Tuesday, June 21, 2011

SembilanBelasTahun Sudah - Kejutan daripada Keluarga 'Kedua' | Surat Cinta dari Keluarga. ;)

Assalamualaikum semua.

Apa khabar kalian?
Alhamdulillah, Syaza sihat hendaknya.
Syaza harap kamu juga begitu ya.

SembilanBelasTahun Sudah

Alhamdulillah, tarikh ini merupakan tarikh keramat bagi Syaza.
Pada tarikh inilah, ibu Syaza, Rosmiati Binti Hj Sainoh telah melahirkan saya yang diberi nama Syaza Syafeeqah.

Alhamdulillah, sudah 19 tahun saya berpijak di bumi Allah ini.
Pelbagai kenangan telah tercoret dalam memori kehidupan.
Tidak kira kenangan pahit, mahupun manis. Tawar pun ada juga. He~

Semakin meningkat umur kita, maka semakin hampirlah diri kita dengan kematian.
Oleh itu, kita hendaklah memperbanyakkan amalan supaya dapat mengecap kebahagian di dunia dan di akhirat.

Sepanjang 19 tahun berpijak di bumi Allah ini, pelbagai dugaan dan cabaran yang telah dilalui.
Segala cubaan dan dugaan cuba dihadapi dengan tabah dan redha.
Segala kepahitan di dunia cuba diatasi dengan senyuman.
Kadang-kala juga terjerumus dengan perasaan amarah.
Syaza, lepas ni pertingkat tahap kesabaranmu lagi ya. Agaknya semester 1 dan 2, cuba banyak bersabar sehinggakan tak fikir apa kata orang. -_-"



Genap umur 19 tahun saya, inilah kali pertama Syaza menyambut tanpa keluarga.
Rindu keluarga tahap gaban ni. He~
Apa rasanya?
Rasa ada kekurangan.
Kerana apa?
Kerana orang tersayang tidak ada di sisi.
Apa-apa pun, Syaza kat sini ada keluarga 'kedua'.
Nanti Syaza ceritakan.

Ya Allah, Kau berkatilah hidupku ya Allah.
Kau berikanlah kebahagiaan di dunia dan di akhirat, kejayaan di dunia dan di akhirat dan kecemerlangan di dunia dan di akhirat.
Kau jauhkanlah aku daripada kemungkaran di dunia dan di akhirat.
Ya Allah, akhirilah hidupku dalam iman dan Islam.
Kau limpahkanlah kurniaan rezeki dan nikmatMu kepadaku, keluargaku, guru-guruku, rakan-rakanku dan seluruh umat Islam.
Kau pertingkatkanlah kekuatan imanku.
Ya Rabbi, Kau berikanlah hidayahMu.
Engkau pertingkatkanlah tahap kesabaran dan ketabahanku sepertimana para nabi dan orang-orang yang soleh.
Sesungguhnya hanya Engkau yang kami sembah dan hanya Engkau tempat kami memohon pertolongan.
Amin ya rabbal alamin~

***


Kejutan daripada Keluarga 'Kedua'.

Semalam (20.06.2011), selepas kelas ganti kami bertolak ke kedai makan di Hulu Bernam.
Orang panggil restoran tu Gelas Besar.
Kenapa?
Sebab kat situ ada jual air buah gelas besar punyeeerrrr~

Kawan-kawan saya ni makanlah apa yang nak dimakan.
Cuma, Syaza, Mastura, Kak Shiela dan Kak Izu je tak makan. Katanya nak jimat dan diet. Ha~
Apabila kawan-kawan serumah ni dah habis makan, satu persatu hilang dari pandangan.
Katanya nak beli top-up, lepas tu nak pergi tandas. Macam-macaamlah.
Kita orang tunggu punya tunggu bersama Kak Eni, tak sampai-sampai.
Panas satu badan dah ni. Tak solat Isyak lagi.
Manalah mereka-mereka ini menghilang?
Tunggu punya tunggu, alhamdulillah datang juga.
Lepas tu baliklah rumah.

Selepas selesai solat Isyak, ada orang ketuk pintu bilik.
Kak Eni yang buka pintu.
Pabila Kak Eni buka, semua wajah tersusun kat belakang.
Lepas tu, mereka menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi.
Wah, terharu~
Tak sangka. Siapalah yang bagi tahu ni. He~

Rupanya mereka menghilang nak cari kedai kek.
Malam-malam, tak ada kedai kek yang buka.
Walaubagaimanapun, mereka membelikan (apakah?) Kek Marble untuk saya. Sedap~
Lebih kurang macam nilah rupanya.


Terima kasih semua!
Buat susah-susah kamu semua sahaja.

Terima kasih kepada Farhana, Mastura Abdullah dan juga Yus.
Sebab susah-susah mencari kek satu pekan tak jumpa. He~
Nasib baik tak kena marah sebab lambat.

Mereka inilah keluarga 'kedua' Syaza di Tanjong Malim ini.
Sayang kamu semua.
Terima kasih atas kejutan awal pagi tu. He~

InsyaAllah satu hari nanti Syaza cantumkan gambar-gambar kami ya. ;)

***


Surat Cinta daripada Keluarga. ;)

Terima kasih kepada adikku, Khairah Nazurah sebab buat entri untuk saya.
Cantik gambar ni. Terima kasih ye. ;)



Terima kasih juga kepada Kak Long sebab gambar di bawah ini.



Terima kasih kepada ayah, ibu, Kak Long, Kak Farah dan Abby!
Ajja saaaaayyyyyaaaaannnnnggggg semua!

***


Ucapan Buat Anda

Syaza juga nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang memberi ucapan 'Selamat Hari Jadi' kepada saya.
Terharu sangat.
Tak sangka ramai yang wish.
Terima kasih semua.
Terima kasih atas doa-doa yang dipanjatkan buat saya.
Terima kasih kepada Abg Afif sebab belanja cendol. He~
Syaza sayang kamu semua!

Terima kasih sangat-sangat.

Ukhwah fillah abadan abada. InsyaAllah. ;)

Wassalam~

Saturday, June 18, 2011

Sambutan Hari Jadi-Telur VS Doa. Manakah yang Lebih Bermakna? | Photoshoot bersama Kak Izu ;)

Assalamualaikum semua.

Apa khabar kalian?
Alhamdulillah, Syaza sihat. Harap kamu juga begitu ya. ;)

Sambutan Hari Jadi-Telur VS Doa. Manakah yang Lebih Bermakna?

Ramai yang pernah sambut hari jadikan?
Siapa yang lahir pada tarikh ini, Syaza ingin mengucapkan Selamat Ulang Tahun untuk kamu.

Baiklah, Syaza nak kongsi sedikit tentang sambut-menyambut ni. He~
Kalau kita nak sambut hari jadi tu supaya kawan kita tu gembira, tu tak salah.
Tapi, kalau nak sambut pun ada caranya.

Kenapa perlu membazir membeli telur atau tepung hanya untuk dibaling?
Tak baik membazir tau.
Kita kat sini memanglah senang nak cari makan.
Cuba bayangkan kalau orang yang susah, telur pun dia susah nak cari.
Daripada dibaling-baling, lebih baik berikan kepada mereka yang memerlukan.

Lagipun, kalau nak juga main baling-baling telur ni, Syaza cadangkan lakukanlah di luar kawasan rumah.
Kerana apa?
Supaya rumah kita tak kotor mahupun berbau.
Nanti susah nak hilangkan baunya. Ya? ;)

Kalau nak main, main jauh-jauh ek. ;)


Daripada kita main baling-baling telur, lebih baik kita buat Majlis Kesyukuran.
Yalah, kalau umur kita semakin meningkat, maknanya hidup kita semakin hampir dengan kematian.
Jadi, kita boleh doakan dia supaya dia bahagia di dunia dan di akhirat.
Bukankah itu lebih baik berbanding membazir.

Abu Darda’ meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang
maksudnya :
“Setiap hamba Muslim yang mendoakan saudaranya pada ketika saudaranya itu tidak ada
(tanpa pengetahuannya), maka malaikat akan berkata: “Semoga kamu juga mendapat
seumpama (doa) itu.”
(Hadis riwayat Muslim)

Malah doa seorang muslim terhadap saudaranya yang lain tanpa pengetahuannya adalah
mustajab berdasarkan hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya :

“Adapun doa seorang Muslim bagi saudaranya yang tidak hadir adalah mustajab. Di sisi kepalanya ada malaikat yang diwakilkan. Setiap kali dia mendoakan kebaikan bagi saudaranya itu, malaikat yang diwakilkan itu pula berkata: “Amin, dan bagimu seumpama apa yang engkau doakan itu.”
(Hadis riwayat Muslim)


Anda pula pilih yang mana? ;)

Kalau nak buat juga, fikir orang lain ek.
Memanglah kita rasa gembira, tapi pernah kita fikir apa orang lain rasa?

Renung-renungkan dan selamat beramal! ;)

***


Photoshoot Bersama Kak Izu

Hari tu, Syaza dan Harith berganding bahu untuk berphotoshoot bersama Kak Izu.
Syaza ambil part indoor. Harith pula, outdoor.
Guna kamera Harith sebab Syaza tak ada kamera.

Banyak gambar yang Syaza belum edit.
Lokasi penggambaran ialah Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI.
Jadi, ni hasilnya. ;)

Sebelum diedit.


Setelah diedit.


Tak edit. -Syaza-


Tak edit. -Harith-


Wassalam~

Sunday, June 12, 2011

Kenapa Bangga dengan DEKAN di Dunia, tetapi 'DEKAN' untuk Akhirat Diabaikan?

Assalamualaikum semua.

Apa khabar kalian?
Alhamdulillah, Syaza sihat.

Semalam, pergi Pekan Tanjung Malim membeli barangan dapur.
Sampai tak cukup tangan nak pegang.
Tapi, sanagt puas hati.
Gembira keluar bersama mereka Mastura, Kak Izu dan Kak Shiela.

Kenapa Bangga dengan DEKAN di Dunia, tetapi 'DEKAN' untuk Akhirat Diabaikan?

D-E-K-A-N. DEKAN.
Ramai mahasiswa dan mahasiswi belajar hampir separuh mati semata-mata untuk mendapat status Dekan.
Kenapa sampai begitu?
Tak pun, belajar biasa-biasa sahaja lalu mendapat keputusan yang mencapai tahap Dekan.

Pabila dapat Dekan, bangga dengan diri sendiri.
Pabila dapat Dekan, sanggup menipu rakan-rakannya tentang keputusan yang diperolehi.

Nasihat Syaza, kalau tak nak orang tahu keputusan kita, lebih baik diam daripada menipu. Berdosa tau~ ;)

Kejujuran adalah senjata utama untuk mencapai kejayaan, kepercayaan dan kesempurnaan dalam hidup dan pekerjaan.


Janganlah menipu, nanti orang susah nak percaya pada kita lagi.
Jangan menipu, nanti seorang demi seorang kawan kita akan melangkah setapak demi setapak ke belakang kerana sikap kita sendiri.

Semua orang sudah berusaha untuk mendapat keputusan yang cemerlang, cumanya rezeki masing-masing berlainan. Mungkin ada yang kurang di sebalik semua itu.
Paling penting sekali, bersyukurlah atas keputusan yang diperolehi walaupun tidak sebaik mana.
Semua perkara yang berlaku ada hikmahnya.
Jangan mudah putus asa ya, kawan-kawan!



Persoalan Syaza di sini, kenapa orang selalu terlalu bangga dengan DEKAN di dunia, sedangkan ia hanya sementara.
Kenapa orang tidak pernah fikirkan 'DEKAN' untuk dibawa ke akhirat?
Pabila dapat DEKAN, nak kecoh satu kampung. Duduk diam-diam itu lebih baik.

'DEKAN' untuk akhirat itu adalah lebih penting.
Jadi, jangan terlalu bangga dengan DEKAN dunia.
Kenapa perlu dikejar DEKAN di dunia tapi tidak pernah fikir DEKAN untuk akhirat?

Memanglah orang selalu kata, kalau dapat DEKAN, orang akan pandang kita.
Tapi, kalau kita kumpul 'DEKAN' untuk dibawa ke akhirat, manusia dan Allah akan pandang kita.
Kalau anda pilih mana?
Tepuk dada tanya iman.

Oleh itu, bersyukurlah dengan apa yang kita perolehi.
Kalau keputusan yang diperolehi tidak memberangsangkan, kita cuba lagi ye.

Ingatlah, 'DEKAN' untuk akhirat boleh membawa kebahagiaan di dunia dan di akhirat, tetapi DEKAN di dunia tidak semestinya akan membawa kebahagiaan di akhirat.
Renung-renungkan dan selamat beramal. ;)


p/s: Kabur dengan maksud 'DEKAN' untuk dibawa ke akhirat? Maksud Syaza ialah amalan yang kita perlu kumpul untuk dibawa ke akhrat nanti. ;)

Wassalam~

Thursday, June 9, 2011

Rizana Aida, Selamat Hari Ulang Tahun. ;)

Assalamualaikum semua.

Apa khabar kalian?
Alhamdulillah, Syaza sihat. ;)

Hari ini merupakan hari lahir salah seorang kakak Syaza.
Kakak yang mana satu?
Kakak yang pertama yang telah diberi nama Rizana Aida atau kami panggil Kak Long.

Syaza pernah cerita tentang dirinya di sini.

Ajja nak ucapkan Selamat Hari Ulang Tahun kepada Kak Long.
Tahun ni, tak dapat sambut hari jadi Kak Long bersama. Huhu.

Inilah Kak Long:


Ajja doakan Kak Long semoga berjaya di dunia dan di akhirat. Semoga bahagia di dunia dan di akhirat. Semoga cemerlang di dunia dan di akhirat. InsyaAllah. Amin~

Kak Long, terima kasih atas segalanya.
Ilmu yang Kak Long berikan dari Ajja kecil sehingga sekarang.
Ajja harap Kak Long tabah menghadapi segala dugaan yang menimpa.

Kak Long, semoga hidupmu sentiasa berada di bawah naungan rahmatNya. InsyaAllah. Amin~ ;)

Ajja sayang Kak Long. ;)




My Lovely Siblings


Wassalam~

Monday, June 6, 2011

Pemergianku Adalah Perjuanganku.

Assalamualaikum semua.

Apa khabar?
Alhamdulillah, Syaza sihat hendaknya.
Rindu pada keluarga melanda setiap derap langkah yang diatur.
Mudah-mudahan semuanya sihat-sihat sahaja di sana.

Pemergianku Adalah Perjuanganku

Jantung berdegup kencang apabila berpijak di negeri Perak Darul Ridzuan.
Tapi, bunyinya kusembunyikan.
Senyuman dilemparkan.
Alhamdulillah, akhirnya aku selamat sampai ke tempat yang ingin dituju.

Sampai sahaja di rumah, aktiviti pembersihan dilakukan dan dibawa keesokan harinya (Ahad).
Memenatkan, tetapi amat berpuas hati setelah dibersih dan dikemaskan segalanya.

***


Awan putih meliputi langit biru.
Perpisahan antara diriku dan keluarga merupakan sesuatu yang memeritkan.
Sebelum ini aku terbang bersama Kak Long, tetapi kini aku bersendirian.
Sendirian ke Tanah Semenanjung,

Ibu dan adik-beradikku menemaniku sehingga ke pintu perlepasan Kota Kinabalu International Airpot (KKIA).
Ayah? Ke mana ayah?
Ayah terpaksa ditinggalkan di rumah kerana tidak tahan untuk duduk dan berdiri lama.
Kakinya akan berdenyut kesakitan.
Mungkin ini kali pertama ayah tidak menemani anaknya pulang ke Semenanjung Malaysia.
Aku redha dan faham akan keadaan dirinya.

Sebak. Hati menangis.
Perasaan itu sudah bermula dari rumah lagi.
Sakit untuk meninggalkan keluarga tersayang. Perit.
Kepulanganku ke bumi Sabah hanya selama 1 bulan 1 minggu sangat bermakna bagiku.
Jika boleh dilanjutkan, akan kulanjutkan lebih lama.



Gambar keluarga sudah berjaya ditangkap.
Emelkan gambar itu ya. ;)
Buatku untuk melepas rindu.

Kepada keluargaku: Ayah, Ibu, Kak Long, Kak Farah dan Abby.
Terima kasih atas segalanya.
Maaf, jika kehadiranku menyusahkanmu.
Maaf, jika kehadiranku tidak menyenangkan hatimu.
Kamu tetap dihatiku.
Terima kasih kerana sudi jadi orang yang istimewa dalam hidupku.
Ajja sayang semua. ;)

Pemergianku ini adalah perjuanganku.
Perjuangan untuk menuntut ilmu sehingga berjaya di dunia dan di Akhirat. InsyaAllah. Amin~
Perjuangan berpisah dengan keluarga dalam jangka masa yang lama untuk mempertingkat kemahiran pembelajaran dan mempelajari perkara yang baru.
Doakan aku berjaya di dunia dan di akhirat. InsyaAllah.

Hati menangis. Wajah tersenyum.

Wassalam~

Friday, June 3, 2011

Hari Terakhir - Jumpa Dengan Pak Cik | Kenapa Perlu Ada Perpisahan?

Assalamualaikum.

Apa khabar kalian?
Alhamdulillah, Syaza sihat.
Buku lali semakin sihat. InsyaAllah.
Kata doktor, perlu kurangkan berjalan. Syaza cuba.

Hari ni, Syaza pergi jalan-jalan dengan ibu. Best!
Jalan-jalan cari barang.
Kebetulan pak cik pun ada kat Kota Kinabalu sebab esok dia dah nak pergi Sarawak.
Nak naik flight dari Kota Kinabalu, jadi kena datang KK lah. ;)

Semalam pak cik sampai KK. Tiba-tiba mesej. Terkejut eden.
Tadi jalan-jalan, pak cik kata nak jumpa.
Mula-mula susah juga la kalau nak jumpa, sebab tempat yang nak dituju lain.

Tapi, Alhamdulillah Allah temukan juga kita orang kat Center Point sebab kebetulan dia pergi makan kat sana.
Bila jumpa sama pak cik kat kedai buku, ketawa je.
Pak cik bual dengan ibu.
Ibu kata pak cik comel. Huh? -_-" Hahahaha.



Ini kedua kali Syaza jumpa pak cik. Kali pertama Syaza jumpa di tempat kerja Syaza sebelum ni. Boleh baca entri ni.
Gelak je jumpa dia ni.
Dia datang dengan keluarga, tapi keluarga dia pergi makan.
Dia nak juga jumpa Syaza.
Terima kasih, Pak Cik Zuhaili. ;)
Semoga persahabatan yang terjalin ini kekal sehingga ke akhirnya. Ukhwah fillah abadan abada. InsyaAllah.

Terima kasih Allah sebab temukan pak cik denganku. ;)

***


Hari ni hari terakhir Syaza bersama keluarga.
Esok dah nak balik ke Tanjung Malim, Perak.
Syaza dah bayangkan perjalanan yang memenatkan yang bakal diharungi. Uh, sangat penat... -_-"

Keluarga sentiasa dirindui.
Gambar adik-beradik terkini sudah termakbul.
Gambar sekeluarga belum lagi.
Dalam keadaan yang sebegini, susah katanya.

Kenapa?
Ayah Syaza mengalami kesakitan kaki sehingga kakinya terpaksa disimen gara-gara main bola tampar.
Sekarang, ayah pula menggunakan alat bantuan untuk berjalan.
Sebab tu ayah susah nak berjalan sekarang.
Mudah-mudahan ayah cepat sembuh ya. InsyaAllah. ;)

Semester 3 akan bermula pada 6 Jun 2011.
Syaza akan pulang pada 4 Jun 2011, jam 10.45 pagi.
Pak cik pun akan balik esok, jam 3.30 petang mungkin.

Harap-harap dapat gambar sekeluarga tahun ni. ;)

Kenapa perlu ada perpisahan?
Sebab setiap pertemuan ada perpisahan.
Dan sesungguhnya Pertemuan dan perpisahan yang berlaku ini kerana Allah.
Berpisah dengan orang yang tersayang merupakan satu penyeksaan bagi kita, bukan?



Doakan perjalanan Syaza selamat pada esok hari ye.

Pensyarah baru, subjek baru, kawan baru, semua itu akan dihadapi untuk Semester 3 yang baru ini.

Wassalam~