Saturday, October 31, 2009

Jamuan Kelas 5Z!

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Alhamdulillah,syukur ke hadrat Ilahi atas segala nikmat yg diberikan kpd hambaNya.
Pd 31.10.09 (Sabtu), kami mengadakan jamuan kelas di Taman Awam Teluk Likas.

Meriah la jgk! Tp t'jumpa someone. Bkn one je,tp 2,3,4 & so on. :) x sangka la jgk Hari Keluarga PERPIS SMK Tobobon pun buat ari yg sama. Dpt la jgk jumpa shbt2 dr SMK Tobobon.

Mula jamuan kul 9am-4pm.Tp yg 4pm tu,tggl kite,Citi,Nura Azima & Farhana. Byk mknn lebihan tp apa2 pun time kasih kpd shbt2 muslimin SMK Tobobon yg blum blik kerana mkn mknn yg x abis 2.Tp wlpun antum sume mkn,mknn tetap blum abis! Xpe2...


Kite ade lah tgkp beberapa gmbr utk tatapan mata:

Ini baju kelas kami.Sdg berusaha utk menghidupkan api!Chaiyok2!


Org penting dlm bab barbeque.X de dieorg yg nak memanggang,x de lah barbeque kami. Muka dieorg pun mcm dah kena panggang dah.He3.Syukran antunna!



p/s:Muka kite become darker & darker.Bkn kite je,rkn2 seperjuangan pun ade :)

Tp xpe. Kecantikan yg sebenar bkn dr paras muka,nmun lahir dr kecantikan hatinya.

Award 4 Us?

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Alhamdulillah,time kasih kpd rkn2 sekelas (5Z) yg memberikan kami gelaran Best Friend Ever & Ever!

Bg sy ia bkn sekadar gelaran tp insyaAllah ia akn dikekalkan antara kite bersama.InsyaAllah!

Comel bear yg kita dpt...x sangka,t'kezut gak...Alhamdulillah...1st time dpt bear dpt hidup kite. Selama nie x t'fikir pun nak ade bear mcm nie...He3

Mdh2an bkn ukhwah sy & Citi sahaja yg kekal smpi bila2,tp ukhwah kite bersama.InsyaAllah!

'Apabila engakau ingin mengambil seseorang menjadai teman,maka buatlah dia dia supaya marah kemudian suruh orang bertanya kepadanya tentang dirimu dan rahsiamu.Sekiranya ia mengatakan yang baik dan menyembunyikan rahsiamu,maka ambillah dia menjadai sahabat.'

p/s:Cian Citi,penat die...Rehat ek Citi!



Hanya Untuk Sahabat

Jika hidupku sungguh sunyi tanpa seorang kekasih di sisi
Takkan mudahku menyerah menjalani hidupku
Seorang sahabat yang kan mengerti aku
Membawa sunyiku menuju beribu cahaya bintang
Yang menerangi langit malam

Hanya untuknya aku pergi menanti
Hanya untuknya aku mencari biru langit
Memohon nikmatnya dunia menjelma
Dalam laraku yang merasuk di dada

Mudahkan hidupku
Terangi hariku dengan hadirnya
Cahaya mentari yang menerangi putihnya kebersamaan
Menepis kegelapan
Meramaikan kehidupan
Menghilangkan kesunyian

Saat ku temukan satu tujuan yang
Yang menuntun langkahku dengannya
Menggenggam sayap dalam kesepian
Akan ku ciptakan satu kisah tentangku dengannya
Mungkinkah ini harapan
Tuk meredakan
Segala laraku yang merasuk di dada…

Saturday, October 24, 2009

Buruk Akhlak Banyak Dukacita

Luqman al-Hakim seorang yang terkenal dengan kata-kata hikmah sehingga mendapat perhatian setiap lapisan golongan masyarakat. Antara kata-kata hikmah beliau ialah:

• Sesiapa yang berbohong hilanglah air mukanya dan sesiapa yang buruk akhlaknya banyaklah dukacitanya.

• Akan datang kepada manusia suatu zaman tidak akan reda mata orang yang bijaksana.

• Sesungguhnya orang bertalam dua muka bukan seorang yang jujur di sisi Allah.

• Aku pernah memindahkan batu-bata dan memikul besi, tetapi aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih berat daripada hutang.

• Tidak ada sesuatu yang lebih meletihkan badan daripada permainan.

• Aku pernah makan makanan yang baik dan memeluk yang terbaik tetapi aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih lazat daripada kesihatan.

• Janganlah kamu duduk lama di dalam tandas kerana ia akan mewarisi penyakit buasir.

• Berdiam diri itu adalah hikmah (perbuatan yang bijak) sedangkan amat sedikit orang yang melakukannya.

• Sesungguhnya lama bersendirian itu dapat memahami untuk berfikir dan lama berfikir itu adalah petunjuk jalan ke syurga.

• Kehinaan dalam melakukan ketaatan kepada Allah lebih mendekatkan diri daripada mulia dengan maksiat (perkara menyebabkan dosa) kepada-Nya.

• Kata-kata nasihat amat menyukarkan bagi orang bodoh, sebagaimana sukarnya berjalan di atas jalan yang tidak rata bagi seorang tua.

• Sekiranya kamu di dalam solat, jagalah hatimu, sekiranya kamu makan, jagalah kerongkongmu, sekiranya kamu berada di rumah orang lain, jagalah kedua matamu dan sekiranya kamu berada di kalangan manusia, jagalah lidahmu.

• Tidak ada kebaikan bagimu untuk mempelajari apa yang belum kamu tahu sedangkan kamu belum beramal dengan apa yang kamu tahu.

• Ingatlah dua perkara iaitu Allah dan mati, lupakan dua perkara lain iaitu kebaikanmu terhadap hak dirimu dan kebaikanmu terhadap orang lain.

• Bukanlah harta itu seperti kesihatan dan bukanlah nikmat itu seperti jiwa yang baik.


Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari mungkar., dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik dari mereka; diantara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.( Surah Ali Imran, Ayat 110)

SPM Around The Corner?

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos
Alhamdulillah ats segala kurniaan nikmat yg diberikn oleh Allah kpdku...
Hari nie,kite nak bg tau...
Kite mungkin x active buat jangka mase yg pendek nie...
Yelah,kn dah nak SPM.
So,tugas kamu,kamu & kamu ialah...
Doakan kite ek!
Mdh2an kite sume b'jaya di dunia & di akhirat.InsyaAllah,amin~
Maaf la ek sbb dah lame x post...
Kite hrp korang sume phm ek!
Sehubungan dgn e2,kite nak mohon maaf kite t'kasar bahasa,t'lanjur kata & p'buatan kite yg buat x sng hati.Sorry ek!



p/s:Sdg menunggu jamuan sekolah Ahad nie! :)

Thursday, October 15, 2009

Jika Bertemu... Bersangkalah Baik..

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.



“Tegakkan Islam dalam diri kamu.. nescaya Islam akan tertegak diatas bumi kamu” (Imam Al-Syahid Hassan Al- Banna)
p/s:Sbb 2 jgn judge people just by its cover. x bek2! oK,Wassalam~

Tuesday, October 13, 2009

Sinar Cahaya Ayat Kursi

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Sunday, October 11, 2009

Pabila Cinta Berbalas..

Apakah perasaan anda pabila cinta anda ditolak? Dan apa perasaan bila cinta anda berbalas? Tambahan yang membalas cintamu adalah Yang Maha Perkasa.. Allah Rabbul jalil.

Disini ku titipkan beberapa
tanda anda dilamun cinta dengan yang Maha Pencipta.

* Anda suka untuk bertemu dengan-Nya. Tak sabar untuk bertemu. Tak berjumpa sesaat seolah-olah anda jadi tak menentu. Persiapan dibuat setiapa kali sebelum bertemu-Nya.

* Mendahulukan-Nya lebih dari yang lain. Dia mengatasi yang lain. Segala kehendaknya anda utamakan dan yang dilarangnya anda cepat-cepat menjauhkan diri.

* Gembira bila bersama-Nya. Ingin sentiasa bersama walaupun di mana anda berada. Susun kata indah hendak bertemu. Ayat-ayat cinta kau luahkan pada-Nya sebagai pujian ke atasnya.

* Tidak sedih kehilangan segalanya kerana cintamu terhadap-Nya melebihi segalanya. Biarlah semuanya hilang dan tiada asalkan anda tak kehilangan ISLAM .

* Merasa nikmat melakukan ketaatan terhadap perintahn-Nya. Membela agamanya sudah cukup membuatkan anda merasa nikmat di dunia.

* Tegas terhadap mereka yang menghina Islam. Apatah lagi yang melanggar apa yang disuruh-Nya.

Itulah sedikit tanda-tanda anda dilamun cinta bersama-Nya. Adakah cinta anda berbalas? Atau anda dalam dilema cinta si dia atau yang Maha Pencipta? Moga kita mendapat cinta dari-Nya. Terkadang dalam hidup ini kita perlu korbankan nikmat yang sedikit untuk mendapat yang lebih besar.



"Katakanlah (wahai Muhammad) jika benar kamu mengasihi Allah, maka ikutilah Aku, nescaya Allah mengasihi kamu dan mengampunkan dosa-dosa kamu dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani" (Ali Imran:31)

Saturday, October 10, 2009

♥ I'm Fall in Love?

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos
Syaza jatuh cinta? 'Gile' ke ape? Dgn sape? Dgn Allah 2 dah pasti! Skrg spe lak?
Kata couple 2 Haram? Tp... Ape nie?
Yes,I said I'm fall in love... X caye? Percaya atau tidak,kita bolos sahaja jawapannya!
he3... Nak tau x, die x p'nah lamar kite.Tp kite x kisah.Cinta pndg yg berpuluh-puluh kali. Ha3.
Actually...Erm,malu lah nak bg tau!oK lah kite bg tau la...
Kita minat dgn salah satu bdk lg kat Sa Re Ga Ma Pa L'il Champs la! Swarit Shukl dah minat,skrg dgn Yatharth Ratnum.Ahaks. Suara die mkin bgus. He3,cuak ke?
Rupa ade,suara ada.Nie video die.

Amacam best x?

Sbb ape kite ckp cinta pndg berpuluh-puluh kali sbb dah byk kali tgk die kat tv,bkk komputer tgk video die...he3

Tp yg penting, cintaku hanya milikMu Ya Allah!

Wassalam~

Friday, October 9, 2009

'Kosong'?

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos
Kite rse mcm ade something wrong dgn kite ari nie... Mcm ade yg 'kosong'. Ape ek?
Ade byk tanda tanya yg muncul dlm kehidupan kite mlm nie.
Lps tgk Nur Kasih,lg byk p'soalan.
Astaghfirullah!
Hati kembali kpd Allah.
X bleh nak ungkapkan melalui lisan @ p'buatan.
X ade siapa yg mengerti melainkan Allah.
Kerana aq sendiri tidak mengerti. (cme dpt post Nur Kasih je ari nie)
Puas sudah,
Ku cari kebahagiaan,
Di sisi teman-teman,
Ku dapat hanya kelalaian..

Ku teruskan mencari,
Di hati seorang kekasih,
Ku dapat hanya kekecewaan..

Dan ku terus mencari,
Dalam meniti hari,
Penuh kekosongan..

Oh, di mana lagi harus ku mencari,
Membawa sekeping hati,
Yang sarat kerinduan,
Rindu yang tiada haluan,
Aku keliru sendiri,
Apa yang kucari,
Apa yang kuperlukan,
Aku masih tak bisa mengerti,

Yang pasti,
Kekosongan hati ini minta diisi....

Sejenak ku tersedar,
Aku mencari cinta agung,
Buat jiwa ku yang merindukan,
Hakikat kebenaran,
Cahaya yang membelah kegelapan,
Melimpah cemerlang mengisi kekosongan....

Ku sedar,
Destinasi pencarianku di sini,
Ku mencari-Mu Tuhan,
Mengharap keredhaan,
Menagih kebahagiaan,
Dari sinar cahaya iman...

"Iman mengubah hati insan, menjadikan pemikiran seseorang tunduk pada kebenaran. Jalan tarbiyyah & dakwah inilah yang banyak memberi bekalan iman"


Wassalam~

♥ Nur Kasih

Nur Kasih Pictures, Images and Photos

Nur Kasih

Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan

Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan

Nur kasih
Nur kasih

Nasib hidup dan pilihan
Lain untuk setiap insan
Mengharapkan perjalanan
Dalam maya kesamaran

Nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Ooo kasih
Nur kasih
Oh nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana
Masih mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Nur nur ya nur kasih
Nur ya nur kasih
Nur nur kasih
Nur kasih
p/s: Best juga cerita Nur Kasih nie.Ada pengajarannya.Tahniah kpd pengarah!Bg kite,watak yg dimainkn dpt msuk dlm diri setiap penonton. Nice shoot,nice pictures & nice script! Bleh dikatakn TERBAIK wok...he3

Nak cite pnjg psl 'Nur Kasih'? InsyaAllah post len ek!

Wassalam~

Wednesday, October 7, 2009

Ada 2 Perkara!!!

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Hari nie ade 2 perkara yg kite nak bg tau kamu,kamu & kamu!



Perkara 1:


Kite nak ucpkn jutaan terima kasih kpd kwn2 ku yg sudi dtg beraya ke rumahku yg x secantik mana ini slps pulang dr sklh. Skrg korang dah tau umah aq kan, len kali dtg lg ek! He3...
Maaf dipohon klu ade yg t'kurang.Kurang masin ke,krg mnis ke...Maaf ek!

Ni gambo kwn2 yg sudi dtg ke rumah kite:

Atas (posing ayu) : Farhana,Azima & Azlifa

Tengah : Hadijah,Irtini & Mariani

Bawah : Citi



Perkara 2:

Kepada semua blogger sama ada yang follow,link @ menyinggah sahaja,anda diminta utk mengambil award (kad) drp kite...


Amik ek!

Penat kite edit tau...Hu3..amik ek...

Wassalam~

Monday, October 5, 2009

Teriama Kasih Ya Allah!

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana msih memberi aq peluang utk terus b'pijak di bumiNya yg sementara ini.
Post yg nie,sbnrnye utk melepaskn tension je... Sbb ade tekanan ckit, jd on9 jap utk hilangkn stress yg melanda.
Ya Allah,kenapa kau memberi daku ujian yg begitu payah untuk aq tanggungnya? Memikir penyelesaian demi penyelesaian tntg mslh yg melanda diriku. Akal yg Kau beri terus berjalan seiring dgn masa yg sentiasa berdetik utk menyelesaikan masalah2 t'sebut.
Aq tahu bahawa setiap ujian yg Kau berikan pd ku ada hikmah disebaliknya,nmun aq rse begitu berat. Ya Allah, pertingkatkan imanku Ya Allah! Tabahkanlah hatiku utk menghadapi segala dugaan yang Kau berikan dlm hidupku ini Ya Allah!
Aq kembali pdMu Ya Allah! Aq redha dgn ujianMu. Terima kasih Ya Allah kerana msih mengingati hambaMu yang hina ini Ya Allah! Kau msih memberi ujian pdku,memberi kebahagiaan & merasakan aq kepayahan. Terima kasih Ya Allah!

berdoa Pictures, Images and Photos

Wassalam~

Sunday, October 4, 2009

Wanita & Cara Berjalan

1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah
Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi
pujaan ramai lelaki.


2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri
Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Jika berjalan suka menunduk
Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang
dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati
lelaki yang dicintainya.


4. Jika berjalan menatap lurus ke depan
Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.

5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri
Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil
mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Jika berjalan badan tampak tegak
Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah
dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat
romantiknya.


7. Jika berjalan seperti zirafah
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki badannya, ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Friday, October 2, 2009

Pengalamanku,Pengalamanmu Juga!

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos
Alhamdulillah,syukur ke hadrat Ilahi ats kesihatan jasmani & kecerdasan mental.

Hari nie,Jumaat (02.10.09) bercadang utk beraya ke rumah kwn2 kat Bandar Sierra.

1st time,naik bas pergi ke arah Tuaran. Selama nie,nek kete. Bkn x pernah naik bas,tp x p'nah nek bas yg pegi jauh2 dr Likas. Nsib bek ade kwn2 & yg pntg dpt kebenaran drp parents.


B'tolak dr sklh lbih krg kul 12.45pm. Nek je bas 2,beberapa minit kemudian rase sebak terbit di hati kecilku. Aq mencari puncanya.Nape & mengapa? Tlh ku renung jauh ke lubuk hati, bru ku tahu jwpnnya. Ku fikir2,ari nie ari Jumaat,npe die org x sembahyang Jumaat? Ye lah,pemandu bas & penolong pemandu 2 lelaki serta ade beberapa org lg lelaki yg ade kat dlm bas.


Ku thn rse sebak di hati. Aq kembali b'muhassabah & menanyakn diriku kembali tujuan hidup di dunia. Bukankah Allah s.w.t telah berfirman dlm Surah Az-Dzariyat,ayat 56 yg bermaksud:
"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu!" ?
Tp kenapa mereka msih blum mengerti?
Hatiku tidak b'henti berdoa. InsyaAllah, dgn izin Allah,Allah akn membuka pintu hatinya dan memasukkan hatinya Hidayah yg amat berharga.
Ingat, Hidayah e2 milik Allah!
Jd kpd umat manusia yg bergelar muslimin, pegilah tunaikn solat Jumaat. Kerana e2 adlh tugas anda sbgi seorg khalifah.
Secara tuntas (wah,skema!), kembalilah pd Sang Pencipta sblm t'lmbt! Byk bencana yg dpt kite lihat di kaca2 tv skrg. Muhassabahkan diri kembali.
Ape2 pun,time kasih kpd keluarga kwn2 yg menyediakan mknn2 yg sodap2!
Makasih ek!
Wassalam~