Tuesday, March 30, 2010

Rindu Kamu!

Assalamualaikum semua.

Rasa rindu dengan kamu semua terselit di dalam diri ini.
Syaza nak minta maaf sangat-sangat sebab dah agak lama tak update blog ni. Syaza sibuk dengan kerja Syaza, tak sempat nak update. Syaza kerja awal la. Kalau malam pula, Syaza penat + ngantuk. Jadi, Syaza kena update awal pagi lepas hantar adik pergi sekolah.

Hari Sabtu hingga Ahad hari tu, Syaza ada pergi ke satu program iaitu Program Menara Gading. InsyaAllah, kalau ada masa nak upload gambar-gambar lepas ni, Syaza akan upload.Program ni best la juga. Apa-apa pun, Syaza kena tangguhkan cerita pasal program ni dulu tau.

Kesian korang kena tunggu. Hu~

Kepada Zaidun, hati-hati ek kat PLKN tu. Jaga diri baik-baik tau. :) Ajja kena kumpulan 3 pula. Hu~

K lah. Wassalam~

Wednesday, March 24, 2010

Kerja Syaza...

Assalamualaikum...

Syaza kembali lagi! He~
Alhamdulillah, masuk hari ni Syaza dah kerja 5 hari.
Pengalaman bekerja macam mana?
Mula-mula kerja, memang la memenatkan.
Penat itu tidak dapat dinafikan, tapi bila dah lama-lama semakin sebati dalam jiwa ni.
Tapi kalau dah kul 1 ke atas tu, mata memang kalau boleh nak tidur je, tapi apa kan daya. Ha~

Syaza kerja apa?
Syaza kerja kat gerai-gerai je.
Jual produk Ana Muslim dan baju-baju muslimah.
Majalah islamik, buku-buku. He~

Tempat Syaza bekerja pun oK. Orang-orang kat sana pun oK. Semua lah kira oK. He~

Actually, Syaza ada nak bagi tau something.
Tapi, nanti lah ek, next post. InsyaAllah.

Wassalam~

Photobucket

Sunday, March 21, 2010

Hari Jadi Lagi...

Assalamualaikum.

Sebenarnya Syaza nak post entri ni semalam. Tapi, internet menunjukkan kelembapannya.

So, ini berita untuk hari ini:

Kota Kinabalu : Semalam, hari Sabtu bersamaan 20 Mac 2010, genap 18 tahun seorang remaja lelaki yang diberi nama Zuhaili Zuhairi. Zuhaili Zuhairi telah dilahirkan di Tenom dan dia adalah seorang yang pandai bermain kata. " Selamat Hari Jadi yang ke 18, Zuhaili. Moga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa berada bi bawah nanungan rahmatNYA. Harap kau sabar dengan segala cabaran dan dugaan yang Allah berikan. Stay cool and happy ek!" Kata Syaza, salah seorang rakannya.

Itu sahaja dari saya, Syaza wartawan blog MenCaRi CinTaNya.

Zuhaili, kau lah kawan lelaki yang mantap jo. Syaza dengan dia memang sekepala. Kalau dah bercakap memang ketawa je. Dia ni kira neutral sebab dia boleh buat Syaza happy dan sakit hati. So kalau kira pH, pH 7. Ha~ Syaza bersyukur sangat Allah kurniakan Zuhaili sebagai kawan Syaza. Poyo la pulaks.

oK lah, itu saja.

Wassalam~

Photobucket

Friday, March 19, 2010

Selamat Hari Jadi Ibu!

Assalamualaikum

Hari yang memenatkan. Hari ni, Syaza ambil cuti. Ha~ Baru 2 hari kerja dah ambil cuti. Ha~

Syaza berusaha nak update blog nie sbb rindukan korang! He~


oK, berita untuk hari ini ialah :

Kota Kinabalu : Hari ini, Jumaat bersamaan 19.03.2010, seorang wanita yang telah banyak berkorban untuk keluarganya yang digelar ibu telah menyambut hari lahirnya yang ke-44. Seorang ibu yang diberi nama, Rosmiati Binti Hj Sainoh telah dilahirkan pada 19 Mac 1966. Pengorbanannya amat besar kepada seisi keluarga. Penat lelahnya tidak dapat dikira. Jumlah tenaga dan titik peluhnya tidak terhitung dan terukur dek pembaris atau sewaktu dengannya.

" Selamat Hari Jadi Ibu yang ke 44. Ajja sayang ibu. Terima kasih kerana telah memberikan didikan yang secukupnya untuk Ajja. Moga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, disihatkan tubuh badan, mudah-mudahan sentiasa berada di bawah naunganNya dan semoga bahagia di dunia dan di akhirat." Salah seorang anaknya, Syaza berkata.

Ha~ Dah lama dah gambar ni.

Syaza ambil cuti hari ni sebab ada jamuan BALKIS untuk alumni BALKIS. Rasa bersyukur dan berterima kasih menyelubungi diri ini.

Terima kasih kepada Ustazah Noraini dan barisan AJK BALKIS 2010 kerana membuat jamuan ini. Lain kali, kalau part makan-makan ni, panggil la kita orang. Ha~

Itu sahaja untuk laporan kali ini. Terima kasih. Daripada saya, Syaza wartawan blog MenCaRi CinTaNya.


Yeay, Syaza dah kembali! He~

Wassalam~


Photobucket

Tuesday, March 16, 2010

Dah Nak Kerja...

http://emo.huhiho.com


Assalamualaikum

Syaza nak bagi tahu kat semua pembaca blog ni, Syaza dah dapat kerja. So, esok Syaza dah mula kerja. Jadi, kalau tak terhapdet blog ni, harap faham la ek. He~

Rindukan kamu semua. Syaza akan cuba sedaya upaya untuk terus update blog Syaza. Nanti kalau ada cerita yang baik punya, Syaza ceritakan ek!

Syaza akan kerja dari jam 8.30 pagi - 4.30 petang. Kalau malam Syaza tak penat, Syaza update ek!

So, harap dapat ketemu korang lagi di lain entri. Cewah~

Wassalam~

Photobucket

Monday, March 15, 2010

Pesanan Ringkas

http://emo.huhiho.com


Assalamualaikum


Sebelum baca, senyum dulu baru hidup ceria, gembira. Senyum... :)
Cepat senyum, nak tangkap gambar ni!


Kota Kinabalu : Tepat jam 6.38 pagi, telefon bimbit tuan punya blog ni berbunyi tanda satu pesanan ringkas diterima. Terpampang di skrin telefon bimbit, nama sahabatku Citi Manisa. Kubaca mesejnya.

Usah diheret kekecewaan semalam untuk melewati hari esok, kerana esok pasti ada mentari yang akan bersinar. Tabahkan hati dalam meniti titian fatamorgana.

Kuucap terima kasih kepadanya kerana memberi kekuatan kepada diri yang lemah ini. Namun diri ini sudah kembali setelah setitik kekuatan yang diberi olehNya.
Rasa diri ini terlalu kerdil. Kecil. Dek debu-debu yang berterbangan. Lemah.

Kini, Syaza dah bangkit kembali!
Kerana 'dia' telah mengakui.
Aku GUMBIRA + HAPPY = Bukan sama ke dua-dua? Ha~
Bersyukur kepadaNya. Alhamdulillah.
Bila kuingat kembali apa yang ditulis dan dibualkan, diri ini sentiasa ingin ketawa. Senyum gembira.

Mana laporan berita Syaza ni? He~ Sorry arr skema pula laporan berita hari ni. Rindukan laporan berita dari Syaza? Perasan la pulaks. Ahaks. Tunggu diri Syaza tukar kepada wartawan balik ek. Syaza pun rindu gak. He~ Sabarlah menunggu.
http://emo.huhiho.com

Bila Syaza nak bertukar ni? He~

Wassalam~

Photobucket

Saturday, March 13, 2010

Hatiku Berbunga Kembali...

http://emo.huhiho.com


Assalamualaikum

Hatiku berbunga kembali,
Ceria dan juga berpelangi,
Sungguh berwarna-warni,
Syukur ke hadrat Ilahi,
Diriku sudah kembali lagi!

Alhamdulillah!

Diri ini rasa begitu gembira,
Ceria,
Senyum,
Ketawa.

Wahai Kak Zara, auramu sungguh kuat dalam diriku,
Namun, kini aku kembali kepada diriku yang sedia kala,
Hilanglah kau wahai aura Kak Zara,
Dan aku ingin aura Syaza,
Syaza kembali lagi!
Ha~

Aku bersyukur kepadaNYA,
Doaku termakbul jua,
Dia amat memahamiku segalanya,
Kini, aku hanya tersenyum gembira.

Terima kasih Ya Allah!

Wassalam~

Photobucket

Duhai Hati...

Photobucket


Assalamualaikum

Hatiku berduka lara,
Bunga-buang ceria, layu semula,
Hapus semua harapan, hapus segala,
Biarkanlah aku dengan sengketa.

Ya Allah, rasa diri ini begitu hina, bukan?

Woi Syaza! Wake up lah!

Percayalah dengan ketentuanNya,
Jangan putus asa kerana buruk padahnya,
Jangan kecewa, just biarkan sahaja,
Berpijaklah di bumi yang nyata.

Ya Allah tabahkanlah diriku yang lemah ini,
Rasanya seperti hidup dalam imaginasi,
Aduh, perit sungguh kalau hidup terus begini!

Syaza, just think positive ek~

Senyuman terpaksa diukir walau derita jiwa melanda,
Jangan dihiraukan, biarkanlah ia.

Duhai hati janganlah engkau kecewa mahupun sengsara,
Allah kan ada!

=]

Diari Saksi Coretan bab 11 telah pun dipostkan!

Wassalam~

Photobucket

Friday, March 12, 2010

Bila Ayah Tukar Nama?

http://emo.huhiho.com



Assalamualaikum...

Tadi Syaza pergi sekolah sebab ada masalah kat Sijil KOKUM Syaza.

Kenapa dengan sijil KOKUM Syaza?

Nama Syaza ialah Syaza Syafeeqah bt Mohammad Khasnan, tapi kat sijil KOKUM tu tulis Syaza Syafeeqah Bt Mohd Azmi.

What?

Bila la pulak ayah Syaza tukar nama nie?

Itu la pasal Syaza pergi sekolah, suruh cikgu betulkan nama ayah Syaza. Nanti orang tengok IC lepas tu tengok sijil KOKUM, orang ingat anak orang lain la pulak. Moh aku!

Lagi satu, tujuan Syaza pergi sekolah nak jumpa cikgu, nak ucap terima kasih untuk semua cikgu yang mengajar Syaza.

Semalam tak sempat, sebab nak cepat balik jumpa ibu ayah. He~

Cikgu semua bersyukur dengan keputusan Syaza. Siap bagi kata-kata semangat lagi. Ada yang tak percaya. Wah, poyo je aku nie.

Anyway, again... tQ kepada cikgu-cikgu yang mengajar Syaza, yang pernah mengajar Syaza dan yang tak pernah mengajar Syaza. :)

Arigatou gozaimasu!



Rasa tertanya menyelinap jiwa,
Rasa kecewa turut meruntun di dalamnya,
Diri ini semakin gundah-gulana,
Rasanya seperti mahu menggila.
Kenapa dia...
Aku doakan dia bahagia~


Wassalam~

Photobucket

Inilah Rezekiku

Alhamdulillah Pictures, Images and Photos

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kupanjatkan,
Atas segala rezeki yang Dia berikan,
Aku redha akan segala keputusan,
Kini, aku bersyukur atas segala pemberian.

Terima kasih Ya Allah.

Jangan ditanya apa keputusan yang didapat,
Jangan diukur jumlah A yang digapai,
Hitunglah jumlah tenaga yang dikerah untuk mencapai kegemilangan,
Dengarkanlah doa yang selalu dipanjatkan,
Lihatlah orang sekeliling yang sentiasa berbunga harapan.

Terima Kasih Ya Allah.

Kini, segalanya telah terjawab,
Penantianku telah dipadamkan,
Doa tetap kutitipkan untuk mendapat tempat yang terbaik untukku.

Wahai sahabat-sahabat perjuanganku,
Terimalah keputusan itu seadanya,
Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui,
Itulah terbaik untuk kita semua,
Percayalah pada diri,
Dan percaya pada ketentuanNya.

Bersyukur segala pemberianNya seadanya,
Biar ia seteruk mana,
Berdoalah sentiasa. :)

oK! Don't sad-sad ek~

Tahniah kepada yang terlebih berjaya. Ha~

Semua orang tanya, ayah ibu Syaza bagi apa dengan keputusan Syaza ni?

Syaza selalu akan jawab, tak ada apa-apa.

Tapi, kini insyaAllah ini jawapanku.


Ayah ibu bagi keluarga yang bahagia untuk Syaza, begitu juga dengan adik-beradik Syaza. Syaza bersyukur sebab Allah berikan keluarga ini kepada Syaza.

Ajja sayang ayah, ibu, kak long, kak farah & khairah!

tQ sebab selama ni support ajja.

Terima kasih Ya Allah!

Wassalam~

Photobucket

Thursday, March 11, 2010

tQ Kak FA!

Assalamualaikum...

Kota Kinabalu : Hari ini, Khamis bersamaan 11.03.2010, Syaza telah menerima tag dari seorang kakak yang dikenali sebagai Kak FA. Adakah dia ada affair dengan Fahrin Ahmad? Oh, tidak! Namanya ialah Fara Aleena. He~ Ucapan ribuan terima kasih Syaza ucapkan. Syaza mengenali kak FA di Geng Blogger. tQ Geng Blogger sebab mengenalkan Syaza dengan kak FA yang comel lote nie~ ahaks.

oK. Jom ikuti tag yang diberikan olehnya.

Dari saya, Syaza melaporkan dari blog MenCaRi CinTaNya.


Here we go!


1) Adakah anda rasa HOT??

Sememangnya. Kerana cuaca sekarang ni panas, belum pernah hujan lagi untuk bulan ni. ;)

2) Upload wallpaper pc/laptop yang anda guna sekarang!


3) Cerita pasal gambar

Rasanya macam kuno kan. Orang guna wallpaper cantik-cantik, tapi Syaza? Ha~ oK, gambar ni, tak ada nak cerita apa-apa. Syaza guna ni supaya tak melambatkan program. :)

4) Bila kali terakhir anda makan pizza?

Hari Sabtu lepas with my lovely lil sis.

5) Lagu terakhir anda dengar

Selawat kat blog ni :)

6) Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini

Playing with my cute cat. Layan dia nak main cicak. Cicak mainan je~

7) Selain nama sendiri, anda di panggil nama apa

Ajja, Sya. Ini je kot.

8) Tag lagi 8 orang

Kak Zirah ( kesian akk, kena tag dr syaza je balik-balik.he~ )
Ieka
NanaBee
Kak Rathiqah
IlahQute
Abg ZE
Ain
KN28

9) siapakah orang no. 1 kepada anda

Seorang insan yang selalu menjadi mangsa tag Syaza. He~ Sorry. Kak Zirah kan rajin. ahaks

10) katakan sesuatu mengenai orang no.5

Seorang yang comel lote ;) he~ Jangan kau kembang Khal.

11) no. 3 ada hubungan dengan sapa?

Dengan seseorang yang bernama Taqim Aziz

12) bagaimana pula dengan no. 4

Kak Rathiqah? Tak tahu la pulak. he~

13) pesanan buat org no.6

Bila nak masuk meminang kak FA? ha~ acah je. Hope abg success in your entire life!

14) kata-kata cinta utk org no.2

Oh, Ieka. cewah~ Syaza harap Ieka berjaya di dunia dan di akhirat. Dan mudah-mudahan berkekalan dengan yang tersayang. :)

15) adakah no.7 dan no.8 mempunyai persamaan?

Tidak.
Ain adalah seorang yang rajin dalam blogging ni. Selalu lah jugak jenguk blog dia.
KN28 ni pulak ialah adik Syaza. He~
Nak persamaan jugak ke?
Dua-dua ada blog!
Puas hati? ahaks

16) berikan 5 yang anda tau tentang orang yang mengtag anda

Comel lote ( macam first sekali Syaza cakap )
Baik hati
Kelakar
Kembar kepada Syaza *ahaks
Bakal dipinang oleh abg ZE *memandai je Syaza ni kenen-kenen kan orang. Jangan marah~

17) persamaan antara kambing dan lembu

Dua-dua adalah ciptaan Allah :)

18) perasaan anda buat tag ni

Terharu. sob...sob... Happy! Yahooo... Ha~

19)adakah anda tahu si rizman itu sengal..

Rizman? Siapa Rizman? Sorry, tak kenal. He~
Sesiapa yang bernama Rizman, sila perkenalkan diri anda kepada saya. ahaks.

20) gay or less

Astaghfirullah. :p Dua-dua bukan. Jadi apa? Lu pikir la sendiri!

Arigatou gozaimasu!

Wassalam~

Photobucket

Wednesday, March 10, 2010

Redha Akan KetentuanNya

http://emo.huhiho.com



Assalamualaikum

Bila akal sudah buntu,
Tiada kata yang dapat mengekspresi jiwa.

Diri ini seperti membisu sahaja,
Rasa gentar menyelinap di nubariku,
Kini aku hanya tawakal kepadaNya.

Usaha telah kulakukan ketika menghadapinya,
Doa telah kutitipkan setiap hari kepada yang Esa,
Aku serahkan segalanya kepadaMu, wahai Sang Pencipta!

Aku percaya,
Dia akan berikan apa yang terbaik untukku.

" Ya Allah, Kau berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi keputusan pada esok hari. Aku serahkan segalanya padaMu. "


Doakanlah diriku ini.

Senyap.

Wassalam~

Photobucket

Tuesday, March 9, 2010

Ku Insafi Diri Ini

Kakiku melangkah lemah, membawa diriku ini yang kian goyah, terumbang-ambing di tiup arus modenisasi dunia yang serba canggih mengikut masa. Entah ke mana hendak dibawanya kaki ini.... ke sana tidak kena, ke sini tidak pasti, fikiranku kaku, serba tidak tahu....

Sunyi kota di malam hari ku tatap dengan mata yang jemu... entah kenapa, malam ini tidak seperti malam yang selalu, yang ku lalui dengan gembira dan berseronok dengan apa yang aku ada, bersama-sama rakan-rakan yang otaknya ‘gila’ seperti aku.

Ajakan kawan-kawan ku tolak dengan pandangan yang bosan. Seolah-olah aku sudah tidak berminat lagi dengan kegiatan yang rendah moralnya itu. Padahal selalunya akulah nombor satu. Entah kenapa, hmmm....(melepaskan keluh yang maha berat) seperti yang ku katakan tadi.... segalanya ku pandang jemu.

Arrgggh...! Apa ni? Apa maksud perasaan ku ini??

Ku pandang langit, mencari rembulan, mungkin ia dapat memberi jawapan.... sepi...
Ku pandang bebintang terang, mungkin di situ jawapan kan datang.... sunyi...

Tiada siapa yang dapat memberikan jawapan kepada ku, Perasaan ku gundah dan resah,
Mendesah mencari ketenangan yang tak pernah kunjung tiba.

Ku merenung jauh menembusi kegelapan malam...
kala itu datang kembali kata-kata yang menghenyak hati ini, di atas sehelai warkah putih,
Aku menyerah diri, kepada bait-bait indah yang menjunam keras hati ini...

Ku tulis warkah ini hanyak untukmu, Insan yang bakal bergelar suami...

“Wahai lelaki, kaulah bakal pemimpin kami, kau lah yang akan membentuk diri kami, menjadi seketul permata putih, atau seketul batu keras, yang kan membakar dirimu kembali....”

“Ketahuilah wahai lelaki, Nabi telah bersabda kepada kita ummatnya, mencari pasangan hidup berdasarkan 4 perkara..... Kecantikkan wajahnya, Harta yang ada padanya, Nasab keturunannya... tetapi carilah yang ada kefahaman agama padanya, kerna ia kan menjamin bahagia....”

“Wahai lelaki, kau Insan yang akan bergelar suami”

“Andai kau melihat pada kecantikkan yang ada pada diri ini, ketahuilah, ia takkan kekal selamanya, kerna wajah indah ini kan tua, saat itu wajah indah diganti dengan wajah tua yang berkedut, apakah ketika itu kau akan melihat lagi pada diriku?”

“Andai kau melihat pada harta yang ada, ketahuilah, ia tidakkan kekal juga, berkurangan selepas kau guna, dan apabila harta itu habis di mamah masa, apakah kau akan melihat pada diriku lagi?”

“dan... Andai kau melihat pada nasab keturunanku, ketahuilah... iman tidak mungkin diwarisi... kerna iman perlu kita cari... kita kaji dan di didik dalam diri... ada yang nasabnya tidak seindah yang disangka, tetapi dirinya, Subhanallah... menjadi contoh tauladan pada semua. Andai diriku tidak seindah seperti nasab ku yang indah pada matamu, apakah kau akan melihat pada diriku lagi?”

“Akhirnya agamalah pilihan utama... kerna aku mungkin tidak berwajah Cik Dunia (Miss World), dan aku bukanlah seorang hartawan dengan harta yang berjuta, aku juga bukanlah anakanda atau cucunda seorang raja yang hebat keturunannya... tapi sekurang-sekurangnya aku yakin, andai kau melihat pada agama yang ada padaku, kan ku serahkan segala yang ada padaku, untuk kau gunakan dalam perjuanganmu, kerna aku yakin, kau takkan mensia-siakan pengorbananku wahai bakal suamiku....”

“Tetapi.... apakah dirimu begitu? Sudah sempurnakah agamamu untuk membimbingku? Sudah kukuhkah pendirianmu untuk berpegang kepada syariat Allah dan ajaran Sunnah RasulNYA? Apakah kau yakin kau kan dapat membina sebuah keluarga yang bahagia bukan sahaja di dunia, bahkan kekal hingga ke syurga menanti???”

“Kerna bukannya kecantikkan, harta dan keturunan yang aku lihat pada dirimu... Mahupun kesempurnaan ilmu agama yang kukuh, cukup bagiku kau berusaha untuk mendalaminya, membuatkan diri ini terasa sudah bersedia... Bersedia untuk dibimbing oleh dirimu... sebagai Isteri kepada dirimu, lelaki yang bergelar suami...”


“...dan perempuan-perempuan Yang baik untuk lelaki-lelaki Yang baik, dan lelaki-lelaki Yang baik untuk perempuan-perempuan Yang baik...”
(Surah an-Nur : 26)


credit :
iluvislam

Wassalam~

Photobucket

Tunggu dan Masih Menunggu...

Sasuke Pictures, Images and Photos

Assalamualaikum...


Pabila diri ini mula menunggu,
Ah, ia memang terseksa!
Rasa perit menyelinap jiwa,
Rasa rindu tertampal di dada,
Bilakah dia ingin kembali lagi?

Mungkin dia juga sedang menunggu,
Bila tibanya waktu untuk bertemu,
Namun, tidak kutahu,
Kerana dia dan aku hanya bisa membisu.

Huh! Keluhanku mungkin sementara,
Menunggu masa yang berjalan begitu lama.
Tik! Tok! Tik! Tok!

Aduh, sampai bila aku harus menunggu?

Adakah aku bertepuk sebelah tangan?
Ataupun bukan?

Jawapan masih belum terungkai,
Semua hanya berdiam diri.

Bisu 1000 kata.

Adakah aku terpaksa menunggunya?
Atau dengan kerelaan hatiku sebenarnya.
Tapi, aku rasa penat dan bosan, kenapa?

Penat menunggu jawapan darinya.
Atau aku sendiri yang tidak memberi jawapan kepadanya?

Perlukah aku menunggunya?

Hati ini tidak pernah lupakan dirinya,
Walau sejauh mana dia berada,
Kerana aku sudah biasa.

Kini, aku masih menunggu.

Senyap.

Bila hati ini sudah mula berbicara,
Sememangnya luahan perasaan yang bertinta.

Wassalam~

Photobucket

Berita Terkini!

Alhamdulillah Pictures, Images and Photos

Assalamualaikum

Kota Kinabalu : Hari ini, Selasa bersamaan 9.3.2010, seorang calon ujian JPJ motorsikal telah lulus menjalani ujian tersebut. Rasa bersyukur menyelinap dirinya. " Alhamdulillah. Terima kasih, Ya Allah. Semua ini atas pertolonganNya juga. Saya dah usaha, doa dan di sana saya hanya bertawakal sahaja. Semuanya saya serahkan kepadaNya. Tapi, alhamdulillah, Allah telah memakbulkan doa saya." Kata seorang calon yang bernama Syaza ketika ditemu bual tadi.

" Saya nak ucapkan terima kasih yang teramat sangat kepada pembaca blog ini yang telah mendoakan Syaza," sambungnya lagi. Beberapa orang calon juga telah tewas dalam ujian tersebut. Rasa gentar di hati Syaza memang tidak terkata. Namun, ketenangan telah menyingkap ke dalam diri Syaza ketika menjalani ujian tersebut. Semua ini kuasa Allah dan doa kamu semua.

Doumo arigatou gozaimasu!

Itu sahaja laporan dari saya, Syaza wartawan blog MenCaRi CinTaNya. :)

Sekali lagi, kepoyoan Syaza terserlah. Harapan adikku, Khairah telah tercapai. Terima kasih semua! ;)

Cerita Diari Saksi Coretan bab 7 telah dipostkan. Harap korang enjoy membaca ek! :)

Wassalam~

Photobucket

Monday, March 8, 2010

Diari Saksi Coretan



Photobucket

Diari Saksi Coretan adalah sebuah lagi cerita yang dihasilkan oleh Syaza.

Sorry sebab lambat post pasal ni. Kalau nak baca cerita nie boleh klik kat gambar tu juga.

Harap korang enjoy ek membaca!

Doumo arigatou gozaimasu!

Pabila Cinta Ada Penghalangnya,
Di situlah Lahirnya Pengorbanan.

Wassalam~

Photobucket

Legasi Cinta Alisia

Photobucket
Syaza sedang membaca cerita Legasi Cinta Alisia yang sememangnya menambat hati Syaza setelah membacanya.
Tahniah kepada Kak Zara!
Selain cerita Legasi Cinta Alisia ni, Syaza ada juga membaca beberapa cerita di Aksara Keraian tu. Kalau nak baca gak, boleh klik kat gambo atas tu.
Syaza suka setiap bait kata-kata yang ditulis oleh Kak Zara. Susunan ayat yang dramatik dan tersusun. Jika dibaca sangat lancar.
Kepada Kak Zara, teruskan bertinta!
Tak sabar untuk membaca episod yang seterusnya :)
Wassalam~

Photobucket

JPJ Test!

jpj Pictures, Images and Photos


Photobucket

Kota Kinabalu : Esok bersamaan hari Selesa, 9.3.2010, seorang lepasan SPM bernama Syaza akan menjalani ujian JPJ untuk mendapatkan lesen P nya.

Syaza memohon kepada pembaca blog ini mendoakannya supaya lulus dalam ujian tersebut. " Doa kamu amat saya hargai. Allah sahaja yang boleh membalasnya. Terima kasih sangat-sangat ek," katanya ketika ditemu bual pagi tadi.

Itu sahaja laporan itu kali ini.

Daripada saya, Syaza wartawan blog MenCaRi CinTaNya.

Ha~ Rasa macam syok sendiri pulak. (Memang pun.Tau tak ape.He~)

http://emo.huhiho.com

Sejak kebelakangan ni, jiwa untuk menjadi seorang wartawan menyinggah ke dalam diri. Entah kenapa, aku juga tidak mengerti. Setiap perkara yang dilakukan oleh ibu atau adikku, Khairah akan menjadi laporan aku sebagai wartawan di rumah. Walaupun, ia hanya untuk gelak ketawa dan gurau senda.

Apa-apa pun, Syaza mengharapkan doa kamu semua, di samping diri ini & keluarga juga memanjatkannya kepada Sang Pencipta. " Kak Ajja, mesti lulus tau! Boleh jalan sama-sama nanti. Kalau tak, susah nak jalan. Balik-balik Kak Ajja jalan sorang-sorang." Kata- kata adikku memang menyentuh jiwa, walaupun ia hanya sekadar kata-kata.

Namun, harapannya sugguh tinggi. Aku hanya mampu membalas dengan ucapan, " InsyaAllah! "

Itu sahaja. Doakan Syaza ek!
Syukran jazilan, terima kasih, tQ so much, doumo atigatou gozaimasu!

Wassalam~

Photobucket

Sunday, March 7, 2010

Kena Tag Lagi!


Photobucket

Tag kali ni, Syaza dapat dari Cik Nur Aqilah . Arigatou gozaimasu Aqilah san!

oK, these are the rules:

1. Bold the statement that are true to you.
2. Italicize the statement that you wish were true.
3. Leave the rest alone
4. then tag 10 people to do the same test..

So, here we go!

Syaza nak buat cara lain lah, boleh kan...

TRUE:
Syaza Syafeeqah, nama diberi
21.06.92, lahirnya di bumi
Seorang Hamba Allah dan umat Nabi Muhammad
Sedang merasakan debaran untuk ambil result SPM
Seorang yang agak peramah jika dikenali
Seorang yang pendiam bagi yang tidak mengenali
Suka online & berkarya
Suka akan binatang
Gemar membaca buku
Gemar senyum ( dapat pahala senang je~ )


WISH:
Ingin membahagiakan keluarga
Ingin mejadi anak yang solehah
Ingin berjaya di dunia & di akhirat
Ingin mendapatkan result yang baik (amin~)
Ingin ke tempat yang menenangkan setiap hari. Ha~
Ingin menjadi seorang guru
Ingin pergi ka tanah suci bersama keluarga ( insyaAllah )
Ingin fasih dalam bahasa English + Arab + Japan

OTHERS:
Waiting & still waiting (siapa yang ditunggu, biarlah rahsia. ha~)
Rindu with my cats!
I've already has COMEY (my new cat)

Cukup la ek, tak tahu nak tulis apa lagi.

oK, sekarang nak tag 10 orang.

Siapakah orangnya?

Ni dia :

oK, that's it!
Wassalam~

Photobucket

Saturday, March 6, 2010

Perjalanan Hidup Rasulullah (Akhir)

Photobucket

Junjungan terkenal bersifat pemalu, merendah diri, sanggup menjahit kasut2 koyaknya, menampal bajunya, memerah susu kambingnya, malah sanggup menguruskan hal2 rumah tangganya & anak isterinya dengan elok & rapi,
Baginda mencintai orang2 fakir & miskin, sepergaulan Baginda dengan mereka menziarahi pesakit2 di kalangan mereka turut mengiringi jenazah2 mereka, bahkan tidak pernah Baginda memandang hina akan orang2 yang susah walau bagaimana sempit kehidupan yg menimpai,
Sebaliknya junjungan murah hati, memberi kemaafan, tidak pernah Baginda menempatkan tanda2 tak suka kepada sesiapa, malahan janda & hamba2 pun Baginda temani,
Baginda tidak merasa gerun kepada raja, kerana Allah Baginda murka & kerana Allah pula junjungan meredhai.

Cara junjungan berjalan bersama-sama dengan sahabatnya junjungan berjalan disebelah belakang & pernah junjungan bersabda " di sebalik belakang ku yang ada hanya malaikat saja ",
Mengenai kenaikan junjungan pernah menunggang unta, kuda, keldai yg setengahnya dihadiahkan kepada junjungan oleh raja2 ,
Seta=engah ketika, junjungan mencerut perut Baginda berlapikkan batu menahan lapar sedangkan kalau Baginda mahukan mewah, kenyang memang pun kepada Baginda. Perbendaharaan kekayaan sentiasa terbuka,
Gunung & bukit pernah menawarkan diri menjadi emas untuk Baginda tetapi Baginda menolak tawaran kekayaan yg berupa harta benda.

Mengenai pergaulan, junjungan jarang benar bercakap sesia & bila Baginda berjumpa sesiapa, Baginda yg mula memberi salam, sembahyang jumaat Baginda panjangkan sedikit & bila bekhutbah Baginda ringkaskan saja,
Orang2 kenamaan & mulia dimuliakan oleh Baginda & bermesra serta pernah pula Baginda bergurau tetapi kata2 gurau tidak pernah bercampur dusta,
Hingga di sini terhentilah pena saya dalam suatu perjalanan segera kepangkalan sebaram nyata, Tibalah sudah seluruh karangan ini, ke bumi rata dalam suatu lapangan penerangan kalam bertinta.

Harumkan Ya Allah makam junjungan yang mulia,
Dengan kata2 ucapan selawat & selamat sejahtera.

Wassalam~

Photobucket

Friday, March 5, 2010

Perjalanan Hidup Rasulullah (17)

Gambar hanya sebagai hiasan~

Photobucket

Junjungan Rasulullah s.a.w. paling sempurna bentuk rupa, budi pekerti & mempunyai sifat2 yg terpuji,
Badan sederhana tinggi, kulitnya putih kemerahan, luas mata, bercelak, lentik alisnya, serta lenat halus bulu yg tumbuh di sini,
Jarang sedikit giginya, luas lebar mulutnya, luas dahi berbentuk anak bulan kelihatan cantik berseri,
rata pipinya, sederhana mancung hidungnya dalam bentuk yg menarik.

Bidang di antara bahu & tengkuk Baginda 2 tempap, berangka kasar, besar tulang sendi, sedikit daging tumit, tebal janggut, besar cantik kepala Baginda dengan rambut dibiarkan panjang hingga kedua cuping telinga menuruni,
Diantara 2 belikatnya bermetrai dengan Khatamun Nubuwwah ( Nabi Kesudahan ) yg di sekelilingnya cahaya meliputi,
Peluh Baginda putih bersih laksana mentari, bau harum bih dari kasturi,
Bila berjalan bongkok udang sedikit kelihatan seolah-olah seperti keadaan orang yg sedang turun daripada tempat yg tinggi.

Bila junjungan berjabat tangan dengan sesiapa, maka tangan orang yg dijabat itu, wangi, sepanjang hari,
Dan bila2 juga junjungan meletakkan tangan atas kepala seseorang budak, maka dapat diketahui bahawa budak itu pernah disentuh oleh junjungan kerana baunya yg harum wangi,
Wajah Baginda laksana bulan purnama kelihatan sentiasa cantik gemilangan berseri,
Orang yg meriwayatkan rupa bentuk junjungan pernah berkata, tak pernah aku lihat sesiapa baik sebelum atau sesudah ini, ada orang yg kecantikannya dengan junjungan dapat menyamai.

Harumkan Ya Allah makam junjungan yang mulia,
Dengan kata2 ucapan selawat & selamat sejahtera.

Wassalam~


Photobucket

Bila Ditahan Pak Polisi...

http://emo.huhiho.com


Photobucket

Semenjak, dua menjak, tiga menjak ni~ ( ala2 Bang Bil ) Syaza suka guna tajuk yg bermula dengan 'Bila'. Kenapa ek? Entah lah, Syaza pun tak mengerti.

oK, kembali pada topik yg Syaza nak post nie~


Kota Kinabalu: Semalam bersamaan dengan hari Khamis, 4.3.2010, Syaza telah ditahan oleh polis trafik sebanyak dua kali. Polis trafik kini sedang merajinkan diri mereka sendiri untuk membuat roadblock untuk motosikal kerana telah ditugaskan oleh ketua mereka.

Pada roadblock yang pertama, 2 orang Pak Polisi cuma menahan Syaza dan sempat lagi bertanya. " Adik Puteri UMNO ke? " Kerana ketika itu, Syaza pakai baju yang berwarna merah jambu. Syaza hampir tergelak. " Tak Ada lah" Selamba Syaza menjawab. Lalu polis trafik tersebut melepaskan Syaza. " Ok, boleh jalan," ujarnya. Lalu Syaza meneruskan perjalanan untuk ke destinasi.

Pada roadblock yang kedua pula, Syaza sekali lagi ditahan polis. ' Ramai pula polis nak ngurat aku ni. Nak tanda tangan ke, tuan?' Hati Syaza berbicara. He~ Tipu je. Di roadblock yang kedua, lebih ramai jumlah orang polis berbanding roadblock yang pertama. Di roadblock yang kedua, hanya Syaza seorang sahaja wanita di situ.

Salah seorang Pak Polisi datang kepada Syaza. " Selamat pagi," katanya. Lalu Syaza pun memabalasnya dengan ucapan yang sama. " Nak tengok lesen," sambungnya lagi. Lalu Syaza mengeluarkan dompet serta lesen L Syaza. Tiba2 , datang lagi seorang Pak Polisi ke arah Syaza. Dia juga minta lesen. Syaza cakap, " Dah bagi dah." Lalu polis yang memegang lesen Syaza pun berkata. " Dia dah bagi dah." Agaknya malu juga polis tu. Ha~

Selepas lesen Syaza diberikan kembali, dia sempat interview Syaza. Lain yang dia tanya, lain yang Syaza jawab. He~ Ini antara dialognya.

P (Polis): Syaza buat apa sekarang?
S (Syaza): Lepas ni nak ambil JPJ test.
P : Syaza sekarang ni, kerja ke, belajar ke?
S : Owh. Lepasan. Baru je lepas SPM.
P : Syaza buat apa kat sini ( Sabah ) ?
S : Nak cari barang. Saja jalan2 .
P : Syaza buat apa kat Sabah ni?
S : Owh. Syaza tinggal kat sini.
P : Owh, tinggal sini. Ok, hati2 ek.
S : Ok. Terima kasih ek.

Berapa banyak kali Syaza ucap terima kasih, Syaza langsung tak ingat. Banyak kali la juga. Tanpa rasa cuak dan gerun semasa Syaza jumpa Pak2 Polisi tu. He~

Itu sahaja berita hari ini. Sekian, dari saya wartawan Syaza :)

Wassalam~

Photobucket

Bila Aku Dah Stress...


Photobucket

Bila aku dah stress, apa yang patut aku buat?
Ya Allah.

Bila dah stress, Syaza terus BLANK . Tak tahu nak buat apa. Serabut dah kepala ni.

Astaghfirullah.

Kenapa Syaza stress? Aduyai... Malaslah pula nak bagi tahu. Tambah serabut pulak kepala aku ni.http://emo.huhiho.com

Kawan2 yg stress, ini ada beberapa cara untuk menangani stress.

1.Senyum . Kebanyakan kita bila berhadapan dengan masalah pasti kita akan tarik muka seribu. Paling tak pun kita akan mengeluh…dan mengomel sorang -sorang yea tak? apa kata bila kita hadapi tekanan seperti ini kita senyum dahulu. Bila kita senyum, pasti sedikit tekanan akan reda..Cubalah..

2.Bersendirian. Ada sesetengah orang suka bersendirian..memencil diri untuk mencari ketenangan seketika. Contohnya selalu pergi ke pantai..take time disitu sebab kita berhak untuk mendapatkannya. Kita renungkan kembali apa yang berlaku dan ambilah iktibar dari sudut yang positif setiap perkara yang terjadi itu kemudian perbaiki pada keadaan yang lebih baik.

3.Bertenang. Janganlah berserabutkan lagi keadaan yang sedia ada. Tarik nafas dalam-dalam dan hembuskannya secara perlahan-lahan. Cuba elakkan diri anda dari membuat sebarang keputusan dalam keadaan tertekan. Ini kerana keputusan itu mungkin bersandarkan pada emosi anda semata-mata. Bukan itu sahaja malahan jika tiada perincian yang dibuat dalam keputusan tersebut takut sebarang kemudaratan akan berlaku nanti.

4.Berbuat baiklah pada insan. Cuba kurangkan perbuatan dari menyakiti hati orang di sekeliling anda. Seandainya anda terlihat seseorang yang boleh membuatkan anda stress, adalah lebih baik anda janganlah memandang dia. Terus jika anda mendengar akan percakapannya adalah lebih afdal anda mendiamkan diri, pekakkan telinga...

5.Jadilah insan yang berhati luhur dan pemaaf. Bunyi memang senang tapi bila kita hendak melakukannya mungkin agak sukar. Tapi itulah yang harus anda lakukannya. Hanya dengan cara inilah pasti hati anda akan berlapang dada dan sekaligus stress anda akan berkurangan.

6.Peluk. Anda pasti akan rasa lebih tenang dan damai di dalam hati jika dapat memeluk makhluk lain. Maksud disini jika anda mempunyai teman baik perempuan sama perempuan anda peluklah dia, jika anda memiliki anak patung (teday bear) peluklah ia dengan erat. Begitu juga jika anda mempunyai haiwan peliharaan seperti kuching anda juga boleh memeluk atau mengusap ia. Dengan cara ini ia dapat meredakan sedikit tekanan atau kemarahan anda.

7.Lavender. Bagi yang suka pada aroma terapi minyak lavender amat sesuai sekali untuk meredakan tahap stress anda. Ini kerna minyak lavender dikenali sebagai herba penenang yang boleh mengurangkan atau mensurutkan stress anda. (Selalunya ia diamalkan pada waktu malam).

8.Kasih sayang. Terapi yang mudah kita dapat melalui kawan-kawan, anak-anak atau pasangan kamu (yang berkahwin), anak saudara, ibu bapa. .Dengan adanya kasih sayang dari mereka-mereka inilah sumber kekuatan anda pasti tidak akan susut kerana sebenarnya anda tidak berseorangan didunia ini.

9.Allah. Ikutilah perintah dan suruhanNYA, tinggalkanlah perkara yang dilarangNYA hayatilah setiap bait-bait ayat dariNYA nescaya anda tidak akan rugi walau sesaat..

10.Ceria. Janganlah bebankan fikiran dengan semua perkara yang ada disekeliling anda setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kita hidup didunia ini hanya untuk sekali sahaja jadi, nikmatilah hari ini dengan seadanya.

p/s: Banyak betul perkara yang menghempap kotak fikiran Syaza kebelakangan ni. Ya Allah! Banyak pulak Syaza post hari ni. ;)

Wassalam~

Photobucket