Monday, May 28, 2012

Hari Ini, Hari Dia...

Assalamualaikum...

Dengan ini, Syaza ingin mengumumkan Selamat Hari Ulang Tahun buat adik Syaza, Khairah Nazurah yang ke 18 tahun.
Apa?
Dah 18 tahun? Haha.
Tahniah!

Selamat Hari Jadi Abby!


Tiada hadiah istimewa buatmu.
Hanya doa yang dapat kutitipkan buatmu.
Maaf, jika aku tidak dapat menjadi kakak yang baik sepertimana yang kamu mahu.
Kuharapkan kamu dapat menjadi insan yang baik dan solehah.

Jaga lisan.
Jaga dirimu.
Ingat Allah selalu.

Buat yang terbaik untuk dirimu dan keluarga.
Semoga berjaya dengan segala perkara yang anda lakukan.

" Ya Allah, Kau ampunilah dosa adikku, Khairah Nazurah. Kau pertingkatkan imannya. Kau berikanlah dia kebahagiaan di dunia dan di akhirat, kejayaan di dunia dan di akhirat dan kecemerlangan di dunia dan akhirat. Kau jauhilah dia daripada kemungkaran di dunia dan di akhirat. Amin ya rabbal 'alamiin~ "

Wassalam~

Monday, May 21, 2012

Pabila Tiba Saatnya...


Assalamualaikum.

Hari ni tiba-tiba tertarik dengan kata-kata ini. Hehe. ;)





» » BILA NAK KAWIN? « «••► Hanya Allah S.w.t tahu masa yang terbaik untuk saya kawin .

» » DAH BERPUNYA? « «••► Ya , Kerana setiap orang telah ditetapkan jodoh masing-masing .

» » DENGAN SIAPA? « «••► Nanti Allah S.w.t akan perkenalkan kepada saya .

» » BILA? « «••► Bila kami dah dipertemukan .
InsyaAllah jemput la datang ke walimatul urus saya nanti .

→ Janganlah selalu bertanya bila orang tu nak kahwin kerana semua rahsia itu terletak di TANGAN ALLAH SWT . Sampai masa Allah S.w.t akan membongkarkannya . InsyaAllah :)



Wassalam~

Friday, May 18, 2012

Aku Hamba Hina yang Butuh CintaNya.

Assalamualaikum.

Ke Mana Hilangnya CintaMu?

Aku sentiasa lupa.
Aku sentia alpa.
Menikmati dunia hingga terleka.
Melangkah dengan bangga di dunia.
Sehingga aku terlena.

Setiap kesalahan yang kulakukan, hanya Kau diingatanku.
Setiap saat yang kuharungi, hanya Kau di mindaku.
Setiap perbuatan yang kulaksanakan, hanya Kau dihatiku.

Namun...
Bagaimana semua ini boleh terjadi?
Kenapa ini semua terjadi?
Apa aku ini lemah sebenarnya, ya Rabbi?
Apa aku ini sebenarnya buta hati?
Atau hatinya mati dek keseronokan duniawi?

Setiap solatku, kutitipkan doa kepadaMu.
Setiap doaku, kupohon diperkuatkan iman daripadaMu.

Tapi...
Salah siapa sebenarnya aku boleh jadi seperti ini, ya Ilahi?
Salah aku?
Aku yang buta hatinya.
Yang sudah tahu mana betul dan mana salah, namun kutetap lakukan yang salah itu?
Atau ibu bapaku?
Ibu bapa yang tidak pernah mengambil tahu apa yang anaknya sedang lakukan?
Atau salah rakan, teman?
Yang tidak berani untuk tegur dengan perbuatanku?
Atau masyarakat?
Masyarakat yang melakukan sesuka hatinya dan menjadi ikutan ramai?
Salah siapa?

Ya...
Aku sedar...
Salah aku.
Aku yang tidak reti mendinding diri dari segala maksiat dan kejahatan.
Aku yang tidak reti berhenti dari segala kesilapan.
Aku yang tidak reti memahami betapa indahnya nikmat Tuhan.
Aku yang bersalah!
Aku!
Ya, aku!

Aku buta, ya Allah.
Buta akan indahnya Syurga yang akan Kau berikan jika aku menjauhkan diriku sendiri dari segala kejahatan.
Aku pekak, ya Allah.
Pekak dari segala amaran yang Kau berikan, namun aku tetap lalai dibuai mimpi yang hanya sia-sia.
Aku bisu, ya Allah.
Bisu daripada menyebarkan segala perkara yang ma'aruf dari keluarga, rakan dan masyarakat yang ada di sekelilingku.
Aku hina, ya Allah.
Aku tarik mereka semua bersama-samaku melakukan kesilapan.
Aku kerdil, ya Allah.
Namun, aku ingin cinta dan kasihMu sehingga akhir hayatku.
Aku tidak sanggup ditinggalkan olehMu, ya Rabbi.
Ke mana hilangnya cintaMu padaku dahulu yang dapat kurasai?

Aku sedar kesilapanku itu, namun nafsuku masih membelengguku sehingga aku buta, pekak dan bisu.
Kau tunjukilah aku jalan yang lurus, ya Allah.
Aku butuh kasihMu.
Aku butuh cintaMu.
Aku butuh hidayahMu.
Aku butuh Kau dalam setiap denyutan nadiku.
Jujur dari hambaMu yang hina ini ya Allah.
Dari hati yang sudah punya titik hitam yang ingin dibersihkan kembali dengan warna-warni Islam yang membawaku ke JannahMu.

1628
18052012
Syaza Syafeeqah


Wednesday, May 16, 2012

Hari-Hari Hari Ibu, Hari Ini Hari Guru. ;)

Assalamualaikum semua.

Syaza nak ucapkan Selamat Hari Ibu buat semua para ibu, terutamanya kepada ibu saya, Rosmiati Binti Hj Sainoh. Semoga hidupmu sentiasa diberkati Allah. InsyaAllah. Amin...

Tiada kata yang menarik dapat kuungkapkan.
Tiada hadiah istimewa yang dapat kuberikan.
Cuma titipan doa yang dapat kupanjatkan.
Cuma kejayaan yang cuba kuusahakan.
Kerana jasamu tidak dapat kupulangkan.
Kerana aku tidak mampu lakukan sepertimana kamu lakukan.

Selamat Hari Ibu! ;)




 Kami pakai biru pada hari yang sama. Yeay!

Ibu, jom kita tangkap gambar. Hehe.


Dengan kesempatan ini juga, Syaza nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru yang pernah mengajar Syaza selama ini.
Kepada Cikgu Sabariah yang mengajar Syaza semasa di Tadika Seri Paya, semua guru SK Seri Paya, Parit Raja, Batu Pahat, Johor (Tahun 1-4), semua guru SRK Saint Agnes, Likas, Sabah (Tahun 5-6) dan semua guru SMK Perempuan Likas, Sabah (Tingkatan 1-5).
Tidak lupa juga kepada semua pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang mendidik saya sepanjang saya berada di UPSI.
Terima kasih atas segala ilmu yang cikgu-cikgu, tuan, puan, encik dan cik berikan.
Semoga Allah merahmati hidupmu.

Syaza juga nak ucapkan Selamat Hari Guru buat ayah Syaza, Mohammad Khasnan Bin Selamat setelah bertahun-tahun tidak jemu dengan melayan karenah pelbagai muridnya, disamping melayan karenah anak-anaknya.

Selamat Hari Guru juga buat kakak sulung Syaza, Rizana Aida. Semoga kita dapat teruskan pekerjaan yang mulia ini tanpa jemu. Semoga Allah berikan kita kekuatan untuk menempuhi segala cubaan dan dugaan dalam mendidik anak-anak murid. Semoga Kak Long terus kuat dalam segala apa yang menimpa. Allah sentiasa ada berssamamu. ;)

Selamat Hari Guru!


 Selamat Hari Guru, Ayahku!



Selamat Hari Guru, Kak Long!

Itu sahaja.
Wassalam~

p/s: Pagi-pagi pergi dapur, ibu ucap Selamat Hari Guru buatku. Hehe.

Allah Kurniakan Rindu Ini Buatku...

Assalamualaikum.

Ketika membaca Al-Quran selepas selepas menunaikan solat Maghrib semalam, aku tiba-tiba teringat kenangan lamaku.
Kenangan lamaku yang membentuk siapa diriku sekarang.
Kenangan lama yang dapat kuimbas satu persatu wajah yang bersama-sama dengan mencorak perubahan dalam diri.
Berusaha untuk mendapatkan keredhaan Ilahi.

Rindu terhadap mereka semua.
Rindu ingin bekerja bersama mereka semula.
Rindu dengan segala perkara yang dikongsikan.
Rindu dengan segala nasihat yang diberikan.
Rindu dengan setiap pengalaman dahulu yang pernah kualami bersama mereka yang Allah pilih untukku.

Aku selongkar album-album komputer lama.
Dalam album adikku, terjumpa gambar-gambar yang menggamit kenangan; semasa dan selepas dunia persekolahan. ;)



Bergerak bersama mereka dalam berdakwah memang membentuk siapa aku sekarang.

Kini, kami sudah berpisah pada zahirnya, namun batin kami tetap pada tujuan yang sama.
Kini, Allah telah menambahkan lagi sahabat-sahabat yang terbaik buatku.
Pergerakanku tidak berhenti di Sabah.
Aku terus mencari dan terus bergerak semampuku.
Tidak pernah terlintas dalam fikiranku untuk berhenti dalam meneruskan perjuangan ini.

Kini, aku bergerak dengan pasukan yang lain.
Pasukan yang boleh kuanggap kakak-kakakku sendiri.
Pasukan yang tidak pernah jemu untuk terus mengingatkan aku kepada Allah.
Rindu rasanya kepada mereka.
Kapankah kita akan bertemu lagi ya?

Rindu buat ahli keluarga juga turut dirasai.
Aku menggamit kenangan-kenangan lama yang tidak pernah lekang dari ingatanku.
Terlalu jarang kami bersama, berkumpul sekeluarga kerana semuanya mempunyai komitmen yang berbeza, di samping menetap di negera yang berbeza.
Rindu rasanya untuk berkumpul bersama, bergelak ketawa, berkongsi cerita.
Rindu semua itu.

Tetima kasih ya Allah, kerana Kau kurniakan rindu ini buatku.

Itu sahaja. 
Wassalam~

Monday, May 14, 2012

Adilkah Bila...

Assalamualaikum.

Keluarga vs Rakan.


Adilkah bila...

Tak kisah kalau jalan-jalan 24 jam bersama rakan.
Tapi...
Ambil kisah apabila jalan dengan keluarga walau hanya 2 jam or whatever...

Adilkah bila...

Tak kisah kalau rakan cakap apa sahaja terhadap kita.
Tapi...
Berang apabila keluarga tegur kita. (Macam kita ni bagus sangat)


Adilkah bila...

Dengar kata kalau rakan tegur kita.
Tapi...
Dengar, tapi buat tak tahu kalau keluarga tegur kita.



Adilkah bila...

Baik je kalau cakap dengan kawan.
Tapi...
Kalau cakap dengan keluarga punyalah 'baik'.

Adilkah bila...

Sanggup buat apa sahaja kepada rakan.
Tapi...
Merungut kalau keluarga minta buat sesuatu.

Renung-renungkan...

Peringatan buat diri sendiri juga.
Itu sahaja. ;)
Wassalam~

Monday, May 7, 2012

Orang yang Mati Syahid Walau Tidak ke Medan Perang.

Assalamualaikum.



Orang yang tidak mati dalam medan jihad juga boleh dianggap syahid, iaitu;


  • Orang yang mati lemas.
  • Orang yang mati terbakar.
  • Orang yang mati disengat serangga atau binatang.
  • Orang yang mati di bawah runtuhan.
  • Orang yang mati jatuh daripada rumah atau patah lehernya.
  • Orang yang mati ditimpa batu.
  • Perempuan yang cemburukan suaminya.
  • Orang yang terbunuh kerana mempertahankan hartanya.
  • Orang yang terbunuh kerana mempertahankan diri.
  • Orang yang terbunuh kerana mempertahankan keselamatan saudaranya.
  • Orang yang terbunuh kerana memepertahankan keselamatan jiran tetangganya.
  • Orang yang terbunuh kerana mengajak orang melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Sumber: Buku Khutbah Rasulullah Wasiat Agung Buat Umat Tercinta (Rohidzir Rais).

Sunday, May 6, 2012

050512 : Hari Terbuka ARMADA.

Assalamualaikum semua.

Apa khabar kalian?
Harap sihat ya. InsyaAllah.

Hari Terbuka ARMADA, TLDM, Sepanggar, Sabah.


Pada 05.05.2012 (Sabtu), Syaza dan keluarga pergu Hari Terbuka ARMADA ni.
Seronok jugalah.
Bertolak dari rumah lebih kurang pukul 8 pagi. Sebelum tu, sarapan dulu kat Taman Kingfisher.
Lepas tu, baru bertolak ke TLDM, Sabah.

Dah masuk kawasan TLDM, kami kena parking di tempat yang telah ditetapkan.
Pengalaman baru, kami kena naik bas yang telah disediakan oleh TLDM dari tempat letak kereta.
Memang dah ditetapkan macam tu.

Tengok gambar je lah ek. HEHE.


Inilah dia!!! Ni Kedah punya...


Ibu dan ayah. ;)


Kat atas kapal perang dah. HEHE. Best!  Pusing dalam dan luar kapal ni.
  

Tengok kapal Perak. Nampak tak konvoi kereta tu. Motor pun ada.


Kapal selam pun ada...


Konvoi kereta mini. Comel je... ;)


Navy...


Agak panas. But it's okay. ;)

Itu sahaja rasanya.
Seronok spend time with my family. Alhamdulillah.

Wassalam~


Sayang Sabah. ;)

Friday, May 4, 2012

Kehidupan Ibarat Gula-Gula dan Ubat-Ubatan.

Assalamualaikum.

Apa khabar kalian?
Maaf, sebab membisu agak lama.
Ada perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan.


Kehidupan ibarat gula-gula.
Senyum apabila rasa kemanisannya.
Manisnya sehingga tidak dapat dilupa.
Seronok pabila  teringat kembali saat merasa kemanisannya.

Kehidupan ibarat ubat-ubatan.
Pahit rasanya.
Terasa perit untuk ditelan.
Namun, kepahitan itu membuatkan kita untuk terus hidup.

Wassalam~