun tak faham kenapa.
Syaza dan adik-beradik Syaza yang lain, kalau tak balik raya rasa macam biasa je. Haha.
Walaupun raya Aidilfitri.
Sedih tu memang lah sedih, tapi dah namanya perantau, jadi buatlah cara perantau.
Kalau nak balik setiap kali raya memang pokai la jawabnya.

Tahun ni kami raya berdua.
Lepas solat sunat raya, masak nasi goreng je untuk sarapan.
Pak cik mesej kat adik suruh datang rumah.
Habis sarapan, pergi lah rumah pak cik dan mak cik. Berziarah kan. Habis dah tak tahu nak buat apa.
Lepas tu, belasah makan lagi.
Pergh~ Memang meletop perut. Hehe.
Alhamdulillah.
Terima kasih semua. ;)

Kalau nak kira pengorbanan kami bab beraya memang tak yah kira.
Kalau raya memang tak balik.
Dah kira jadi kebiasaan pada kami.

Kalau ramai yang post kat FB, beraya bersama keluarga.
Bersyukurlah anda, kerana Allah masih beri anda kesempatan untuk bersama keluarga. ;)

Apa-apa pun, pengorbanan tu banyak jenis.
Berkorban tak beraya bersama keluarga.
Berkorban kena tahan nafsu makan sebab takut gemuk.
Berkorban tak beli baju baru, kasut baru.
Dan macam-macam lagi.

Anda berkorban apa pula tahun ni? ;)

notakaki: Jangan pula kejar nak solat sunat hari raya, tapi solat yang wajib tak buat. ;)

Itu sahaja.
Wassalam~

Wednesday, October 17, 2012

Bukan Mudah Untuk Jadi Ibu dan Ayah.

Assalamualaikum...

Pejam celik pejam celik dah seminggu lebih Syaza berada di Sabah ni.
Sekejap je rasanya.
Okay, straight to the point.

Bukan Mudah untuk Menjadi Ibu dan Ayah.

Selepas habis peperiksaan, Syaza terus pulang ke Sabah.
Sebab apa?
Adik Syaza tinggal seorang diri.
Kenapa pula?
Sebab ibu ayah pergi menunaikan Haji. Alhamdulillah.



Adik Syaza dah seminggu tinggal seorang.
Kadang-kadang dia ajak kawan dia bermalam kat rumah.
Sebab tu Syaza balik awal.

Pabila sampai di Sabah, tugas ibu dan ayah berada di bahu Syaza.
Dan, kini baru Syaza rasa betapa penat dan kuatnya ibu dan ayah kita.
Bangun pagi, fikir nak masak sarapan apa.
Lepas solat, buat sarapan.
Lepas buat sarapan, hantar adik ke sekolah.
Jemur kain adalah aktiviti seterusnya.
Lepas tu, masa Syaza agak lengang. Jadi, masa untuk rehat.
Dah rehat, masa untuk masak tengah hari.
Lepas masak tengah hari, tunggu masa untuk ambil adik dari sekolah.
Masa untuk luangkan masa dengan adik.
Begitulah putaran hidup Syaza sekarang.

Ibu dan ayah kita buat lebih daripada itu.
Sebelum ni, kita ingat nak fikir masak untuk hari ni itu benda remeh.
Tapi, sebenarnya boleh buat kita pening kepala.
Sebab tak tahu nak masak apa. -_-"

Apa-apa pun, ini amanah yang ibu dan ayah telah berikan pada Syaza.
Jaga adik Syaza.
Ya, itu amanahnya.
Jadi, Syaza perlu jadi ibu, ayah dan juga sebagai seorang kakak.
Cukup bagi Syaza untuk lihat adik Syaza tersenyum. ;)

Maaf kalau Syaza tak update blog  ni.
Itu sahaja. ;)

Wassalam~

Sunday, October 7, 2012

Lupa Nak Cantik Depan Allah.


Assalamualaikum.

Apa khabar?
Alhamdulillah, akhirnya dapat juga Syaza update blog ni.
Adehhhh~
Alhamdulillah, Semester 5 dah abis.
Peperiksaan terakhir yang kududuki untuk Diploma. ;)

Lupa Nak Cantik Depan Allah.

Situasi 1:

Kring!
Kring!

“ Wah, Hawa! Cantiknya… Nak pergi mana? ”
“ Nak jumpa kawan kejap kat luar… Dia telefon tadi. ”

Hawa berjalan keluar rumah dengan pakaian yang cantik, wangi dan senyuman yang ceria.
Hawa berjumpa dengan rakan-rakannya dengan hati yang sangat gembira.
Rakan-rakannya juga selesa bersamanya kerana dia selalu bersih, wangi, cantik dan kemas.

Situasi 2:

Allahuakbar!
Allahuakbar!

5.50 pagi

“ Hawa, bangun Subuh… Dah azan tu…”
“ 5 minit…”

6.30 pagi

Hawa bangun dari tidurnya dan terus ke bilik air.
Hawa mengambil wuduk dan terus menunaikan solat Subuh.
Seusai menunaikan solat, Hawa merebahkan diri semula ke ranjangnya.

10.00 pagi

Hawa bangun untuk melakukan aktiviti sehariannya; belajar, makan dan sebagainya.
Hawa mengambil tuala dan pergi membersihkan dirinya.
Seusai mandi, kawannya menyapa:
“ Hawa, dalam sehari berapa kali kamu mandi?”
“ Kalau tak ada pergi mana-mana, sekali dah cukup. Sebab tu saya mandi lambat sikit. Sebab, bukannya kotor sangat pun. Paling banyak pun, dua kali dah cukup. Tu pun, kalau panas, badan tak selesa.”

***



Pernah berlaku kepada diri anda?
Selalu terjadi kepada diri anda?

Terdetik di hati saya untuk bertanyakan sesuatu kepada anda…

Kenapa kalau kita nak jumpa seseorang, tak kira kawan, saudara-mara mahupun pergi ke kelas, kita kena wangi, cantik, kemas dan bersih?

Tetapi, kalau kita nak jumpa Allah, kadang-kadang kita tak kisah pun kalau kita ni tak bersih, selekeh, tak wangi… Kenapa?

Pernah tak terdetik di fikiran anda tentang perkara ini?

Remehkan?

Kerana itulah kita sering terlepas pandang bukan?
Kerana kita dan terbiasa atau kita tidak sedar.

Kebersihan adalah antara perkara utama dalam Syariat Islam. Firman Allah SWT dalam Al Quran:
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat,  dan mengasihi orang yang sentiasa mensucikan diri”. (Surah Al-Baqarah, ayat 222)

Sesungguhnya, Allah suka akan kebersihan.
Namun, kita sering lupa untuk cantik ketika berjumpa dengan Allah.
Kita sering lupa untuk tampak kemas ketika hendak berhadapan dengan Allah.
Kita sering alpa untuk wangi pabila berjumpa dengan Allah.

Tapi, kita tak pernah lupa untuk cantik jika ingin berjumpa dengan rakan-rakan.
Kita tak pernah lupa untuk pakai minyak wangi ketika hendak keluar dari rumah.
Kita tak pernah lupa untuk tampak kemas jika ingin keluar bersama rakan.
Kita tak pernah lupa itu semua kan?

Tapi, kenapa kita sering lupa untuk nampak, bersih dan cantik pabila nak berjumpa dengan Allah?

Bukankah kebersihan juga ada kaitannya dengan keimanan?
Sabda Rasulullah SAW, maksudnya: “Kebersihan itu sebahagian daripada iman”. (HR Muslim)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: 'Mandi itu adalah wajib ke atas setiap orang Islam yang mana pada setiap tujuh hari, satu hari daripadanya wajib membasuh kepala dan jasmaninya” dan sabdanya lagi dengan maksud: 'Lima perkara yang menjadi fitrah manusia iaitu berkhatan, mencukur bulu ari-ari, menggunting misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak  (Riwayat at- Tabarani). 
Para ulama’ juga telah memberikan perhatian yang penting tentang kebersihan apabila memulakan perbincangan dalam kitab fiqh dengan bab taharah iaitu kebersihan.
Ini membuktikan bahawa Islam, para nabi dan para alim ulama’ telah mengambil berbagai inisiatif untuk memberikan kefahaman bahawa menjaga dan mengamalkan kebersihan adalah penting dan sangat dituntut oleh agama kita yang Maha Suci.
Bukan tidak boleh nampak cantik di hadapan orang, tapi biarlah kita juga cantik ketika berjumpa dengan Allah. ;)

Umat yang beriman, peribadi yang beriman dan keluarga yang beriman pasti tidak sekali-kali akan mengabaikan kebersihan diri, rohani, jasmani, masjid, rumah, kedai, makanan minuman dan halaman persekitarannya. Mudah-mudahan hidup kita, anak isteri, ahli keluarga, jemaah dan masyarakat kita akan lebih sihat, segar, ceria dan bahagia dengan menjaga serta membudayakan kebersihan bermula dari rumah, insyaAllah.

Perbaiki diri, tingkatkan amalan, perbanyakkan ibadah. ;)

Maaf jika ada yang terasa.
Yang baik segalanya datang daripada Allah.
Yang buruk datang daripada kelemahan diri saya sendiri.

Wassalam~

Monday, September 17, 2012

Projek Penyelidikan Oh Projek Penyelidikan...

Assalamualaikum semua...

Apa khabar?
Fuh... Lama dah tak jenguk blog ni.
Jenguk pun tak sempat dah, lagikan update.
Minta maaf sangat-sangat.

Seriously, Syaza sibuk dengan menyiapkan projek penyelidikan.
Selama 5 hari berturut-turut ngadap laptop yang tak sudah-sudah dan akhirnya, Alhamdulillah berjaya disiapkan. Tunggu feedback daripada Pensyarah je.
5 hari tu juga Syaza diuji dengan kesihatan badan yang tidak mengizinkan.
Tapi, dengan kekuatan yang Allah berikan, Syaza gagahkan juga badan dan minda untuk siapkan dalam minggu ni. Terima kasih ya Allah.

Terlalu banyak kajian kes, tesis, jurnal, buku dan sebagainya untuk dibaca.
Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Bahasa Indonesia - semua kena baca.
Pening kepala.

Tapi, inilah perencah hidup sebagai seorang Mahasiswi.
Ni baru Diploma, belum Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan PhD. InsyaAllah.Akan sampai ke tahap itu. ;)

Final Exam dah nak dekat.
Rasa macam nak tercabut jantung.
Semester depan dah nak praktikum, and then habis. InsyaAllah.
Tak sabarnya... Hehe.
Doakan Syaza ek.

Syaza tak tahu nak tulis apa dah sebab kat dalam kepala otak saya ni cuma Projek Penyelidikan, kuiz dan peperiksaan.
Maaf ye.
InsyaAllah, jika diizinkan oleh Allah kita bersua lagi di entri seterusnya. ;)

Doakan Syaza berjaya di dunia dan di akhirat ya.
Doakan Syaza dapat Dekan ya. Amin.

Terima kasih. ;)

Wassalam~


Tuesday, September 4, 2012

Seribu Kemaafan Kuhulurkan...

Assalamualaikum.

Apa khabar kalian?
Ini merupakan entri pendek buat anda.

1. Minta maaf

Syaza nak mohon ampun dan maaf kepada semua pembaca blog Syaza ni.
Mesti tertanya-tanya, kenapa lama dah tak update kan. Huhu.
Pejam celik-pejam celik, dah sebulan Syaza berdiam diri.

  • Tugasan yang berlambak. Alhamdulillah semakin berkurangan. Tesis masih boleh dikira barisan ayat. -_-"
  • Majlis perkahwinan KakLong. Alhamdulillah dah selesai.
  • Mood yang kejap ada kejap tak ada.
  • Kadang-kadang ada idea, dan kadang-kadang hilang begitu sahaja. -_-"
Syaza mohon maaf sangat-sangat dari lubuk hati Syaza.


2. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin

Syaza harap masih tak terlewat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada anda semua!
Puasa 6 jangan lupa ye. ;)


Banyak cerita yang ingin dikongsikan, tetapi bukan pada kesempatan ini. Maaf ye.
Semoga segala urusan kita semua dipermudahkan oleh Allah. Amin~ ;)

Wassalam~

Wednesday, August 1, 2012

Adakah Anda Rasa Ianya Sama atau Berbeza?

Assalamualaikum semua.

Apa khabar kalian?
Syaza harap semuanya sihat. InsyaAllah.
Mohon maaf ya keranna lama dah menyepi.
Tugasan semakin berlambak. Allahuakbar... *Pengsan*
Penulisan ini hanya sekadar pandangan Syaza.



Tak Boleh Puasa dan Tak Puasa.


Pada pendapat Syaza, tak boleh puasa ialah seseorang yang mempunyai sebab mereka tidak boleh berpuasa, contohnya uzur syar'ie, uzur, orang yang terlalu sakit dan sebagainya sepertimana kita belajar di sekolah rendah agama, mahupun sekolah rendah dan sekolah menengah.
Tak puasa pula adalah seseorang yang sengaja tidak berpuasa. Bermakna dia tak puasa tanpa sebab yang munasabah.

Adakah Anda Rasa Ianya Sama atau Berbeza?


Situasi 1

A: Awak puasa tak hari ni?
B: Tak boleh.
A: Oh, tak puasa.

Situasi 2

A: Awak boleh puasa tak hari ni?
B: Tak boleh.
A: Oh, tak boleh puasa.

Nampak tak perbezaannya?

Ada di antara kita yang mengatakan ianya sama.
Bagi pendapat Syaza ianya langsung tidak sama.
Kerana apa?
Berbalik kepada penerangan awal Syaza iaitu perbezaan tak boleh puasa dan tak puasa.

Berdosa hukumnya kepada individu yang boleh berpuasa tetapi tidak berpuasa.
Tidak berdosa hukumnya kepada individu yang mampu untuk berpuasa tetapi tidak boleh berpuasa.
Jelas tak?


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata:” Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.” Riwayat Bukhari & Muslim
Pengajaran Hadis:
i) Puasa merupakan perkara ‘dharuriah’ dalam agama di mana sesiapa yang mengingkari wajibnya puasa maka ia menjadi kufur, manakala sesiapa yang meninggalkan puasa tanpa uzur syarie, hendaklah ia dihukum. ii) Puasa memaksa kita meninggalkan nafsu syahwat walaupun pada perkara yang telah dihalalkan untuk melakukannya (sebelum Ramadhan). Dengan itu puasa sebenarnya dikatakan sebagai pendidik untuk kita menjadi lebih tegas, berdisiplin dan sabar dalam berhadapan dengan sebarang godaan sepanjang Ramadhan berlangsung. 
iii) Bulan Ramadhan dikenali juga sebagai bulan prestasi, di mana Allah memberikan kesempatan kepada orang-orang yang beriman untuk memperbaiki darjatnya di sisi Allah S.W.T bahkan di bulan ini semua aktiviti yang harus di sisi syarak dikira sebagai suatu ibadah kepada Allah S.W.T. 
iv) Puasa yang dilakukan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata akan bernilai sepuluh kebajikan (atau lebih). Oleh itu orang yang puasa di bulan Ramadhan dan diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal dinilai sama dengan puasa sepanjang tahun. Hal demikian disebutkan dalam hadis Rasulullah s.a.w.
v) Ramadhan adalah bulan ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah seperti yang dilakukan oleh para salafus-soleh. Dengan itu kita hendaklah benar-benar berusaha agar tidak ada waktu berlalu tanpa amal soleh sepanjang Ramadhan ini kerana bulan Ramadhan adalah bulan permohonan, munajat, hidayah dan meraih petunjuk kebenaran daripada Allah S.W.T. 




Subhanallah, sungguh besar kasih sayang Allah kepada kita sehinggakan bau mulut kita yang busuk kerana berpuasa berbau wangi di sisi Allah. :')

Sesungguhnya rugilah seseorang itu yang mampu untuk berpuasa tetapi tidak mahu berpuasa.
Kebahagiaan manakah yang anda kejar?
Dunia atau akhirat?

Untuk bahagia di akhirat, dunia inilah tempatnya untuk anda mengumpul segala amal ibadah supaya mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat. InsyaAllah.

Wallahu'alam.

Yang baik itu dari Allah, yang buruk itu dari Syaza sendiri.

Wassalam~

Thursday, July 19, 2012

21 Julai 2012 = 1 Ramadhan 1433H, Puasa! InsyaAllah. ;)

Assalamualaikum...




يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa. (Surah Al-Baqarah: Ayat 183)

Telah diumumkan di kaca televisyen pada malam tadi, bahasawanya 21 Julai 2012 bersamaan 1 Ramadhan 1433H kita akan mula berpuasa di bulan yang mulia. InsyaAllah.

Apa makna puasa bagi anda?

A: Puasa bagi saya ialah satu perkara yang wajib bagi seluruh umat Islam. Jadi, kita wajiblah puasa pada bulan Ramadhan ni...

B: Puasa ialah menahan lapar dan dahaga. Wajib la... Kan dah tertulis dalam rukun Islam, jadi kena buatlah. Atoooiii~
C: Puasa ya... Puasa ialah puasa. Okay fine... Nak bagi tahulah ni. Tak sabarlah awak ni. Hehe. Puasa is tak makan dan tak minum. Kena banyakkan baca Al-Quran. Kena tahan nafsu. Tak boleh makan banhyak-banyak masa berbuka.

D: Puasa ialah salah satu rukun Islam. Jadi, kita diwajibkan untuk melakukannya. Selain menahan lapar dan dahaga, kita juga perlu menahan nafsu kita. Disamping tu, perbanyakkan amal ibadah kita dalam bulan Ramadhan ni sebab banyak pahala yang akan kita perolehi. Puasa dalam bulan Ramadhan adalah hari yang ana tunggu-tunggu selama ni.

E: Puasa... Em... Puasa yang tak yang yok, pagi-pagi tak buka periuk! Haha.

Okay... Cukup.
Anda rasa yang mana satu betul?
Mesti anda rasa, semua macam betul je...
BETUL!
Semua pun betul, tak ada yang salah. Cuma ada kekurangan, tetapi jawapan tu semua betul. ;)
Jadi, tidak perlulah Syaza nak terangkan.

Yang penting, ikhlaskan hati, perbaiki diri, perbanyakkan amalan.
Semoga puasa kita tahun ini diterima oleh Allah. Amin~

Dengan kesempatan ini, Syaza nak minta maaf kalau ada salah silap kepada sesiapa sahaja.
Jika penulisan Syaza selama ini mengguris hati anda, Syaza minta maaf ya. ;)


Selamat Berpuasa di bulan Ramadhan kepada semua!

Itu sahaja.
Wassalam~ ;)

Tuesday, July 17, 2012

Fotografi Itu Hobiku.

Assalamualaikum.

Apa khabar kalian?
Sebelum bertolak ke kelas, ada sedikit penulisan pada hari ini. HEHE.
Rajin pula nak menulis pagi-pagi. ;)

Fotografi Itu Hobiku.

1. Apa makna fotografi pada Syaza?

Fotografi adalah hasil gambar yang dapat memberi mesej kepada orang lain, disamping mendapat kepuasan terhadap diri sendiri.

Nyum-nyum... 

2. Apa gambar yang selalu Syaza tangkap?

Syaza tengok mood. Suka hati Syaza nak tangkap apa. HEHE.
Tapi Syaza bukan professional photographer.



3. Jenis kamera yang Syaza gunakan?

Hanya sebuah kamera digital (compact) yang mempunyai 12 Mega pixel.
Jenama apa? Itu rahsia. ;)


4. Apa yang Syaza pentingkan dalam sesebuah fotografi?

Angle and composition  itu penting bagi Syaza.
Dan paling penting, gambar kadang-kadang tak boleh 'hidup' tanpa editing. ;)


5. Bagaimana Syaza mengedit gambar?

Syaza hanya menggunakan Photoscape.
Syaza lebih suka gambar tersebut nampak natural atau old school.









Itu je lah kot, tentang salah satu hobi Syaza iaitu fotografi.
Kamera memang tak lekang dari Syaza.
Sebab saya tak guna DSLR, jadi mudah nak bawa ke mana sahaja. ;)

Hajat nak mempunyai DSLR itu memang ada.
Tetapi sekarang bukan masanya.
Banyak lagi perkara yang memerlukan duit buat masa ini.
Ada sesiapa yang nak sponsor DSLR untuk Syaza? ;)

Kepada yang menggunakan kamera kompak, jangan malu jangan segan.
Jika anda pandai setting kamera anda, maka hasil gambarnya akan nampak sangat cantik.

Syaza suka tangkap gambar, tetapi hanya yang layak sahaja boleh tangkap gambar Syaza. HEHE. ;)

Secara jujurnya, kami adik-beradik memang suka sangat tangkap gambar.
Tunggu nak pegang DSLR tu je belum. HEHE.

Itu sahaja. ;)
Wassalam~

Monday, July 16, 2012

Menjaga Hati Orang Lain Sehingga Lupa Jaga Hati Sendiri.

Assalamualaikum.

Apa khabar kalian?
Ya Allah, dah berhabuk dah blog ni.
Bukan tak nak update, tetapi tugasan dah semakin menggunung dan perasaan malas semakin membuak-buak. Astaghfirullah.
Walaupun tak buat...
Maafkan Syaza ya, kawan-kawan... ;)

Menjaga Hati Orang Lain Sehingga Lupa Jaga  Hati Sendiri.



Setiap manusia ada personaliti masing-masing.
Ada yang dahulukan hati mereka sendiri sebelum hati orang lain.
Ada yang dahulukan hati orang lain sebelum hati sendiri.

Menjaga hati orang lain itu kadang-kala sudah menjadi satu keperluan bagi kita sebagai manusia.
Tujuannya supaya kawan-kawan kita tidak terasa dengan apa yang kita katakan.
Supaya kawan-kawan kita senang berkawan dengan kita.
Supaya kawan-kawan kita tak ada dendam terhadap diri kita.

Menjaga hati sendiri itu sudah menjadi kemestian.
Tujuannya supaya hati kita tidak disakiti.
Supaya hati kita tidak dilukai.
Supaya hati kita tidak ada dendam terhadap orang lain.

Kadang-kala, kita menjaga hati orang lain, tetapi tak pernah ada pun orang lain itu menjaga hati kita.
Dari situ timbulnya rasa tidak puas hati.
Lumrah manusia, kita memberi sesuatu kepada orang lain dan kita mahu orang itu beri sesuatu kepada kita semula.
Begitu juga dengan hati, kita menjaga hati orang lain dan kita mahu orang lain juga menjaga hati kita.
Tetapi, kadang-kadang ada orang yang menyuruh orang lain menjaga hati dia, tetapi dia tidak pula menjaga hati orang lain.

Tidak kira yang mana satu jenis anda, Syaza sarankan, jagalah hati orang lain dan jangan lupa hati sendiri untuk dijaga. ;)

Ikhlaskan setiap perlakuan kita terhadap orang lain dan jangan terlalu harap balasan daripada orang lain kerana balasan indah daripada Allah menunggu anda jika anda ikhlas melakukan sesuatu kebaikan. ;)


Dari Mu’awiyah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda: ”Janganlah kamu meminta-minta. Demi Allah! Tidak seorang jua pun yang meminta kepadaku, yang tidak kupenuhi permintaannya. Tetapi seorang yang kuberi dengan hati enggan, maka pemberianku itu tidak berkat baginya.” (al-Bukhari)

Oleh itu, ikhlaskan hati anda.
Jaga hati orang lain itu PERLU, jaga hati sendiri itu MESTI.

Itu sahaja.
Wassalam~ ;)

Thursday, June 28, 2012

Cepat Jumpa Kawan, Lambat Jumpa Allah.

Assalamualaikum semua.

Apa khabar semua?
MasyaAllah, lama dah tak mengupdate blog ni.
Semester baru dah bermula, kelas pun dah ada, tugasan pula semakin lama semakin bertambah. ;)
Itulah tugas sebagai seorang pelajar universiti.
Semoga Allah permudahkan urusanku dan urusanmu. InsyaAllah. Amin~

Cepat Jumpa Kawan, Lambat Jumpa Allah.


Apa sebenarnya yang Syaza maksudkan?
Maksud Syaza ialah...

Kalau nak gosip cepat-cepat jumpa kawan, tapi kalau nak solat lambat-lambat jumpa Allah.

Na'uzubillah.
Syaza tengok di sekeliling Syaza, ada sahaja yang begini.
Sememangnya kita tidak sempurna.
Tetapi, kita digalakkan untuk solat di awal waktu.
Dan kita tidak digalakkan untuk mengawalkan perbualan.

Kadang-kadang, Syaza pelik...
Mereka tak rasa bersalahkah terhadap Allah sebab melewat-lewatkan solat?
Ada yang solat subuh pukul 7 pagi, solat asar pukul 6.30 petang, solat maghrib pukul 8.30 malam.
Bukankah kita akan tergopoh-gapah apabila solat di akhir waktu.
Itu akan menyebabkan solat kita tidak khusyuk.
Bukankah Rasulullah pernah bersabda:

Dari Abu Dzar r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bertanya kepadaku, sambil menepuk pahaku: Apa yang engkau lakukan jika engkau berada dalam lingkungan kaum yang suka melalaikan solat dari waktunya? Jawabku:”Apa perintah tuan untuk saya?“ Sabda baginda, solatlah pada waktunya (sekalipun sendirian). Sesudah itu selesaikanlah segala urusanmu. Jika kebetulan orang solat berjamaah dan engkau masih berada dalam masjid, maka solatlah pula (bersama mereka).” (Muslim)


Kawan-kawan sekalian....
Bukankah lebih bagus kita selesaikan yang wajib dahulu?
Takut-takut, masa kita duk gosip Allah cabut nyawa kita sebelum kita sempat solat.
Na'uzubillah. 


Jadi, dahulukan yang wajib dulu ye kawan-kawan. ;)
Tinggalkan dahulu perkara yang sia-sia.

Kalau kita nak Allah jaga kita, jadi kita kena jaga hubungan kita dengan Allah.

Itu sahaja. ;)
Wassalam~

Friday, June 22, 2012

Jika Ada Rezeki Lebih...

Assalamualaikum semua.

Apa khabar kalian? Hehe.
Syaza harap semuanya sentiasa sihat dan sentiasa berada di bawah lindungan Allah. InsyaAllah. ;)

Hari ni, Syaza bawa dua orang kawan rapat Syaza di UPSI; Fa dan Annei pergi makan Pizza.
17hb Jun hari tu, tarikh hari lahir Fa. Syaza cuma dapat bagi buku je masa tu.
Jadi hari ni Syaza bawalah dia pi makan sama-sama.
Annei pula, dia tak pernah makan Pizza Hut, jadi sebab tu Syaza bawa dia juga.

Terima kasih kepada mereka kerana sudi menerima pelawaan saya yang tidak seberapa itu.
Lagipun, makan untuk sambut hari jadi sendiri, bayar sendiri. HAHA.
Tak lah, acah je...
Ada rezeki lebih sekarang sebab masih awal semester lagi. Hehe.
Nanti kalau pertengahan atau akhir, duit semakin berkurang sebab semua nanti nak guna untuk tugasan. Betul tak? HEHE.

Kami nak rasa pizza yang baru tu... Steak ape benda tah...
Oklah juga rasanya... Hehe.


Syaza, Fa dan Annei. ;)


Sedang menunggu kehadiran pizza.


Makan sup dulu lah... Hehe.


Dah datang pun... Sorry malas nak edit...


Sedap jugalah... Haha.


Mereka dah pun kekenyangan. Hehe.

Kalau ada rezeki lebih, kita kena kongsi-kongsi. Hehe.
Kalau ada rezeki lebih lagi, nanti kita belanja lagi... Hehe.
InsyaAllah, mudah-mudahan Allah murahkan rezeki Syaza. Amin~

Itu sahaja.
Wassalam~