Wednesday, September 29, 2010

お誕生日おめでとうございます - O tanjō-bi Omedetōgozaimasu

Assalamualaikum semua.

Apa khabar?
Syaza harap semua sihat hendaknya.
Syaza di sini alhamdulillah sihat wal'afiat.

Syaza mengucapkan Selamat Hari Jadi yang ke-18 buat dua orang rakan Syaza, iaitu Nura Azima dan Zaidun.
Ya, mereka kawan Syaza.

Pesanan dari Syaza:

Azima, belajar rerajin ek kat Matrik tu. Jangan tertekan. Ingat Allah selalu. Aku sentiasa doakan kau. Semoga kita semua berjaya di dunia dan di akhirat. InsyaAllah, amin~

Zaidun, kau jaga diri baik-baik. Tabah dan sabar dengan segala dugaan yang Allah berikan. Semakin banyak dugaan yang Allah berikan, tempuhinya dengan kesabaran. Itu bermakna Allah sayangkan kau. Kau jadi diri sendiri, tak perlu nak hipokrit. Just be yourself. Jaga solat dan jangan lupa Allah. Allah sentiasa berada di hati kita. Ok. Aku sentiasa mendoakanmu.

Untuk kamu berdua, semoga hidup anda sentiasa berada di bawah naungan rahmatNya. Mudahan-mudahan persahabatan kita kekal untuk selama-lamanya. InsyaAllah, amin~




Kau dan aku menjadi satu.
Tali silaturrahim kemas kuikat.
Pada waktu hati bersama.
Tertulis nama kau dihatiku.
Senarai kawan, teman, sahabat aku coretkan.
Senda gurau kenangan kita.
Pahit duka tempuh bersama.

Luahan hati aku dengari.
Memahamimu, aku cuba mengerti.
Kata janji aku pegangi.
Senyuman manis terukir di pipi.

Sesungguhnya pertemuan dan perpisahan kita hanya kerana Allah.





p/s: Doakan Syaza untuk ucapan spontan dalam Bahasa Inggeris petang ini. ;)


Wassalam~

Saturday, September 25, 2010

Berbual Dengan Orang Di Mesir - Terubat Rindu Padanya, Perlu Ada Jam Waktu Cairo :)

Assalamualaikum semua.

Ogenki desu ka?
Alhamdulillah, Syaza sihat.
Sekarang ni sedang memikirkan bagaimana caranya untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oelh para pensyarah.
Ada yang perlu disiapkan hari ni kerana tidak mahu tugasan yang lain terganggu.

Ada yang sudah habis berpuasa enam?
Alhamdulillah, baguslah kalau macam tu.
Syaza masih perlu menggantikan yang tertinggal. ;)

Kelebihan berpuasa enam di bulan Syawal:

Dalil disyariatkan ibadah puasa sunat Syawal adalah sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:

Barang siapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringinya dengan puasa enam hari di bulan Syawal, maka seolah-olah dia telah berpuasa sepanjang masa.Hadis riwayat Imam Muslim.

Puasa pada bulan Ramadan dibalas dengan ganjaran bersamaan sepuluh bulan (iaitu bersamaan dengan 300 hari), puasa enam hari (pada bulan Syawal) pula mendapat ganjaran sebanyak dua bulan (iaitu bersamaan dengan 60 hari), yang demikian itu menjadi sunah yang sempurna, maka tercapailah pahala beribadah setahun tanpa kesulitan sebagai kurnia daripada Allah dan nikmat ke atas hamba-Nya.

“ Taudhih al-Ahkam min Bulughul Maraam, jilid 3, ms. 576, Pustaka Azzam.


Cara yang paling utama untuk melaksanakannya adalah memulakan berpuasa sesudah Hari Raya Aidilfitri secara langsung (iaitu pada tarikh 2 Syawal), berturut-turut sebagaimana yang ditetapkan oleh para ulama. Ini juga merupakan pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam al-Syafie. Namun begitu seseorang juga bebas memilih mana-mana hari sepanjang bulan Syawal sama ada di awal, pertengahan mahupun akhirnya dia juga boleh mengerjakan secara berturut-turut mahupun berpisah-pisah.

***


Semalam, 24 September 2010 menjadi satu sejarah bagi Syaza kerana dapat berbual dengan orang yang berada di Mesir.
Berbunga ceria dan mekar hati Syaza apabila dapat berbual dengan dia.
Tak pernah sekali pun Syaza bervideo call dengan orang yang berada di luar negara.

Kawan Syaza, Khalilah telah berjaya melanjutkan pelajarannya ke Mesir.
Syaza tumpang gembira.
Kuputar kenangan lama bersama dia.
Belajar bersama. Berkongsi ilmu bersama; ilmu dunia atau ilmu akhirat.

Semalam baru berjaya bervideo call dengan dia setelah beberapa hari sebelumnya kami mencuba tidak berjaya.
Terlampau gembira, sehingga setiap ayat yang dituturkan diikuti dengan gelak ketawa, walaupun perkara yang dibualkan tidak melucukan.
Ketawa gembira.
Senyuman manis, wajah ceria kuberikan padanya.

Lama dah tak berjumpa dengan dia.
Alhamdulillah, teknologi digunakan dengan sebaiknya dengan bervideo call dengan orang yang jauh.
Sememangnya terubat rindu Syaza pada dia, setelah lama tidak bersua.

Badannya yang semakin susut membuatkan aku tambah gembira.
Itu yang memang dia inginkan.
Khal, kau dah berjaya!
Teruskan, tapi jangan sampai menyusahkan diri sendiri ya.

Tidak lupa untuk Syaza meletakkan waktu Cairo pada jam Syaza supaya Syaza dapat tahu waktu di sana.
Tidak perlu bertanya lagi pukul berapa. He~
Katanya, di sana sudah mahu masuk musim sejuk.
Aku sudah mengecam dirinya yang tidak berapa sihat kerana perubahan cuaca yang berlaku.
Khal, sabar jak lah arr.

Gembira apabila menjamah mata dengan gambar-gambar yang ditangkap.
Dapat melihat perbezaan negara orang dan negara sendiri. ;)

Khal, aku dah buat skype. Khas untuk kau. He~ ;)

Pesanan buat Khalilah: Khal, belajar rajin-rajin tau. Ingat pesanan mak dan abah kau. Ingat pesanan keluarga kau. Dengar nasihat kakak-kakak senior kau tu ek. Aku tau kau boleh! Jangan mudah terpedaya dengan budaya di sana. Kuatkan iman. Jadi diri sendiri tau! Aku nak tengok kau balik ke Malaysia sebagai seorang DOKTOR yang berjaya dari aspek dunia dan akhirat. Aku sentiasa doakan kau. Ganbatte! ;)


***


Kau berjuang demi keluarga.
Niat kerana Allah tetap di hati.
Sanggup berjauhan.
Tangisan yang bererti tersirat di kalbu.
Seka air mata yang belum mengalir.
Menarik nafas dalam.
Lepas perlahan.
Lega.
Perlu teruskan perjuangan.
Kau mampu!

Tetap pendirian di negara orang.
Toleh kiri.
Toleh kanan.
Berbeda budaya.
Perlu ketabahan.
Kau kutip sebanyak mungkin.
Hadapi dengan kjesabaran.

Toleh kiri.
Toleh kanan.
Ingin terpedaya.
Pandangan ditundukkan.
Hati berzikir.
Kuatkan hati.
Jadi diri sendiri.
Perbetulkan kesalahan.

Jaga diri.
Nasihat semua orang.
Rindu orang di negara asal.
Senyuman diukir.
Tutup luka rindu.
Semai benih perjuangan. ;)

Teguhkan iman.
Kau mampu lakukan!



Sememangnya rindu waktu bersama. Ya, kami berjaya bersama-sama.


Wassalam~

Contest Senyuman Maneh! :)

Assalamualaikum semua.

Hari ni tergerak pula hati Syaza untuk menyelitkan diri dalam contest yang dianjurkan oleh GaDiS KaMpUnG SePaRa BaNdAr ni, setelah di tag oleh adik kesayangan Khairah.

Sebelum ni, kalau adik Syaza tag untuk ikut pertandingan tak pernah Syaza nak ikut. Tapi disebabkan kami kini berjauhan, lalu Syaza pun mengikuti pertandingan ini kerana menghargai apa yang diberikan. Agak skema ayat Syaza ya. He~

Ni gambar yang Syaza nak pertandingkan:



Syarat-syarat Pertandingan

-Mestilah menjadi followers blog Gadis Kampung Separa Bandar.
-Mesti buat N3 pasal contest ni.
-Pic yang dipertandingkan mestilah hak milik sendiri.
-Anda diwajibkan berada dalam gambar tersebut dan bebas sama ada nak gambar sorang, bersama kawan ataupun family.
-Hanya satu pic saja dibenarkan untuk dipertandingkan.
-Letakkan dan link banner contest di side bar blog anda dan tinggalkan link anda di komen ini.
-Tag minimum 2 atau lebih rakan anda.
-Tarikh tutup adalah pada 10-10-2010.
-Hadiah adalah topup bernilai RM30.
-Jika pemenang menggunakan line prabayar, nilai tersebut akan ditukarkan kepada wang tunai dan akan di bank-in kan ke dalam akaun anda.

Tag kepada:

Khalilah
Ieka


Itu sahaja untuk entri kali ini.

Wassalam~

Thursday, September 23, 2010

Putrajaya - Tempat Beraya | Bermula dari 'Kosong' - Berusahalah!

Assalamualaikum semua!

Apa khabar?
Alhamdulillah syaza di sini sihat wala'fiat. Syaza harap kamu juga begitu ya. ;)

Syaza nak ceritakan hari raya yang ke-9 rasanya, Syaza, Kak Long, Kak Fara dan Abang Idlen pergi beraya di Putrajaya.
Beraya di sini bukan bermaksud datang rumah orang nak duit raya.
Tetapi, datang Putrajaya untuk bergaya. He~

Lepas ikut Kak Long beraya ke rumah saudara dan ke rumah kawan, kami dengan bangganya telah membuat temu janji dengan Abang Idlen untuk bergaya di Putrajaya.
Abang Idlen kawan lama Kak Long, lama dah jumpa. Dia ni kira professional dalam bab-bab menangkap gambar.

Kak Long jadi model Abang Idlen. Syaza pula jadi photographer untuk Abang Idlen.
Faham tak?
Abang Idlen tangkap gambar Kak Long. Syaza pula tangkap gambar Abang Idlen.
Sekarang dah faham?
Dah? Bagus-bagus. Pandai kamu.
Tak faham lagi? Ah, lantaklah! He~

Ni antara hasil gambar yang Abang Idlen dan Syaza tangkap.

Kamera Abang Idlen





Syaza, Kak Long, Kak Fara











Lepas seharian menangkap gambar. Kami ni akhirnya kenal erti penat dan lapar. Lalu, kami pun bersama-sama berganding bahu makan di Alamanda. ;)


Kamera Kak Long, tapi Syaza yang tangkap gambar.;)




Abang Idlen bersama Lily.
Abang Idlen: Siapalah yang buang anak kat sini. Kesian...
Lily: Abang, tolong saya. Saya sesat.








Abang Idlen bersama kameranya.







Di Masjid Besi, Putrajaya.



Kak Fara bersama kameranya.





3 sahabat yang akan dihadapkan ke mahkamah. Ha~


Gambar Syaza sendiri mana? ;)

***


Syaza nak cerita pasal tugasan pula.
Ramai yang tanya Syaza pasal tugasan.
Ada yang kata, nak tengok contoh tugasan yang Syaza buat.
Tugasan tu seratus peratus Syaza buat tanpa melihat mana-mana contoh.

Jadi, tidak adillah bagi Syaza kalau tugasan tu titik peluh Syaza tapi diambil oleh orang lain.
Bukannya Syaza kedekut ilmu atau apa-apa pun yang sewaktu dengannya, tetapi Syaza pun bermula daripada 'Kosong'.
Syaza tak mula dari 'Satu' tapi 'Kosong'.

Kalau Syaza dah siap walaupun sedikit, Syaza akan tanya pensyarah betul tak apa yang Syaza buat.
Jadi, kenapa tidak kamu?
Setiap perkara yang Syaza tak tahu, Syaza akan tanya pensyarah.
Jadi, kenapa kamu tidak lakukan apa yang Syaza lakukan?

Kalau semuanya usaha Syaza dan kamu senang-senang merampas usaha Syaza itu, siapa yang tidak puas hati.
Jadi, berusahalah dengan usaha kamu sendiri!
Mulakan dengan satu ayat.
Teruskan dengan ayat seterusnya.
Kalau rasa ragu-ragu, tanya pensyarah. ;)

Chaiyok!



Akhiri dengan gambar Syaza. ;)



Wassalam~

Sunday, September 19, 2010

I-City, IKEA Dan Rumah Cik Nong | Pulang Ke KolejKu

Assalamualaikum semua!

Apa khabar?
Alhamdulillah, akhirnya dapat juga Syaza coretkan sesuatu di sini.
Mari Syaza ceritakan hari raya Syaza dan Kak Long selama seminggu.
Mahu tahu aktiviti harian kami?
Jom!
Entri kali ini, penuh dengan gambar ya.
Bukan gamabar raya, tetapi gambar kami merayap.

Kerja kami semasa orang lain sibuk beraya, kami pula sibuk berjalan-jalan cari barang dan makan angin.
Malam raya pergi I-City.
Macam tak ada kerja lain je malam-malam raya ni.
Tak tahu I-City tu macam mana?
Nanti Syaza bawa anda semua pergi menjamah mata di I-City ya.










Belakang tu Abang Pian.








Hari raya yang ke berapa entah Syaza pergi IKEA.
Pertama kali menjejakkan kaki ke IKEA. He~
Memang seronok dan besarlah IKEA tu.
Tak pernah pergi ke IKEA?
Meh, Syaza bawa anda ke sana. ;)

Memang banyak barang yang cantik-cantik dijual di IKEA ni.
Kami apa lagi, tangkap gambarlah, Ha~
Tujuan sebenar ke IKEA adalah menangkap gambar. Ha~











Kami ni faham erti beraya.
Jadi, dengan rela hatinya kami pergi ke Bangi untuk beraya di rumah para mak cik kami.
Kami beraya di Rumah Cik Nong dan Cik Amy.
Kami cuma banyak gambar di rumah Cik Nong sahaja sebab di rumah Cik Amy kami dah penat sangat nak bergaya. Ha~
Kami beraya di rumah Cik Nong dua kali.
Kali pertama, kami hanya berjumpa dengan ahli keluarga Cik Nong.
Kali kedua, Kami berjumpa dengan ahli keluarga Cik Dol, Cik Ana dan Cik Nong. ;)
Disebabkan kami tak pulang beraya ke kampung di Johor, oleh itu kami sekali lagi dengan hati yang tulus ikhlas ni pergi ke rumah Cik Nong semata-mata berjumpa dengan mereka.
Gembira sangat diri ini dapat berjumpa dengan saudara mara yang sudah lama tidak bersua.







Ah, aku sudah pulang ke kolej sekarang.
Kolej Ungku Omar. Itulah nama kolejku.
Kak Long dan Abang Pian yang menghantarku.
Gembira rasanya ada orang yang hantar. He~
Bertolak dari Shah Alam lebih kurang pukul 7 malam.
Singgah di R & R Rawang untuk solat dan makan.
Perjalanan di teruskan.
Tiba dengan selamatnya di KUO sekitar pukul 9 malam. Alhamdulillah.
Rindu dengan Kak Long. He~
Terima kasih Kak Long sebab jaga makan minum Ajja ek!
Rindu dengan keluarga. ;)


Syaza sayang semua!

Blog IniCeritaKu telah diupdate. ;)


Wassalam~

Tuesday, September 14, 2010

Suara Sayup. Mulut Bisu. Tangan Kaku. Fikiran Buntu. Mata Kuyu.

Assalamualaikum semua.

Suara sayup.
Lantang tiada.
Mulut bisu.
Diam seribu bahasa.
Tangan kaku.
Kertas putih jadinya.
Fikiran buntu.
Jalan temu tiada.
Mata kuyu.
Tangisan kering sahaja.

Hanya kerana kamu!
Aku jadi begitu.

Nama kupadam perlahan-lahan.
Gementar.
Gigil sebentar.
Takut kamu kesakitan.
Tidak!
Aku tidak rela.
Namun terpaksa.



Senyuman diukir.
Perit.
Sakit.
Pahit.

Lontar bicara.
Gampang.
Hati terseksa.
Kamu tidak punya rasa.
Tersenyum gembira.

Aku melihat kamu bersama dia.
Ketawa manis tampaknya.
Aku pendam perasaan duka.
Sabar.
Kukumpul tinggi menggunung.

Putus!
Hancur hatiku.
Benci akan kata itu.
Kau lontarkan.
Senyum di wajah tanda terima.
Hati menangis tanda sengsara.

Hadapan.
Kau jalan terus ke hadapan.
Meninggalkan aku sendirian dalam hujan.
Tiada teduhan.
Basah.

Tangisan dalam hujan.
Suka.
Senyum.
Hati keperitan.



Syaza: Tiada kena mengena dengan statusku di Facebook ya.

Wassalam~

Saturday, September 11, 2010

Erti Raya Padaku | Seronok Tak Beraya di Shah Alam?

Assalamualaikum semua!

Apa khabar kalian?
Mesti bertambah sihatkan. He~
Macam mana raya tahun ni?
Seronok tak?
Mesti seronokkan beraya dengan keluarga. ;)

Syaza beraya di Shah Alam ni, biasa-biasa sahaja.
Tiada suasana hari raya.
Semua pulang ke kampung.
Tapi, seronoklah juga sebab tidak perlu sibuk-sibuk kemas rumah, tak perlu cuci pinggan banyak-banyak, cuci pinggan sendiri sudah. He~
Beraya kat Shah Alam boleh dikatakan oK lah.
Siap boleh baring tengah jalan lagi, sebab tak ada orang. Ha~
Saya suka!

Hari raya pertama, lepas solat sunat Hari Raya Aidilfitri semua orang balik rumah, makan rendang, ketupat, lemang dan kuih raya.
Syaza, satu pun tak ada. Ha~
Bukan tak ada semangat nak beraya, tai fikir punya fikir macam membazir pula.
Sebab kalau beli kuih raya, tak ada orang pun nak datang beraya. He~
Nanti beli, kang masuk perut sendiri balik.
Lepas sembahyang raya, nak tahu makan apa?
Makan wedges.
Bukan beli kat KFC.
Tapi goreng sendiri ya.
Bukan Syaza yang goreng, tapu Kak Long yang goreng.
Lapar punya pasal, belasah wedges tu banyak jugalah.

Petangnya, baru pergi beraya rumah kawan Kak Long. Itu pun satu rumah je. He~
Sebab semua kawan Kak Long, balik kampung!
Dapatlah makan banyak dan puas-puas.
Belasah kuih raya.
Macam tak pernah makan kuih raya je.
Syaitan menghasutlah ni. He~

Ni gambar hari raya Syaza dan Kak Long yang tak berapa nak beraya ni. ;)





***


Apa erti raya tahun ni pada Syaza?
Ketawa.
Erti raya tahun ni pada Syaza ialah Sila Siapkan Tugasan Anda Ya!
Setiap detik waktu sememangnya memikirkan tugasan yang masih belum siap. He~

Anda semua dah siap tugasan yang diberikan oleh guru atau pensyarah?
Jangan ingat beraya je, tugasan tu jangan lupa siapkan.

***


Maaf kepada rakan-rakan yang berikan SMS kepada Syaza sempena Hari Raya ni.
Tapi, Syaza nak minta maaf sebab tak dapat nak balas.
Kalau nak Syaza balas, isikan kredit boleh? He~

Wassalam~

Thursday, September 9, 2010

Pertama Kali Berada di Perantauan - Beraya di Shah Alam Bersama Kak Long

Assalamualaikum semua.

Apa khabar kalian?
Alhamdulillah, Allah memberi Syaza waktu untuk merasa hari terakhir Ramadhan. Sayu rasanya hati ni apabila menyedari Ramadhan ingin meninggalkan kita.
Seperti yang Syaza janjikan, Syaza akan bercerita tentang hari raya, bukan?

Hari raya tahun ni adalah hari raya yang bermakna bagi Syaza.
Sebab apa?
Sebab hari raya tahun ni, Syaza tidak beraya bersama ahli keluarga di Sabah.
Tidak beraya bersama ayah, ibu, Kak Farah dan Abby.
Syaza kini di negeri orang.
Syaza menjadi seorang perantau.
Ini adalah kali pertama Syaza tidak beraya bersama keluarga tercinta.
Rasa sayu di hati sememangnya ada. Tipulah kalau tak ada kan.
Rindu dengan ayah dan ibu.
Raya tahun ini juga mengajar Syaza untuk menjadi lebih tabah dan sabar.
Yalah, tak beraya dengan ibu dan ayah. Mestilah sedih.
Jadi, kita mesti tabah mengharungi semua dugaan ini.
Betul tak?

Raya tahun ni, Syaza tak ada buat persiapan apa-apa pun.
Baju raya, kasut raya semua tak beli.
Kawan Syaza pernah tanya: "Kenapa tak beli kasut raya."
Syaza selalu cakap: "Tak mahulah. Membazir. Kasut yang ni pun masih boleh guna lagi."
Yalah, kita tak payahlah nak membazir.
Syaza duduk kat Sabah, keluarga tiada di sisi, jadi Syaza kenalah pandai berjimat.
Lagipun, Syaza bukan orang yan jenis suka beli kasut dan baju raya ni.
Biasanya baju raya Syaza ibu yang buat sebab kalau ibu buat, baju saya ada kocek.
Kalau kat kedai tak ada kocek. :)

Tahun ni juga, Syaza beraya di Shah Alam bersama Kak Long tersayang.
Kak Long pun tak balik Sabah.
Kami beraya di perantauan sahaja. ;)
Adalah pengubat rindu Syaza pada keluarga di Sabah.

Syaza tengok kat kawasan tempat letak kereta di rumah Kak Long, mulai semalam dah mula kosong dah.
Semua orang dah balik kampung beraya.
Kita orang je yang tak balik. He~

Sayu
Hati ini Makin Sayup
Rindu
Terkenangkan Desa Permai
Wajah Ayah Bonda Bermain Di Mata
Mengajak ku Pulang Ke Desa
Di Hari Bahagia Hari Raya

Lama Kutunggu
Bertemu Di Pagi Mulia
Namun Tidak Kesampaian
Airmata Jatuh Berlinangan

Kuingin Berulang Manisnya Bersama
Menyambut Hari Bahgia
Jarak Memisahkan Rindu Pertemuan
Bilakah Hasrat Jadi Nyata

Duhai Ayah Bonda Ampunkan Anakanda
Tak Dapat Beraya Bersama
Jauh Dari Mata Dekat Dalam Jiwa
Teguh Kasihku Tidak Berubah

Siti Nurhaliza
Airmata Syawal


Ya Allah, rindunya dengan keluarga tu memang tak boleh cakap.
Teramat rindu.
Allah sahaja yang tahu.



Baiklah.
Lukisan ni, sejujurnya aku yang buat guna Paint.
Cantik tak? ;)

Syaza nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin khasnya buat keluarga yang tercinta, ayah, ibu, Kak Long, Kak Farah dan Abby. Selamat Hari Raya!
Tidak lupak juga kepada rakan-rakan yang pernah mengenali Syaza.
Kepada para guru dan pensyarah yang pernah mengajar Syaza.
Oh, tidak lupa juga kepada pembaca setia blog Syaza. Terima kasih ek! Tanpa kamu tidak adalah orang yang baca blog Syaza. ;)
Akhir sekali, kepada seluruh umat Islam di Malaysia mahupun di dunia.

Salam Lebaran buat semua!

Maafkan Syaza jika pernah terkasar bahasa dan tersilap bicara, sama ada secara sengaja mahupun tidak sengaja.
Ampun dan maaf dipinta, jika selama ini ada penulisan Syaza yang terguris hati mana-mana pihak.
Sepuluh jari disusun memohon keampunan.

Kepada ayah dan ibu.
Ajja minta maaf jika selama ini Ajja pernah meninggikan suara, terkasar bahasa, tersilap bicara, terguris hati ibu ayah.
Maafkan Ajja ek.
Tahun ni, tidak dapat kita beraya bersama.
Terima kasih kerana mendidik Ajja dengan sebaiknya sehingga Ajja memijak ke menara gading.
Doakan kesejahteraan Ajja di sini.
Ajja rindu sangat dengan ayah dan ibu.

Kepada Kak Farah dan Abby.
Jaga ayah dan ibu baik-baik.
Ajja minta maaf kalau ada salah dan silap.
Dari Perlis hingga ke Sabah Ajja mohon maaf.
Sayu rasa hati tak dapat beraya dengan korang semua.
Jaga diri baik-baik.
Nanti kalau dapat duit raya, bank-in kan sedikit buat Ajja tau. He~

Kepada rakan-rakan yang pulang ke kampung, ambillah kesempatan ini untuk bersama keluarga.
Mencipta kenangan bahagia bersama.
Supaya tidak lupa sampai ke akhirnya.




Tugasan perlu aku siapkan. ;)
Tinggal satu sahaja lagi.

Pada 6 September 2010, Syaza dan Kak Long pergi ke Putrajaya untuk menyiapkan tugasan Kak Long.
Sambil fikir pasal tugasan, takkan lupa untuk menangkap gambar.



Ada banyak lagi gambar, tapi internet lambat lah.

Apa-apa pun,
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN!

Wassalam~

Wednesday, September 8, 2010

Sahabat, Selamat Hari Jadi | Tarawih Terakhir - Rindu Ramadhan.

Assalamualaikum semua.

Apa khabar semua?
Alhamdulillah, akhirnya dapat juga Syaza luangkan masa untuk mencoretkan sesuatu di blog ini.
Maaf, bukan tiada masa, cuma tiada perasaan untuk menulis.

Pada 6.9.2010 yang lalu merupakan tarikh lahir sahabatku, Citi Manisa Bt Muhammad.
Maaf Citi, pada hari itu aku tiada masa untuk menaip kerana aku menemankan Kak Long untuk pergi ke Putrajaya. Ada tugasan yang perlu dia siapkan.
Aku hanya mampu memberi mesej yang biasa pada kamu.
Itu pun bukan nombor telefonku. Maafkan aku ya.
Tiada ucapan yang istimewa buat kamu pada hari istimewa kamu.
Tahun ni, kita sama-sama menjadi peratauan di hari raya.

Untuk melihat wajah sahabat saya ni, anda boleh langsung terjah ke sini.

Kota Kinabalu : Hari Isnin bersamaan 6 September 2010, genap 18 tahun seorang remaja perempuan yang diberi nama Citi Manisa Muhammad. " Selamat Hari Jadi yang ke 18, Citi. Moga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa berada bi bawah nanungan rahmatNYA. Harap kau sabar dengan segala cabaran dan dugaan yang Allah berikan. Stay cool and happy ek!" Kata Syaza, salah seorang rakannya.

Itu sahaja dari saya, Syaza wartawan blog MenCaRi CinTaNya. ;)

Ya, ini copy & paste sahaja.
Kita beraya bersama mahu?
Aku pergi rumah kau dan kau pergi rumah aku. Ha~
Teringin berjumpa dengan kamu, sahabat.
Aku rindukan kamu. Rindu masa kita bersama. Gelak ketawa bersama. Jika ada masalah, kau kongsikan bersama.

Photobucket


***


Alhamdulillah, sudah 29 hari kita berpuasa.
Bagaimana puasa anda?
Prestasi iman?
Ada usaha untuk mengejar malam Lailatul Qadar?
Ada? Alhamdulillah.
Tidak ada? Mudah-mudahan kita diberi waktu untuk berjumpa Ramadhan tahun depan. InsyaAllah.

Alhamdulillah, tarawih terakhir dapat kulaksanakan.
Hati terasa tenang apabila menunaikan tarawih terakhirku.
Aku hanya melaksanakan tarawih bersendirian.
Allah, sememangnya aku akan merindui bulan Ramadhan ini.
Kerana bulan Ramadhan ini kita semua berkejaran untuk mendapatkan pahala daripada Allah s.w.t.

Mudah-mudahan amalan yang kita lakukan di bulan Ramadhan dapat kita teruskan ke bulan-bulan yang seterusnya. InsyaAllah.
Mudah-mudahan juga segala amalan yang kita lakukan di terima oleh Allah. InsyaAllah.

Titipan untuk hari raya, insyaAllah aku akan tuliskan pada esok hari. ;)




Wassalam~

Thursday, September 2, 2010

Kelas Terakhir Sudah Kuhadiri | Maaf Untuk Semua, Jangan Lupa Kuih Raya Buat Aku Ya!

Assalamualaikum semua.

Apa khabar kalian?
Moga sihat-sihat sahaja ya.
Prestasi iman?
Muhassabah diri ya.

Luka semalam beransur pulih, tetapi masih punya calarnya.
Masih rasa kesakitan itu.
Ada yang nak tolong ubatkan hati yang luka?

Alhamdulillah, kelas terakhir sebelum cuti raya sudah aku hadiri.
Agak seronok kelas hari ni.
Tidak ramai orang yang hadir. Ha~
Aku suka.
Kebanyakannya sudah cuti, balik kampung.
Agak bersemangat ya.
Tolong buat kuih dan jahit baju raya agaknya. He~

Masa naik bas ke Taman Bernam untuk ke kelas, berbual dengan rakan yang sama negeri menetap - Sabah.
Berbual tentang kejadian semalam.
Dia masih tidak berpuas hati dengan kata-kata hamba Allah itu.
Aku juga rasa perasaan yang sama.

Langkah masuk sahaja ke dalam kelas, sudah ada yang menyapa.
Aku senyum.
Cuba beri kekuatan pada diri.
Berbual tentang perkara yang sama.
Kata-kata yang dilontarkan memang memberi impak yang besar kepada penduduk Sabah ya.

Berhenti di sini sahaja cerita tentang ini.
Aku tidak mahu ingat.
Lupakan.
Tinggalkan di belakang.

Aku masih menghitung detik demi detik untuk pulang ke Shah Alam.
Esok waktunya.
Masih belum kemas baju dan barang-barang yang ingin dibawa.
Mungkin petang ini baru dikemas. InsyaAllah.
Paling lewat pun, mungkin malam ni. Lepas solat tarawih.

Sekarang ni, sedang menunggu waktu Zohor.
Diri ini kebosanan, tidak tahu mahu buat apa. Tiada idea.
Lepas ini, rasanya ingin melelapkan diri sebentar.
Penat, menahan tangisan.
Menangis, jerit, luka, semua dalam hati.
Penat.
Senyap.

quiet Pictures, Images and Photos


Tadi, selepas habis kelas, terus ke bilik pensyarah - menghantar tugasan kumpulan.
Selepas bersalaman, rasa rindu pada ibu tiba-tiba memuncak.
Meminta kebenaran untuk memeluk puan pensyarah.
Ya, aku sudah anggap dia seperti ibuku juga.

Terubat sedikit rindu pada pelukan ibu.
Sedikit sahaja.
Teramat sedikit.
Apa-apa pun, Terima Kasih, Puan. ;)

Aduhai, lambatnya waktu berjalan.
Aku sudah tidak sabar berjumpa dengan kakak kesayangan.

Masih ada tugasan yang belum disiapkan.
Aku fikir, mahu siapkan ketika berada di rumah Kak Long. :)

Syaza ingin menyusun sepuluh jari, memohon maaf kepada rakan-rakan sekelas sekiranya Syaza pernah terkasar bahasa, terlanjur bicara sama ada secara sengaja mahupun tidak sengaja.

Nanti kalau dah balik kampung tu, jangan tak balik UPSI pula.
Kuih raya buat saya jangan lupa ek! ;)

Kepada Kumpulan Bintang Hati KAZ1053, kamu kena bawa kuih banyak sikit. He~ Khas untuk Syaza tau.

Sampai di sini sahaja.

Wassalam~