Tuesday, January 31, 2012

Selamat Ulang Tahun Ayahku! ;)

Assalamualaikum semua.

Hari ini 31 Januari 2012, merupakan ulang tahun ayah Syaza, Mohammad Khasnan Bin Selamat yang ke-52 tahun.
Alhamdulillah Allah masih memberikan ayah peluang berpijak di bumi ini dan masih memberi peluang untuk Syaza dan keluarga bersamanya mengecap bahagia bersama.

Ucapan untuk ayah yang Ajja cintai. Semoga ayah Ajja:

  • Dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
  • Sentiasa berada di bawah naungan rahmatNya.
  • Sentiasa diberkati oleh Allah.
  • Teruskan perjuangan untuk mendidik anak bangsa dan negara. HEHE.


Seterusnya, buat ayah...

Terima kasih atas segalanya.
Pengorbananmu...
Kasih sayangmu...
Didikan dunia dan akhirat yang kamu berikan...
Penat lelahmu melayan karenah kami semua...
Terima kasih atas segalanya, ayahku.

Kamu ayah yang kucintai sampa akhir hayatku.
Kamu ayah yang kuhormati.
Kamu ayah yang aku kagumi.

Setiap perbuatanmu.
Setiap perkataan dan nasihatmu.
Aku kuingat sehingga akhir waktu.

Ayah...
Kamu yang kucintai.
Kamu yang kusayangi.

Ayah...
Semamangnya, kamu ayahku!

Terima kasih atas segala jasamu yang kuyakin bahawa  tidak dapat kubalas sampai bila-bila.

Ya Allah...
Aku bersyukur kepadaMu kerana Engkau kurniakan aku seorang ayah yang amat memahami karenah dan perangai setiap ahli keluarganya.
Alhamdulillah.

Bersama ayah yang tercinta. ;)

With full of love your third daughter, Syaza Syafeeqah (Ajja).

Sayaaaaannnnggggg ayah. :)

Wassalam~

Monday, January 30, 2012

Diriku Hilang...


Kurasakan diriku hilang.
Hilang dari cintaNya.
Aku kehausan...
Ya Allah, janganlah Kau tarik semula rasa cinta yang pernah Kau berikan kepadaku ini.
Aku merayu...
Sesungguhnya aku lemah tanpa cintaMu.
Aku merayu, ya Allah...
Aku sedar ya Allah...
Sesungguhnya aku hamba yang alpa.
Hamba yang buta.
Bukakanlah pintu hatiku untuk terima hidayah dan petujukmu.
Aku merayu padamu ya Rabbi...


Thursday, January 19, 2012

Kawan, Aku Tahu Kamu Tahu, Tetapi Kamu Biarkan Sahaja Bukan?

Assalamualaikum semua.

Apa khabar kalian?
Syaza harap semua sihat. InsyaAllah. ;)



Kawan, Aku Tahu Kamu Tahu, Tetapi Kamu Biarkan Sahaja Bukan?


Contoh situasi:

Abang K: Adik A dan Adik B, abang nak ajak adik-adik pergi ke satu kursus nak ikut tak?
Adik A dan Adik B: Bila bang?
Abang K: Lusa.
Adik A dan Adik B: InsyaAllah, boleh.

Keesokan harinya...

Adik A: Bang, adik minta maaf sangat-sangat sebab tak dapat pergi kursus tu. Ibu adik tak bagi. Jauh...
Abang K: Tak apa lah. B nak pegi tak?
Adik A: Nan ti adik tanya B.

Di rumah.

A: B, aku tak dapat pergi. Ibu tak bagi.
B: Kalau kau tak pergi aku pun tak pergilah.

Pada petangnya...

Adik A: Bang, adik tak dapat pergi tau.
Abang K: Tak apa. B dapat pergi tak?
Adik A: B!!! Sini sat. Aku confirm tak dapat pergi ni. Kau pergi tak?
Adik B: Abang pergi tak?
Abang K: Kalau tak pergi tak apalah.
Adik B: Abang pergi seorang?
Abang K: Mungkin...
Adik B: Tak apalah. Biar B temankan.
Abang K: Betul nak ikut abang?
Adik B: Yup. Berdua lebih baik. Hehe.
Adik A: -_-"

***

Jika anda sebagai kawan B, apa yang anda lakukan?
Diam atau halang?

Anda beritahu perkara sebenar?
Saya respect! 
Anda diam?
Saya tahu anda tidak sanggup menyakiti hati rakanmu itu. Tetapi...

Kawan...
Kamu tahu apa hukumnya.
Kamu ada asas agama.
Kamu ada ilmu agama yang kamu tuntut sehingga tingkatan 5.
Tetapi apa yang kamu lakukan, kawan...

Pernah kamu fikir pandangan orang jika kamu keluar berdua.
Dan benar tanggapanku.
Paling penting, pernah kamu fikir apa pandangan Allah terhadap aopa yang kamu lakukan?
Pernah atau tidak itu, kamu sahaja yang boleh menjawabnya.

Sudah banyak kali aku lihat perkara ini berlaku.
Aku tahu kamu tidak bernai menceritakan kepadaku jika kamu ingin keluar dengan rakanmu.
Kerana mungkin kamu tahu apa tanggapanku.

Inginku kongsikan di sini tatacara pergaulan dalam Islam. Antara salah satunya ialah:

Tidak berdua-duaan antara lelaki dan wanita.
Tidak berdua-duaan seorang lelaki dan wanita melainkan akan hadir di antara keduanya yang ketiga iaitu iblis.
Pertemuan perlulah di tempat awam bukan di kawasan yang tersorok daripada pandangan ramai. Ini penting bagi mengelakkan fitnah dan menghindarkan daripada terpedaya dengan hasutan syaitan supaya melakukan perkara-perkara maksiat.
Hadith Nabi menyarankan :” Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (berkhalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Mahram yang dibawa perlulah individu yang sudah berakal, baligh dan berupaya mencegah kita daripada melakukan kemungkaran.

Cukup jelas di sini. Aku harap kau memahami.
Pesanan buat diri sendiri juga.

Ya Allah, jauhkanlah aku daripada perkara yang Kau larang. :')

Wassalam~

Wednesday, January 11, 2012

What People Think About Me. ;)

Assalamualaikum semua.

Apa khabar?
Harap sihat semua.


Apa Pendapat Orang Lain terhadap Saya?

Kamu rasa saya orang yang bagaimana? Hehe.
Saya nak share sedikit tentang pendapat orang terhadap diri saya.
Macam mana saya tahu, dalam kelas semalam, pensyarah buat aktiviti ni.
Sebab tu saya tahu. Hehe.
Jom kita tengok...

1. Active girl. Good friend and always help friend when friend need~


Syaza agak seorang yang aktif. Lepas ni, mungkin akan lebih aktif atas sebab-sebab yang tertentu. Syaza cuba membantu seorang kawan yang memerlukan pertolongan semampu kita. Tak kira bangsa, agama. Kitakan satu Malaysia. I know who write this. Thanks A. ;)


2. Syaza, saya respect sebab pandai jaga diri, urusan masa dan sentiasa tenang.

Tenang tu penting untuk melakukan sesuatu dan menyelesaikan sesuatu perkara. Cool bebeh! Haha.

3. Saya suka tengok awak happy dan mesra dengan orang dengan cepat.

I admit that I always laughing. Saya seorang yang agak ceria sebab tulah kot senang nak mesra walaupun pada mulanya mungkin agak pendiam. :P

4. Selalu tersenyum, jangan marah-marah, awakkan penyabar =)

Walauapapun yang terjadi, saya rasa senyum tu merupakan penawarnya. I admit that I really like to smile.  Pada orang yang tak kenal pun Syaza boleh senyum. Senyumkan sedekah. Hehe. ;)

5. Anda kadang-kadang tidak dapat diduga.

Yes! I agree. Saya faham apa yang awak cuba sampaikan M. Hehe. So, beware. Haha.

6. Baik sangat tapi cepat marah.

Ya, kadang-kadang. Tengok mood dan perasaan kita pada masa tu. Kalau tengah bengang, masa tu juga orang tambah ni, tambah tu, agak arr... So, I have to improve this. Setiap orang ada tahap kesabarannya kan. Jadi, minta maaf lah ye kalau Syaza ada termarah ke, sengaja marah ke. ;)

7. Orang baik.

Taklah baik sangat. Hehe.

8. Hardworking person and like to smile.

I'll try to be as 'hard' as I can. Haha. Smile again. Thank you bebeh. ;)


9. You are so 'handsome' love you!


Haha. Thank you because you see that side. Haha. Love you too C. ;)

10. Awak seorang yang memahami dan suka tolong orang. I like you! Muah3000x. =)

Wah, sangatlah banyak 'muah'nya. Haha. Saya cuba sedaya upaya untuk memahami setiap rakan saya supaya tak ada yang sakit hati. ;)

11. Understanding.


Saya cuba untuk menjaga hati semua orang. Berfikir sebelum berftindak dan berfikir sebelum bercakap. Kadang-kadang terlepas juga. Maaf. ;)

Ini sahaja yang saya dapat sebab pensyarah cuma bagi 2 minit. Kalau boelh nak dapat daripada semua.
Bagus juga buat macam ni, kita boleh perbetulkan apa yang kurang.

Apa pula pendapat kamu tentang saya?

Wassalam~

Monday, January 9, 2012

عيد ميلاد سعيد زاميرول عاريف

السلام عليکم


Semalam, 08.01.2012 merupakan ulang tahun salah seorang rakan saya, Zamirul Arif atau dipanggil Azam oleh kami-budak-kampung.
Siapa Azam?
Azam untuk tahun ni ialah... Hehe.
Tak adalah...
Azam ni kawan lama a.k.a kawan-sekolah-rendah-yang-telah-lama-ditinggalkan. Hehe.
Dah 20 tahun dah kau kan. Hehe


Kalau semalam entri panjang lebar.
Kali ni seciput je boleh tak? Hehe.


Ucapan:
Ingat Allah selalu.
Kerja elok-elok.
Jaga diri molek-molek deh.
Moga hidupmu sentiasa berada di bawah naungan rahmatNya. InsyaAllah. Amin~ ;)


Wassalam~

Saturday, January 7, 2012

Bersatu di Penang ;)

Assalamualaikum semua.

Apa khabar kalian?
Maaf, dah lama tak update blog ni.
Pada mulanya cuti pertengahan semester.
Lepas tu melarat kepenatan daripada cuti tu. Hehe.

Cuti Pertengahan Semester yang Amat Menyeronokkan!


23 Disember 2011

Alhamdulillah.
Allah beri Syaza sekali lagi ke Georgetown.
Tempat yang cantik dan menyeronokkan.
Teringat masa pertama kali datang ke sana adalah untuk urusan bola jaring di USM.

Tetapi...
Kali ini Syaza tidak berseorangan.
Syaza pergi bersama keluarga dan keluarga RAM.
Sangat menyeronokkan.

Disebabkan kakak Syaza yang kedua, Kak Farah memang belajar di USM jadi kami bercadang untuk berjumpa di Penang.
Sampai di Penang, kami menginap di Hotel Vistana. Terima kasih kepada keluarga RAM.

Petangnya, pergi ke Butterworth untuk berjumpa RAM, sebab ada sesi tanda tangan sempena penerbitan buku barunya Fiksyen 302.


Malam tu juga kami jumpa Kak Farah.
Alhamdulillah.
Akhirnya, bersatu juga di Penang.
Bukan senang nak kumpul sama-sama.
Seorang Penang, seorang Perak, seorang Shah Alam, yang selebihnya di Sabah.
Cuti semester pun berlainan tarikhnya.

24 Disember 2011

We're going to dam!
Empangan apatah namanya.
Terima kasih kepada Abang Udy sebab sudilah bawa kami jalan-jalan satu Penang.
Sangat menyeronokkan. ;)







Next station is Queensbay!
Bukannya nak shopping, just nak tangkap gambar jambatan Pulau Pinang. Hehe.

With my Najwa Latip! HAHA



Thanks to both of them!



Our cover album, 'Sempoi...' First song, No Title. HAHA

25 Disember 2011

Bukit Bendera Day!
Memang best!
Tiket pun berpatutan. ;)

With budak-suka-tarik-hidung, Danial! Miss you. ;)

Bersama abang kami.

Bersama adik kami. 

Kak Long dan Ibu. Maaf, malas nak edit.



Tiket panjang! Credit to me. HAHA. The best photo on that day.

26 Disember 2011

Masa untuk pulang. Huhu.
Sedih untuk berpisah.
Hantar Kak Farah ke USM.
Balik naik feri.
Satu pengalaman yang menyeronokkan.

Anda juga boleh ke iniurlblogkhairah a.k.a Najwa Latip untuk tengok gambar yang lain. ;)
A big thanks to RAM family.

Itu sahaja.
Wassalam~