Friday, October 29, 2010

Ibu, Ayah, Restuilah Pinangan Ini | Kursus KAZ1053 - Berkumpul Satu Bumbung

Assalamualaikum.

Genki desu ka?
Alhamdulillah, akihrinya dapat juga Syaza mencoretkan sesuatu di sini setelah beberapa hari kekosongan idea.
Sememangnya ada niat untuk menulis, malangnya ketandusan idea. Maaf.

Aku: Ibu, ayah... Saya terpaksa terima pinangan ini.
Ibu, Ayah: Terima sahaja. Ibu dan ayah tidak memaksa kamu.
Aku: Ibu, ayah, maafkan diriku. Doakan saya bahagia dengan pinangan ini.
Ibu, Ayah: Ibu dan ayah sentiasa mendoakan kebahagiaan kamu, anakku.
Aku: Saya sedang sengsara dalam senyuman.
Ibu, Ayah: Jangan terlalu sakit akan pinangan ini. Ibu dan ayah akan risau. Buat yang terbaik ya.
Aku: Restui pinangan ini ya, wahai ibu, ayah.
Ibu, Ayah: Kami restu sepenuh hati.
Aku: Terima kasih.
Ibu, Ayah: Kamu jangan risau ya, kami sentiasa membantumu.
Aku: Ya, InsyaAllah saya akan buat yang terbaik buat kamu.
Ibu, Ayah: Jangan paksa diri kamu.
Aku: Tidak. Saya tidak paksa. Semua ini keinginanku.
Ibu, Ayah: Ingat, Allah tahu apa yang terbaik buat kamu. Terima saja pinangan itu ya.
Aku: InsyaAllah, ibu, ayah.
Ibu, Ayah: Ibu dan ayah sentiasa doakan yang terbaik buat anak-anak. Kami harap kamu akan bahagia dengan pinangan ini.
Aku: InsyaAllah.

Sebelum kamu ingin menembak aku dengan kata-kata yang tidak sepatutnya, kamu baca yang ini dulu ya.
Ya, sememangnya ibu dan ayahku sudah restui aku dari dulu.
Doa sentiasa dititipkan. Terima kasih ibu, ayah.



Dahulu, cincin ini hanya dapat membentuk bentuk hati dibuku.
Sekarang, sudah ada penyokong supaya hati itu kekal selamanya di atas buku dan bukan di mukabuku. ;)

Berdebar hati ini memikirkan pinangan ini.
Hantarannya belum kusediakan.
Persandingan tidak tahu perlu diadakan atau tidak.
Tunggu keputusan akad nikahnya dahulu ya.

***


25 dan 26 Oktober 2010, kursus KAZ1053-Pengurusan Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak telah berkumpul satu bumbung untuk mengadakan persembahan masing-masing.
Semua persembahan memang terbaik.
Ada muka yang tidak aku kenali kerana lain kelas. Ya, kebanyakannya aku tidak kenal.
Bukan tidak mahu kenal, tapi tidak mampu untuk kenal. Terlalu ramai. ;)
Dan kini, bukan masanya untuk berkenalan.

Tiga kelas bergabung di Auditorium. Seronok sangat. Aku bersemangat apabila rakan-rakan kelasku membuat persembahan. Tiada pilih kasih ya di sini.


Ya, ini rakan sekelasku. Terbaiklah korang!



Sayang koranglah.



Ini ahli kumpulanku. Gembira bekerjasama dengan mereka. Mereka memang sempoi!


Semua persembahan yang dilakukan memang menghiburkan.
Ya, tidak lupa juga kelas Kokurikulum yang terakhir pada 26 Oktober 2010.



Kelas terakhir untuk semester ini sudah aku hadiri.
Rasa sayu di hati untuk berpisah dengan rakan-rakan dan para pensyarah yang memang terbaik.

Semoga kita berjaya di dunia dan di akhirat.
Sesungguhnya pertemuan dan perpisahan hanya kerana Allah. ;)

Wassalam~

Tuesday, October 26, 2010

Aku Terpaksa Terima Pinanganmu | Peperiksaan Akhir Semester - Dup Dap!

Assalamualaikum semua.

Apa khabar?
Syaza harap semuanya sihat wal'afiat ya. ;)

Aku: Maaf, aku tak nak terima pinangan darimu.
P: Kau terpaksa terima.
Aku: Terpaksa? Kenapa?
P: Untuk masa depanmu, wahai sayangku.
Aku: Kau membuat aku terseksa.
P: Tapi, bukan untuk selamanya. Sekejap sahaja.
Aku: Kau buat aku makin menggila.
P: Maaf, tapi kau kena terima aku juga. Wajib.
Aku: Kalau aku tolak?
P: Kau akan menyesal untuk selamanya.
Aku: Selamanya?
P: Ya. Bukankah itu akan membuatkan kau lagi terseksa?
Aku: Berat hatiku untuk terima.
P: Berat yang mungkin hanya sementara.
Aku: Baiklah, aku terima.
P: Seikhlas hati atau terpaksa?
Aku: Terpaksa.
P: Aku harap kau akan biasa.
Aku: Ya, terpaksa membiasakan diri dengan pinanganmu, walau hati ini tidak mahu.
P: Kau perlu bersedia. Dengan seikhlas hati ya. Supaya setiap perlakuanmu akan diterima olehNya.
Aku: InsyaAllah, aku cuba.



Ya, sekarang aku terpaksa menerima pinangan yang aku sendiri tidak mahu.
Walau aku tolak berapa banyak sekalipun, aku terpaksa terima.
Pinangan ini bukan pinangan yang biasa.
Sememangnya pinangan ini membuat aku sakit kepala. Mungkin.
Pinangan ini menyebabkan aku buka buku, baca satu persatu untuk aku melepasinya dengan berjaya.

Huruf P itu bukan untuk Pian, Philips ataupun Pak Mat. Tetapi ianya untuk peperiksaan. Ha~
Ya, sememangnya kita terpaksa menerima pinangan darinya, bukan? Untuk berjaya.
Walaupun susah kita terpaksa laluinya.
Tiada kata TIDAK kerana ia untuk masa depan kita.
Bak kata pepatah, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

Kita menuntut ilmu kerana apa?
Kerana kita ingin dipandang tinggi orang lain?
Atau kita ingin mendapatkan jodoh yang lebih tarafnya dengan kita?
Atau kita tidak mahu dipandang rendah oleh orang lain?

Mungkin ada yang berpendapat sebegitu.
Tapi Syaza tahu kebanyakan dari anda, menuntut ilmu kerana ingin berjaya dalam hidup di samping bercita-cita untuk mengubah kehidupan keluarga. Betul?
Dan sememangnya kita menuntut ilmu kerana Allah.

Oleh sebab itu, kita terpaksa menerima pinangan itu untuk berjaya dalam hidup, bukan? ;)

***


Dup! Dap! Dup! Dap!
Jantung semakin berdebar apabila menghampiri musim peperiksaan. Itu normal.
Tidak lama lagi, aku akan menduduki peperiksaan akhir semester.
Begitu juga dengan kamu yang menuntut di IPTA. Semoga berjaya!

Kepada Kak Long, do your best! I'll always pray for you.
Doakan kejayaan Kak Long saya, ya!
Ya, dia sedang menduduki peperiksaan.



Kepada semua yang sedang dan akan menduduki peperiksaan, semoga berjaya. Syaza sentiasa doakan kamu semua.
Semoga kita mencapai kecerlamangan di dunia dan di akhirat. InsyaAllah. Amin~
Mudah-mudahan juga kita mendapat Dekan ya. Amin~
Gementar.

Hari ini Syaza bersyukur sangat sebab dapat kiriman daripada keluarga tercinta.
Terima kasih ibu sebab hantar tudung saya. ;)

Wassalam~

Friday, October 22, 2010

"Saya Cintakan Awak, Awak Cintakan Saya Tak?" | Inikah Saudaraku?

Assalamualaikum.

Genki desu ka?
Alhamdulillah, watashiwa genki desu.

Pada minggu depan, banyak kelas yang sudah dibatalkan. Aku hanya kaku, bisu. Aku mahu belajar lagi. He~
Pulang ke Shah Alam dengan beg yang penuh dengan buku dan nota. Ya, itu sesuatu yang wajib untuk mengulang kaji pelajaran di sana.
InsyaAllah dapat belajar bersama kakak sulung yang tercinta. Dia menduduki peperiksaan dan aku mengulang kaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan. Mungkin tiga minggu aku di sana. InsyaAllah.

***


Adam: Hawa, kita dah lama kenal. Saya selalu kongsikan masalah dan kegembiraan saya pada awak. Setiap perkara saya laporkan pada awak. Awak perasan semua tu tak?
Hawa: Ya, saya tahu. Saya juga begitu. Selalu kongsikan segalanya pada awak.
Adam: Sebenarnya, saya nak mengaku seuatu pada awak.
Hawa: Mengaku tentang apa?
Adam: Mengaku tentang kita. Saya dah simpan terlalu lama sejak saat perkenalan kita.
Hawa: Tentang kita? Apa dia tu?
Adam: Saya cintakan awak, awak cintakan saya tak?
Hawa: .......
Adam: Hawa, awak masih di sana?
Hawa: Em...
Adam: Awak dengar tak saya cakap apa?
Hawa: Nak awak ulang boleh?
Adam: Perlu bayaran yang mahal.
Hawa: Kenapa?
Adam: Kerana ia adalah luahan perasaan saya yang terlalu mahal harganya.
Hawa: Kenapa saya?
Adam: Kerana awak istimewa.
Hawa: Kenapa saya yang istimewa?
Adam: Kerana awak terlalu istimewa. Saya dah anggap awak sebahagian daripada diri saya. Setiap masalah, saya mengadu pada awak. Setiap kegembiraan, saya cerita pada awak. Awak menjadi pendengar yang setia. Saya suka. Awak terima saya?
Hawa: Ya, saya dah lama terima awak.
Adam: Betul ke ni?
Hawa: Ya, betul. Terima awak sebagai kawan. Itu dah lama saya jalinkan.
Adam: Saya nak lebih dari itu.
Hawa: Saya tak sanggup.
Adam: Kenapa?
Hawa: Saya tak sanggup melawan fitrah Allah. Jika awak ingin bersama saya, sarungkan cincin nikah di jari manis saya secepat mungkin. Kita akan bersama sehingga ke akhir hayat. InsyaAllah.
Adam: Tapi kita masih belajar.
Hawa: Jadi, simpan sahaja perasaan awak dahulu. Luahkannya di lain masa.
Adam: Saya akan sakit bila simpan lama-lama.
Hawa: Kalau dah tak sanggup, buang sahaja.
Adam: Hawa, saya terlalu cintakan awak.
Hawa: Awak dah tahu jawapan saya.
Adam: Saya akan tunggu awak. Itu janji saya.
Hawa: ......


Luahan perasaan boleh buat aku menggila. Lebih baik simpan dari meluahkan.


"Dan janganlah kamu mendekati zina; (zina) itu sungguh suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."
(Al-Isra' : 32)


Perkataan janji amat menggerunkan pada diriku kerana aku seseorang yang menepati janji. Walaupun kadangkala atiada ungkapan janji, aku tetap laksanakan.

Ada apa pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah?
Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu sepah dibuang.
Sememangnya, bukan pada semua lelaki.

Perempuan yang bercinta jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?
Tentu! Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang yang second hand sedangkan barang yang baru masih ada.
Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di bilik pameran sahaja. Tapi ada orang yang boleh test drive.
Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan? Itulah hakikatnya!

Wahai Hawa, jangan mudah terpedaya dengan kata-kata Adam. Jangan terlalu jual murah. Biar orang kata kita jual mahal.
Asalkan kita dapat cinta yang paling mahal iaitu cinta Sang Pencipta.

Beranikan diri untuk kata TIDAK. Biar hati kita sakit, tapi ingat janji Allah buat kita. Jika ada jodoh kita bersama si dia, maka adalah. Doakan sahaja. InsyaAllah.

"Sungguh, jika kepala salah seorang daripada kamu ditusuk dengan jarum besi yang menyala, itu masih lebih baik daripada kamu menyentuh perempuan yang tidak halal bagimu."
(At-Tabrani dan al-Baihaqi)


Macam mana nak jadi kuat, jika hati selalu terseksa?
Allah sentiasa dengan kita. Mengadu padanya. Kita ada keluarga, luahan perasaan boleh dilepaskan kepada mereka. ;)

***


Alhamdulillah, akhirnya dapat juga Syaza siapkan Bab 8. Maaf lambat. Banyak tugasan yang perlu disiapkan dan selepas ini perlu menyiapkan diri untuk berhadapan dengan peperiksaan.
Doakan Syaza untuk mendapatkan Dekan. InsyaAllah, amin~

Inikah Saudaraku Bab 8

p/s: Cerita di atas tiada kena mengena dengan diri Syaza. Syaza lebih suka pendam daripada meluahkan. ;)

Wassalam~

Thursday, October 21, 2010

Duhai Masa, Aku Kasihan Padamu...

Assalamualaikum.

Demi masa!
Sesungguhnya manusia dalam kerugian,
Kecuali orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan,
dan saling berwasiat pada yang benar, dan saling berwasiat untuk bersabar.
(103:1-3)

Alhamdulillah, hari ni dapat lagi Syaza mencoretkan sesuatu. Terima kasih ya Allah kerana memberi aku peluang untuk aku berkongsi sesuatu buat pembaca. ;)

Duhai masa, aku kasihan padamu. Kenapa ada lagi manusia yang suka membazirkan kamu begitu sahaja?
Ada yang terasa? Maaf.
Bukan nak mengata, cuma nak suruh kamu rasa apa yang orang yang menghargai masa ni rasa.

A: B, petang ni main bola jaring nak? Kat padang. Pukul 5 petang.
B: Pukul 5? InsyaAllah, boleh.
A: Okay. Pukul 5 ek.
B: InsyaAllah.

Jam menunjukkan pukul 5 petang.

B: (Menunggu di padang)

Jam bergerak ke pukul 5.35 petang.

B: (Menaip sesuatu di telefon bimbit) A, turun padang tak? Kita dah kat padang ni.
A: Dia orang kata pukul 5.30 petang.
B: Em... (Masih sabar menunggu ketibaan A dan rakan-rakannya)

Jam menunjukkan pukul 5.45 petang.

A: B, maaf lambat.
B: Em...
A: Kita tunggu yang lain lagi.
B: Okay.
A: Kasihan B dah tunggu 1 jam.
B: Tahu tak apa.

Seorang demi seorang hadir sehingga jam menunjukkan pukul 6 petang. Katanya, ada ramai juga yang ingin menyertai, tapi yang hadir hanya 5 orang termasuk diri A dan B.


Apa pendapat anda dengan situasi di atas?
Apa yang anda lakukan?
Apa yang tersirat di hati anda? Marah, menyampah atau suka?

Masa dibazirkan begitu sahaja.
Janji pukul 5, tetapi menghadirkan diri pukul 6. Kamu punya pengurusan masa atau tidak ya?

Ya, insan yang mengenal diriku tahu aku bagaimana.
Kalau aku lambat sampai, aku akan beritahu awal-awal.
Orang yang bekerja denganku perlu be on time.
Perkara paling aku benci adalah menunggu orang kerana aku orang yang menghargai masa.
Setiap saat amat bermakna.

Mungkin kalau lewat 5 minit, aku boleh terima.
Kalau lebih dari itu tanpa sebab dan berikan alasan, aku tidak suka. Aku jujur di sini ya.

Aku sayangkan setiap saat yang berdetik.
Aku suka akan manusia yang tepat pada masa.

Mungkin manusia yang selalu lambat, tidak tahu ke mana hilang masanya.



Jamnya terlalu kecil, selalu hilang ke sini sana.

Nabi SAW sendiri pernah bersabda tentang MASA : "Ingat 5 Sebelum 5, Tua sebelum muda, sihat sebelum sakit, lapang sebelum sibuk, kaya sebelum miskin, dan hidup sebelum mati..

Firman Allah dan Sabda Nabi jelas menunjukkan bahawa MASA amat penting dalam kehidupan seharian kita sebagai khalifah di muka bumi ini.

Kalau kamu tahu kamu selalu lewat 30 minit, maka janji dengan aku pukul 6 supaya aku tidak menunggu.
Aku sudah puas menunggu.
Setiap perjumpaan atau perjanjian yang dilakukan, aku perlu tunggu orang.

Kenapa perlu bazirkan masa begitu sahaja?

Dalam kehidupan seharian kita perlulah menguruskan MASA supaya tidak disia-siakan. MASA untuk Allah, manusia dan kerja.

Aku rasa, kamu perlu menghadiri Bengkel Pengurusan Masa.
Ya, mungkin bengkel ini sepatutnya ada.

Syaza hanya nak ingatkan kamu semua, jangan bazirkan masa dengan perkara sia-sia.
Jangan buang masa begitu sahaja.
Jadilah insan yang sentiasa menepati masa supaya anda sentiasa dihargai.

Wassalam~

Wednesday, October 20, 2010

Perlawanan Persahabatan - Bukan yang Terbaik Daripada Aku | KuCinta Padamu - Terpulang Pada Pemahaman Anda

Assalamualaikum.

Ogenki desu ka?
Alhamdulillah, watashiwa genki desu.
Cuma, emosi tidak berapa stabil sejak semalam.
Alhamdulillah, sudah cuba untuk menenangkan diri kembali.
Apa masalah?
Tidak ada apa-apa. Cuma perlu muhassabah diri. ;)

Semalam ada perlawanan persahabatan bola jaring pasukan Jumperz UPSI dan Proton (Exora). Aku turun padang lambat sikit. Perlu menunggu perjumpaan yang lamabat diadakan.
Aku sudah malas menunggu apabila jenguk ke dalam dewan, tiada sebarang persiapan. Aku melangkah pergi dari situ dan terus ke gelanggang bola jaring - tempat aku lepaskan kebosanan.

Perlawanan persahabatan yang menyeronokkan.
Seronok melihat rakan-rakan yang bermain dengan baik.
Aku?
Aku rasa permainan semalam bukan yang terbaik dari aku. Tidak tahu kenapa. Mungkin terlalu memikirkan banyak perkara.

Pasukan kami, semestinya menang. Alhamdulillah. ;)
Aku cuma tidak puas hati dengan diriku sendiri. Itu bukan cara bermain yang terbaik aku berikan.
Semalam, aku diberikan kedudukan sebagai Wing Defend, kedudukan ini adalah kedudukan yang aku masih boleh main.
Aku rindukan waktu mula-mula memasuki kelab itu. Permainan yang bagus aku main. Kedudukan sebagai center, itu aku inginkan. Bilakah waktunya?



Aku perlu mengembalikan mood semangat bola jaring aku.
Hari ni, tidak turun padang, ada perbincangan kumpulan - pembentangan Jumaat ini.
Esok, ada dua kuiz yang perlu aku hadapi. Pray for me. ;)
InsyaAllah, hari Khamis aku boleh turun padang, di samping turun berat badan. Naikkah berat badan aku setelah makan banyak beberapa hari ni?
c(:

***


Lagu Ku Cinta Padamu dari Shajiry, buat aku berfikiran jauh.
Lagu ni, terpulang kepada anda ingin tujukan buat siapa.
Setiap orang lain persepsinya. Begitu juga dengan aku.

Liriknya amat mendalam bukan?
Cuba baca. ;)

Selama ini kumencari,
Cinta datang dalam hati,
Menanti kasih yang suci dari mimpi.

Kuharapkan cinta sejati,
Yang lahir dari naluri,
Dapatkah kau terima aku begini.

Aku sedar diriku,
Tak sempurna untukmu,
Sanggupkah kau terima.

Ku cinta padamu,
Ikhlas dariku yang satu,
Rindu selalu.

Ku cinta padamu,
Kukan menunggu dirimu,
Walaupun untuk selamanya.


***


Muhassabah diri semalam, membuatkan aku mengalir air mata. Aku terlalu rindukan dia. Terlalu ingin menatap wajah sucinya.

Hayati video ini.



Apa yang anda rasa?

Wassalam~

Tuesday, October 19, 2010

Makanan Oh Makanan! Kenapa Kau Masuk Mulut?

Assalamualaikum.

Genki?
Agak rajin Syaza hari ni. ;)
Hari ni Syaza nak tulis secara sempoi.

Kali ni, Syaza nak cerita bab makanan.
Makanan oh makanan.

Semenjak, dua menjak ni, Syaza tak berhenti-henti makan. Wah, agak tamak ya bunyinya.
Maksud Syaza, Syaza kena makan pagi, tengah hari dan malam. Perut ni agak lapar kalau tak makan.
Biasanya pagi dan malam tu makan biskut, tapi dalam kuantiti yang banyak. Taklah banyak sangat. Macam lama dah tak makan. Ha~



Kalau makan nasi pula, cedok nasi sampai menggunug. Ha~ Taklah gunung sangat. Bukit je. ;)
Nasi banyak, lauk sikit. Jangan tiru ya. Pemakanan yang salah ni. Pemakanan yang betul, lauk banyak, nasi sikit.


Kalau macam ni, perlu ada dua atau tiga pinggan lagi. Ha~


Syaza sendiri pun pelik, kenapa kebelakangan ni Syaza makan banyak. Em...
Tapi, Syaza dapat tahan kalau Syaza pergi latihan bola jaring. Malam saya tak makan. Ha~
Lepas saya makan, saya pergi latihan. Jadi, taklah membesar badan saya ni. He~


Nyam, nyam. Sedapnya. Ada sesiapa yang nak belanja? ;)


Kalau makan tu, bersederhanalah ya.
Jangan makan banyak-banyak. Makan semasa lapar, berhenti sebelum kenyang.
Sebelum makan, jangan lupa baca Bismillah dan doa makan ya.

Apa-apa pun, jaga pemakanan kamu ya. ;)

Wassalam~

Monday, October 18, 2010

Rindukan Buku Kimia | Kimia Antara Dua Insan

Assalamualaikum.

Ogenki desu ka?
Alhamdulillah, watashiwa genki desu.

Lama dah tak pegang buku kimia.
Ya, kimia adalah subjek kegemaranku.
Hari Rabu yang lalu, akhirnya aku dapat pegang buku Kimia.
Rindu sangat untuk membaca buku Kimia.
Rindukan buku Kimia di rumah.
Jawapan yang aku berikan dalam buku tersebut dengan sepenuh jiwa ragaku. Ha~



Kawan 1: Syaza, kenapa kau baca buku Kimia?
Kawan 2: Syaza ambil kos Kimia.
Aku: (Hati: Bagusnya kalau aku betul-betul ambil subjek kegemaran aku ni.)
Kawan 1: Syaza buat apa? Kau ambil Kimia, kau ambil PAKK. Macam mana ni? Aku tak fahamlah.
Aku: Ada tuagasan buat aku.
Kawan 1: Ha? Peninglah kepala aku. (Berlalu pergi)


Satu perkara yang perlu akui, buku Kimia di perpustakaan buat aku pening kepala. Buku ini sahaja yang aku rasa aku faham apa yang ingin disampaikan.

Semua tertanya-tanya, kenapa aku buat Kimia.
Ya, seperti yang aku katakan, ada tugasan khas buat aku.
Bukan daripada pensyarah, tapi daripada adikku yang otaknya sudah kabur dengan mata pelajaran yang aku cintai ini.

Aku imbas kembali jawapan yang terbaik aku berikan di dalam setiap buku dan latihan yang diberikan.
Pening kepalaku apabila suasana yang tidak sesuai untuk aku menumpukan perhatian.
Ya, walaupun di perpustakaan.
Tiada aura belajar di situ. Ha~
Aku selalu belajar Kimia di katil rumahku. Terlalu banyak idea yang aku tulis sehingga mencurah-curah.
Seronok apabila menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru. Ah, aku rindu saat itu.

Tugasan yang diberikan oleh adikku, membuatkan aku tersenyum sendiri.
Abby, Ajja ni bukan ambil kos Kimia. Jauh sekali perbezaan kos yang aku ambil sekarang dengan kos Kimia.
Namun, semangat ingin membuka buku Kimia kembali amat tinggi.
Aku sememangnya tidak boleh belajar tanpa bukuku sendiri.
Buku pinjaman bukan buku aku.
Jika buku itu aku yang yang punya, aku sudah tahu muka surat dan tajuknya.

Terlalu banyak latihan yang diberikan oleh guru untuk memastikan anak muridnya berjaya dalam mata pelajaran ini.
Ya, dia tahu ramai pelajar benci akan mata pelajaran ini.
Aku, tidak sama sekali.

Jawapan, tidak perlu kuberikan pada adikku.
Buku, fail, semua yang berkaitan tentang Kimia aku suruh dia ambil untuk cari jawapan.

Adik: Eii, ada jawapanlah kat buku ni.
Aku: Ada? Ish, buat penat je Ajja tulis.
Adik: Sebiji la.
Aku: Dah, tiru je. Lain kali belajar jangan satu buku je.(Bebelan diteruskan. He~)


Rindu yang teramat dengan buku Kimia aku di rumah. Rindu mengajar adikku Kimia, Matematik Tambahan. Aku tidak akan lupa semua formula jika aku mengajar.
Menunggu saat itu kembali. :)

***


Kawan: Wei, kau dengan Adam sesuailah.
Hawa: Kenapa pula?
Kawan: Aku tengok selalu korang ada connection.
Hawa: Ya ke?
Kawa: (Menggangguk) Korang selalu bagi idea yang sama.
Hawa: Kita orang ada chemistry.
Kawan: Bila aku nak terima kad jemputan?
Hawa: (Ketawa) Lupakan. Dia sudah berpunya.
Kawan: Memanglah dah berpunya, tapi tak pasti lagi itu jodoh dia. (Senyum)
Hawa: Aku doakan itu jodoh dia.
Kawan: Kau tak suka dia?
Hawa: Tiada perasaan mungkin.


Situasi begini selalu terjadi. Jika Hawa dengan Hawa mempunyai idea yang sama, kenapa tidak pula dikatakan mereka mempunyai chemistry yang kuat?
Kenapa jika perkara begini berlaku antara Hawa dan Adam, kita selalu katakan itu mungkin jodoh kamu.
Ya, mungkin tiada salahnya.
Tetapi, tidak semestinya bukan?



Ya, kimia amat penting dalam kehidupan kita supaya kita boleh memahami antara satu sama lain.
Orang kata, senang kalau berkawan dengan orang yang 'satu kepala'.
Mudah faham antara satu sama lain. Itu sebenarnya yang kita inginkan.
Mudah berinteraksi apabila berbual dengan rakan yang 'satu kepala'.
Kalau kita buat lawak, sama-sama ketawa dan bukan ketawa seorang diri.

Aku tahu, semua mesti ada rakan yang 'satu kepala' bukan?
Tidak kira lelaki atau perempuan.

Hawa mesti suka apabila menjumpai Adam yang satu kepala dengannya. Begitu juga dengan Adam.
Kadang-kala, jika perkara begini berlaku, Adam hendaklah 'menjauhkan diri' daripada Hawa supaya tiada siapa yang terluka.
Kerana Hawa lebih mudah perasan, jika dia mempunyai perasaan.
Perbualan hendaklah biasa-biasa sahaja.

Hawa pula jangan terlalu mengharap.
Perlu ada keseimbangan dalam diri.
Jika Adam sudah berpunya, tawarkan hati.
Kata orang, kumbang bukan seekor.

Serahkan segalanya pada Allah.
Doakan yang terbaik buat semua. Moga mereka da kita bahagia bersama.
Tiada sengketa.

Kimia antara semua sememangnya perlu ada dalam kehidupan kita. ;)

Wassalam~

Wednesday, October 13, 2010

Kata Orang, Kalau Kita Malu Jumpa Seseorang, Itu Bermakna Kita Sukakan Dia. Betulkah?

Assalamualaikum.

Apa khabar semua?
Alhamdulillah Syaza sihat hendaknya.
Syaza harap kamu juga begitu ya.

Kata orang, kalau kita malu jumpa seseorang (lelaki), maknanya kita sukakan dia. Betulkan penyataan ni? Bukti?
Menurut saya, kalau kita malu jumpa seseorang, kita akan tundukkan pandangan kita. Jadi, baguslah. Tidaklah mata ni liar melihat pemandangan yang kurang menyenangkan.

Istilah malu mempunyai makna dan pengertian yang luas dalam Islam. Malu merupakan sebahagian daripada Iman. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Iman itu ada lebih 60 cabang. Dan sifat malu adalah sebahagian daripada cabang iman.”


Dalam Islam, sifat malu ditekankan pada setiap umatnya tidak kira sama ada wanita atau lelaki. Namun, wanita Muslimah ditekankan aspek menjaga maruah dan memiliki sifat malu memandangkan wanita merupakan golongan yang lemah, mempunyai 9 nafsu yang pelbagai serta dikatakan paling ramai menghuni neraka.Tentang hal ini, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Aku melihat ke dalam syurga, maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.” (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Abbas dan Imran serta selain kedua-duanya)

Imam Qurthubi rahimahullah menjelaskan hadis di atas dengan pernyataannya:

“Penyebab sedikitnya kaum wanita yang masuk syurga adalah hawa nafsu yang mendominasi pada diri mereka, kecenderungan mereka kepada kesenangan-kesenangan dunia, dan berpaling dari akhirat kerana kurangnya akal mereka dan mudahnya mereka untuk tertipu dengan kesenangan-kesenangan dunia yang menyebabkan mereka lemah untuk beramal...”

Malu adalah lambang iman yang akan membawa seseorang ke syurga. Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:

“Malu dan amanah adalah perkara yang mula-mula sekali hilang dari dunia ini, sebab itu mintalah dengan Allah untuk kedua-duanya” (Riwayat Bukhari)



Realiti kehidupan daripada pengalaman yang pernah dilihat bukan dirasai ya.

Contohnya, seorang wanita meminati seorang jejaka. Mula-mula, malu nak jumpa. Tengok muka pun tak nak.
Kalau TERnampak orang yang disukai, terus lari 100 meter, sedangkan sang lelaki tidak tahu apa-apa. Paling tidakpun, tundukkan pandangan ke tanah.
Jika sang Adam mengulum senyuman buatnya, walaupun hanya segaris senyuman paksa, berbunga-bunga hati sang Hawa. Tidur tak lena teringatkan segaris senyuman yang dari persepsinya senyuman setulus hatinya.

Sang Hawa sudah berani untuk mencoretkan sehelai kertas putih yang dihiasi dengan kata-kata kenalan dan cinta. Hati mula berpelangi. Warna-warni.
Jantung mula berdegup perlahan pada mulanya, rentak semakin laju setelah dengar khabar Adam sudah terima.

"Hawa, ni surat dari Adam."
Wajah hanya tersenyum tawar sahaja. Ucapan terima kasih diikuti di belakangnya. Surat dipegang kemas dan erat ke dada. Dipegang lembut sepenuh jiwa.
Perkataan demi perkataan dibaca dengan seikhlas hati. Senyuman diukir di pipi sepanjang masa walau tiada kata yang istimewa.
Mungkin perkataan ni sudah buat hati gembira tidak terkata.
"Boleh, saya sudi jadi kawan awak. Maaf lambat balas surat awak sebab saya ada banyak tugasan yang perlu disiapkan."

Pertemuan untuk kali pertama diatur tarikh dan masa. Hawa sudah bersiap sedia untuk berjumpa. Tudung yang dipakai, dilipat kemas. Tiada kedutan. Setiap saat, wajah dilihatkan pada cermin , sama ada di tandas, di kereta kaki lima atau kaca kedai makanan.
Pertemuan yang pertama, Hawa dan Adam membawa teman masing-masing. Lontaran suara hanya pada soalan yang tertentu sahaja. Perbualan tersangat biasa.
Jika ada gelak ketawa, Hawa menekup bibirnya. Malu katanya. Pandangan mata juga tidak sedalam-dalamnya. Hanya sekilas sahaja.
Nombor telefon bimbit bertukar tangan, hati Hawa amat gembira. Adam mengucapkan salam sebelum tinggalkan Hawa dan rakannya. Lambaian tangan dan senyuman Adam membuatkan Hawa tidak terkata. Teruja.

Malamnya, Hawa merasakan sesuatu yang tidak beres. Dia mengambil telefon bimbitnya dan menaipkan kata 'Selamat Malam' buat Adam. Diri tertunggu-tunggu pesanan ringkas dari Adam.
'Goodnight, dear ;) Sweet dream.' Hawa yang baru melelapkan mata, terus membuka matanya atas gegaran telefon bimbitnya. Hati berbunga mekar. Semekar-mekarnya. Bunga yang cukup dengan baja dan air. Telefon bimbit dipegang kemas sehingga Hawa tidur lena.

Pertemuan kali kedua, Hawa dan Adam berjalan bersama-sama. Teman masih bersama.
Gelak ketawa, senyum mesra, sudah berani dikeluarkan. Pandangan mata, sudah berani direnung. Perbualan, sudah punya kekuatan untuk mengenal latar belakang masing-masing.
Diri semakin selesa.
Kalau diri tidak ketemu, pesanan ringkas tidak lupa untuk diberikan.

Pertemuan ketiga, Adam dan Hawa sudah berani keluar berdua. Ingin mengenal hati budi masing-masing katanya.
Adam cuba menluahkan perasaannya yang mungkin hanya perasaan semata-mata. Dia rasa Hawalah wanita yang sesuai buatnya buat masa ini.
Tali kekasih perlahan-lahan disambungkan.
Hari demi hari, Adam dan Hawa semakin rapat. Tangan sudah disatukan. Genggam.



Tiada lagi kata malu untuk keluar berdua.
Tiada lagi ucapan malu berpegangan tangan, gelak ketawa, mahupun bertentangan mata.

***


Itu sahaja cerita yang Syaza boleh tuliskan.
Jadi, tidak salah jika kita malu melihat seseorang, tapi malu itu kena bertempat jugalah ya.

Kalau kita malu jumpa seseorang, tidak bermakna bahawa kita sukakan dia. ;)

Wassalam~

Sunday, October 10, 2010

Kalau Sudah Jatuh, Jangan Lupa Untuk Bangkit Semula Ya! ;)

Assalamualaikum.

Apa khabar semua?
Alhamdulillah, Syaza semakin pulih dari luka sebelumnya.
Senyuman gembira cuba diukir perlahan-lahan.

Ramai orang suka dengan tarikh hari ini, iaitu 10.10.2010.
Tahun depan pula, orang akan berpusu-pusu memilih tarikh, 11.11.2011 dan seterusnya.
Perkara biasa bukan?
Ramai yang melangsungkan perkahwinan pada hari ini, tidak ketinggalan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor a.k.a abang Kak Farah (dia yang kata, tapi cuma khayalan sahaja).
Tahniah kepada semua. Mudah-mudahan, berkekalan sehingga ke akhir hayat. InsyaAllah.

Pada tarikh ini juga, Syaza ingin mencoretkan sesuatu buat kamu.
Walaupun tidak punya idea yang menarik, tetapi Syaza juga tidak mahu melepaskan peluang untuk menulis sesuatu dalam tarikh ini.

Kalau rasa diri hina,
Kembali pada Allah Yang Esa.
Kalau rasa diri tidak sempurna,
Ingat, tiada yang sempurna di dunia ini kecuali Sang Pencipta.
Kalau rasa diri ini bukan sesiapa,
Cipta bahagia dan anda akan gembira.
Kalau rasa diri sengsara,
Ingat, Allah sentiasa ada buat kita.
Kalau rasa diri butuhkan seseorang,
Mengadu pada bonda sudah cukup selesa.
Kalau rasa diri tidak diperlukan di dunia,
Fikirlah, kenapa Allah menciptakan kita?


Bersyukur dengan apa yang ada.
Jadi diri sendiri sebab itu yang membuatkan kita gembira.
Jangan endahkan apa orang kata. Tolak ke tepi atau buang sahaja.

Jika ada yang mencaci kita, sulam senyuman kerana kita akan mendapat pahala.
Biarkan dia kalau caci itu membuat dia bahagia.
Kalau teguran kita tidak bermakna buatnya, kita dah laksanakan apa yang termampu kita.
Serahkan kepada Allah segala-galanya.
Allah uji kita kerana Allah sayang pada hambaNya.

Jika ada yang bangga akan dirinya, jangan kita mengikut mereka. Berdosa namanya.
Tundukkan kepala, lontarkan pandangan ke kaki lima.
Fikirlah, betapa hinanya kita di dunia.
Oleh itu, Allah akan berikan kita kebahgiaan buat selama-lamanya sama ada di dunia mahupun di akhirat sana.
InsyaAllah, anda akan gembira.

Jika ada yang cuba menjatuhkan kita, jangan kita tidak bangun semula.
Kuatkan iman, bangkit semula. Atur langkah dengan taqwa yang ada.
Sabar dan tabah dengan apa yang terjadi kepada kita. Semuanya pasti ada hikmahnya.
Allah Maha Mengetahui akan segala-galanya.

Jangan pernah anda berputus-asa kerana Allah sentiasa ada bersama kita.
Keluarga sentiasa memberi sokongan kepada kita.
Rakan-rakan dan orang sekeliling sedia untuk membantu kita.
Jika seorang yang cuba menjatuhkan anda, ramai yang akan membantu kita bangkit semula.



Ini sahaja yang dapat Syaza coretkan entri kali ini, pada tarikh 10.10.2010 ini.

Terima kasih kepada yang mendoakan Syaza supaya ceria semula.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana memberikan aku kekuatan untuk berdiri semula.
Terima kasih, ibu, ayah, keluarga dan rakan-rakan yang ada.

Wassalam~

Friday, October 8, 2010

Maaf Semua, Aku Tidak Dapat Mengukir Senyuman Untuk Kamu.

Assalamualaikum.

Apa khabar semua?
Syaza, masih dilanda derita dengan semalam punya cerita.
Terlalu perit untuk dihadamkan walau Syaza sudah telan habis-habisan.

Syaza nak minta maaf kepada semua kerana kamu terpaksa melihat Syaza yang derita walaupun selama ini kamu kenal Syaza sebagai Syaza yang ceria.
Maaf.
Bukan payah untuk mengukir senyuman, tetapi kalau aku pamerkan senyuman yang derita, kamu sanggup terima? Maaf.

Jangan tanya aku kenapa?
Aku sudah tidak normal dalam perasaan. Gundah-gulana.
Aku laporkan pada Yang Esa.
Memori pahit dahulu kembali semula.
Aku kaitkan dengan cerita semalam. Lebih kurang rupanya.
Semuanya cuba jatuhkan aku, tersungkur sehingga tidak mampu bangun semula. Lumpuh selama-lamanya. Hati, akal dan jiwa.
Aku pinta pada Yang Esa, berikan aku kekuatan untuk menghadapi segala-galanya.
Aku cuci darah merah yang menutupi luka. Balutnya dengan kain putih keimanan. Aku bangkit perlahan-lahan. Kamu tunggu aku kembali ceria ya. Tapi, mungkin lama.



Maafkan aku, semua.
Aku cuba buat kamu bahagia. Aku cuba untuk sulam senyuman gembira. Supaya aku dan kamu turut bahagia bersama.
Aku sudah anggap semua yang ambil berat tentang diriku, satu keluarga.
Aku sayangkan kamu semua.
Maafkan aku kerana kamu terpaksa melihat aku ukir senyum paksa.
Aku cuba sedaya upaya untuk kembali ceria dengan pertolongan Allah Yang Maha Esa.
Biar Allah balas segalanya.

Aku semai kesabaran dalam diriku yang sudah menangis terlalu lama.
Allah sayangkan aku, sebab itu Allah turunkan ujian sebegini buatku. Aku tahu.
Aku cuba hadapi dengan sebaik-baiknya.
Doakan aku supaya aku hidup semula seperti biasa.

Wassalam~

Thursday, October 7, 2010

Kau Caci Aku Tapi Itu Salah Kamu? Kamu Punya Hati atau Tidak Ya?

Assalamualaikum.

Astaghfirullah.
Astaghfirullah.
Astaghfirullah.
Terlalu besar dugaan yang Kau berikan padaku, Ya Allah. Aku terima. Tempuhi dengan kesabaran dan ketabahan yang ada.
Tangisan di hadapanMu deras mengalir.
Tidak mampu aku menahan empangan yang sudah tidak kukuh lagi untuk bertahan.
Terima kasih kerana Kau sentiasa memberi aku kekuatan dan berikan aku jalan penyelesaian. Aku serahkan segalanya padaMu, Ya Allah.
Hati ini perlu dibersihkan semula dengan ayat suciMu kerana banyak makian yang telah aku lontarkan pada orang yang tidak punya hati budi tersebut.Astaghfirullah~
Kata-katanya terlalu menyakitkan hatiku sehingga aku terpaksa lepaskan segalanya.

Terima kasih, Ya Allah kerana Kau berikan aku kesabaran yang tinggi menggunung sehingga aku tahu titik perjalanan cerita ini.

***


Bulan Julai yang lalu~

Madam: Setiap hari Khamis tidak ada kelas. Kamu perlu buat kerja yang saya berikan pada hari Isnin untuk menggantikan SETIAP hari Khamis ya.

Bulan Oktober~

Pada pukul 12.07 tengah hari, aku menerima satu pesanan ringkas daripada seorang 'kawan' atau aku tidak tahu sama ada dia kawan aku atau bukan.

Kawan: Ada kelas Madam tak hari ni Cik Syaza oi!
Aku: Tak ada. Maaf ek, nak tegur sikit, kalau bagi mesej berbahasa sikit boleh ek.Tq. ;)
Kawan: Oh, habis yang awak tiap kali tak ada kelas, tak pernah cakap kita orang pun. Apa cerita? Berbahasa ke tu? Kita orang macam orang bodoh duduk kat kelas, tapi tak ada orang tau. Awak tu patut tegur diri sendiri dulu sebelum tegur orang lain tau.
Aku: Kan madam cakap, setiap hari Khamis tak ada kelas. Buat kerja yang madam bagi pada hari Isnin.
Kawan: Ya ke? Bila masa madam cakap. Habis tu apasal SATU KELAS yang sekumpulan dengan saya tak tahu pasal ni. Cuma memang tak puas hati arr dengan awak, cuma nak bagi tahu je. Takut awak terasa pulakan. Maklumlah takut tak ada bahasa. Tak apalah. Sorry, oK bye.
Aku: Madam bagi tau dari awal sem lagi, setiap hari Khamis tak ada kelas.
Kawan: Tu saya pun tahu.Cuma nak kepastian jelah, ada ke tak ada.


Kawan, cuba kau berada di tempat aku. Aku berikan pesanan ringkas seperti yang kau berikan padaku. Apa kamu rasa? Gembira?
Kawan, untuk pengetahuan kamu, aku sentiasa memberitahu kepada kawan-kawan jika HARI ISNIN tidak ada kelas kerana SEMUA tahu bahawa HARI KHAMIS memang tidak punya kelas.
Kawan, kamu tidak punya hati ya? Maki dan caci aku begitu?
Kawan, kau cakap SATU KELAS? Kenapa kawan-kawan aku yang lain tahu? Kamu mahu tipu aku dan buat aku rasa bersalah? Kamu tidak berjaya. Aku sudah siasat dan tanya semua. Kamu tidak puas hati pada aku, cakap sahaja. Jangan libatkan yang lain.
Kawan, kamu tahu madam cakap begitu, kamu mahu kepastian sahaja sehingga kamu caci aku begitu? Luahan perasaan yang tidak berasas.

Kamu berkata begitu sedang itu salah kamu yang tidak mendengar kata pensyarah. Lama sudah kawan. Kenapa kamu baru mahu meluahkan?
Kamu salahkan aku sedangkan itu salah kamu. Kenapa? Kamu tidak puas hati dengan aku? Atas sebab apa? Kenapa tidak cakap depan-depan?
Aku rasa kamu sahaja yang tidak puas hati dengan aku. Aku menjaga hati semua orang, tapi kenapa kamu tidak boleh jaga hati aku?
Oh, ya. Aku lupa. Kerana kamu tidak punya hati dan perasaan.

Aku balas mesej cacian kamu dengan hormat. Aku tegur dengan senyuman di belakangnya. Tapi kamu balas dengan cacian yang tidak berasas.
Aku cuba untuk tidak membiarkan amarah menyelubungi diri.
Akhirnya, empangan mata sudah tidak dapat bertahan.
Aku luahkan kepada kawan yang sedia mendengar.
Aku luahkan pada Yang Maha Esa, minta pada Dia supaya bukakan pintu hati kamu.



Sebelum ni, Syaza pernah cerita tentang rakannya mungkin. Sememangnya, mereka tidak puas hati padaku.
Kak Lal pernah kata, kita tak dapat senangkan hati semua orang. Betul! Hati orang semua lain-lain. Tapi, hati orang ni terlalu tidak punya perasaan.
Aku pernah tulis puisi di bawah dalam entri Sayang, Aku Hanya Insan Biasa. Pernah Kamu Selami Hatiku Sedalam-Dalamnya?

Sayang, aku hanya insan biasa.
Teramat biasa.
Aku tidak mampu untuk memberitahu kamu semua satu persatu.
Aku bukan orang berada.
Aku hanya insan biasa yang tidak punya harta apa-apa.
Pernah kamu selami hatiku sedalam-dalamnya?
Kamu hanya pentingkan diri kamu sahaja.
Jangan pernah kamu cuba tipu diriku.
Kerana aku tahu.
Walaupun melalui suara apakan lagi bertentangan mata.

Aku juga punya perasaan, sayang.
Aku juga punya hati untuk merasai.
Jika aku undur diri, adakah kamu berani ke hadapan?
Mengganti tempatku.
Aku ganti tempatmu.
Kata seperti apa yang kamu kata padaku.
Percayalah, mungkin bukan setitis air mata sahaja yang jatuh.
Itupun, kalau kamu punya perasaan dan punya hati memikirkan diri orang lain.

Alhamdulillah, Allah sentiasa di hatiku untuk memberikanku kekuatan.
Sebenar-benar kekuatan. :)


Jangan hina aku sembarangan kalau itu salah kamu. Jangan buat aku rasa bersalah kalau kamu yang tuli. Kau cacilah aku kalau itu buat kamu bahagia, biar aku sengsara. Kerana aku tahu kamu tidak punya hati.

Hatiku luka dengan kata-kata kamu. Kamu meminta maaf dengan gaya yang tidak ikhlas.
Terlalu keji kata-kata kamu. Namun, aku telan sahaja.
Aku cuba jadi ketua yang terbaik buat kamu.
Kamu tidak tahu bilikku, aku turun tunggu kamu di pagar supaya kamu senang. Itu pun kamu tidak bersyukur?
Kamu janji pukul 9 malam, tapi kamu datang pukul 9.25 malam. Aku sanggup tunggu. Itu pun kamu tidak tahu bersyukur dan tidak mengucapkan terima kasih?
Apa sebenarnya yang kamu mahukan?

Kamu hanya cari keburukan aku dan tidak pernah mencari kebaikan aku.
Setiap manusia ada kelemahan. Adakah kamu terlalu sempurna?

Aku sanggup bawa 13 buah buku ke kelas untuk kesenangan rakan-rakan. Supaya mereka tidak susahkan diri mereka. Tidak menghabiskan tenaga mereka untuk berjumpa dengan aku. Biar aku habis tenaga, asalkan kamu semua bahagia.
Padahal, dalam kelas tu aku cuma berjumpa 5 orang rakan sahaja. Yang lebihnya aku bawa pulang untuk berikan pada rakan-rakan yang belum ambil.
Pernah kamu fikir semua itu?

A: Syaza, kamu terlalu mulia.
Aku: Tak adalah, A. Kita tak nak susahkan dia orang. Biar dia orang senang. Kita susah tak apa.
A: Syaza... Syaza...


Kalau caci dan maki terhadap aku itu membuat kau bahagia, aku terima. Aku hanya mampu berdoa. Ya, aku tidak sesempurna sebagaimana kau 'sempurna'.
Biar aku hanya berdiam diri.



***


Wahai pemilik nyawaku,
betapa lemah diriku ini,
berat ujian dariMu,
ku pasrahkan semua padaMu.

Tuhan baruku sedar,
indah nikmat sihat itu,
tak pandai aku bersyukur,
kini ku harapkan cintaMu.

Kata-kata cinta terucap indah,
mengalir berzikir di kidung doaku,
sakit yang ku rasa biar,
jadi penawar dosaku.

Butir-butir cinta air mataku,
teringat semua yang Kau beri untukku,
ampuni khilaf dan salah selama ini,
Ya Illahi, Muhasabah Cintaku.

Tuhan kuatkan aku,
lindungi ku dari putus asa,
jika ku harus mati,
pertemukan aku denganMu

Muhassabah Cinta
Edcoustic



Terima kasih kepada semua yang memberi kekuatan kepadaku. Aku bangkit semula. Kini, aku hanya mampu berdoa pada Yang Esa.

Ibu, keluarga dan rakan-rakan, terima kasih kerana mengambil berat tentangku. Ajja semakin pulih dari luka hati. Doakan Ajja supaya lebih tabah dan sabar menghadapi segala dugaan. Biar Allah balas segalanya. Biar orang senyum bahagia walau aku senyum paksa.

Senyap.

Wassalam~

Wednesday, October 6, 2010

Kau Minta Tolong Padaku, Tapi Kau Buang Namaku? Jangan Buang Nama Aku Sembarangan, Boleh?

Assalamualaikum.

Apa khabar?
Alhamdulillah Syaza sihat wal'afiat sahaja di sini.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberi masa dan nyawa kepada Syaza untuk mencoretkan sesuatu buat kamu. ;)

***


Kawan: Syaza, kamu tolong saya untuk buat lawatan ni boleh tak? Saya dah tulis nama kamu sebagai penolong saya.
Aku: Berapa hari bulan?
Kawan: 30 Oktober.
Aku: 30 Oktober ni? Bukankah itu mula minggu ulang kaji.
Kawan: Ya. Please... Tolong saya cari orang yang nak ikut lawatan ni.
Aku: Em. InsyaAllah. Just bagi tahu saya kalau ada apa-apa.
Kawan: Ok.

Beberapa minggu telah berlalu~

Aku: Kawan, dah hantar kertas kerja?
Kawan: Dah.
Aku: Aku adakan?
Kawan: Ha? Tidak ada. Kamu tak bagi nama pada saya?
Aku: ....... (Budak ni macam mana pengurusannya?) Oh, ya ke?
Kawan: Hari tu saya tanya sesiapa yang nak ikut, bagi nama pada saya.
Aku: Em. Tak apalah.


Kepada kawan yang berkenaan, lain kali jangan suruh orang tolong pabila aku sudah bersedia dan urus tarikh dan masa.
Kamu tidak punya urusan masa yang bagus ya?
Kamu minta tolong pada aku, tapi kamu yang buang nama aku?
Apa erti semua ni?
Aku sudah bersedia kawan. Aku sudah urus tarikh untuk pulang ke Shah Alam.
Ya, aku tahu kamu hanya mahu 45 orang, tapi kamu tidak beritahu yang Ahli Jawatankuasa juga perlu tulis nama.
Kamu juga tidak tanya langsung pada aku.
Kamu hanya meneka yang aku tidak mahu pergi ke lawatan itu.
Kamu boleh baca hati aku berbicarakah? Sungguh ajaib kamu, tapi bacaan kamu SALAH.

Kamu buang nama aku tanpa tanya. Kenapa?
Jika rakan baikku tidak pergi, adakah aku juga tidak pergi?
Adakah aku tidak boleh hidup tanpa rakan baikku? Begitu ya?
Pandai sungguh kamu meneka.
Tahniah, tekaan anda salah.
Sekarang bagaimana? Aku hanya diam.
Buat-buat tiada apa yang berlaku. Dalam hatiku hanya Allah sahaja yang tahu. Maki hamun rasanya hati ini. Serabut.
Astaghfirullah~

Kalau kamu mahu buang nama aku dari senarai, tolong bagi tahu aku boleh? Aku perlu urus semuanya semula. Bukan macam kamu, tidak perlu mengurus masa.
Jadi, jangan buang nama aku sembarangan, boleh?



Lain kali urus bagus-bagus ya.
Jangan tanya aku kalau mahu buang nama aku secara tiba-tiba.
Jangan suka meneka diriku kerana aku bukan macam kamu yang senang dibaca.

***


Alhamdulillah, segala hutangku dengan Allah sudah selesai.
Ringan rasanya semuanya sudah dibayar. ;)
Ya Allah, terimalah segala amalanku.
Amin ya rabbal a'lamin~

Wassalam~

Sunday, October 3, 2010

Adakah Anda Rindukan Dia? Aku Teramat Ridu Padanya.

Assalamualaikum.

Hari ni Syaza nak kongsikan sesuatu kepada kamu.
Tersentuh pabila membacanya walaupun sudah mengetahui.

***


Adakah kita merindui Nabi Muhammad SAW setiap hari? Atau kita hanya merasa rindu ketika sambutan Maulid Nabi? Fikir-fikirkan.

Mari kita renungi sebuah kisah yang menunjukkan betapa baginda amat merindui kita; umat akhir zaman.

***


Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar.

Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian. Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai. Wajahnya yang tenang berubah warna.

"Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.

"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.

"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula. Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.

Kemudian baginda bersuara, "Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."

Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan 'ikhwan' baginda:
"Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.
"Malaikat," jawab sahabat.

"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah. Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, "Para nabi."
"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."

"Mungkin kami," celah seorang sahabat.
"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.

"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.

"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.


"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu. Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.


***


Aku teramat rindu padamu.
Tiada kata yang dapat kuluahkan.
Cuma linangan air mata.
Mimpi ingin berjumpa denganmu.
Hanya kamu.

Wahai Rasulullah,
Terimalah aku sebagai umatmu.
Aku tahu diriku hina.
Aku amat merindumu.
Ingin melihat wajahmu.
Ingin berjihad bersamamu.

Aku hanya mampu selawat buatmu.
Aku rindukanmu, Ya Rasulullah.




Wassalam~

Saturday, October 2, 2010

Namamu Kupadam, Kutulis Nama Dia.

Assalamualaikum.

Kuimbas kenangan lama.
Teringat wajahnya yang duduk di sisi.
Pahit dan manis kami timbulkan bersama.
Itu cuma kenangan sahaja.

Bila kulihat wajahnya di mukabuku.
Aku masih ingat semuanya.
Senyuman diukir.
Hati tertanya-tanya.
Gundah gulana. Kenapa?

Aku ingin padamkan semuanya.
Tidak pernah kukenali si dia.
Tidak pernah kujumpa.
Berkesankah tidak ya?

Dalam hati sudah berpunya.
Aku gembira.
Tidak perlu kata salam buatnya.
Ketawa.

Ya, aku perlu lupakan dia.
Bukankah hidup baru sudah kubina?
Lembaran baru sudah kubuka?
Ah, mungkin aku lupa.
Perlu kertas yang baru rupanya.
Terlalu banyak coretan di sini sana.

Kuambil kertas baru, putih warnya.
Coret satu persatu nama yang perlu sahaja.
Dia, tidak perlu rasanya.
Kerna aku sudah lupa.
Tidak perlu hati baru buatnya.
Padam semua.
Segala-galanya.



Kenapa perlu aku hiraukan?
Sedangkan diakan setia.
Dia kupadamkan nama, tulis nama dia di hati yang cuba berbicara.

Kenapa terlalu banyak dia?
Cuma ada dua.
Dia dan dia.
Siapa?
Jangan tanya.
Sudahku lupa namanya.
Ketawa.
Terlalu kejamkah aku ya?

Dia pula.
Ya, orang baru kali ya.
Ketawa.
Orang yang jauh di mata.
Tiada kata cinta ya.
Hanya sabahatan sahaja.

Cinta yang kutunggu adalah dari DIA, bukan dari sesiapa.
Biarlah dia dan dia teruskan hidup mereka.
Jika ada yang setia,
Aku juga setia.
Jika tidak, lupakan sahaja.
Ketawa.

Hati sudah mula hidup semula.
Cuci, sabun, clorox sudah kuguna.
Bukankah kertas putih sudah kutulis nama?
Ya. Nama yang perlu sahaja.
Ada yang mahu selitkan nama?
Jangan tercicir ya. ;)



Kawan: Tunggu 5 tahun lagi boleh?
Aku: InsyaAllah.
Kawan: InsyaAllah, kalau masih punya nyawa.
Aku: InsyaAllah.


Wassalam~

Friday, October 1, 2010

Pengalaman Mengajar Prasekolah - Terima Kasih Pensyarah | Berjumpa dengan Orang Satu Penerbangan - Tiada Sapaan.

Assalamualaikum semua.

Apa khabar?
Syaza harap kamu semua berada dalam keadaan yang sihat hendaknya. InsyaAllah.

Sebenarnya dah lama nak mencoretkan sesuatu, cuma penyakit malas itu melanda diri buat seketika. Maaf.
Ah, tugasan semakin bertambah.
Sudah siap satu, datang lagi satu.
Hidup sebagai mahasiswi, sememangnya begini bukan?
Aku terima.

Ya, hari Selasa lalu, 28 September 2010, aku dan rakan-rakan yang sama kelas Kokurikulum (KOKUM) pergi ke Sekolah Kebangsaan Tanjong Malim.
Aku bukan datang untuk mengajar sekolah rendah, tetapi berjumpa dengan murid-murid prasekolah di sekolah itu.
Bukan berjumpa sahaja, ada tugasan untuk kami ke sekolah itu.
Ya, tugasan.
Belum. Aku belum praktikum.
Kami diberi tugasan untuk menghasilkan senaman aerobik untuk kanak-kanak.
Rasa berdebar memang menghempap di dada.
Kalau tiada, tidak normallah tu ya. ;)

Gembira. Suka.
Ya, itu perasaan aku ketika berjumpa dengan kanak-kanak, mungkin ada juga terpaksa.
Ada empat kumpulan yang sepatutnya membentangkan senam aerobik, tetapi yang sempat hanya dua.
Kanak-kanak sudah penat. Cuaca agak redup, tapi panas masih terasa.
Kasihan kami yang tidak membentang.
Kena bentang minggu hadapan, kami jadi guru dan rakan-rakan jadi muridnya.
Agak ketidakadilan di situ ya. Ha~
Aku tidak suka. Aku mahu bersama kanak-kanak juga.
Mahu lihat tindak balas mereka.
Seronok atau tidak. Itu yang aku mahu dengar.
Bukan hanya lakonan semata.

Terima kasih yang tidak terhingga aku ucapkan kepada Tuan Pensyarah, Encik Marzuki kerana memberi kami pengalaman mengajar kanak-kanak.
Tuan terbaiklah!


Bersama Tuan Marzuki



Rakan-rakan kelas KOKUM



Menunggu ketibaan pak cik bas yang memang BEST! Agak keperempuanan ya aku di situ. =_="



Para guru yang comel. InsyaAllah


***


Semasa Syaza bertolak dari Sabah, Syaza ada ternampak seorang lelaki bersama rakan-rakannya barangkali, mungkin mahu melanjutkan pelajaran mereka entah ke mana.
Salah seorang daripada mereka, mukanya agak familiar bagi Syaza.

Satu penerbangan, satu kapal terbang.
Syaza masih cam mukanya. Kenapa?
Muka familiar~

Dah beberapa bulan Syaza di UPSI ni, tiba-tiba berselisih dengan orang tu di perpustakaan.
Sekali lagi, PERPUSTAKAAN. Ha~
Mula-mula tengok, tak cam sebab dah potong rambut. Biar je lah.

Beberapa minggu yang lalu, mungkin minggu lalu kot, tak ingatlah kan, terserempak sekali lagi dengan orang tu semasa menunggu bas untuk ke kampus.
Aduhai, diam je lah. Buat-buat tak kenal.

Kali terakhir buat masa ini, Syaza terjumpa orang tersebut di kafe Kolej Harun Aminurrasyid (KHAR).
Diam. :|
Buat-buat tak kenal, sekali lagi. Ha~
Aku memang suka kalau buat-buat tak kenal ni. ;)



***


Kuatur langkah untuk ke hadapan.
Ada penghalang.
Aku langkah.
Tersangkut.
Sungkur, jatuh.
Sakit.

Bangun kembali.
Kebas kain yang kotor.
Ada calar.
Aku biar.
Terus melangkah walau langkahku tempang.


Wassalam~