Friday, December 31, 2010

Penutup 2010 - Sememangnya Kita Berbeza, Kau dan Aku Tidak Pernah Serupa.

Assalamualaikum.

Apa khabar kalian?

Pejam celik, pejam celik, rupa-rupanya kita dah berada pada tarikh 31 Disember 2010.
Ada apa dengan tarikh ni?
Inilah hari terakhir untuk setiap tahun.
Alhamdulillah, terima kasih ya Allah kerana kau memberi aku peluang hidup sehingga ke akhir tahun ini. Alhamdulillah.

Bila kotak memori memutar kembali peristiwa-peristiwa yang terjadi sepanjang tahu ini, memang terdapat banyak asam garam kehidupan yang dilalui.
Boleh dikatakan semua perasaan ada. Bercampur-baur.

Kita Berbeza

Ya, sememangnya kita berbeza.
Raut wajah kita tak sama.
Bentuk muka kita tidak serupa. Ada yang bulat, bujur.
Hidung kita juga lain. Ada yang mancung dan tidak.
Semua yang ada pada tubuh kita, semuanya lain.

Allah cipta kita dengan keistimewaan masing-masing. Mungkin tidak ada yang serupa.
Wajah seperti iras-iras kita memang ada.
Tetapi, perangai mesti berbeza.

Setiap insan mempunyai sikap yang berlainan. Tidak pernah sama.
Tetapi, kenapa ramai orang yang suka menyamakan kita dengan orang lain?
Kenapa ada orang nak kita jadi orang lain?

Situasi 1

A: Kenapa buat macam ni?
B: Maaf. Saya...
A: Kau ni tak pandailah. Cuba kau tengok si C tu. Dah la baik, pandai pula tu.
B: (Tunduk)
A: Cubalah kau jadi macam si C, taklah aku marah macam ni.
B: (Diam)




Cuba tanya diri?
Pernahkah anda lakukan seperti itu kepada orang lain?
Cuba rasa apa yang orang rasa apabila dikatakan begitu.

Kalau tidak pernah, cuba tengok situasi 2 pula.

A: Eh, B! Cuba tengok si C.
B: Kenapa dengan dia?
A: Cantikkan?
B: Em... Dia memang cantik.
A: B, cuba kau jadi macam si C tu, cantik. Sedap sikit mata memandang.
B: ..............


Baiklah, dalam situasi 1, mungkin kita boleh pertimbangkan. Tapi, mesti kita rasa seperti 'Bodohkah aku ni?'. Betul tak?
Janganlah kita bandingkan dengan orang lain kerana keupayaan intelek setiap insan adalah BERLAINAN.
Senang untuk kita katakan, tetapi adakah senang untuk kita lakukan?
Mudahkah untuk menggapai kecemerlangan? Sekelip mata?
TIDAK. Islam juga mengajar kita tiga peringkat untuk berjaya iaitu U.D.T ; Usaha, Doa dan Tawakal.

Bukan mudah untuk mencapai kecemerlangan.
Ya, mungkin pada mulanya kita akan gagal, tetapi jika kita tegur dengan cara yang betul, kita dapat perbaiki dengan lebih baik. InsyaAllah.

Situasi 2 pula, membandingkan kecantikan seseorang adalah perkara yang agak sensitif. Terutamanya kepada insan yang bergelar wanita.
Setiap insan ada keistimewaannya sendiri. Begitu juga dengan kecantikannya. Ada ciri-ciri tersendiri.
Cuma mungkin seseorang yang memberi kritikan itu yang tidak punya mata yang baik. Ada saja yang kurang.
Terima seadanya dengan pemberian Allah SWT, sesungguhnya Allah tahu yang terbaik buat kita.

Walaupun kita mahukan hidung yang mancung, tetapi mungkin hidung yang tidak berapa yang nak mancung itu lebih sesuai dengan bentuk muka kita.
Walaupun kita mahukan mata yang bulat seperti Barbie, tetapi mungkin mata yang sepet itu lebih sesuai buat kita.
Bersyukurlah dengan apa yang ada.

Cantik luar, tidak semesti cantik dalamnya (hati).
Jangan pernah puji seseorang itu dengan melihat luarannya sahaja.




Apa yang penting, jadi diri anda! Jangan jadi orang lain.
Untuk menjadi orang lain adalah perkara yang luar biasa. Luar biasa yang sebenar-benar luar biasa. Bukan mudah. Mungkin juga tidak akan pernah berubah.

Cuba kita rasa apa yang dia rasa?
Sakit. Terlalu sakit untuk menenlan kata-kata.

Jangan sentiasa fikir hati kita, fikir dan rasa juga hati orang lain.




***


Kau dan aku tidak serupa.
Berbeza.
Sangat berbeza.
Kita tidak pernah sama.

Kau lain.
Aku juga begitu.

Bila kita kembar segalanya?
Tidak pernah, bukan?

Kita berbeza.

Jangan pernah kau samakan aku dengan dia.
Kita semua berbeza.

Kau dah lupa?
Aku suka menyusun kata.
Kau pula mengalun suara.

Kita benar-benar berbeza.
Hobi, cita-cita, sikap, rupa.
Tidak pernah sama.

***


2010

Aku lebih kenal erti kehidupan.
Pahit, masam, manis, tawar, semuanya aku telan.
Aku tidak pernah berundur.
Aku perlu teruskan perjuangan dan perjalanan kehidupan.

Ada hari, aku tersungkur jatuh. Sakit. Teramat sakit.
Tapi, aku punya keluarga, teman-teman yang bantu aku bangun semula. Terutamanya Allah. Aku dapat rasakan hampirnya Dia padaku. Terima kasih ya Allah.
Air mata pernah mengalir deras kerana kesakitan yang dialami. Hati luka. Berdarah.
Dapat kubersihkan dengan kesabaran. Aku fikir, semuanya dugaan dariNya.
Aku tepis segala tohmahan yang datang. Biarkan. Tutup telinga.

Aku lihat sekeliling, pelbagai ragam, pelbagai fesyen.
Aku tutup mata, tutup mulut. Abaikan.
Aku perlu jadi diri sendiri.
Aku sudah dapat diri aku. Buat apa untuk tukar jadi orang lain?
Inilah aku.





Ya, aku gila-gila. Inilah aku kalau bersama keluarga.
Detik bersama keluarga adalah waktu yang paling bahagia. Ketawa, gembira bersama-sama. Aku suka. ;)



Perpisahan dengan keluarga sentiasa membuatkan aku rindu pada mereka.
Berbual dengan rakan yang jauh di mata, membuatkan aku tersenyum sentiasa.
Teringat kisah lama, membuatkan aku tutup buka lama - mencari buku baru, tapi sepertinya susah mahu jumpa. Maksudnya? ;)

Mencari cintaNya. Aku masih lagi mencari.

Mengemis Kasih oleh Raihan

Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi parah

Semalam sudah sampai kepenghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi kuulangi kembali
Gerak dosa yang menhiris hati

Tuhan dosa itu menggunung
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan walau taubat sering kumungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku


2011

Ramai yang sudah berazam?
Kenapa tidak mula dari awal Muharram? ;)

Azam aku?
Sejujurnya, aku tidak pernah berazam apa-apa setiap tahun. Aku cuma berdoa.

2011? Em...
Jom perbaiki IMAN? ;)


Ya, saya SYAZA SYAFEEQAH ingin memohon maaf jika ada terkasar bahasa, tersilap bicara, terlanjur kata. Jika ada sebarang penulisan saya yang mengguris hati anda, saya minta maaf ek! ;)



Nah, bunga dari Syaza. Sorry, malas nak edit. :P


Doakan yang terbaik buat Syaza untuk tahun 2011 dan tahun-tahun berikutnya ya. Semoga kita semoga sentiasa berada di bawah naungan rahmatNya. InsyaAllah, amin~

Wassalam~

Thursday, December 30, 2010

Tuah Ayam Nampak di Kaki, Tuah Manusia Allah yang Tahu

Assalamualaikum.

Ogenki desu ka?
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Terima kasih ya Allah atas rezeki kemenangan yang telah Engkau berikan kepada pemain bola sepak negara kami iaitu Malaysia.
Engkau telah membuktikan Malaysia boleh lakukan.
Terima kasih ya Allah.



Tahniah kepada barisan pemain bola sepak Malaysia. Anda telah menunjukkan kebolehan negara kita.
Usaha anda selama ni memang berbaloi.
Doa anda, alhamdulillahAllah telah kabulkan.
Dan akhirnya, anda bertawakal pada Allah atas apa kejayaan yang diberikan.
Kami sebagai rakyat Malaysia amat berbangga dengan kejayaan ini, kerana kami tahu anda memang boleh lakukan!

Omedetou gozaimasu!

Walaupun kita tewas di Indonesia dengan 1-2, tetapi alhamdulillah kita sudah mengumpul 3 mata di Malaysia. Cayalah Malaysia!
Dan mata yang terkumpul, Malaysia vs Indonesia ialah 4-2. Alhamdulillah.
Kami sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kejayaan anda.

Sebab tu ada pepatah yang mengatakan, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu - tuah manusia Allah yang tahu.

Ini adalah barisan pemain Malysia:

Penjaga Gol
22 Khairul Fahmi bin Che Mat
28 Mohd Sharbinee Allawee Bin Ramli

Pertahanan
2 Mohd Sabre Bin Mat Abu
3 Mohd Faizal bin Muhamad
4 Mohd Asrarudin Putra bin Omar
7 Kahirul Helmi bin Johari
18 Mahali bin Jasuli
24 Mohd Muslim bin Ahmad
27 Mohamad Fadli bin Mohd Shas
Razman Roslan

Tengah
8 Safiq bin Rahim
12 Amar bin Rohidan
14 Mohd Kyril Muhymeen bin Zambri
15 Gurusamy Govandar Kandasamy
16 Kunanlan Subramaniam
21 Mohd Amirulhadi bin Zainal
Indra Putra Mahyudin
Amri Yahyah

Penyerang
9 Norshharul Idlan bin Talaha
10 Mohd Safee bin Mohd Sali
Faizal Abu Bakar
Izzaq Faris Ramlan

Tahniah kepada semua barisan pemain!
Jangan berhenti di sini sahaja, teruskan perjuangan anda untuk mengharumkan negara Malyasia ek!
Kami sentiasa menyokong anda. ;)

Wassalam~

Wednesday, December 29, 2010

'Spiderman' Jantung Hatiku, Dia Inspirasiku :)

Assalamualaikum.

Ogenki desu ka?
Wah, lama rasanya tidak bercakap bahasa Jepun.
Tidak punya masa untuk belajar semua tu dalam masa yang terdekat ini.
Ya, oleh itu cuba luangkan sedikit masa.
Ah, tengoklah macam mana. ;)

Spiderman

Seperti yang kita tahu Spiderman adalah satu tajuk filem dan juga watak utama yang terdapat dalam filem tersebut.
Spider bermaksud labah-labah. Man bermaksud orang.
Apa yang terkenal dengan labah-labah adalah sarangnya yang unik.

Teringat pada zaman Rasulullah, sarang labah-labah yang menutupi gua dapat menyelamatkan Rasulullah daripada dikesan oleh musuh.

Pabila kita tersentuh sarang labah-labah, sarangnya akan melekat pada jari kita yang memegang.
Sarang labah-labah juga dapat merangkap mangsa.
Itulah uniknya labah-labah.

Begitulah juga dengan Syaza, Spiderman telah lekat dalam hati Syaza.

Spiderman Jantung Hatiku, Dia Inspirasiku



Ini adalah hadiah darinya.
Akan kusisip di sisiku di setiap langkahku.

Biar orang tersenyum melihatnya.
Aku, bangga.

Dia inspirasiku.
Walaupun ianya kecil, tapi membuatkan hatiku besar.
Aku sentiasa melihatnya apabila merindui dia.

Dia pemberi semangatku.

Aku: Nak spiderman.
Dia: Betul ke ni? Lawaklah.
Aku: Betul.
Dia: Cuba cari yang lain.
Aku: Em... (Sambil mencari yang lain)
Dia: Nak mana?
Aku: Nak spiderman lah.
Dia: Ok.
Aku: :)

Aku cinta kamu ;)

Wassalam~

Monday, December 27, 2010

Rindu Menyerang Lagi! - Teruskan Perjuangan di Perantauan

Assalamualaikum.

Apa khabar kalian? ;)

Oh, RINDU MENYERANG LAGI!

Penat pabila menahan perasaan.
Perasaan yang perlu ditahan bukan sahaja satu, malahan bercampur baur. Tak tahu macam mana nak lepaskan.
Tapi aku percaya, satu hari nanti semuanya dapat dilepaskan dengan beberapa cara.
Caranya... Biarlah rahsia. ;)

26 Disember 2010

Keluargaku yang datang ke Semenanjung Malaysia kembali ke negeri di bawah bayu.
Aduh, sebak rasanya pabila ditinggalkan keluarga yang tercinta.
Baru beberapa minit ditinggalkan, sudah terselit rasa rindu dalam diri.
Apa yang boleh dilakukan, hanyalah mengawal perasaan itu.

Siapa yang suka kalau berpisah dengan keluarga?
Nasib baik ada Kaklong. ;)

Berat sangat rasa hati ini untuk melepaskan keluarga yang bertandang ke Semenanjung Malaysia ini pergi begitu sahaja dengan sekelip mata.

Detik-detik terakhir sebelum berpisah...


Aku bersama ayah dan ibu yang tercinta. ;)



Aku digandingan dengan adik yang tercinta. ;)



Detik-detik terakhir aku dan Kaklong bersama ibu dan ayah. :'(


Maaf, gambar tidak sempat untuk di'edit'.
Rindu kepada keluarga memang sesuatu yang wajib bagiku.
Walaupun kami berpisah hanya sementara, tetapi aku tetap merindui kalian.

Walaubagaimanapun, perjuangan aku di sini untuk menuntut ilmu tetap perlu diteruskan.
Walau kita berjauhan, walau kita berada di perantauan, itu tidak bermakna kita perlu berhenti. Nau'zubillah.
Hidup perlu diteruskan walau berada di negeri orang. Walau keluarga tidak ada disisi untuk menemani.
Itu ertinya satu perjuangan.
Berjuang untuk menuntut ilmu kerana Allah, insyaAllah semuanya akan berjalan dengan lancar. InsyaAllah Allah akan berikan yang terbaik untuk kita.
Paling penting, Allah sentiasa menemani kita, hambaNya. ;)

Kepada keluargaku yang tercinta:

Maaf jika aku tidak sempat memenuhi IMPIANMU.
Maaf jika aku MENYUSAHKANMU.
Maaf jika aku MENYAKITI HATIMU.
Maafkan segala SALAH SILAPKU selama pertemuan ini.
Tapi, aku pinta hanya satu darimu; DOAKAN AKU.


Wassalam~

Saturday, December 25, 2010

Menetap di Langkawi Selama 5 Hari - Seronok Bersama Keluarga dan Saudara yang Tersayang

Assalamualaikum semua.

Apa khabar kalian?
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas segala nikmat, rezeki, iman, kesihatan tubuh badan dan rahmat yang diberikan kepada kita olehNya.

Seperti yang Syaza coretkan di bahagian terakhir penulisan Syaza sebelum ni, sebenarnya Syaza ingin berkongsi sedikit sebanyak pengalaman Syaza ketika berada di Langkawi selama 5 hari.
Bermula dari 17 Disember 2010 hingga 21 Disember 2010.

Syaza dan keluarga amat berterima kasih kepada keluarga pak cik dan mak cik Syaza, sebab mereka yang sponsor kami untuk ke sana.
Terima kasih sangat-sangat. Jasamu akan kami kenang kerana pengalaman yang kami dapat amat bernilai sekali.
Ini adalah kali pertama Syaza dan keluarga (kecuali ayah, sebab ayah pernah pergi Langkawi kerana ada beberapa urusan) menjejaki Langkawi.

Kami bertolak dari Bangi lebih kurang pukul 6.30 pagi. Lepas solat subuh terus bergerak.
Perjalanan ke Kuala Kedah memang mengambil masa yang lama. Pertama kali juga kami menjejakkan kaki ke negeri Kedah.
Seterusnya, kami menaiki feri dari Kuala Kedah ke Langkawi. Feri bertolak lebih kurang pukul 4.00 petang.
Perjalanan ke Langkawi mengambil masa selama lebih kurang 1 jam 45 minit. Aku sempat tidur untuk beberapa minit.



Setibanya di sana, aku sudah dapat melihat burung helang yang besar tu berdiri dengan gah di tempatnya. He~
Pak cik dan mak cik aku terus menguruskan segalanya. Urusan menjadi lebih mudah kerana mak cikku sudah tempah segalanya terlebih dahulu.
Kami menyewa sebuah kereta Innova kerana keluargaku ada 5 orang dan keluarga pak cikku ada 3 orang.
Kami rasa amat teruja dan juga keletihan kerana seharian perjalanan amat memenatkan.

Kami terus menuju ke tempat tinggal kami untuk 5 hari, iaitu Hotel One Helang. Kedudukannya bersebelahan dengan Lapangan Terbang Langkawi.
Masuk bilik je, terus mandi, solat dan bersiap untuk makan malam.
Alhamdulillah, tempat yang selesa.


Sesampai di hotel, terus tangkap gambar. He~ Sebab nanti dah malas nak tangkap.




Setelah siap kesemuanya, kami terus pergi untuk mencari makan malam.
Kami pergi ke Pantai Chenang. Suasana malam di pantai tersebut amat meriah. Seronok sangat.
Kami memilih satu restoran yang diberi nama DIFIQA. Makanan yang disediakan amat menyelerakan sehingga hampir setiap malam kami makan di sana. Buat muka tebal je bila datang sana. He~

18 Disember 2010

Kami kembali ke jeti untuk menghantar pak cik dan ayahku ke Kuala Kedah kerana ada beberapa urusan. Selepas tu, ambil kesempatan untuk mengambil gambar di helang tu. ;)



Dah penat beraksi di helang, kami nak kembali ke kereta. Dalam perjalanan kembali ke kereta, kami nampak ular . Alah, ular yang boleh tangkap gambar tu. Jinak ularnya. Saya suka. ;)


Mula-mula teruja, sekali bila dia gerak sikit, aku dah gementar. Tapi, lama-lama best!


19 Disember 2010

Kami pergi ke Langkawi Cable Car. Mula-mula pergi 7 orang je termasuk Abang Lan.
Lepas tu, bila pak cik dan ayahku dah pulang dari Kuala Kedah, kami pergi sekali lagi.
Tapi, kedua-duanya tak sempat naik.

Hari pertama pergi, terlalu ramai orang. Kami cuma pusing-pusing kat situ je.
Hari kedua pula, cuaca tidak mengizinkan kerana angin agak kuat.
Jadi, tak apalah walaupun sedikit hampa.
Kalau ada rezeki pergi lagi. InsyaAllah.


Hari pertama



Kesian harimau ni, kena sumpah jadi batu. ;)



Hari kedua


20 Disember 2010

Pak cik dan mak cikku ajak pergi ke pulau kat Langkawi ni. Kami pergi Tasik Dayang Bunting, Pulau Beras Basah dan akhir sekali pergi memancing. Dapat la juga dua, tiga ekor ikan. Itu pun bukan kita orang yang dapat, tapi abang yang bawa bot tu. Ha~
Sebelum pergi semua tu, lepas dari Langkawi Cable Car, terus pi Makam Mahsuri.


Di Makam Mahsuri



Kepenatan membawa beg yang agak ringan sehingga ditransformasikan ke belakang. ;)





Kat fish feeding. ;)



Bersama mak cik dan anak tunggalnya, Aizuddin.


Sememangnya kami amat gembira. Terima kasih semua, terutamanya kepada keluarga pak cikku. Terima kasih sangat-sangat.


Cik Gaban, Cik Amy dan Aizuddin.


Sampai di sini sahaja.

Wassalam~

Wednesday, December 22, 2010

Terpaksa Kebalkan Telinga Untuk Mempertahan Orang Lain - Bukan Salah Kita

Assalamualaikum.

Apa khabar semua?
Maaf, sudah lama tidak mencoretkan sesuatu di teratak ini.
Syaza perlu meluangkan bersama dengan orang yang tercinta. Sesekali berjumpa - perlu melepaskan sebanyak rindu yang termampu. ;)

Kadang-kala kita menjadi mangsa bebelan orang atau nasihat yang sememangnya untuk kita tetapi ditujukan buat orang lain.
Kadang-kala hati kita meledak untuk melepaskan apa yang tersirat di sebalik senyuman tawar atau diam kita.
Tapi, apa yang mampu kita lakukan? Ya, hanya berdiam diri.
Mungkin ada di antara anda yang berani untuk bersuara dan menyatakan itu bukan salah kita atau itu bukan kita yang lakukan, dan mungkin juga ada hanya yang hanya mampu berdiam seribu bahasa - menyimpan dalam-dalam sehingga satu hari meletup jua. MUNGKIN.

Aku seorang yang bagaimana?
Biar aku sahaja yang tahu dan mungkin orang yang tahu aku bagaimana yang tahu aku bagaimana orangnya. Pening kepala? Abaikan sahaja. ;)
Kamu pula bagaimana?

Kebiasaannya kita terpaksa terima nasihat orang lain atau terus kebalkan telinga untuk mempertahankan orang lain, walaupun perkara itu tiada kena mengena dengan kita.
Nasihat yang ditujukan kepada kita adalah untuk orang lain, tetapi kita yang terpaksa dengar. Benar?
Mungkin ada baiknya dibuat begitu, tetapi mungkin ada yang tidak baiknya juga.
Kenapa tidak terus dikatakan kepada orang tersebut?
Kenapa perlu kita yang sampaikan?

Biasanya 'kita' dipanggil orang tengah.
Menjadi orang tengah bukannya senang. Kita terpaksa menerima segalanya.
Menelan segala nasihat, kritikan, pendapat dan tohmahan. Apa yang kita buat?
Ya, hanya berdiam. Mungkin juga ada yang bersuara menunjukkan ketidakpuashatian.
Mungkin juga ada yang sudah sakit hati dan juga sakit kepala akan mengatakan:
"Eh, kau cakap sendiri dengan dia boleh tak? Aku punya masalah pun belum tentu selesai, ni kau nak tambah masalah kau pada aku pula. Masalah kau yang dulu pun belum selesai lagi, ni nak tambah masalah lagi. Kau ni memang banyak masalah ek?"
Mungkin kata-kata ini akan dilontarkan jika diri sudah tidqak dapat ditahan lagi untuk jadi orang tengah.

Little Girl Crying Alone Pictures, Images and Photos


Biasanya, orang yang buat salah, tetapi kita yang terima bebelan.
Biasanya, orang yang buat masalah, tetapi kita yang kena kritikannya.
Sebabnya? Cuma kita rapat dengan dia.
Boleh terima ke?
Atau sebenarnya salah diri sendiri yang tidak tahu menasihati dengan cara yang betul selama ini?
Perkara begini boleh membuat kita pening kepala memikirkannya.
Semakin berat kepala kita apabila satu demi satu kritikan yang perlu kita terima.

Kadang-kala, kita sanggup menangis di malam gelap supaya tiada siapa yang tahu beratnya tanggungan kita untuk menahan segala kritikan, bebelan, nasihat atau apa sahaja yang diluahkan pada kita.
Kita sanggup menelan segalanya dan menahan diri kita dari meletup untup melepaskan segalanya keluar kerana kita takut kalau-kalau, kata-kata kita akan menyakiti hati orang yang mendengar.

Biar kita yang sakit hati dan biar orang yang meluahkan dapat melepaskan segala apa yang tersimpan, serta orang yang ditujukan tidak terasa apa-apa.
Tapi, adilkah begitu?

Persoalan yang sentiasa ditimbulkan dalan diri kita:

1. " Pernahkah kamu memahami diriku?"
2. " Pernahkah kamu mengambil tahu masalahku?"
3. " Pernahkah kamu betapa beratnya aku ingin menerima apa yang dikatakan oleh kamu untuk disimpan?"

Dan, terlalu banyak perkataan 'PERNAHKAH' yang ingin kita ajukan, tapi kita hanya mampu diam.

Jawapannya terpulang pada diri anda sendiri.
Aku hanya insan biasa yang cuba berkongsi sedikit pendapat yang cuba aku suratkan dalam penulisan ini.

Ada satu persinggahan yang tidak pernah aku jejaki untuk aku ceritakan kepada kamu. Aku harap kamu sanggup menunggu. ;)

Wassalam~

Tuesday, December 14, 2010

Menyelusuri Tempat Lama yang Sudah Tidak Dijejaki - Terubat Rindu Pada Mereka Setelah Lama Tidak Bersua

Assalamualaikum.

Apa khabar kalian?
Maaf kerana sudah lama Syaza menyepi.
Syaza jarang online dalam masa yang agak panjang ni sebab Syaza tidak punya masa untuk menghidupkan komputer riba.
Sekarang ni pun, Syaza online guna laptop dan broadband Kak Long. Nasib baik Kak Long ada broadband. Kalau tak, tunggu bulan depanlah maknanya.

Sekarang ni Syaza berada di kampung kelahiran Syaza di Kampung Sri Paya, Parit Raja, Batu Pahat, Johor.
Alhamdulillah, rasa bersyukur dan gembira sangat pabila dapat pulang ke sini bersama keluarga tercinta. Tambahan lagi, dapat berjumpa dengan saudara mara yang sudah lama tidak bersua.
Dapat jumpa atok, nenek, pakcik-pakcik dan makcik-makcik, anak buah, anak saudara dan macam-macamlah. Best sangat pabila dapat berkumpul bersama.
Tapi sayangnya, Kak Farah tak ada. Kalau tak, mesti bertambah ceria lagi keluarga ni.




Bersama anak saudara yang tersayang.


Kalau balik kampung, memang tak sah pada aku dan adikku, Khairah untuk bermain basikal, main badminton dan tunggang motosikal pusing-pusing kampung.
Yelah, balik kampung setahun sekali, mana taknya jakon nak pusing-pusing kampung. Haha.


Bersama basikal atok dan nenek. Hehe


Terlalu excited naik basikal atok ni. Jangan main-main, atok bawa pergi masjid tau basikal ni. ;)

***


10 Disember 2010

Syaza dan keluarga pergi ke rumah saudara mara yang sudah lama tidak bersua. Memang rindu dengan tempat ni sebab pemandangannya sangat cantik.
Simpang Renggam. Kawasan ni memang dipenuhi dengan ladang nenas. Tapi, Syaza cuma tangkap gambar ladang nenas yang berdekatan dengan rumah saudaraku.
Penggambaran ni dilakukan selepas berjumpa dengan saudaraku yang tinggal di situ.



Lepas tu, terus bergerak ke Kluang untuk ke destinasi yang seterusnya iaitu rumah Wak Kamis. Bermalam di sini untuk satu hari. Sebab keesokan harinya, terus nak pi Johor. Jadi, Kluang dan Johor kan dah nak dekat. Tak payahlah ulang alik.


Barisan kaum Hawa. ;)



Bersama keluarga Wak Kamis


Rasanya cukup sampai di sini sahaja. Lepas ni, nak jumpa dengan kawan-kawan lama yang memang sudah lama tidak berjumpa. InsyaAllah.
Berapa lama?
Tujuh tahun. Hehe. Lamakan. ;)


Nak pergi jumpa naik apa ek? Naik basikal atok jelah. ;)


Oklah. Sampai di sini sahaja.
Wassalam~

Thursday, December 2, 2010

Pembaca Setia Yang Ke-100 - Ada Surat Cinta Buat Anda | Kemas, Kemas, Kemas! Penat.

Assalamualaikum.

Ogenki desu ka?
Alhamdulillah, Syaza di sini sihat.
Syaza harap anda juga begitu juga, ya. ;)

Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah, kerana masih meminjamkan nyawa kepadaku.
Alhamdulillah. Masih punya kehidupan yang buat aku tersenyum bahagia.
Alhamdulillah. Pembaca setia sudah mencapai angka 100. ;) Terima kasih semua! Sayang koranglah!

Pin! Pin!
Ada surat untuk anda!



Bukalah surat tu. Baca ek. ;)
Mari kita baca sama-sama.

Klik gambar untuk pembesaran secara langsung.

Maaf, hanya surat cinta biasa. ;)


Hati untuk kamu dari aku dan dia.

***


Huh. Penat. Kemas barang.
Semester dua, bilik lain.
Angkut turun naik pula nanti.
Barang-barang, masuk dalam kotak.
Pakaian, sumbat dalam beg.
Aduhai, banyak pula barang.

Kemas baju untuk berjumpa keluarga pada esok hari. InsyaAllah.
Tak sabarnya. ;)



Tak siap kemas lagi!
Cepat, cepat.
InsyaAllah esok balik.
Bukan pulang ke Sabah, tetapi hanya menetap di rumah mak cik dan juga nenek.
Keluarga ada bersama-sama kecuali Kak Farah.
Kasihan dia, kena tinggal bersama Comel, kucingku.

Apa-apa pun, selamat bercuti semua!



Wassalam~

Tak Nak Jadi Tukang Masak? Jadi, Nak Jadi Apa? Pengantin? | Luahan Hati Si Kawan - Aku Hanya Senyum Gembira :)

Assalamualaikum.

Apa khabar semua?
Mari Syaza sambung cerita di penulisan ini.

Ya, sekarang adalah masa untuk aku pula yang kenakan dia.

Kawan: Aku pernah jumpa Lee Chong Wei masa pertandingan SUKMA kat Penang dulu.
Aku: Fakta ke auta?
Kawan: Fakta.
Aku: Oh, ok. He~
Kawan: (Cerita segala-galanya)
Aku: Aku pernah jumpa dengan Lin Dan.
Kawan: Yakah? Di mana?
Aku: Kat televisyen. Ha~
Kawan: Ish, kalau macam tu, aku pun pernah jumpa.
Aku: (Ketawa)

Tergerak pula hatiku ingin bertanya tentang khabar negeri Sabah.
Negeri Sabah sedang membuat jaan kereta api yang baru. Sudah lama aku tunggu untuk diperbaharui, tetapin belum siap-siap.
Jadi, aku cuba tanya 'nama yang punya senyuman di belakangnya'.

Aku: Woi, apa cerita dengan 'railway' kat Putatan tu? Dah siap?
Kawan: Manalah aku tahu.
Aku: Dari hari tu lagi tak siap-siap. Mahal tu nak buat.
Kawan: Berbillion-billionkah?
Aku: Mungkinlah. Lama dah aku tunggu.
Kawan: Entahlah. Aku dah suruh cepat-cepat buat, tapi tak siap-siap juga.
Aku: Alah, Dato'. Macam mana ni, Dato'? Dah lama dah saya tunggu.
Kawan: Saya dah banyak kali dah cakap, tapi saya pun tak tahu. Ha~
Aku: Poyolah kau.

***


Dia kata, pada 27 November 2010, dia ingin pergi ke Tambunan. Ada tujuan. Pak ciknya nak meminang orang sana. Bab-bab meminang memang aku suka. Ketawa.

Aku: Pak cik kau nak pergi meminang?
Kawan: A'ah.
Aku: Kau tak pergi meminang sekali?
Kawan: Ish, tak ada calon lagi.
Aku: Kau pinang jelah adik dia ke?
Kawan: Ish! Tak nak aku.
Aku: Kau bila nak pergi meminang?
Kawan: Aku buat buah pinang jelah.
Aku: Ha~ Tak sabar aku nak dapat kad jemputan daripada kau.
Kawan: Ish, kau ni. Aku belum ada calon lagilah.
Aku: Yalah tu. Poyo je kau.

Bila tiba bab meminang, mesti masuk bab kahwin. Betul tak?
Anda bila nak kahwin? Jemput Syaza ek. ;)

Aku: Kau bila nak kahwin?
Kawan: Ish, lama lagi. Kau bila nak kahwin?
Aku: Belajar dulu.
Kawan: Betul-betul-betul.
Aku: Woi, bila aku kahwin, aku jemput kau jadi tukang masak ek.
Kawan: Tukang masak? Apa barang. Taknak aku.
Aku: Habis kau nak jadi apa?
Kawan: Emm...
Aku: Kau nak jadi pengantin?
Kawan: A'ah. (Ketawa)
Aku: (Ketawa) Gila.
Kawan: Yalah. Kalau jadi tukang masak kena berdiri. Jadi pengapit pun kena berdiri. Penat mengipas pengantin. Kalau jadi pengantinlah best! Duduk je.
Aku: (Ketawa)
Kawan: Kau dah nak kahwin ke? Bila?
Aku: Esok. Esok aku akad nikah dengan kertas soalan.
Kawan: Oh, ok.



Sememangnya perbualan kami amat panjang dan berlarutan tentang pelbagai perkara. Perbualan yang paling panjang adalah bab perkahwinan.
Perbualan yang membuatkan aku ketawa tak henti-henti.
Perbualan kami agak lama. Mungkin lebih dari satu jam. Lama sudah tidak berbual dengan 'nama yang punya senyuman di belakangnya'.

***


Kau memang gila, bukan?
Aku gembira
Terima kasih, kawan. Mungkin aku boleh panggil kau teman. Mungkin juga sahabat.

Berbual dengan saudaranya memang buat aku ketawa.
Kamu berdua memang suka kalau aku bahagia, bukan?
Terima kasih, ya. ;)

Aku gembira berbual dengan kamu berdua.
Kepada saudaranya, Abang E, sesungguhnya Allah lebih tahu yang terbaik untuk diri kita. Perkara yang lalu, biarkan ia berlalu.
Kita tetap perlu teruskan kehidupan, bukan?
Bungan bukan sekuntum, bang.

Abang E: Best la bual dengan Ajja. Gembira je.
Aku: He~ Mestilah, bang. Hidup mesti bahagia.
Abang E: Betul. Hidup mesti bahagia. Tapi tak bolehlah buat masa sekarang.
Aku: Bang, tengok Ajja. Tak payah couple-couple, bahagia je.
Abang E: A'ah. Abang dah tak nak couple-couple dah.
Aku: Bang, kawankan dah cukup. Ajja kawan dengan semua orang, sebab tu bahagia. He~
Abang E: Ok. Lepas ni, tak nak dah terima cinta. Sakit, Ajja.
Aku: Jangan macam tu., bang. Buka la hati tu sikit. Cinta untuk yang Maha Esa wajib, bang.
Abang E: Em... Terima kasih dengar cerita Abang E.
Aku: Tak ada masalah, bang.
Abang E: Esok nak peperiksaan kan? Okay ke abang cerita ni?
Aku: Tak ada hallah, bang.
Abang E: Ajja ceritalah kisah Ajja.
Aku: Oh, tidak. Ajja tidak akan ceritakan apa-apa pada orang. Simpan.
Abang E: Abang percayakan Ajja, sebab tu abang cerita kat Ajja. Abang harap Ajja dapat jadi pendengar yang baik.
Aku: Tak ada masalah, bang. Ajja tak kisah.

Kehidupan.
Perkara biasa aku dengar perkataan perpisahan dan pertemuan. Sememangnya gembira bila bertemu dan sedih pabila berpisah.
Aku memang dengar orang bercerita. Aku akan memberi nasihat apa yang termampu.
Aku harap Abang E dapat jodoh yang terbaik.

Aku juga hanya insan biasa.
Aku juga sentiasa telan segala fitnah.
Aku sentiasa biarkan dan sabar apabila hatiku sakit.
Aku hanya diam. Tidak perlu diceritakan.
Aku tidak mahu kamu juga merasa kesakitan yang teramat yang dialami oleh aku.



Apa-apa pun, keluargaku sudah pulang. Aku gembira.
Kejutan buatku daripada keluarga, buat jantungku terkeluar dari tempatnya. ;)

Terima kasih semua.
Aku bahagia.

Wassalam~

Wednesday, December 1, 2010

Lama Tidak Mendengar Suara - Rupanya Sudah Gila

Assalamualaikum.

Apa khabar semua?
Alhamdulillah, Syaza sihat wal'afiat.
Syukur ke hadrat Ilahi kerana memberi Syaza peluang untuk mencoretkan sesuatu di sini.

Sudah lama kukuburkan perasaan untuk menulis, tetapi aku lebih mementingkan upacara akad nikahku. Maaf.
Kali ini aku tidak mahu cerita tentang akad nikahku. Tunggu keputusan Tok Kadi sahaja, sama ada dapat bersanding atau tidak.
Doakan aku sahaja supaya dapat bersanding di pelamin yang indah.

Aku tidak dapat mencoretkan peristiwa yang berlaku sebelum akad nikahku berlangsung. Persiapan akad nikah buat aku sakit kepala.
Jadi, kini aku ceritakan pada kamu.
Dengar ya.
Eh, tidak perlu. Baca sahaja. ;)

26 November 2010, Jumaat

Aku menghantar SMS kepada beberapa orang pengguna Celcom supaya akad nikahku berjalan dengan lancar.
Terima kasih kepada yang sudi mendoakanku.
Aku bukan manusia yang banyak kredit. Ada bonus diberikan oleh Celcom, jadi aku terima dengan hati yang terbuka walaupun perlu keluarkan keluar duit sedikit sahaja.
Hasilnya lumayan. ;)

Selepas maghrib waktu Semenanjung Malaysia, aku terima mesej daripada 'nama yang punya senyuman di belakangnya'.
Aku pernah bercerita tentang dia dalam penulisan [ini], [ini] dan [ini].
Sebenarnya ada lagi, tapi aku titipkan yang ini sahaja.

Ayat terakhir mesej dia memang buat aku ternganga.
Senyum.
Sememangnya dia suka buat aku ketawa.

Aku terus menelefon dia - sudah lama tidak berbual. Lagipula, panggilan percuma.
Kalau bayar, tiada ertinya untuk aku menelefon dia. He~



Perbualan kami bermula seperti biasa, bertanya khabar.
Seterusnya, aku tanya tentang Sukan Asia. Dia kurang tahu katanya.
Kami berbual tentang badminton - ya, antara sukan permainan yang digemarinya.
Dia kata dia baru pulang dari bermain sepak takraw petang tadi. Dia jadi 'killer'.
Ada aku kisah ke?

Kawan: Aku jadi 'killer'.
Aku: Oh. Kau jadi 'killer' ke atau kau meng'killer'kan diri kau?
Kawan: Meng'killerkan'kan kaki. Ha~
Aku: Ko ada panaskan badan tak sebelum main?
Kawan: Adalah sikit-sikit.
Aku: Esok pagi, kalau ada orang tempang-tempang, aku tak tahu.
Kawan: Ha~ Adat main, memanglah macam tu.
Aku: Betul! Aku setuju.


Sememangnya aku setuju. Adat main, memang perlu sakit-sakitnya.
Kalau tak sakit, itu bukan main namanya.
Entah penyakit apa yang melanda dirinya pada hari itu, penyakit gila sudah menguasai mungkin.
Setiap ayatnya memang buat aku tidak kering gusi. Ketawa sahaja.

***


Perbualan tentang badminton pula.

Aku: Lee Chong Wei kalah dengan Lin Dan kan?
Kawan: A'ah. Lin Dan kuatlah.
Aku: Terlalu kuat kot, tapi Lee Chong Wei tetap pemain nombor satu dunia.
Kawan: Yakah? Bukan nombor tiga?
Aku: Ha? Nombor satu lah.
Kawan: Tak. Nombor satu, aku. Nombor dua, Lin Dan. Nombor tiga, Lee Chong Wei.
Aku: Ish. Sengallah kau.
Kawan: (Ketawa)
Aku: Kenapa kau tak gantikan Lee Chong Wei hari tu?
Kawan: Aku dah telefon tapi masuk peti simpanan suara.
Aku: Habis kau telefon masa dia kat dalam kapal terbang, memanglah tak dapat.
Kawan: Bukan, dia kat tandas.
Aku: Sengal.
Kawan: (Ketawa)


Gilakan dia. Pada hari itu, memang hari yang penuh dengan angan-angan dia sahaja. Tetapi dia memang pernah berjumpa dengan Dato' Lee Chong Wei. Cerita lama.
Nanti aku ceritakan ya. ;)

Bersambung...

Wassalam~