Monday, August 30, 2010

Sayang, Aku Hanya Insan Biasa. Pernah Kamu Selami Hatiku Sedalam-Dalamnya?

Assalamualaikum semua.

Apa khabar kalian?
Bagaimana peringkat iman?

Alhamdulillah akhirnya kita sudah tiba 10 malam yang terakhir.
Apa tunggu lagi?
Jom, perbanyakkan lagi ibadah kita.
Kalau sebelum ni kita baca Al-Quran 1 muka surat, sekarang kita baca 2 muka surat.
Boleh? InsyaAllah.
Takpun, kalau sebelum ni kita isi masa-masa kita dengan online, chatting, apa kata kalau sekarang kita penuhi hari-hari kita dengan membaca al-Quran dan zikrullah.
Kalau nak dengar lagu raya pun boleh. He~
Mari kita sama-sama mencari Lailatul Qadar.
Mudah-mudahan kita adalah orang-orang yang Allah pilih. :'(



Subhanallah, hari ni tahap kesabaran Syaza cuba digoyahkan oleh orang yang tidak kenal erti Ramadhan.
Alhamdulillah, nasib baiklah Syaza ingat bulan ni adalah bulan Ramadhan. Sesungguhnya aku berpuasa.
Syaza hanya dapat lepaskan semua kepada Allah. Mungkin setitis air mata itu sudah cukup bagiku untuk lepaskan segalanya.
Aku menarik nafas. Sedalam-dalamnya. Dihembuskan kembali. Mengeluarkan karbon dioksida. Kuberikan kepada tumbuhan hijau yang memerlukannya. Kuukir senyuman paksa.
Semuanya mahu menuding jari kepadaku.

***

Sayang, aku hanya insan biasa.
Teramat biasa.
Aku tidak mampu untuk memberitahu kamu semua satu persatu.
Aku bukan orang berada.
Aku hanya insan biasa yang tidak punya harta apa-apa.
Pernah kamu selami hatiku sedalam-dalamnya?
Kamu hanya pentingkan diri kamu sahaja.
Jangan pernah kamu cuba tipu diriku.
Kerana aku tahu.
Walaupun melalui suara apakan lagi bertentangan mata.

Aku juga punya perasaan, sayang.
Aku juga punya hati untuk merasai.
Jika aku undur diri, adakah kamu berani ke hadapan?
Mengganti tempatku.
Aku ganti tempatmu.
Kata seperti apa yang kamu kata padaku.
Percayalah, mungkin bukan setitis air mata sahaja yang jatuh.
Itupun, kalau kamu punya perasaan dan punya hati memikirkan diri orang lain.

Alhamdulillah, Allah sentiasa di hatiku untuk memberikanku kekuatan.
Sebenar-benar kekuatan. :)


***


Aku ini hanya seorang perempuan biasa.
Ada cita-cita mahu menjadi seorang perempuan yang agak luar biasa.
Jadi seorang Rabiatul Adawiyah.
Jadi seorang Sayyidah Nafsiah.
Atau setidak-tidaknya seorang Fatimah
az-Zahra.
Atau seorang Asiah.
Atau seorang Khadijah binti Khuwailid.
Tetapi siapalah aku ini di sisi Allah s.w.t.ku?
Aku hanya seorang perempuan yang biasa ya Ilahi Rabbiku! Biasa itu adalah sangat biasa.
Sungguh biasa sekali.
Kecil bagai sezarah debu.
Bukankah begitu?


***


Kepada yang Syaza tak layan tadi, Syaza minta maaf sangat-sangat. Syaza sedang menstabilkan emosi. Syaza tak boleh cakap dengan orang.
Syaza kena diam.
Kalau Syaza cakap, lain jadinya.
Terima kasih kepada yang memahami.




Jumaat tak ada kelas. Khamis kelas pagi je. Tapi, saya balik Shah Alam hari Jumaat juga. He~ :) Kak Long, tunggu kehadiran saya ek! Ada kuih raya buat Kak Long ni.

Sampai di sini sahaja.

Wassalam~

Saturday, August 28, 2010

Muhassabah Diri - Adakah Ada Hari Esok Untuk Kita?

Assalamualaikum semua.

Apa khabar?
Alhamdulillah, Syaza di sini sihat wala'fiat. Syaza harap kamu juga begitu ya! ;)
Semalam, niat untuk ke rumah saudara dibatalkan kerana saudara pergi ke Nilai.
InsyaAllah hari Ahad ni, baru mak cik Syaza ambil.

Syaza tidak punya apa-apa idea untuk coretan kali ini.
Cuma untuk menyemakkan blog ini sahaja.
Takut-takut nanti blog ni tidak tersentuh pula. ;)

Sekarang ni, memang tak tahu nak buat apa. Nak sambung karya, tapi tidak punya idea dan mood.
Ah, rindunya saat itu.
Saat punya banyak masa untuk berkarya.
Kadang-kala, karya hanya akan terukir di ruang minda sahaja.
Tangan tidak bergerak.
Hati pula tidak punya rasa untuk menulis.
Otak pula tidak suruh untuk tangan bergerak - menulis.
Ya Allah, apa nak jadikan? He~

Sekarang ni ada waktu rehat, nak rehat secukup-cukupnya.
Kenapa? Sebelum ni tak cukup rehat ke?
Alhamdulillah, cukup. Tapi, mungkin ada yang berhutang lagi. Ha~

Ramadhan kali ini,benar-benar mengujiku.
Kenapa?
Sebab Ramadhan kali ini, keluarga tidak ada di sisi.
Rindu meledak-ledak dalam diri.
Mendengar suara keluarga dari corong telefon, hanya boleh mengubat sikit rindu di hati ini.
Senyuman di wajah tetap kuukir, biarpun nampak ianya terpaksa.
Asalkan, aku tidak kedekut senyuman ya. :)

***


Aku masih butuhkan cinta dia,
Benar!
Aku langsung tidak boleh hidup tanpa dia,
Aku tahu,
Sebenar-benar tahu,
Dia amat memahami diriku.

Hatiku amat rindu akan kasihnya,
Aku tahu,
Dia tahu semua itu.

Sang suria sentiasa menemani hari-hariku,
Cahayanya menearangi seluruh alam semesta,
Senyuman kuukir,
Bertasbih pada Sang Pencipta,
Sungguh teruja pabila kupegang cahayanya.
Jingga.

Setiap hari, aku mengadapnya,
Tidak pernah bosan,
Tidak pernah jemu,
Aku tidak pernah merasa semua itu.

Kenapa?
Kerana aku cintakan DIA.
Dia yang menciptakan rasa cinta.

Aku bersyukur padaNya,
Aku punya nyawa sampai ke detik ini.

Terima kasih, Ya Allah!
Kaulah cintaku.




***


Kalau ada yang tanya aku sudah berpunya?
Jawapanku YA!
Diriku kepunyaan Allah untuk selama-lamanya.
Bukankah kamu juga begitu?

Kita hidup di dunia ini hanya sementara, bukan?
Pernah kamu menyedarinya?

Muhassabah diri.
Inilah waktunya.
Tiada kata esok, mahupun lusa.
Kerana kita tidak tahu adakah kita masih bernyawa.

Salam Ramadhan yang ke-18 :)
Moga punya hari yang ceria dan dirahmati olehNya.

Wassalam~

Thursday, August 26, 2010

Kamu Tipu! Kamu Tidak Pernah Rasa Apa Yang Aku Rasa, Bukan?

Assalamualaikum.

Apa khabar kalian?
Bagaimana prestasi iman? Meningkat? Berkurang?

Hari ini adalah hari yang memenatkan bagi Syaza.
Entahlah, tak tahu kenapa ngantuk sepanjang hari.
Esok cuti. Nuzul Quran.
Syaza bercadang untuk pergi ke rumah saudara. Itu hanya perancangan. Tidak dapat dipastikan lagi.

Syaza rindu untuk menulis. Di atas kertas putih. Buku yang punya tulisan ' Coretan Syaza Syafeeqah ' di hadapannya.
Namun, kesibukan yang melanda diri, tidak pernah mengizinkan Syaza utnuk menulis.
Kalau tidak punya masa menulis di atas, apakan lagi menaip di komputer.
Kalau Syaza online pun, Syaza hanya mahu download drama untuk Kak Long. Tak sabar pulang ke rumahnya.
Munkin 3 haribulan September baru berangkat pulang ke Shah Alam. Tidak pasti lagi. InsyaAllah.
Aku akan mula bersendirian di bilik pada tarikh 2.9.2010. Kakak sebilikku akan pulang ke Kedah pada 1.9.10.

Tadi, pensyarah Bahasa Melayu menghabiskan pengajarannya awal. Dia mahu pulang ke Sabah petang ni.
Aku bilang, " Puan, nak ikut. " Aku benar-benar maksudkannya walau ada yang rasa ia hanya gurauan semata-mata.
Seorang kawan bertanya, "Syaza balik tak nanti raya?"
Aku menggelengkan kepala sambil memberikan kekuatan untuk bersuara "Tak."
Ekspresi terkejut terpampang di wajahnya. Seperti tidak percaya.
Dia sambung lagi, "Betul ke ni?"
Aku kutip kekuatan sekali lagi, " Betul."

Aku rindu sama keluarga.
Sama ayah, ibu, Kak Farah, Abby dan Comel, kucing kesayanganku.
Tidak sabar untuk berjumpa Kak Long untuk pengubat rindu.

Dahulu, diriku lemah.
Sekarang, aku sudah mula kutip kekuatan untuk segala-galanya.

Kalau kamu kata, kamu dapat rasa apa yang aku rasa.
Kamu tipu bukan?
Kamu tidak pernah rasa apa yang aku rasa.

Kamu pulang berhari raya.
Aku? Tidak.
Cium tangan ayah. Cium tangan ibu.
Cium pipi ayah. Cium pipi ibu.
Aku tidak dapat lakukan semua itu raya tahun ini.
Dapat kamu rasa apa yang aku rasa?
Kamu dapat rasa masakan ibu.
Buat kuih raya bersama-sama.
Malam raya penuh dengan gembira.
Tetapi, aku tidak dapat rasakan semua itu kali ini.
Dapat kamu rasa apa yang aku rasa?
Tidak, bukan?
Kamu tidak pernah rasa apa yang aku rasa.

Aku kumpul kesabaran dan ketabahan. Ini semuanya pengorbanan, bukan?
Aku menuntut ilmu hanya keranaMu, ya Allah.
Sesunggunya Allah Maha Adil.
Aku tahu satu hari nanti aku akan dapat yang lebih baik. Ada hikmah semua ini.

Aku diam. Bisu. Tiada kata.
Untuk pengetahuan kawanku, aku tidak kecewa tidak pulang.
Aku cuma rindu sama keluarga.
Rindu saat bersama. :'(
Mencipta kenangan bersama.
Suka duka diharungi bersama.



Aku hanya akan menunggu saat itu tiba.
Saat bersama keluarga tercinta. Tidak tahu bila waktunya kan tiba.



Wassalam~

Wednesday, August 25, 2010

Kami Sentiasa Bersama - Inilah Kawan Saya :)

Assalamualaikum semua.

Apa khabar?
Alhamdulillah, sudah 15 hari kita berpuasa dalam bulan Ramadhan.
Rasa rindu pada keluarga semakin meledak-ledak.
Hati sayu tidak dapat beraya bersama keluarga tahun ini.
Tetapi, Syaza masih punya Kak Long kat Shah Alam.
Jadi, Syaza akan beraya bersama dia. He~

Syaza nak perkenalkan anda semua dengan kawan Syaza di UPSI ni.
Kami sentiasa bersama.
Kebetulan jadual kami sama.

Mari Syaza ceritakan serba sedikit tentang diri dia.

Nama : Annei Tie Mei Lei
Asal : Sarawak
Umur : 19 tahun
Bangsa : Cina

Dia tua setahun dari Syaza. Dia sama kos dengan Syaza.
Kenapa dia tua dari Syaza?
Sebab dia masuk darjah 1 dua kali. Entahlah, tak tahu kenapa.
Umur bukan halangan untuk kita berkawan, bukan?

Annei ni baik sangat.
Kita orang kalau kat kelas memang selalu duduk sama-sama, kecuali kelas KOKUM.
Tapi, kita orang selalu pergi kelas sama-sama.
Kalau kumpulan pun, kita orang selalu kumpulan yang sama.

Dia selalu ingatkan orang ejaan nama dia.
Nama dia ANNEI bukan ANNIE.
Nampak perbezaannya?

Pernah satu hari, kami bincang tentang tugasan individu.
Lepas solat tarawih, saya suruh Annei datang rumah saya. Rumah dia sebaris dengan rumah saya, jadi dekat je lah.
Annei datang rumah lebih kurang pukul 9.50 malam.
Dari pukul 9.50 malam sampai 1.40 pagi kita orang bincang.
Tak bincang sangat pun. Saya buat kerja, tapi Annei main permainan kat Facebook. He~
Sebab wireless kat rumah dia tak laju. Jadi, dia ambil kesempatan untuk bermain di rumah saya.

Syaza kat UPSI ni, majoriti bergaul dengan orang Cina. Yalah, kitakan 1 Malaysia.
Kalau bentuk kumpulan, Syaza seorang je yang masuk dalam kumpulan Cina.
Alhamdulillah, mereka tidak ada masalah dengan Syaza. Syaza ok je dengan dia orang. Best!
Lepas tu, kalau kawan Syaza yang Melayu ni, nampak kumpulan Cina yang bentang mesti dia orang ingat kumpulan Syaza. Padahal bukan kumpulan Syaza. He~

Hari tu, semasa menunggu ketibaan ahli kumpulan yang lain, saya dan Annei sempat beraksi di Perpustakaan Bilik 24 jam.

Ni lah hasilnya:





Itulah Annei. :)

Kuukir senyuman paksa walaupun hati derita rindukan mereka yang jauh di mata supaya wajah tampak ceria di depan semua penghuni bumi yang bergelar manusia.

Sampai di sini sahaja.

Wassalam~

Monday, August 23, 2010

Shēngrì kuàilè Kak Farah! ;)

Assalamualaikum semua!

Apa khabar?
Hari ni Syaza nak tulis sedikit sahaja.
Syaza punya tugasan yang perlu disiapkan.

Syaza nak ucapkan Selamat Hari Jadi kepada kakak saya yang kedua, Ida Farhana!
Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki.
Semuga jadi anak yang solehah.
Diberikan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
Semoga diberikan iman yang sempurna.
InsyaAllah. Amin~




Mari Syaza ceritakan serba sedikit tentang diri Kak Farah.
Kak lahir pada 23 Ogos 1989.
Jadi, kiralah umur dia berapa ek.
Tadi pagi, pukul 12.01 pagi Syaza telefon dia.
Dia mamai-mamai angkat telefon.
Dengar suara yang memang dah tidur. He~
Maaf Kak Farah, ganggu tidur Kak Farah.
Lain kali Ajja kacau lagi. ;)

Kak Farah ni memang seorang yang ceria.
Dia suka buat lawak.
Ada gelaran buat dia sekarang. Nak tau tak?
Gelaran dia ialah, Pocong Kecik!
Dia suka betul sebut benda ni. Mana entah dia dapat idea. He~

Kak Farah, Ajja dah bagi hadiah patung kecil warna kuning tukan? He~
Kira hadiah hari jadilah tu ek.
Jauh Ajja beli untuk Kak Farah tu, dari Penang. ;)

Inilah Kak Farah:



Kalau sayangkan dia, jangan lupa singgah ke blog dia ek! He~
Inilah blog dia, BurukItuSeni.

Sampai di sini sahaja.

Wassalam~

Thursday, August 19, 2010

Peringatan Untuk Kita Bersama ;)

Assalamualaikum semua.

Apa khabar kalian?
Syaza harap kalian sihat ya.
Alhamdulillah Syaza sihat sahaja di sini.
Mudah-mudahan kita sentiasa beradaa di bawah naungan rahmatNya. InsyaAllah.

Maaf sebab dah lama tak mencoret sesuatu di blog ini.
Syaza selalu juga jenguk ke blog ini, namun tiada idea yang keluar dari minda.

Macam mana puasa sepanjang Ramadhan buat masa ini?
Kebanyakan dari kamu mesti punya masalahkan?
Masalah yang mungkin akan memeningkan kepala ataupun merunsingkan diri kamu.
Sabarlah ek.
Semua ini dugaan dan cubaan dari Allah.
Hadapinya dengan sabar, taqwa dan iman. ;)

Bagaimana amalan dalam bulan Ramadhan ini?
Bertambah atau semakin berkurang?
Ataupun...
Pada awal Ramadhan banyak amalan yang kita lakukan, tetapi semenjak dua menjak ni semakin berkurangan.
Betul?

Baiklah, kalau begitu perbaiki iman kita.
Muhassabah diri.
Rakan-rakan, masa inilah kita memperbanyakkan amalan-amalan kita supaya insyaAllah amalan yang kita lakukan itu akan menjadi kebiasaan bagi kita.
Perbanyakkan bacaan al-Quran.
Solat tarawih jangan dilupakan.
Solat fardhu jangan pernah ditinggalkan.
Amalkanlah apa yang perlu sebelum kita menyesal satu hari kelak.
Inilah peluang keemasananda.
Bulan mulia yang ditunggu-tunggu oleh umat Nabi Muhammad.

Syaza nak kongsikan puisi dari iluvislam yang bertajuk Rindu Bertamu.

Ya ALLAH...

Rindunya aku padanya..

Antara dua belas yang kukenal..

Dia yang paling istimewa..

Sungguh istimewa..

Tidak kunafikan..

Namun,layakkah aku menyatakan rindu padanya?..

Adakah dia rindu untuk menemuiku?..

Rindukah dia kepadaku?..



Aku selalu mensia-siakan kehadirannya..

Tidak kuhiraukan sungguh-sungguh..

Apa yang ada padanya,aku pandang sebelah mata..

Terkadang hatiku tidak tulus..



Sedangkan dia Kau kurniakan..

Dia yang Engkau tentukan..

Yang mentarbiyah aku..

Mendekatkan diriku padaMu Ya ALLAH..

Mendidikku menjauhi segalanya yang Kau murka..

Membersihkan hatiku dari noda yang silam..

Tapi aku susah benar untuk menyedari semua itu..

Berdosanya aku..



ALLAH Ya Rahim...

Ampunilah aku..

Berikanlah aku peluang kali ini..

Untukku membetulkan apa yang aku silap..

Menampal mana yang terkoyak..

Aku rindukan dia Ya ALLAH..



Sebelum mataku rapat terpejam..

Izinkan aku bertemu dengannya..


Ramadhan...


Tidak perlulah Syaza huraikan panjang-panjang lagi untuk puisi ini. Isi yang ingin disampaikan amat jelas di situ.



***


Pembelajaran Syaza di UPSI ni alhamdulillah buat masa ini berjalan dengan lancar. Masih ada tugasan yang belum diselesaikan dan aku perlu selesaikannya segera supaya cuti rayaku tidak terganggu. He~

Syaza, ganbatte!



Rindukan keluarga sangat-sangat. Rindukan masa bersama. Berbuka bersama.Sahur bersama. Memang aku rindukan semua itu.

Apa-apa pun, doakan yang terbaik untuk Syaza ek! ;)

Wassalam~

Friday, August 13, 2010

Donut Pedas Menu Wajib Untuk Berbuka - Kakak dan Adikku, Jangan Cemburu Ya.

Assalamualaikum semua.

Ogenki desu ka?
Macam mana puasa hari ni? ;)
InsyaAllah, iman kita semakin bertambah dan bukan semakin berkurangan ya.
Perbanyakkan amaln di bulan yang mulia ini.
Jangan lupa solat tarawikhnya ya.

Alhamdulillah dah tiga hari kita berpuasa, semuanya berjalan dengan lancar.
Selama 3 hari ni, berbuka bersama rakan serumah memang terasa sedikit berbeza.
Semasa berbuka semalam, aku hanya berdiam diri.
Tidak ada yang dapat terkeluar untuk berbual bersama seisi rumah.

Teringat keluarga yang jauh di mata tapi dekat di hati.
Punya gelak ketawa semasa berbuka.
Memang menjadi kenangan yang akan kusimpai sampai ke akhir waktu.

Apa menu berbukaku?
Aku punya menu yang amat simple.

Hari yang pertama puasa: Char Kuey Teow, kuih donut pedas dan popia pedas.
Hari kedua puasa: Mee goreng dan Donut pedas.
Hari ketiga: Mee goreng dan donut pedas.

Mungkin hari yang keempat menu yang sama seperti hari kedua dan ketiga. ;)
Donut pedas yang sudah lama aku tidak jamah, alhamdulillah akhirnya di kafe KHAR (Kolej Harun Aminurrasyid) ada menjualnya.
Dapat aku hilangkan pengidamanku yang telah lama kupendamkan.

Rasa kasihan kepada adikku dan kakakku yang berada di Sabah, yang masih belum hilang rasa pengidaman merka itu untuk makan donut pedas ni.

Mungkin donut pedas ni merupakan menu wajib bagiku setiap kali berbuka puasa. :)
Abby, Kak Farah, jangan jeles ek.
Kalau nak, datang arr sini, boleh jumpa Ajja yang comel ni. He~

Setiap pagi, bangun seawal 4.45 pagi untuk buat persiapan sahur. Menjerang air, memanaskan nasi dan masak maggi - itulah tugas seharianku.
Kadang-kala, aku juga tukang kejut rakan serumah kerana aku yang semangat bangkit awal pagi sebegitu. He~

Tugasan yang seterusnya boleh aku mulakan. InsyaAllah. Kerana aku sudah dapat serba sedikit maklumat tentang tadika tersebut.
InsyaAllah semuanya berjalan dengan lancar.

Minggu depan hari Jumaat, aku tidak punya kelas.
Alhamdulillah, aku agak gembira pada Yang Esa. :)
Punya masa untuk siapakan tugasan. InsyaAllah.

Cerita mengenai kawan sekuliah kepada ibu membuatkan aku gembira.
Aku ceritakan segalanya kepada ibu tentang apa yang terjadi sepanjang pembelajaranku.
Kerana ibu juga sahabatku. ;)

Wassalam~

Thursday, August 12, 2010

Perkara Pelik Menghempap Mindaku, Aku Tertanya 'Kenapa?'

Assalamualaikum semua.

Apa khabar kalian?
Macam mana puasa anda semua?
InsyaAllah, semuanya berjalan dengan lancar ek.
Bulan Ramadhan ni, memang banyak cubaan dan dugaan yang perlu kita lalui.
Sesiapa yang dapat lalui cubaan itu dengan taqwa, iman dan kesabaran, insyaAllah Allah akan memberikan ganjaran yang tidak terhitung untuk kita. :)

Tiba-tiba tadi datang satu ilham kepada Syaza tentang sesuatu yang Syaza akan tuliskan sebentar lagi.
Syaza pun tak tahu, kenapa perkara ini berkali-kali menghempap minda Syaza.
Syaza tolaknya ke tepi.
Tetapi, ia datang kembali.

Alhamdulillah disebabkan perkara ini, tangan yang kaku kembali mencoret sesuatu di kertas.
Idea datang satu per satu. Alhamdulillah.
Ini hasilnya. :)

Aku bukan gadis seperti kamu sangkakan.
Lembut, ayu..
Tidak aku pamerkan.
Keperibadian perempuan aku sorokkan.

Meneliti 'Adam' yang sanggup menerima,
Diri yang sedia ada,
Serba kekurangan,
Tidak sempurna seperti gadis lain.

Ayu, lemah lembut,
Mereka tonjolkan.
Tapi,
Bukan aku.
Itu bukan aku.

Biarkan,
Biarkan 'Adam' yang mencari,
Aku tidak akan berikan percuma.

Kalau 'Adam' sudi,
Carilah diriku siapa. ;)


Ini yang dapat kuhasilkan.
Pelik bukan perkara yang menghempap mindaku.
Kini, sudah kuluahkan.
Tolak ke tepi.
Tinggalkan.

Selamat Berpuasa, Salam Ramadhan buat semua!
Masih rindu sama keluarga. Itu perkara yang pasti bukan? ;)
Masih ketagihkan cintaNya.

Wassalam~

Tuesday, August 10, 2010

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan - Puasa Tanpa Keluarga Membuatkan Aku Diam

Assalamualaikum semua.

Apa khabar kalian?
Alhamdulillah Syaza di sini sihat wal'afiat.

InsyaAllah esok kita sudah mula untuk berpuasa di bulan yang dinanti-nanti oleh kita semua iaitu bulan Ramadhan.
Subhanallah, rasanya masa berjalan sekejap sahaja.

Mari kita sama-sama membaca artikel ini:

“Ramadan kali ini aku nak cuba baiki diri. Lama dah rasanya tak buat amalan sunat. Rasa diri ini tak pandai menyambut Ramadan. Tapi kali ini aku nak cuba agar sejarah silam tak kembali lagi…”

Mungkin itulah kata hati kita apabila tibanya malam pertama Ramadan kali ini memandangkan Ramadan yang lepas disia-siakan. Adakalanya terasa juga ruginya umur remaja dijadikan masa untuk bersuka-ria sahaja. Sibuk dengan kawan-kawan, enjoy sana, enjoy sini hingga syariat Tuhan diabaikan. Tuhan semakin ditinggalkan apatah lagi nak dicintai. Huh… sibuk benar mengejar dunia yang sementara saja.

Ramadan yang sarat dengan janji pahala dan keampunan tidak layak untuk kita sia-siakan. Sesungguhnya puasa zahir ditandai dengan berakhirnya siang, iaitu ketika mulai tenggelamnya matahari di tempat istirehatnya. Semasa berbuka lupa Ramadan sekejap, rasa dunia ini dia yang punya, pelbagai jenis air, bermacam-macam warna dan rasa, kuih tak tau la berapa jenis, belum lagi lauk pauk. Pendek kata tak ada ruang lagi la atas meja tu. Akhirnya semua itu akan dimasukkan ke dalam tong sampah kerana perut tak dapat menampung beban makanan yang masuk…membazir bukan.

Akan tetapi puasa orang-orang yang dekat dengan Tuhan, tidak berpenghujung. Tidak dimulai dengan syuruk dan tidak diakhiri dengan ghurub. Tidak dapat dihitung dengan bilangan jam dan batasan waktu. Malah dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan mengharap reda Allah. PUASA MEREKA DIIRINGI DENGAN RASA BERTUHAN YANG MENDALAM DAN RASA HAMBA YANG MEKAR MEMBUNGA. Dirasakan Ramadan inilah rahmat dan kasih sayang Tuhan itu melimpah-ruah.

Pernah Rasulullah SAW, manusia yang agung bersabda: “Ada orang yang berpuasa tapi tiada baginya pahala, yang dapat hanyalah lapar dan dahaga”.

Ingatan ini mesti dijaga agar ibadah puasa kita tidak rosak dan sia-sia walaupun tepat syarat dan rukunnya.

Selanjutnya Rasulullah SAW memberitahu kita supaya banyakkan ibadah di bulan puasa kerana balasannya sungguh istimewa. Ia bulan pengampunan dosa juga bulan dikabulkan doa. Terhimpun kebaikan padanya. Syurga rindu orang yang memuliakannya.

Bagi orang yang menghayati Ramadhan yang diberkati, puasanya akan berkesan dihati hingga membina peribadi.

Nabi SAW bersabda: “Siapa berpuasa pada bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan reda Allah, akan diampuni dosanya yang terdahulu dan kemudian”

Inilah puasa yang hakiki..

Oh Ramadhan…kedatanganmu kurindu..kehadiranmu menggamit ketenanganku.

***



Jadi marilah kita sama-sama perbanyakkan amalan-amalan di bulan yang mulia ini. :)
Jiwa kita akan rasa tenang apabila kita dapat menghayati dan merasai keistimewaan bulan Ramadhan ini.

Sebentar tadi, Syaza dapat mesej daripada adik tercinta, Khairah. Mesej yang membuat Syaza tersenyum walaupun Syaza tahu dia dapat daripada orang lain. He~

" Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1431 "
Semoga kita tidak lupa Renew Lesen Muluit.
Serviskan Hati.
Kawal Kadar Pencemaran Mata dan Telinga.
Peliharalah Enjin Perut.
Tax Minda dan Cukai Kesabaran.
Anda mungkin salah seorang pemenang Anugerah Malam Lailatul Qadar 2010.


Bercakap tentang Lailatul Qadar, janganlah pula kita ni 10 malam terakhir baru nak perbanyakkan amalan. Biarlah kita bermula dari awal supaya kita dapat merasakan keindahan bulan Ramadhan. ;)

***


Berpuasa bersama rakan serumah amat berbeza suasananya berbanding berpuasa bersama keluarga.
Aku hanya diam.
Menanamkan rindu kepada keluarga tercinta yang teramat.
Senyuman kuukir walaupun derita. :)

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam. ;)

Wassalam~

Monday, August 9, 2010

Tugasan Sedang Dijalankan - Aku Tidak Pulang Ke Sabah.

Assalamualaikum semua.

Apa khabar kalian?
Alhamdulillah Syaza di sini sihat sahaja.

Syaza merindui masa dahulu.
Punya masa untuk menulis.
Punya masa untuk berkarya.
Kini, semuanya hanya terkubur di hati.
Bina perkataan demi perkataan yang hanya terlintas di minda.
Tangan kaku.
Tidak bergerak.

Syaza sedang berupaya untuk mengurus masa dengan lebih baik.
Supaya ada masa untuk berkarya kembali.
Sepanjang masa hanya menyelesaikan dan memikirkan tugasan-tugasan yang diberikan oleh para pensyarah.

Alhamdulillah, tugasan yang diberikan buat masa ini, Syaza boleh teruskan.
Cuma ada yang perlukan penulisan yang dah lama Syaza tinggalkan.
Ayat bombastik seperti sudah tidak wujud.
Syaza tidak suka ya begitu.

Beberapa hari lagi, bulan Ramadhan akan menjelang.
Tidak sabar rasa diri ini menunggu bulan rahmat ini untuk tiba.

Pertama kali Syaza menyambut bulan Ramadhan dan Syawal berjauhan dari keluarga.
Rasa rindu dan terkenang kenangan bersama keluarga.
Solat tarawikh berjemaah, bersama ibu dan adik di rumah.
Berbuka puasa bersama keluarga tercinta.
Sememangnya aku inginkan masa itu kembali.
Namun, aku hanya dapat menahan perasaan itu.
Tanamkan ia di dalam hati sahaja.

Senyuman kuukir di hadapan rakan-rakan seperjuangan walaupun hati sedang muram, bersedih.
Semua bincang tentang tiket balik kampung untuk cuti raya nanti, cuti mid sem.
Aku?
Hanya berdiam diri.
Aku tidak pulang ke Sabah untuk beraya bersama keluarga.
Aku pulang ke rumah Kak Long di Shah Alam.
InsyaAllah, aku beraya bersama dia.
Beraya di kota raya, lebuh raya dan pasar raya untuk menghabiskan duit raya. He~ ;)

balik kampung Pictures, Images and Photos


Untuk bulan Ramadhan kali ini, marilah kita bersama-sama memperbanyak amalan kita sehari-harian.
InsyaAllah, amalan-amalan kita diterima Allah.

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Through days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I...I`ll be there for you



Wassalam~

Wednesday, August 4, 2010

Pengalaman Pertama Di Penang

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah, dapat juga Syaza mencoretkan sesuatu di sini.
Syaza kadang-kala memang punya masa untuk meng'update' blog ni, tapi mood tak ada pula. Hu~
Maafkan Syaza ya.

Pada 30 Julai 2010 - 1 Ogos 2010, Syaza pergi ke Universiti Sains Malaysia (USM), Penang untuk menemani para pemain bola jaring.
Syaza hanya menjadi penolong pengurus sahaja.
Tapi, wajah tetap bertukar warna.

Syaza bertolak dari UPSI pukul 9.30 pagi dan tiba di tempat penginapan iaitu di Homestay Hasindar pada pukul 3.00 petang.
Ini adalah kali pertama Syaza pergi ke Penang. Wah, amat teruja sekali.
Alhamdulillah selamat sampai di sana.
Syaza melalui jambatan Pelau Penang.
Ya Allah, memang teruja sangat. He~
Jakon sikit.

Penang Bridge Pictures, Images and Photos


Pada malam hari yang pertama, kami pergi ke Queensbay Mall untuk makan malam. Agak besarlah juga Queensbay Mall ni.
Lepas makan je, terus jalan-jalan.

queensbay_mall_panorama Pictures, Images and Photos


Tidak ada apa-apa yang dapat Syaza beli.
Cuma keychain handphone untuk adik-beradik tersayang. ;)



UPSI telah menghantar 3 pasukan; 2 pasukan perempuan dan 1 pasukan lelaki.
Alhamdulillah pasukan lelaki dapat merangkul tempat ketiga, manakala pasukan perempuan hanya berjaya ke peringkat suku akhir.
Walau bagaimanapun, Syaza memang bangga dengan UPSI.

Pada hari yang terakhir di Penang, selepas pertandingan terbuka bola jaring tamat, kami semua terus bergerak ke kawasan bangunan KOMTAR.
Kat sanakan banyak jeruk, tapi Syaza tak makan jeruk jadi Syaza hanya beli cenderamata untuk ibu dan ayah yang tercinta.
Syaza juga ada beli beg untuk diri Syaza sendiri.
Murah tahap gaban beg kat Penang.
Macam nak borong semua. He~

Wahai orang Penang, baik-baikkanlah diri kamu untuk belikan Syaza beg ya. He~

Lepas dah penat berjalan, kami pun balik ke rumah penginapan kami.
Pada jam 9.00 malam, kami bertolak pulang dari Penang.
Kita orang sempat pergi makan lagi.
Syaza sampai di Kolej Ungku Omar UPSI pada pukul 2.40 pagi.

Keesokan harinya, Isnin ada kelas pukul 8.00 pagi.
Aduhai, Allah saja yang tahu tahap kengantukan Syaza.

Alhamdulillah, Syaza selamat kembali ke UPSI.

Allah hanya menjadikan manusia ini berpasang-pasangan; kaum Adam (lelaki) dan kaum Hawa (perempuan). Tiada yang lebih dan kurang dari itu. Sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Oleh itu, muhassabah diri siapa kita sebenarnya di dunia ini.

Wassalam.